You are on page 1of 108

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM

PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

2008

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


2008

MOSEP
BAHASA MELAYU
[ MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU
BERASASKAN KURIKULUM PENDIDIKAN KHAS
BERMASALAH PEMBELAJARAN ]

ENCIKMOHDMOKHTARBINTAHAR

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

ISI KANDUNGAN

2008

MUKASURAT

1. Tajuk
2. Isi Kandungan
3. Pendahuluan

1-3

4. Matlamat

5. Objektif

3-4

6. Teori Pembelajaran

4-11

7. Model Pengajaran dan Pembelajaran

11-32

8. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

32-45

9. Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran

45-48

10. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran

48-51

11. Teknik Pengajaran dan Pembelajaran

51-68

12. Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

69-85

13. Modul Strategi Pengajaran Berasaskan Kurikulum


Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Bagi
Bagi Penguasaan 1

86-738

14. Rujukan

SENARAI NAMA AHLI-AHLI KUMPULAN BAHASA 2008


1.

RUHANA BINTI BUJANG


KUMPULAN)

115497

(KETUA

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.
21.
22.

2008

NOOR ZAKIAH BT MD. ZUBIR


A 112390
ROZILAH BT ABDULLAH
A 105754
NORSABTURIAH BT DUL
A 111947
SITI NOR JANNAH BT MUHD. KHAIRIA 113085 (KETUA P1)
SITI ARBAATUN BT MOKHTAR
A 112862
SH. AZLINA ASIAH BT TUAN SULONGA
112588
AZIMA BT MOHD. ZAIN
A 115423
NORLIANA BT ISMAIL
A 115485
NORIZAN BT WAHID
A 115484
SITI TAHIRAH BT SULAIMAN
A 115505
SHUMAISHAH BT ISMAIL
A 115503 (KETUA P2)
NOR RUBIATUL MARIA BT AHMAD A 115478 (KETUA P3)
ROSMINA BT TAMIN
A 115493
SU LI NA
A115506 (PEMBANTU CETAK)
ZURAINI BT MAT IBRAHIM
A 115519 (BENDAHARI)
CHE NOOR HIDAYAH CHE ALI
A 115426
EDAWATI BT ARUDIN
A 115428
JAMILAH BT IBRAHIM
A 115436 (P. KETUA)
MASNI BT HASSAN
A 115448
NORRIZAH BT SATARI
A 115486
SALWA BT JALI A 115499 (KETUA P4)

TAJUK-TAJUK PENGUASAAN 1
1.VOKAL
KVK + KV
2.KONSONAN
KVK
3.VK
4.KV (SUKU KATA)
5.KVK
6.KV (PERKATAAN SATU SUKU KATA)
7.VK (PERKATAAN SATU SUKU KATA)
8.KVK (PERKATAAN SATU SUKU KATA)
9.V + KV
10.V + VK
11.V + KVK
12.VK + KV
13.VK + KVK
14.KV + V
15.KV + VK
16.KV + KV
17.KV + KVK
Pendahuluan

18.
19. KVK +

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

2008

Pembinaan Modul Strategi Pengajaran Berasaskan Kurikulum Pendidikan


Khas Bermasalah Pembelajaran Bahasa Melayu atau MOSEP BAHASA
MELAYU, adalah bertujuan untuk membantu guru-guru Pendidikan Khas
merancang pembelajaran yang bermakna, untuk membantu murid-murid
Berkeperluan Khas menguasai kemahiran-kemahiran yang perlu mereka
kuasai sebagaimana yang terkandung di dalam Buku Huraian Sukatan
Pelajaran Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah
dan Menengah (Bidang Akademik Berfungsi), terbitan Jabatan Pendidikan
Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu :

Kemahiran Mendengar

Kemahiran Bertutur

Kemahiran Pra Bacaan

Kemahiran Membaca

Kemahiran Pra Tulisan

Kemahiran Menulis

Kemahiran Berkomunikasi.

Kita menyedari bahawa asas kemahiran berbahasa di kalangan muridmurid berkeperluan khas perlu dibina dengan jelas dan kukuh sejak awal lagi.
Penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis bukan
sahaja dapat meningkatkan prestasi murid berkeperluan khas dalam proses
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu tetapi juga memudahkan
pemahaman mereka dalam menguasai mata pelajaran lain di samping
menggunakan kemahiran tersebut dalam kehidupan mereka.
Kebolehan guru merancang pembelajaran akan menarik minat murid
dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Ini juga
merupakan daya penggerak kepada pengukuhan berbahasa murid-murid
berkeperluan khas. Dorongan dan minat ini dapat diwujudkan melalui strategi,
pendekatan, kaedah, teknik dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
menarik, berbeza, fleksibel dan berkesan. Pengajaran dan pembelajaran juga

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

2008

menjadi lebih jelas dengan penggunaan dan pemilihan alat serta bahan
pengajaran yang sesuai.
Oleh kerana tahap pencapaian pendidikan murid-murid berkeperluan
khas secara amnya

amat rendah, berbeza-beza, serta peningkatan

pencapaian adalah perlahan dan minimum, maka terdapat keperluan untuk


menyediakan pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih
fleksibel, menarik, berfokus dan bersesuaian dengan keupayaan serta
kebolehan murid berkeperluan khas. Perancangan pembinaan MOSEP
BAHASA MELAYU ini akan mengambil kira kepelbagaian keupayaan individu
selaras dengan Akta Pendidikan 1996. Untuk memenuhi keperluan individu,
program pengajaran dan pembelajaran yang dibentuk adalah fleksibel selaras
dengan ketetapan yang terkandung di dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan
(Pendidikan Khas) 1997, yang menyatakan bahawa:Guru-guru boleh mengubah suai kaedah atau teknik pengajaran,
masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu
mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas dengan
menyediakan pendidikan yang berkualiti secara optimum supaya mereka
dapat berfungsi sebagai individu yang berdikari, berjaya dalam hidup dan
memberi sumbangan bakti kepada masyarakat, selaras dengan kehendak
yang terkandungan di dalam Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah
Pendidikan Khas.( Bidang Akademik Berfungsi, terbitan Jabatan Pendidikan
Khas keatas pelajar Malaysia.
MOSEP BAHASA MELAYU ini disusun dan dibina berdasarkan 49
jenis pola perkataan bagi kata tunggal yang terdapat dalam Bahasa Melayu
dan mengikut empat aras yang telah dibina dalam Modul Penaksiran Bahasa
Melayu yang lepas. Setiap kemahiran memaparkan pendekatan, kaedah,
teknik, aktiviti malah disediakan contoh-contoh lembaran kerja bagi setiap
pola-pola perkataan yang hendak diajar kepada murid-murid. Selain itu, Modul
Pelaksanaan Setiap RPI juga disediakan sekali untuk rujukan guru-guru yang
hendak menggunakannya. Penyediaan pengajaran dan pembelajaran yang

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

2008

dijangka menarik serta berkesan, berserta pemilihan serta penggunaan alat


dan

bahan

pengajaran

dijangka

dapat

membantu

pengajaran

dan

pembelajaran para guru pendidikan khas. Perbincangan bagi setiap


kemahiran berbahasa diakhiri dengan proses penaksiran penilaian yang dapat
mengukur pencapaian murid.
Semoga dengan pembinaan MOSEP BAHASA MELAYU ini dapat
membantu guru-guru Pendidikan Khas dalam merancang aktiviti pengajaran
dan pembelajaran kemahiran bahasa yang berkesan dan memberi menafaat
kepada murid-murid berkeperluan khas dalam membantu mereka menempuh
dan menjalani kehidupan yang bermakna.
Pada akhir pembelajaran ini nanti diharapkan juga, guru-guru dapat
menjadikan murid-murid mereka boleh menguasai kemahiran berbahasa
dengan baik serta dapat digunakan oleh mereka untuk berkomunikasi dan
berinteraksi dengan masyarakat dan dijangka dapat mengharungi kehidupan
bermasyarakat. Mereka juga diharapkan akan dapat menjadi pembaca yang
kritis serta penulis yang bernas dan kreatif.
1.0 Matlamat MOSEP

Matlamat MOSEP BAHASA MELAYU adalah untuk membantu guru


Pendidikan Khas memahami konsep-konsep penting dalam Kurikulum
Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran dan mentafsirkannya dalam
pengajaran dan pembelajaran.

Di samping itu, pihak guru juga boleh

menggunakan modul ini sebagai panduan yang boleh diubahsuai mengikut


kemampuan dan kebolehan murid masing-masing.
MOSEP BAHASA MELAYU diharapkan dapat membantu guru untuk
memantapkan penguasaan murid berkeperluan khas dalam menguasai
kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira serta menyediakan ilmu
pengetahuan dan kemahiran belajar dan berfikir melalui proses pengajaran

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

2008

dan pembelajaran yang fleksibel untuk memenuhi keperluan individu dengan


pelbagai tahap keupayaan ke arah kehidupan yang bermakna.
2.0 Objektif MOSEP

Objektif MOSEP BAHASA MELAYU adalah untuk :

Membantu guru memahami konsep-konsep penting dalam


Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran dan
mentafsirnya dalam pengajaran dan pembelajaran.

Mempertingkatkan kepakaran guru untuk mengajar kemahiran


asas berbahasa.

Membantu guru mendapatkan idea dalam membantu murid


menguasai kemahiran berbahasa dengan baik.

Membantu guru mempelbagaikan teknik pengajaran dan


pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah.

Membantu

guru mengendalikan pengurusan bilik darjah

dengan lebih berkesan.

Membantu

guru

melaksanakan

aktiviti

bahasa

dalam

pengajaran dan pembelajaran.

Membantu guru menerapkan nilai-nilai murni dan membina


kemahiran

belajar

dan

berfikir

dalam

pengajaran

dan

pembelajaran

3.0 Teori-Teori Pembelajaran Dan Pengajaran Dalam Pengajaran

Bahasa
Menurut Lee Shok Mee (1995), dalam buku Asas Pendidikan 2 : Murid dan
Pembelajaran, ahli-ahli psikologi pendidikan berpendapat bahawa manusia
belajar melalui pelbagai cara. Walau bagaimanapun, pada umumnya cara
pembelajaran dapat dibahagikan kepada mazhab behavioris, kognitif, sosial
dan humanis.

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

2008

Teori Pembelajaran

Unsur Berkaitan

Tokoh Psikologi

Behaviourisme

Tingkah laku
Pelaziman klasik

Pavlov
Watson

( emosi ), ( tabiat )

Guthire

Pelaziman operan

Thorndike

cuba-ralat

Skinner

peneguhan
Kognitif

Pemikiran
Celik akal

Kofka/Kohler
Bruner

Penemuan

Gagne

Kategori Pembelajaran

Ausubel

Resepsi

Neoberavioris
( Sosial )

Prestasi
Pemodelan

Kemanusiaan
Sempurna diri

Humanis

Keperluan Asas

Bandura

Rogers
Maslow

dan meta

4.1 Teori Pembelajaran Behaviourisme (Teori Pembelajaran


Tingkah laku) :
Teori pembelajaran tingkah laku memberi tumpuan kepada tingkah
laku luaran yang dipengaruhi oleh peneguhan .Menurut Atan Long
(1978),sekiranya tingkah laku itu diikuti oleh peneguhan yang
positif atau perkara yang menyenangkan ,maka tingkah laku itu
akan dilakukan berulang-ulang. Sebaliknya ,jika tingkah laku
tersebut

tidak

diikuti

oleh

pengukuhan

atau

tidak

menyenangkan ,maka tingkah laku itu akan berulang. Teori


Behaviourisme

memberi

penekanan

terhadap

perubahan

tingkahlaku yang dapat dilihat dengan jelas bentuknya akibat

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

2008

sesuatu rangsangan (Skinner, 1985). Perkara-perkara seperti


bimbingan,latihan, pemberian ganjaran, pengukuhan dan tunjuk
ajar yang berterusan adalah penting bagi menjamin perubahan
tingkah laku yang berkesan dalam proses penghasilan bahan
pengajaran dan pembelajaran.
Menurut

Teori

Pelaziman

Klasik

Pavlov,

ganjaran

pengukuran lisan dapat mengekalkan minat pelajar.

atau
Untuk

memotivasikan pelajar secara berterusan setiap latih tubi atau kuiz


akan mengambil kira aspek ganjaran seperti baik, bagus dan
sebagainya.

Ini menunjukkan sesuatu persembahan yang

mempunyai susunan teks yang kemas dan menarik penggunaan


warna, grafik dan animasi serta kesan bunyi (pembelajaran dan
pengajaran

berpandukan

komputer)

yang

berfaedah

dapat

memberikan kelebihan dan dapat menarik minat pelajar serta


dapat memberikan pencapaian ingatan dan pemahaman yang
maksimum.

Menurut

Edward

Thorndike

membuktikan

bahawa

pembelajaranyang dilakukan dengan ada kesediaan di dalam diri


pelajar sudah pasti akan menghasilkan pembelajaran yang
positif.Latihan amat memainkan peranan yang penting dalam
menguasai pembelajaran .Pembelajaran yang dilakukan dalam
keadaan yang menyeronokkan akan mewujudkan rangsangan
yang positif dalam diri pelajar.
Teori Thorndike melibatkan tiga konsep utama iaitu Hukum
Kesdiaan,Hukum Kesan

dan Hukum Latihan yang boleh

membantu guru mengenal pasti corak pembelajaran yang lebih


sesuai serta disokong dengan sumber yang boleh mengukuhkan
lagi pembelajaran.Dalam pengajaran dan pembelajaran toeri
Thorndike ini amat berguna bagi seseorang guru mengenal pasti

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

2008

apakah corak serta sumber pengajaran dan pembelajaran yang


sesuai.Ini juga melibatkan kepada perancangan pengajaran
sistematik.

4.2 Teori Pembelajaran Kognitif :

Teori Pembelajaran Kognitif memfokuskan pada pembolehubah


yang tidak dapat diperhatikan, misalnya pengetahuan, pemikiran,
perasaan, kreativiti dan harapan. Ahli-ahli psikologi berpendapat
bahawa pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang tidak
diperhatikan secara langsung. Ia merupakan perubahan kebolehan
seseorang untuk menghadapi sesuatu situasi yang tertentu.
Diantara tokoh-tokoh psikologi teori ini ialah Kofka/Kohler, Bruner,
Gange dan Ausubel. Ahli psikologi kognitif lebih cenderung
menerangkan cara pembelajaran yang belaku pada individu yang
berlainan umur dan kebolehan.

4.2.1 Teori Kognitivisme


Teori Kognitivisme juga merupakan teori yang diasaskan kepada
pemikiran di sebalik tingkah laku.Teori ini menjurus kepada
kecenderungan

proses

dalaman

iaitu

pemikiran

dalam

pembelajaran. sebagai Teori ini melibatkan proses minda yang


aktif untuk

penambahan pengetahuan dalam ingatan jangka

panjang atau perubahan skema atau struktur pengetahuan (Gagne


1985). Teori ini memberi tumpuan kepada proses mengetahui dan
memperolehi ilmu pengetahuan melalui proses celik akal iaitu
memproses maklumat dengan cara mengadakan perbincangan,
penaakulan, penyelesaian masalah dan aktiviti percambahan
fikiran, maklumat-maklumat ini akan disimpan dan dikeluarkan

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

2008

kembali apabila diperlukan. Teori ini juga berkait rapat dengan


menyimpan maklumat.
Maklumat-maklumat yang disimpan di dalam ingatan seseorang
sebenarnya telah melalui empat peringkat pemerosesan, iaitu:
1. Menerima maklumat
2. Menyimpan maklumat yang diperolehi ke dalam ingatan
jangka pendek.
3. Menyimpan maklumat ke dalam ingatan jangka panjang.
4. mengeluarkan maklumat itu kembali untuk digunakan.
Proses

pembelajaran

berdasarkan

teori

kognitif

adalah

melibatkan hubungan atau perkaitan yang dijalin melalui amalan


terus-menerus dan ulangan (Baharudin et al.2002).Good dan
Broophy (1990) menyatakan bahawa teori kognitif memandang
pembelajaran sebagai mendapatkan atau penyusunan semula
struktur kognitif di mana manusia memproses dan menyimpan
data.
Menurut Crain 1985,mendapati bahawa maklumat yang diproses
secara

mendalam

dalam

ingatan

jangka

panjang

mudah

dikeluarkan kembali untuk digunakan.


4.2.2Teori Konstruktivisme
Konstruktivisime

merupakan

proses

pembelajaran

yang

menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda


manusia. Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan
sekolah tidak boleh dipindahkan daripada guru kepada murid
dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu bina sesuatu
pengetahuan mengikut pengalaman masing-masing.
Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri dan
guru tidak boleh belajar untuk murid. Fikiran murid tidak akan

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

menghadapi

realiti

yang

wujud

secara

terasing

2008

dalam

persekitaran. Realiti yang diketahui murid adalah realiti yang di


bina sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan
pengalaman

yang

persekitaran

membentuk

struktur

kognitif

terhadap

mereka.

Untuk membantu murid membina konsep atau


pengetahuan baru, koswer yang

akan dibangunkan harus

mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka.


Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untuk
dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah
kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat
dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme.
Beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat
bahawa pembelajaran yang bermakna itu bermula dengan
pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid. Rutherford dan
Ahlgren berpendapat bahawa murid mempunyai idea mereka
sendiri tentang hampir semua perkara, di mana ada yang betul dan
ada yang salah. Jika kefahaman dan miskonsepsi ini diabaikan
atau tidak ditangani dengan baik, kefahaman atau kepercayaan
asal mereka itu akan tetap kekal walaupun dalam peperiksaan
mereka mungkin memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh
guru.
John Dewey menguatkan lagi teori konstruktivisme ini dengan
mengatakan bahawa pendidik yang cekap harus melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun atau
membina pengalaman secara berterusan. Beliau juga menekankan
kepentingan penyertaan murid di dalam setiap aktiviti pengajaran
dan pembelajaran.

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

2008

Menurut Wittrock 1978, teori ini bermaksud pembelajaran itu mesti


generatif, iaitu mengambil tindakan bagi mencipta sesuatu maksud
daripada apa yang mereka pelajari.
Ia memandang realiti sebagai sesuatu yang dikonstrukkan dan
pengalaman menentukan reliti.
Pemikiran merupakan satu instrumrn untuk berfikir yang boleh
menginterprestasikan adegan, objek dan persepsi daripada hanya
memahami dan mengingati pengetahuan secara objektif sahaja.
Teori ini cuba mereka suasana di mana pelajar diperlukan untuk
menguji proses kefahaman dan membina maksud mereka
sendiri.

Pembelajaran adalah aktif,

menyelesaikan masalah

berdasarkan kepada penemuan intrinsik. Faktor yang menentukan


pembelajaran terdiri daripada sifat-sifat pelajar itu, pengetahuan
sedia ada, motivasi,dan pelbagai tugasan pembelajaran.

4.3 Teori Pembelajaran Sosial ( neobehavioris ) :


Menurut ahli psikologi yang dikenali sebagai neobehavioris, idea
pembelajaran yang merangkumi faktor dalaman, serta perubahan
yang tidak diperhatikan seperti harapan, kepercayaan dan
pemikiran. `Teori Pembelajaran Sosial berpendapat bahawa
pembelajaran meliputi aspek yang lebih dari tingkah laku yang
nyata, iaitu seseorang mungkin mengetahui lebih daripada tanda
luar atau tingkah laku yang ditunjukkan. Diantara tokoh-tokoh
psikologi teori ini ialah Bandura.

4.4 Teori Pembelajaran Humanis :

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

2008

Ahli psikologi humanis pula mengakui keunikan dan keindividuan


seseorang pelajar. Mereka menyatakan bahawa setiap orang
individu adalah berbeza daripada individu lain. Ia mempunyai
perasaan, emosi dan cita-cita peribadi serta perhubungan khusus
dengan orang lain. Oleh itu humanisme memfokus pada aspek
kehendak afektif (sikap ) perseorangan dan perbezaan individu
dalam pembelajaran. Di antara tokoh-tokoh psikologi teori ini ialah
Rogers dan Maslow.

7.0 Model Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Pengajaran


Bahasa
7.1 Model-Model Pengajaran
Secara umumnya, learning is about how we perceive and
understand the world, about making meaning (Marton & Booth,
1997; dirujuk oleh Fry et al., 2003), dan oleh itu pembelajaran
boleh merupakan prinsip abstrak, maklumat fakta, pemerolehan
kaedah, teknik dan pendekatan melakukan sesuatu, idea,
perlakuan yang bersesuaian bagi situasi tertentu, mengenali
sesuatu, dan juga penaakulan (reasoning) (Fry et al., 2003).
Pembelajaran dikatakan berlaku apabila terdapat perubahan
dalam perlakuan pelajar hasil daripada penglibatannya dalam
suatu pengalaman pendidikan (Nicholls, 2002).

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

2008

Pelajar berasa seronok dan berkesan apabila


pengajaran dan pembelajaran berlaku di dalam

proses

kelas. Ini

bermakna pengajaran guru telah mencapai matlamat. Pelbagai


kaedah dan kemahiran penilaian perlu digunakan dalam
mengendalikan sessi pengajaran. Di samping itu
pengajaran digunakan dalam pengajaran. Model

Model

pengajaran

adalah satu proses pengajaran yang dilaksanakan langkah demi


langkah. Menurut Joyce dan Weil ( 1980) mendefinisikan konsep
pengajaran sebagai satu pelan yang dirancang kemudian
diaplikasikan untuk memberi panduan pengajaran. Konsep
Pengajaran adalah meliputi:

Menyatakan kesanggupan mencari ilmu sepanjang hayat.

Menghormati kanak-kanak dan remaja.

Berkongsi pengetahuan.

Membimbing

mengarah,

membantu,

menyubur

dan

merancang.

Menetapkan matlamat untuk diri sendiri dan pelajar.

Menghadapi cabaran diri dan professional.

Menyalurkan nilai budaya dan kebangsaan.

Mewujudkan kesedaran dan penghargaan tentang potensi diri


sendiri.
Model Pembelajaran dan pengajaran merupakan satu proses

yang merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksanaan, penilaian


dan maklum balas. Pada masa sekarang, beberapa model pengajaran
yang berlandaskan pengajaran telah dikaji dan dibina oleh pakar-pakar
pendidik bertujuan untuk menghasilkan proses pengajaran yang
berkesan.Fungsi-fungsi utama model pengajaran yang dibina oleh
pakar-pakar pendidikan ialah:

memberi panduan kepada perancang mengajar dan guru


tentang

langkah-langkah

mengajar

yang

utama

supaya

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

2008

membolehkan mereka merancang serta melaksanakan proses


pengajaran.

membentuk rangka pengajaran yang lengkap untuk penyelia


dan penyelidik dalam proses pengajaran sebagai rujukan.

sebagai panduan asas bagi guru dalam sesi maklum balas


serta

pengubahsuaian

untuk

proses

pengajaran

yang

selanjutnya.
Di antara model-model pengajaran yang dicadangkan melalui
MOSEP BAHASA MELAYU ialah Model Taba, Model Ekspositori,
Model Pemerosesan Maklumat, Model Inkuiri dan Model Projek. Modelmodel pengajaran yang lain dan yang berkaitan ialah Model Resepsi,
Model Proses, Model Pembentukan Konsep, dan Model Penyelesaian
Masalah, seperti mana yang dikemukakan oleh Rahil Mahyuddin,
Habibah Elias dan Kamariah Abu Bakar (1997) di dalam buku
Pedagogi 2 : Pelaksanaan Pengajaran Di Sekolah.

Oleh kerana pengajaran yang berkait rapat dengan


pembelajaran, banyak teori pembelajaran telah diubahsuai menjadi
model pengajaran masing-masing bagi tujuan mengekalkan
keberkesanan pengajaran pembelajaran.

Model-model Pengajaran dan Pembelajaran


Pengajaran merupakan satu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti
perancangan, pelaksanaan, penilaian dan maklum balas. Pada masa
sekarang, beberapa model pengajaran yang berlandaskan proses
pengajaran telah dikaji dan dibina oleh pakar-pakar pendidik dengan
tujuan untuk menghasilkan proses pengajaran yang berkesan. Oleh
kerana pengajaran berkait rapat dengan pembelajaran, banyak teori
pembelajaran telah diubahsuai menjadi model pengajaran masing-

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

2008

masing. Fungsi utama model pengajaran yang dibina oleh pakar-pakar


pendidikan ialah :
1. Memberi panduan kepada perancang mengajar dan guru tentang
langkah-langkah mengajar yang utama supaya membolehkan mereka
merancang serta melaksanakan proses pengajaran.
2. Membentuk rangka pengajaran yang lengkap untuk penyelia dan
penyelidik dalam proses pengajaran sebagai rujukan
3. Sebagai panduan asas bagi guru dalam sesi maklum balas serta
pengubahsuaian untuk proses pengajaran yang selanjutnya.

Model Taba
Model

Taba

(1966)

digunakan

bagi

tujuan

meningkatkan

daya

pengamatan dan penanggapan. Menurut model ini, penyusunan isi


kandungan atau bahan pengajaran secara sistematik dapat memudahkan
murid mempelajarinya. Oleh yang demikian, perancangan pengajaran guru
begitu penting dari segi penyusunan maklumat mengikut pemeringkatan
struktur kognitif. Guru hendaklah menganalisis sesuatu unit kurikulum
kepada maklumat perincian dan menggolongkannya dalam fakta konsep
atau genereliasasi yang hendak disampaikan secara berurutan. Di
samping itu, guru juga hendaklah membuat diagnosis berterusan untuk
menentukan jurang dalam pengetahuan dan bahagian yang memerlukan
perhatian.

Proses Pembelajaran :
TERJEMAHAN

INTERPRESTASI

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

Struktur Pengetahuan
DATA

2008

KONSEP

GENERALISASI

PRINSIP

Proses Perancangan

PENYUSUNAN DATA

CARA MEMUPUK
PENANGGAPAN

MEMBUAT RUMUSAN
DAN PENUTUP

Sumber: merujuk kepada buku Rahil Mahyudin,1997;Pedagogi


2:Pelaksanaan Pengajaran m/s 8-9
Model Taba mempunyai empat ( 4 ) peringkat penyusunan seperti berikut :

Peringkat Penyusunan Data


Menyusun data, fakta dan ciri mengikut persamaan dan
perbezaan.

Peringkat Penanggapan

Menggolongkan semua data, fakta atau ciri dalam kategori yang tertentu.
Contohnya: Mengrlompokkannya mengikut ciri-ciri persamaan atau
perbezaan, dan setiap kategori itu dilabelkan

Peringkat membentuk prinsip.

Membuat kesimpulan, generelasi atau prinsip berdasarkan hubunganhubungan di antara semua kategori dan kajian.

Peringkat aplikasi prinsip

Mencuba untuk menggunakan prinsip atau generalisasi yang diperolehi ke


situasi yang lain.
Menurut Rahil Mahyuddin, Habibah Elias dan Kamariah Abu Bakar
(1997), Model Taba adalah juga merujuk kepada idea Fred Newmann
( 1991) yang sebenarnya diadaptasikan dari Teori Pembelajaran Brunner
(1960), Colen (1994),
Dewey (1910 & 1933), Goodlad (1984) dan Stanffer (1969 & 1980)
dimana ia mengidentifikasikan pencapaian sebenar pelajar sebagai
sasaran penting bagi pengajaran dan pembelajaran, di mana pelajar perlu
menghasilkan sesuatu bahan atau mencipta sesuatu yang baru sebagai

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

penghasilan

pengetahuan,

disampaikan

melalui

dimana

penulisan,

penghasilan

pembinaan

2008

tersebut

bahan,

boleh

percakapan,

pembentangan artistik dan sebagainya.

Model Ekspositori.
Ekspositori bermaksud penerangan yang jelas dan terperinci. Dalam
konteks pengajaran ekspositori merupakan penyampaian maklumat atau
isi kandungan pelajaran secara langsung kepada murid-murid di dalam
kelas. Oleh itu, kaedah ekspositori ialah cara penyampaian pengajaran
melalui penerangan, bercerita atau demonstrasi dengan tujuan mengajar
sesuatu. Dalam model ekspositori ini, guru memberi penerangan terlebih
dahulu dan murid mendengar dengan teliti hingga mereka memahami dan
mengingatinya atau merekodkan isi pentingnya dalam buku catatan
mereka.

Pengenalan
dan
penerangan isi
pelajaran

Murid-murid
mendengar
penerangan
guru

Pelajar
mengingat dan
merekod isi
penting

Guru boleh menggunakan model ini untuk menerangkan konsep,


fakta,

hukum,

prinsip,

atau

teorem

matematik.

Cara-cara

penyampaiannya dengan menggunakan model ekspositori adalah


diterangkan seperti berikut:

Menerang, menginterpretasi dan menghuraikan idea dan


konsep daripada buku teks.

Menerang

sambil

mendemotrasikan

cara

melukis

atau

membina bentuk-bentuk geometri.

Menerangkan

langkah-langkah

penyelesaian

masalah

berdasarkan kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari.

Menerangkan sesuatu konsep dengan alat bantu mengajar.


Berdasarkan cara-cara penyampaian di atas, bolehlah kita

katakan bahawa model ekspositori adalah sesuai digunakan untuk

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

2008

mengajar konsep dan kemahiran sesuatu pelajaran dalam peringkat


perkembangan. Dalam peringkat ini, guru boleh menghuraikan konsep
secara lisan sambil menulis fakta-fakta yang penting di papan tulis
supaya pelajar dapat melihat atau memahami konsep atau prinsipnya.
Kebaikan

menggunakan

model

ekspositori

ialah

guru

dapat

menjimatkan masa ketika menyampaikan semua maklumat tentang


konsep dalam masa yang lebih singkat dan pelajar hanya duduk diam
mendengar sahaja.
Model Sim
Model Pengajaran Sim pula menjelaskan bahawa proses pengajaran
yang berlaku adalah melalui interaksi di antara beberapa unsur iaitu
guru, murid, isi pelajaran dan juga objektif. Model ini dibina
berlandaskan konsep pengajaran sebagai bidang komunikasi, iaitu
interaksi di antara guru dan murid dengan objektif dan isi pelajaran
dalam suatu persekitaran tertentu. Berdasarkan model ini, objektif
pelajaran harus ditentukan secara explisit dan mengikut kebolehan
murid-murid. Apa yang membezakan model ini dengan Model Glaser
ialah Model Sim menekankan perhubungan yang baik antara guru
dengan murid supaya menimbulkan interaksi yang sihat dan suasana
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Model ini juga memberi
penekanan kepada unsur-unsur persekitaran seperti keadaan bilik
darjah yang kondusif sesuai dengan keadaan sosio-ekonomi dan
budaya pelajar. Kesimpulannya, dengan pertimbangan-pertimbangan
tersebut, interaksi di antara guru, pelajar, objektif, isi pelajaran dan
persekitaran

dapat

diwujudkan

dengan

berkesan.

Seterusnya,

keberkesanan proses pengajaran akan dapat dicapai ke tahap


optimum.

Model Resepsi Ausubel.

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

2008

David P. Ausubel, seorang ahli psikologi Amerika Syarikat, adalah


orang pertama mengemukakan teori pembelajaran yang memberi
penekanan kepada resepsi yang bermakna. Beliau menyarakan
pembelajaran resepsi adalah lebih berkesan daripada pembelajaran
inkuiri dan penemuan yang dicadangkan oleh Bruner. Ausubel
menghuraikan perbezaan di antara pembelajaran bermakna dengan
pembelajaran hafalan.
Ausubel

dalam

kajiannya

cuba

menunjukkan

bahawa

pembelajaran resepsi adalah satu-satunya strategi pengajaran yang


paling berkesan untuk pembelajaran bermakna. Di dalam terbitan
Arithmetic Teacher Februari 1968, Ausubel menghuraikan perbezaan
di

antara

pembelajaran

resepsi

dengan

dengan

pembelajaran

penemuan. Dalam pembelajaran resepsi, maklumat terancang yang


lengkap diberikan kepada pelajar. Pelajar hanya menyerapkan
maklumat itu ke dalam struktur kognitifnya sahaja. Dalam pembelajaran
penemuan, maklumat yang hendak dipelajari tidak diberikan, dan
pelajar dikehendaki mencari maklumat itu sendiri. Selepas penemuan,
pelajar seperti pembelajaran resepsi menyerapkan maklumat yang
ditemui ke dalam struktur kognitifnya.

Model

Pembelajaran

Expository

yang

dikemukakan

oleh

Ausubel menekankan penerangan bahan pembelajaran oleh guru


dalam bentuk fakta yang tersusun dan dijelaskan menurut urutan serta
fakta yang lengkap. Ausubel menegaskan pembelajaran sepatutnya
berkembang dalam bentuk deduktif daripada am kepada spesifik atau
daripada prinsip kepada contoh. Penaakulan deduktif dikenali juga
sebagai sebagai rule-eg method .

Pembelajaran melalui

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

Resepsi
Bermakna

2008

Penemuan
Hafalan

Bermakna

Hafalan

Menurut Ausubel, ada dua prasyarat bagi pembelajaran resepsi:

Pelajar sendiri mesti mempunyai sikap dan tujuan yang positif terhadap
aktiviti pembelajaran.

Dalam proses pembelajaran, pengetahuan yang sedia ada dalam


struktur kognitif pelajar harus digunakan untuk mengaitkannya dengan
pelajaran baru.
Selain itu, terdapat beberapa faktor yang boleh mengganggu
pembelajaran

yang

bermakna.

Pertama,

peringkat

yang

lebih

kompleks. Kedua, kekurangan motivasi yang dapat mendorong pelajar


supaya belajar konsep dengan cara yang bermakna. Ketiga, strategi
pembelajaran seperti menghafal teorem, definisi dan langkah-langkah
penyelesaian masalah akan menggalakkan pembelajaran hafalan yang
tidak bermakna.

Model Proses Pengajaran Model Pengajaran Robert Glaser

Objektif
Pengajaran

Pengetahuan
Sedia Ada

Kaedah
Mengajar

Penilaian

Maklum Balas

Robert

Glaser

mengemukakan

model

pengajarannya

membahagikan proses pengajaran kepada empat komponen.

dengan

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

2008

(Lihat rajah di atas). Mengikut Robert Glaser lagi, proses


pengajaran bermula dari penemuan objektif pengajaran yang sesuai.
Objektif pengajaran ini menerangkan kehendak hasil pencapaian yang
dapat dikuasai oleh pelajar-pelajar selepas proses pengajaran berlaku.
Hasil pencapaian objektif pengajaran ini biasanya merujuk kepada
perubahan tingkah laku, perolehan dan penguasaan ilmu pengetahuan
dan kemahiran.
Pengetahuan sedia ada merujuk kepada kebolehan intelek, aras
motivasi, penentu-penentu sosial serta budaya pelajar. Robert Glaser
menghuraikan
kemasukan

pengetahuan
dalam

sedia

proses

ada

pengajaran.

sebagai
Guru

tingkah

laku

menggunakan

pengetahuan sedia ada pelajar untuk menentukan objektif pengajaran


yang

sesuai

serta

merancang

dan

melaksanakan

rancangan

mengajarnya.
Kaedah

mengajar

ialah

komponen

ketiga

dalam

Model

Pengajaran Robert Glaser. Ia merujuk kepada satu siri aktiviti


pengajaran yang sistematik dan berlandaskan teori pengajaranpembelajaran, misalnya

kaedah penyelesaian masalah, kaedah

demontrasi, kaedah projek, kaedah bercerita dan sebagainya.


Pemilihan kaedah mengajar haruslah bedasarkan pengetahuan sedia
ada murid, supaya objektif pengajaran dapat dicapai dengan berkesan.
Penilaian ialah komponen keempat dalam Model Pengajaran
Robert Glaser. Penilaian merujuk kepada penaksiran hasil pencapaian
terhadap segala proses pengajaran yang telah dilakukan. Penaksiran
ini meliputi penilaian objektif pengajaran, pengetahuan sedia ada serta
kaedah mengajar. Cara menilai biasanya terdiri daripada aktiviti soal
jawab, pemerhatian, ujian formal atau tak formal. Hasil penilaian ini
akan memberi maklum balas yang membolehkan guru mengesan
kelemahan

dan

kebaikan

aktiviti

pengajarannya

yang

telah

dilaksanakan. Seterusnya, ia membolehkan guru mengubahsuai

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

rancangan

dan

kaedah

mengajar

demi

meningkatkan

2008

proses

pengajaran ke tahap yang lebih berkesan lagi.

Model Pemerosesan Maklumat.


Robert M. Gagne dalam bukunya Essentials of Learning for Instruction
(1975) mengemukakan satu teori mengenai bagaimana manusia
memperolehi maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran.
Mengikut teorinya, rangsangan-rangsangan dari persekitaran
luar akan diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia.
Maklumat ini akan ditafsirkan dalam stor ingatan, kemudian dihantar
kepada stor ingatan jangka panjang, dan akhirnya kepada penggerak
tindak balas melalui sistem saraf.
Rajah

di

bawah

menggambarkan

proses

pembelajaran

berdasarkan Teori Gagne.

Persekitaran

Rangsangan-rangsangan
Rakaman deria

Stor ingatan j/pendek

Pelaksanaan
Penggerak tindak balas

Stor ingatan j/panjang

Menurut Yusup Hashim (1997), dalam buku Media Pengajaran


Untuk Pendidikan dan Latihan, Gagne (1975), menyatakan bahawa
pengalaman-pengalaman yang disimpan dalam stor ingatan jangka

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

2008

panjang adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan


pengalaman-pengalaman

baru,

demi

memudahkan

proses

pembelajaran baru berlaku. Mengikut model ini lagi, setiap fasa dalam
proses pembelajaran mempunyai tindakan dalaman ataupun luaran
yang tersendiri dan mempengaruhi fasa yang berikutnya.
Pembelajaran melalui isyarat (signal learning) merupakan bentuk
pengajaran yang primitif sekali. Misalnya manusia, melalui pengalaman
mempelajari isyarat asap sebagai kebakaran, isyarat kilat sebagai petir,
dan sebagainya

1. Fasa Motivasi
Jangkaan

Masa

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

2008

2.Fasa Kefahaman.
Pemerhatian-Simpanan Persepsi
3. Fasa Perolehan
Pengekodan-Simpanan Awal
4. Fasa Penahan
Penyimpanan-Stor Ingatan
5. Fasa Ingatan Kembali
Mengingat Kembali-Mencari
6. Fasa Generalisasi
Pindaan
7. Fasa Prestasi
Gerak Balas

8. Fasa Maklumbalas
Peneguhan

Lapan Jenis Pembelajaran Untuk Memperolehi Maklumat.


Berdasarkan kepada proses pembelajaran yang telah dihuraikan,
Gagne

dalam

tahun

1977,

cuba

menghuraikan

lapan

jenis

pembelajaran yang beliau kenal pasti daripada peringkat yang mudah


kepada peringkat yang kompleks seperti berikut:

Pembelajaran melalui isyarat (signal learning) merupakan bentuk


pengajaran yang primitif sekali. Misalnya manusia, melalui pengalaman

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

2008

mempelajari isyarat asap sebagai kebakaran, isyarat kilat sebagai petir,


dan sebagainya.

Pembelajaran stimuli-tindak balas (stimulus- response learning) ialah


menghubungkaitkan stimuli yang dirancang dan dirangsangkan dengan
tindak balas individu, demi menghasilkan perubahan tingkah laku.
Misalnya guru menunjukkan sesuatu benda konkrit, murid menyebut
namanya atau murid membaca buku adalah digolongkan dalam
pembelajaran stimuli-tindak balas.

Pembelajaran melalui rantaian (chaining) merujuk kepada pelbagai


hubungkait daripada pembelajaran stimuli-tindak balas selepasnya,
demi berlakunya pembelajaran dalam peringkat

yang lebih tinggi.

Misalnya, membuat ayat dengan menghubungkaitkan perkataanperkataan atau mensintesiskan beberapa kemahiran untuk menjadikan
kemahiran yang kompleks dan sebaginya.

Pembelajaran melalui asosiasi verbal (verbal association) merupakan


bentuk asas pembelajaran bahasa. Mengaitkan nama orang dengan
alamatnya, atau mengaitkan perkataan Bahasa Inggeris dengan erti
perkataan Bahasa Melayu adalah contoh-contoh pembelajaran melalui
asosiasi verbal.

Pembelajaran melalui pelbagai perbezaan (multiple discrimination)


merujuk kepada pembelajaran untuk memilih satu sahaja tindak balas
terhadap pelbagai rangsangan. Misalnya, murid selepas belajar
perbezaan tanda bunyi di
antara e pepet dengan e taling akan boleh memilih satu bunyi sahaja
untuk menyebut perkataan seperti bela, semak, dan sebagainya.

Pembelajaran

konsep

pembelajaran

berbentuk

concept

learning)

konsep

dengan

merujuk

kepada

pewakilan

simbol

berdasarkan ciri-ciri yang sama.


Misalnya,. Beg, buku, kereta, buah-buahan adalah mewakakili konsep
benda- benda tersebut.

Pembelajaran

prinsip

principle

learning)

merujuk

kepada

pembelajaran perkaitan dua atau lebih konsep yang telah dipelajari.

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

2008

Misalnya, air mengalir ke tempat yang lebih rendah ia;ah satu prinsip.
Prinip ini ialah dibentuk daripada beberapa perkataan yang setiapnya
mempunyai konsep sendiri. Dengan menghubungkaitkan konsepkonsep

mengikut

turutan

akan

menjadi

satu

prinsip

dalam

pembelajaran prinsip yang disebutkan.

Pembelajaran penyelesaian masalah (problem solving) - merupakan


pembelajaran melalui proses berfikir, iaitu memikir cara penyelesaian
masalah degan menggunakan konsep dan prinsip yang telah dipelajari.
Misalnya, untuk menyelesaikan masalah matematik, pelajar harus
dapat menggunakan simbol nombor (konsep) dan hukum atau teoram
matematik (prinsip) yang berkaitan serta yang telah dipelajarinya..

Model Latihan Terus


Model Arahan Terus pula merupakan satu model pengajaran yang
bertujuan untuk membantu pelajar mempelajari ilmu pengetahuan atau
kemahiran asas yang boleh diajar dengan cara langkah demi langkah.
Model ini juga dikenali sebagai Model Latihan dan Model Pengajaran
Aktif. Model ini dibentuk khas untuk merangsang pembelajaran pelajar
berkaitan

pengetahuan

berprosedur

(procedural

knowledge)

yang

memerlukan sama ada kemahiran asas atau komprensif dan juga


berkaitan ilmu pengetahuan yang memerlukan pengajaran langkah demi
langkah. Model ini menekankan aspek pemerhatian pelajar terhadap apa
yang ditunjukkan oleh guru sebelum pelajar melakukannya semula.

Model Inkuiri
Kaedah inkuiri merangkumi segala proses soal selidik untuk mendapatkan
jawapan atau kesimpulan daripada soalan atau daripada masalah yang
dikemukakan. Aktiviti soal selidik ini memerlukan murid mengenalpasti
soalan bermasalah, membentuk hipotesis, merancang aktiviti kajian,

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

2008

menjalankan kajian siasat dan membuat rumusan atau mendapatkan


jawapan. Kaedah inkuiri boleh dikendalikan berdasarkan salah satu
daripada tiga model berikut, iaitu :
(a) Model inkuiri sains yang digunakan untuk mengkaji prinsip, fenomena
dan ciri-ciri unsur sains. Proses kajian adalah berlandaskan kepada
lima langkah aktiviti soal selidik yang dihuraikan dalam Model Dewey
seperti berikut :

Mengenal
pasti
masalah

Mencari
maklumat
rumusan

Membuat
hipotesis

Menguji
hipotesis

Menilai
dan
membuat
rumusan

Rajah 1 : Proses Penyelesaian Masalah


Proses mengenalpasti masalah melibatkan aktiviti memahami
dan mengenalpasti aspek-aspek penting yang terkandung dalam
masalah. Peringkat mencari maklumat melibatkan akiviti mengumpul
bahan-bahan atau fakta-fakta yang berkaitan dengan penyelesaian
masalah. Peringkat membuat hipotesis merujuk kepada cadangan
strategi dan cara menyelesaikan masalah. Peringkat

menguji

hipotesis merupakan proses pelaksanaan strategi dan aktiviti


penyelesaian, manakala peringkat menilai dan membuat rumusan
merujuk kepada aktiviti penilaian dan membuat rumusan terhadap
teknik penyelesaian yang telah digunakan dalam proses penyelesaian
masalah.
(b) Model inkuiri sosial yang digunakan untuk mengkaji topik-topik yang
berkaitan dengan bidang kemasyarakatan dan kemanusiaan. Proses
kajian adalah berlandaskan kepada aktiviti pemerhatian, temubual atau
soal selidik. Model inkuiri sosial menegaskan proses interaksi sosial.
Model ini merangkumi enam langkah seperti berikut :

2.
Pembentuka
n hipotesis
oleh murid

3. Memberi
definisi
kepada
hipotesis

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

1.Pembentuka
n
masalah
oleh guru

6. Membuat
kesimpulan
atau
rumusan

2008

4. Perbincangan
kesahan
hipotesis

5. Mencari
sokongan
untuk hipotesis
Rajah 2 : Model Inkuiri Sosial
(c)

Model inkuiri juris prudential yang digunakan untuk mencari


kebenaran dan ketepatan sesuatu isu. Proses inkuiri ini adalah
berlandaskan kepada aktiviti perdebatan. Di dalam aktiviti pengajaran
dan pembelajaran, terdapat dua jenis teknik inkuiri, iaitu inkuiri
terbimbing dan inkuiri terbuka. Inkuiri terbimbing memerlukan guru
membimbing pelajar-pelajar menjalankan segala proses kajian. Inkuiri
jenis ini sesuai digunakan pada peringkat sekolah rendah dan sekolah
menengah rendah. Dalam inkuiri terbuka, pelajar-pelajar tidak diberi
sebarang bimbingan. Segala proses kajian dijalankan oleh pelajar
sendiri. Inkuiri jenis ini sesuai digunakan pada peringkat sekolah
menengah atas dan peringkat lebih tinggi.

(d)

Model Inkuiri Suchman diperkenalkan oleh Richard Suchman


berlandaskan andaian bahawa strategi-strategi yang digunakan oleh
ahli sains untuk menjalankan kaji selidik boleh juga digunakan sebagai
model pengajaran dalam mata pelajaran sekolah, khasnya mata
pelajaran sains.

Langkah-langkah Model Inkuiri Suchman

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

1) Guru

menentukan

dan

mengemukakan

masalah

2008

untuk

diselesaikan.
2) Guru menerangkan proses inkuiri untuk menyelesaikan masalah
yang dikemukakan.
3) Pelajar-pelajar

dibimbing

membuat

hipotesis

dengan

mengumpulkan data yang berkaitan.


4) Pelajar-pelajar menggunakan data untuk menguji hipotesis
dengan tujuan membentuk teori yang berkaitan.
5) Pelajar-pelajar berbincang dan membuat rumusan tentang
peraturan atau syarat yang berkaitan dengan teori yang telah
dibentuk.
6) Guru dan pelajar bersama berbincang dan menganalisis proses
inkuiri yang dijalankan dengan tujuan membaiki kelemahan
penyelesaian yang telah didapati dahulu.
Implikasi Model Inkuiri Suchman dalam Proses Pengajaran
1) Menentukan objektif pelajaran mengikut tahap kebolehan pelajar
dan menyediakan bahan pelajaran yang sesuai.
2) Merancangkan langkah-langkah memmbentuk sesuatu konsep,
prinsip atau teori dengan jelas dan terperinci.
3) Membimbing dan membetulkan aktiviti-aktiviti pelajar yang
terpesong daripada objektif pelajaran.
4) Menggalakkan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam proses
inkuiri dengan guru memainkan peranan sebagai pemudahcara
yang berkesan.
5) Selepas peringkat akhir inkuiri, guru harus memberi ulasan atau
penilaian terhadap hasil inkuiri pelajar.

Model Pembentukan Konsep dalam Pengajaran (BRUNER).


Satu model yang dilahirkan dari kajian pemikiran. Unsur-unsur model
ini dilahirkan dari kajian Jerome Bruner, Jaqueline Goodnow dan

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

2008

George Austin yang kemudian diturunkan ke bentuk model pengajaran


oleh Bruce Joyce dan Marsha Weil.
Kajian Bruner, Goodman, dan Austin ialah mengenai bagaimana
manusia membentuk kategori persamaan, dan perhubungan di antara
benda-benda

di

persekitaran.

Bruner

menegaskan

bahawa

persekitaran. Bruner menegaskan bahawa persekitaran kita ini adalah


begitu beraneka ragam, tetaapi mnusia masih dapat membezakan
benda yang berlainan. Andainya kita gunakan kebolehan kita
mencatatkan

kesemua

perbezaan

benda

di

persekitaran,

dan

kemudian bertindak balas terhadap tiap-tiap benda dan perkara yang


ditemui itu sebagai unik, kita akan menjadi bingung, kerana
persekitaran kita ini terlalu kompleks. Dengan tujuan mengatasi
kesukaran ini, kita memberikan kategori dengan cara bijaksana dan
perkara-perkara yang berlainan disamakan... iaitu bertindak balas
dengan perkara-perkara itu sebagai ahli kelas, dan bukan dari segi ciriciri unik perkara tersebut .
Pembelajaran sesuatu bahasa itu dapat dianggap sebagai
pembentukan konsep, kerana masyarakat yang menggunakan bahasa
tersebut telah membahagikan semua benda dan perkara kepada
kategori-kategori tertentu, dan tiap-tiap kategori itu sudah diberi
labelnya sendiri. Murid yang mempelajari bahasa tersebut membentuk
dan mencapai konsep-konsep dan mempelajari label-label dalam
bahasa tersebut.
Model pencapaian konsep mempunyai tiga fungsi atau tujuan
langsung seperti yang diturunkan ( dengan anak panah tidak putus
warna merah, dalam gambarajah berikut) :

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

2008

Rekabentuk konsep

Model Pencapaian Konsep


Model Pencapaian
Konsep

Rekabentuk konsep

Rekabentuk konsep
Toleransi
Toleransi
perkara
perkara
berbeza
berbeza
( (tetapi
tetapi
menilai
menilai
logik)
logik)

Sensitif kepada
Pemikiran
Logik Apabila
berkomunikasi

Rekabentuk konsep

Model ini pun mempunyai fungsi penyuburan diri secara tidak


langsung (lihat anak panah warna merah. Penyuburan murid yang lahir
daripada kefahaman berbagai-bagai kriteria, atribut, kategori dan
seterusnya konsep.
Model ASSURE
Model ini boleh dijadikan panduan untuk meracang penggunaan media
dalam pengajaran (Heinich, Molenda, Russel, 1989). ASSURE
bermaksud memastikan sesuatu itu belaku. Enam langkah telah
dicadangkan untuk merancang penggunaan bahan media mengikut
model ASSURE ialah menganalisis sifat-sifat murid, menyatakan
objektif,

memilih

media

dan

bahan,

menggunakan

bahan,

mendapatkan tindak balas murid serta menilai dan menyemak semula


bahan.

Model Komunikasi

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

2008

Yusup Hashim dalam buku Media Pengajaran Untuk Pendidikan dan


Latihan, menyatakan bahawa, model komunikasi Shanon dan Weaver
(1947)

menjadi

asas

kepada

perkembangan

komunikasi

yang

menekankan aspek-aspek teknikal dan penghantaran mesej dari punca


ke penerima bukan aspek-aspek komunikasi antara manusia. Model ini
sesuai dan boleh digunakan untuk menganalisis pengajaran seseorang
guru. Dalam pengajaran, guru sebagai punca maklumat akan memilih
sesuatu topik pengajaran. Topik pengajaran ialah mesej yang akan
disampaikan melalui pemancar. Pemancar menerima mesej ini dan
bertukar menjadi isyarat. Isyarat ini mungkin dalam bentuk percakapan
guru, nota edaran atau gamba rajah. Isyarat ini akan diterima oleh
mata dan/atau telinga penerima dan bertukar semula menjadi mesej
dan akhirnya sampai ke destinasi, iaitu minda murid. Model ini sesuai
digunakan bersama dengan kaedah-kaedah pengajaran yang lain
dalam mata pelajaran Komunikasi khasnya komunikasi melalui
televisyen dan alat pandang dengar yang lain.
Model Projek
Menurut Lee Shok Mee (1995) dalam buku Asas Pendidikan 2:Murid
dan Proses Pembelajaran, menyatakan bahawa model projek ialah
satu kaedah mengajar yang disarankan oleh Professor William
Kilpactrick (1871-1965), dengan pengubahsuaian daripada kaedah
penyelesaian masalah yang dikemukakan oleh Dewey.
Model projek ini adalah berlandaskan teori pembelajaran
bahawa hasil pembelajaran murid akan menjadi lebih berkesan jika
mereka menaruh minat dan bersedia untuk melaksanakan aktiviti
pembelajaran yang dirancangkan dengan cara yang menarik. Dengan
hal yang demikian, model projek ini menyarankan bahawa murid-murid
belajar melalui aktiviti permainan, kerja praktik, kajian luar dan lawatan.
Melalui model ini, murid-murid dapat menjalankan aktivit pembelajaran

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

2008

dengan penuh minat dan perhatian dalam satu situasi yang sebenar
untuk mendapatkan sesuatu hasil yang diharapkan.
Biasanya, aktiviti pembelajaran melalui kerja projek dijalankan
selepas murid-murid telah menguasai kemahiran mengira min (purata),
mereka boleh diberi projek menjalankan kaji selidik untuk mendapat
min umur muird-muird dalam kelas atau tingkatan mereka. Ataupun
selepas telah mempelajari riwayat hidup seekor katak, mereka boleh
diberi projek memerhati dan merekodkan kelahiran anak katak dengan
mengumpulkan telur atau berudu di dalam kolam yang terdapat di alam
sekitar. Dengan menjalankan kerja projek ini, murid-murid akan dapat
memperolehi pengalaman yang lebih luas, mengembangkan potensi
mereka dari segi intele dan sosial serta memperkukuhkan kemahirankemahiran yang baru dikuasai.
Di bawah program Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), kerja projek
merupakan suatu rancangan kerja berdasarkan topik yang digemari
oleh murid-murid. Ia merupakan lanjutan kepada aktiviti pembelajaran
selepas mereka telah mempelajari sesuatu topik atau menguasai
kemairan-kemahiran tertentu.
Kerja projek ini boleh dilaksanakan secara individu atau secara
kumpulan. Bagaimanapun, untuk mencapai hasil pelajaran yang
memuaskan, perkara-perkara berikut harus diberi perhatian:

Objektif dan aktiviti kerja projek harus ditentukan berdasarkan


kecenderungan dan kemahiran murid-murid.

Sebelum menjalankan aktiviti pengayaan ini, guru harus menyediakan


(atau meminta murid-murid menyediakan) bahan-bahan adan alat-alat
yang diperlukan untuk pelaksanaannya.

Adakan rancangan yang baik dan lengkap seperti membahagikan kerja


untuk setiap kumpulan demi menjamin kelicinan perjalanannya.

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

2008

Menentukan kerja yang mana memerlukan bimbingan guru dan kerja


yang mana memerlukan kepimpinan murid daripada kumpulan serdas.

Menentukan

cara

mempamerkan

hasil-hasil

kerja

murid,

cara

menyimpan dan penggunaannya sebagai alat bantu mengajar pada


masa akan datang.

Model Perbincangan
Perbincangan merupakan satu kaedah dan teknik mengajar yang
melibatkan aktiviti perbualan di antara guru dan pelajar-pelajar dalam
kelas, atau suatu jenis aktiviti pembelajaran secara bertukar-tukar fikiran
atau idea serta berkongsi maklumat tentang sesuatu perkara melalui
perbualan di bawah penyeliaan seorang guru.
Pada peringkat permulaan, guru biasanya mengemukakan topik
perbincangan dan soalan-soalan yang berkaitan dengan sesuatu topik.
Semasa aktiviti perbincangan, pelajar-pelajar digalakkan memainkan
peranan yang aktif untuk memberi pandangan masing-masing. Guru
hanya

memberi

panduan

dan

bimbingan

sahaja.

Segala

aktiviti

perbincangan harus dijalankan oleh pelajar-pelajar sendiri. Pada peringkat


akhir, guru akan membimbing pelajar-pelajar membuat rumusan terhadap
hasil perbincangan mereka.
Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah,
terdapat banyak topik sesuai disampaikan melalui sesi perbincangan,
khasnya bagi mata pelajaran Pendidikan Moral, Pendidikan Islam, Bahasa
Melayu, Sains dan sebagainya. Di antara topik-topik yang sesuai
dibincangkan ialah topik isu semasa, peristiwa, sejarah, watak cerita,
sastera, konsep keluarga, kebersihan, pencemaran, perpaduan rakyat,
peranan pelajar dan sebagainya. Di samping itu, sebahagian topik mata
pelajaran yang lain juga boleh menggunakan kaedah perbincangan.

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

2008

Jenis-jenis Sesi Perbincangan


Berbagai-bagai jenis sesi perbincangan boleh dijalankan di dalam bilik
darjah. Di antara sesi perbincangan yang biasanya dipilih sebagai strategi
pengajaran dan pembelajaran dalam kelas ialah perbahasan, seminar,
forum dan buzz.
(a) Konteks Biasa
Model perbincangan biasa ini adalah sesuai untuk strategi pengajaran
dan pembelajaran keseluruhan kelas di antara guru dengan pelajar
mereka, dan kumpulan-kumpulan kecil

( sesi buzz ) di antara pelajar

dengan pelajar.
Langkah-langkah perbincangan ini biasanya mengandungi lima
peringkat, iaitu : peringkat rancangan, permulaan, perbincangan,
rumusan dan penutup. Berikut adalah langkah-langkah perbincangan
dalam konteks biasa.
Tentukan topik perbincangan yang sesuai dengan
Peringkat
Rancangan

objektif pelajaran, kebolehan dan minat pelajar.


Sediakan

bahan-bahan

dan

kemudahan

yang

diperlukan.
Guru menerangkan tujuan perbincangan dan konsep
topik yang berkaitan.
Peringkat
Permulaan

Bahagikan kelas kepada kumpulan-kumpulan kecil.


Lantik pengerusi dan pencatat bagi setiap kumpulan.
Susun meja-kerusi dalam bentuk yang sesuai.
Pengerusi

menggalakkan

setiap

ahli

memberi

pendapat masing-masing.
Ahli-ahli
Peringkat
Perbincangan

kumpulan

mengemukakan

pendapat

mereka.
Pencatat

merekodkan

pendapat-pendapat

yang

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

2008

dikemukakan.
Guru bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan
yang

lain

untuk

perbincangan

memberi

pelajar

bimbingan

tidak

terpesong

supaya
daripada

tujuannya.
Kumpulan-kumpulan kecil dibubar dan duduk semula
dalam bentuk keseluruhan kelas.
Peringkat
Rumusan

Pencatat

memainkan

peranan

sebagai

pelapor

dengan menyampaikan hasil perbincangan mereka di


hadapan kelas.
Guru membimbing pelapor membuat penyelarasan
antara pendapat-pendapat yang dikemukakan.

Peringkat
Penutup

Guru

membuat

rumusan

dan

ulasan

tentang

perbincangan yang telah dijalankan.


Pelajar-pelajar

merekodkan

rumusan

atau

isi-isi

penting dalam buku nota mereka.

(b) Konteks Usul Paideia


Perbincangan dalam konteks Usul Paideia adalah satu pendekatan
yang

mementingkan

aktiviti

kesepaduan

dalam

semua

unsur

pengajaran dan pembelajaran. Kaedah Usul Paideia tertumpu kepada


tiga persoalan asas, iaitu :

Apakah yang dipelajari?

Mengapakah ia dipelajari?

Bagaimanakah ia boleh dipelajari?


Menurut Usul Paideia, perkara-perkara yang hendak dipelajari

ialah pelbagai ilmu pengetahuan, kemahiran intelek dan pembelajaran,


konsep, fahaman dan nilai-nilai hidup. Oleh itu, perbincangan jenis ini
hendaklah ditumpukan kepada perkara-perkara tersebut.

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

2008

Strategi perbincangan di bawah konteks Usul Paideia telah


menyarankan tiga strategi pengajaran dan pembelajaran, iaitu strategi
Sokratik, strategi latihan amali dan strategi didaktik.
Strategi Sokratik menekankan penggunaan satu siri soalan untuk
menjelaskan idea-idea atau fakta-fakta yang penting untuk membantu
pelajar membuat kesimpulan yang tepat. Perbincangan melalui aktiviti
soal jawab akan menggalakkan pelajar melahirkan pemikiran yang
lebih rasional. Untuk membantu pelajar-pelajar meningkatkan mutu
dialog ini, satu siri soalan hendaklah dirancangkan dengan teliti supaya
ia boleh menggalakkan perbincangan. Oleh itu, soalan-soalan yang
dirancangkan hendaklah berbentuk terbuka, iaitu tidak mempunyai satu
jawapan yang betul sahaja. Malah, Ya dan Tidak adalah tidak
memadai sebagai jawapan.
Menurut Usul Paideia, strategi latihan amali adalah sesuai
digunakan untuk perkembangan kemahiran intelek, iaitu aktiviti
pembelajaran yang membolehkan pelajar menguasai kemahiran
mendengar, membaca, menulis, mengira, menyelesaikan masalah dan
sebagainya.

Untuk

membolehkan

pelajar-pelajar

menguasai

kemahiran-kemahiran dengan berkesan, di samping menjalankan


aktiviti pengukuhan, teknik perbincangan harus digunakan bagi situasisituasi pelajaran berikut :

Berbincang dengan pelajar tentang kesulitan-kesulitan yang dihadapi.

Berbincang dengan pelajar tentang kesimpulan-kesimpulan yang telah


dirumuskan.

Berbincang dengan pelajar tentang pentingnya menguasai kemahiran


yang betul dengan tujuan menggalakkan mereka melibatkan diri secara
aktif dalam aktiviti pembelajaran.

Berbincang dengan pelajar cara-cara yang betul untuk menguasai


kemahiran pembelajaran.

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

2008

Strategi didaktik pula sesuai digunakan untuk menyampaikan


secara lisan isi pelajaran atau ulasan sesuatu topik perbincangan. Teknik
perbincangan adalah digunakan untuk menimbulkan minat dan naluri ingin
tahu pelajar terhadap isi pelajaran atau ulasan sesuatu topik. Biasanya
strategi ini menekankan perbincangan yang tidak formal, iaitu dengan cara
perbualan atau pertuturan pelajar-pelajar sekolah rendah dan sekolah
menengah rendah. Manakala bagi pelajar-pelajar sekolah menengah atas
atau peringkat yang lebih tinggi, perbincangan formal harus diadakan yang
boleh dijalankan dalam bentuk syarahan, seminar, perbahasan dan forum.
Model Inkuiri-Penemuan
Model Inkuiri-penemuan terhasil daripada gabungan kaedah inkuiri dan
kaedah penemuan. Namun demikian, konsep kaedah inkuiri dan kaedah
penemuan adalah berlainan tetapi pendekatan, strategi, tujuan, prinsip dan
langkah-langkah menjalankan aktiviti kajiannya adalah sama.
Model

inkuiri-penemuan

merangkumi

semua

aktiviti

iaitu

merancang, menyiasat, menganalisis dan menemui. Pembelajaran


melalui kaedah ini memerlukan kemahiran-kemahiran seperti membuat
perbandingan dan mencari ciri-ciri yang sama untuk membentuk suatu
generalisasi yang diharapkan.
Mengenal
pasti
topik
kajian

Mengumpul
Mengkaji
maklumat
dan
yang
menganalisis
berkaitan
maklumat
Rajah 3 : Proses Pembelajaran Melalui Kaedah Inkuiri-Penemuan
Merancang
strategi
penyelesaian

Langkah-langkah

Pengajaran

Melalui

Kaedah

Inkuiri

Membuat
generalisasi
atau
rumusan
dan

Penemuan
Pada amnya, aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah
inkuiri dan penemuan mengandungi lima peringkat utama, iaitu :

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

Aktiviti Inkuiri-Penemuan

Peringkat

Mengenal
pasti
topik kajian
Merancang
strategi
penyelesaian
Mengumpul
maklumat yang
berkaitan
Mengkaji dan
menganalisis
maklumat
Membuat
generalisasi
atau rumusan

2008

Menentukan topik kajian oleh guru


Mendedahkan topik kajian kepada pelajar
Berbincang tujuan kajian dengan pelajar
Meramal dan membuat hipotesis
Menentukan cara menjalankan kajian melalui aktiviti soal
jawab
Mengumpul maklumat melalui cara memerhati, menyukat,
melakukan eksperimen atau membuat rujukan
Mencatat maklumat yang telah dikumpul
Menjadualkan dan mengelaskan maklumat
Menginterpretasi dan mentafsir maklumat
Membuat generalisasi atau rumusan berdasarkan hasil
pentafsiran.
Merekodkan generalisasi atau rumusan dalam buku nota

8.0 Strategi Pengajaran


Dalam Modul Strategi Pengajaran ( MOSEP ) BAHASA MELAYU, strategi
pengajaran dan pembelajaran adalah berasaskan kepada kebolehan
murid yang berbeza. Oleh itu, dalam melaksanakan strategi pengajaran
dan pembelajaran, guru hendaklah menggunakan pelbagai kaedah dan
teknik pengajaran untuk mengambil kira kebolehan, kemampuan, minat,
bakat, dan gaya pembelajaran murid. Menurut buku Strategi Pendidikan
Bahasa Melayu(1994), terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian
Pendidikan Malaysia, dalam menyampaikan sesuatu mata pelajaran, guru
seharusnya menggabung - jalinkan aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah
supaya pelajaran yang disampaikan itu dikaitkan dengan pengalaman
mereka. Guru juga hendaklah menyediakan suasana pembelajaran yang
menggalakkan

murid

mengambil

bahagian

secara

aktif

melalui

penggunaan pelbagai media yang sesuai dengan perkembangan diri dan


kebolehan murid.

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

2008

Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk mewujudkan suasana


dan persekitaran yang mengamalkan pendekatan yang dapat merangsang
pembelajaran yang bertumpukan proses serta menggunakan pelbagai
kaedah dan teknik yang berkesan. Dalam menjalankan pengajaran dan
pembelajaran yang berpusatkan murid, guru seharusnya :
Mewujudkan suasana persekitaran yang merangsang pembelajaran.
Mengamalkan prinsip-prinsip tertentu dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Menurut Kementerian
dan

pembelajaran

yang

Pelajaran (1983:27), strategi pengajaran


disarankan

ialah

untuk

membina

dan

mengukuhkan minat murid-murid terhadap pembelajaran mereka supaya


bersedia

menerima

meneruskannya

pelajaran

seterusnya

sendiri. Mengikut strategi

dan

berupaya

ini setiap

pula

murid akan

mengambil bahagian secara aktif di dalam pelbagai kegiatan meliputi


pelbagai

unsur

daripada

komponen-komponen

kemahiran

asas,

kerohanian, nilai dan sikap, kemanusian dan persekitaran serta kesenian


dan rekreasi.
Teknik pengajaran yang digunakan seharusnya sesuai dengan
perkembangan diri dan kebolehan murid-murid supaya pembelajaran itu
menarik, berkesan dan bermakna. Dalam menggunakan teknik-teknik
yang sedemikian, guru-guru digalakkan menjalankan pelbagai kegiatan
dan menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
mengikut kebolehan, keupayaan, bakat dan minat murid-murid.
Secara

umumnya

ketika

pendekatan,kaedah dan teknik

guru

menyampaikan

pengajaran,

pengajaran yang tertentu digunakan

usaha mengenalpasti dan memilih kaedah dan teknik yang sesuai dapat
memenuhi pendekatan yang tertentu disebut strategi. Kaitan diantara
konsep di atas dapat dilihat melalui rajah di bawah.
pendekatan

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

Teori
pembelajaran

2008

Strategi
pengajaran

kaedah
teknik

8.1 Pendekatan
Menurut pendapat Edward M. Anthony (1963), pendekatan ialah
satu set andaian yang saling berkait dengan proses pengajaran dan
pembelajaran

serta

mempunyai

unsure

aksiomatik.

Melalui

pendapat di atas dapatlah kita merumuskan bahawa pendekatan


harus berlandaskan kepada model, prinsip atau teori pembelajaran,
Contohnya :
a) konkrit kepada abstrak
b) mudah kepada kompleks
c) keseluruhan kepada bahagian
d) umum kepada spesifik (deduktif)
e) spesifik kepada umum (induktif)
f) dekat kepada jauh
g) diketahui kepada belum diketahui
Pendekatan

merupakan

aksiomatik iaitu

kenyataan

yang

dianggap benar tanpa memerlukan sebarang bukti atau alasan.


Pendekatan ini bolehlah dirumuskan sebagai satu teori pembelajaran
yang beraksiomatik dan diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata
pelajaran berdasarkan objektifnya. Antara pendekatan yang boleh
digunakan adalah seperti berikut:1. pendekatan berpusatkan guru
2. pendekatan berpusatkan pelajar
3. pendekatan berpusatkan bahan
4. pendekatan konstruktivisme

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

2008

5. pendekatan induktif
6. pendekatan deduktif
7. pendekatan elektif
8. pendekatan tematik
9. pendekatan masteri
10. pendekatan penyebatian

8.2 Kaedah
Kaedah-kaedah pengajaran adalah tindakan yang dilakukan oleh guru
yang dirancang secara sistematik dalam mengendalikan proses
pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini melibatkan tindakbalas
antara guru dan pelajar untuk mencapai objektif pengajaran. Ia
merupakan usaha keseluruhan terdiri daripada prosedur tersusun
berdasarkan pendekatan yang dipilih.
Antara kaedah yang digunakan adalah:
i.

kaedah kuliah

ii.

kaedah memberi arahan

iii.

kaedah resitasi

iv.

kaedah perbincangan

v.

kaedah menyoal

vi.

kaedah latih tubi

vii.

kaedah ujian lisan

viii.

kaedah tinjauan semula

ix.

kaedah sumbang saran

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

x.

2008

kaedah perbahasan

8.3 Teknik
Teknik pengajaran adalah merujuk kepada satu muslihat atau satu
kemahiran yang digunakan oleh guru dengan tujuan untuk mencapai
objektif pelajaran. Guru perlu mengambilkira faktor latar belakang
pelajar dalam menentukan teknik yang dipilih.
Antara teknik yang biasa digunakan adalah:
teknik bercerita
teknik bersyarah
teknik perbincangan
teknik demonstrasi
teknik latihtubi dan hafalan
teknik penyoalan
sosiodrama
teknik main peranan
teknik simulasi
teknik penyelesaian masalah
teknik sumbangsaran

Salah satu strategi yang telah disarankan untuk mencapai tahap


pencapaian murid yang maksimum ialah penggabungjalinan. Strategi

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

2008

ini memainkan peranan penting dalam pengajaran dan pembelajaran.


Melalui proses penggabungjalinan ini beberapa kemahiran dapat
dikuasai serentak dan cara ini juga dapat mengelakkan rasa bosan
dalam

proses

pembelajaran.kemahiran-kemahiran

dapat

digabungjalinkan sama ada kemahiran-kemahiran yang terdapat


dalam satu mata pelajaran digabungjalinkan dengan lain-lain mata
pelajaran.
Bahan-bahan program bahasa adalah diambil daripada bidang
Kemanusiaan dan persekitaran. Unsur-unsur daripada mata pelajaran
seperti sains, geografi, sejarah, sivik, kesihatan, seni lukis dan lain-lain
mata pelajaran. Dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR),
perkara yang ditekankan adalah kepada kemahiran asas. Untuk
mencapai kemahiran asas yang yang lebih berkesan dan untuk
mendapatkan isi ilmu pengetahuan secara tidak langsung melalui
kemahiran-kemahiran itu, maka sesuatu pelajaran itu haruslah
disampaikan secara terpadu. Dengan berdasarkan program terpadu ini
satu pengajaran melalui aktiviti yang menarik dan bermakna dapat
diciptakan.
Program

terpadu

ini

mengandungi

dua

strategi

iaitu

penggabungjalinan dan penyerapan. Program ini bertujuan:


i.

Membolehkan murid-murid menguasai beberapa kemahiran


serentak dan dengan lebih bermakna.

ii.

Mengelakkan rasa bosan dan menimbulkan suasana yang


lebih menarik.

iii.

Menimbulkan suasana pembelajaran yang lebih berkesan.

iv.

Kemahiran-kemahiran saling kukuh-memperkukuhkan.

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

2008

8.4 Penggabungjalinan
Konsep penggabungjalinan dalam pengajaran bahasa Malaysia
bukanlah satu konsep baru. Dalam pengajaran bahasa, kemahiran
bahasa adalah merupakan satu keseluruhan yang melibatkan
semua

aspek

kemahiran,

sama

ada

mendengar,

bertutur,

membaca dan menulis atau sebagainya. Dalam hal ini, guru-guru


bahasa sebenarnya sama ada sengaja atau tidak sengaja memang
telah ada menggabungjalinkan aspek-aspek bahasa itu.tetapi apa
yang

disarankan

oleh

sukatan

pelajaran

adalah

supaya

penggabungjalinkan itu dapat dilakukan dengan cara yang lebih


sistematik, teratur dan lebih luas lagi.
Penegasan penggabungjalinan dalam pengajaran guru
adalah bertujuan untuk mengelakkan compartmentalization iaitu
satu usaha untuk mengelakkan guru-guru daripada mengajar
sesuatu kemahiran bahasa itu dengan memecah-mecahkan atau
mengasing-asingkan bahagian-bahagian bahasa yang berkait
rapat. Ia bertujuan untuk mengukuhkan satu aspek kemahiran
bahasa itu dengan yang lain dan menjadikan sesuatu pengajaran
itu lebih berkesan.
Dalam konteks KBSR, penggabungjalinan dalam pengajaran
dan pembelajaran dibahagikan kepada dua:
i.

Penggabungjalinan kemahiran-kemahiran dalam satu mata


pelajaran.

ii.

Penggabungjalinan

kemahiran

dalam

beberapa

mata

pelajaran.
Dalam pengajaran bahasa, kita dapati ada empat kemahiran yang
sering dijalankan dalam kelas dan kemahiran-kemahiran itu ialah
kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan kemahiran menulis. Guru

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

2008

boleh menggabungjalinkan beberapa atau kesemua kemahiran itu dalam


sesuatu pengajaran itu.
Perlu diingat bahawa susunan atau cara penggabungjalinan itu
adalah mudah ubah. Ia mungkin wujud sama ada secara kebetulan atau
pun secara terancang. Sekiranya ia dirancangkan maka guru hendaklah
mengetahui:
(a) Apakah objektif yang hendak dicapai?
(b) Apakah kemahiran yang hendak digabungjalinkan/
(c) Sebanyak mana penggabungjalinan dalam satu-satu masa itu hendak
dilakukan?
Gabungan dan susunan kemahiran di dalam sesuatu pelajaran
boleh disampaikan berdasarkan berdasarkan kepada objektif, kebolehan,
pencapaian murid dan masa yang diperuntukkan.
Contohnya;
lisan

membaca

menulis

membaca

lisan

menulis

lisan

membaca

lisan

lisan

menulis

membaca

tatabahasa
Guru hendaklah merancang kemahiran fokus dan kemahirankemahiran sampingan yang mengukuhkan kemahiran fokus. Misalnya,
jika bacaan dan kefahaman menjadi kemahiran fokus kemahiran
menulis sebagai kemahiran sampingan mengukuhkan kemahiran
bacaan. Masa yang lebih banyak perlu ditumpukan kepada kemahiran
bacaan dan kefahaman.
(i)

(ii)

(iii)

Lisan

45%

10%

30%

Membaca

25%

40%

25%

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

Menulis

20%

30%

15%

Tatabahasa

10%

20%

30%

2008

Dalam model (i) kita dapati pengajaran itu menitikberatkan


aspek lisan (45%), dalam model (ii) ia menitikberatkan aspek membaca
dan kefahaman (40%); dan model (iii) menitikberatkan aspek lisan dan
tatabahasa masing-masing diperuntukkan sebanyak 30%.
Penggabungjalinan

yang

kedua

ialah

melakukan

penggabungjalinan kemahiran daripada beberapa mata pelajaran


dalam satu pelajaran. Misalnya dalam pelajaran bahasa, kemahiran
bahasa boleh digabungjalinkan dengan kemahiran pendidikan seni dan
muzik. Kemahiran bahasa merupakan fokus sementara kemahiran
pendidikan seni dan muzik menjadi kemahiran sampingan.
Contoh:
Tajuk:

Kawan saya

Kemahiran bahasa: Membaca dan menulis mengenai kawan saya.


Kemahiran Pendidikan seni: Melukis dan mewarna gambar kawan
saya.
Kemahiran muzik: Menyanyi lagu Kawan Saya untuk mengukuhkan
perbendaharaan kata yang digunakan dalam bacaan.
Penggabungjalinan beberapa kemahiran daripada beberapa
mata pelajaran dalam beberapa pelajaran boleh juga dilakukan.
Kemahiran-kemahiran

dalam

beberapa

mata

pelajaran

boleh

diperkukuhkan dengan menggabungjalinkan kemahiran-kemahiran


daripada beberapa mata pelajaran tersebut dalam beberapa pelajaran
berdasarkan sesuatu tajuk atau tema tertentu.
Bahasa

:(a) Kemahiran lisan (mendengar/bertutur)


(b) Kmahiran membaca
(c) Kemahiran menulis

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

Pendidikan seni:

2008

(a) Kemahiran melukis


(b) Kemahiran mewarna

Pendidikan muzik: (a) Kemahiran menyanyi


Penyerapan/Penyebatian
Penyerapan adalah strategi penyatuan isi pengetahuan daripada satu
mata pelajaran dengan bidang-bidang kemahiran dalam mata pelajaran
lain. Dalam tahap (1) misalnya, isi daripada mata pelajaran Alam dan
Manusia di serapkan ke dalam bidang kemahiran bahasa. Penyerapan
ini boleh dijalankan di dalam mana-mana kemahiran atau aktiviti
bahasa. Di samping itu beberapa unsur daripada mata pelajaran lain
seperti pendidikan seni, pendidikan moral, pendidikan agama,
matematik, pendidikan jasmani, muzik boleh juga diserapkan ke dalam
pelajaran bahasa.
Biasanya di dalam sesuatu pelajaran bahasa, terutamanya pada
tahap (1), penggabungjalinan dan penyerapan berlaku serentak. Guru
mengajar dengan menggunakan isi pelajaran daripada Alam dan
Manusia dan menggabungjalinkan kemahiran-kemahiran bahasa,
pendidikan seni dan muzik.
Di dalam rajah di bawah berlaku penggabungjalinan antara
kemahiran-kemahiran bahasa, pendidikan seni dan muzik serta
penerapan Alam dam Manusia.

Alam dan
Manusia

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

2008

Mata pelajaran Alam dan Manusia meliputi unsur-unsur geografi,


sains, sejarah, sivik dan kesihatan dan pengetahuan-pengetahuan lain
mengenai manusia dan alam sekitarnya.
Mata

pelajaran

Alam

dan

Manusia

tidak

diajar

secara

bersendirian pada tahap (1), tetapi isi kandungan dan kemahirankemahiran diserapkan dan dipadukan dalam program bahasa.
Pada tahap (II), barulah mata pelajaran ini diajar sebagai satu
mata pelajaran yang tersendiri. Strategi pengabungjalinan dan
penyerapan

digunakan

secara

meluas

bagi

menyampaikan

pengetahuan-pengetahuan Alam dan Manusia.


Contoh Penggabungjalinan dan Penyerapan yang boleh
dilakukan dengan kumpulan PSR (Pendidikan Sekolah Rendah)
Mata Pelajaran :

Bahasa Malaysia

Bidang:

Bacaan dan kefahaman

Tajuk:

Udara dan angin

Rasional:

Konsep Alam dan Manusia

Objektif:

i.

Apakah keperluan-keperluan manusia

ii.

Bagaimana manusia mengubah alam

iii.

Bagaimana alam mengubah manusia

i.

Di akhir pelajaran murid-murid dapat


menyatakan isi pelajaran dengan baik.

ii.

Murid dapat menjawab soalan-soalan


yang disediakan.

iv.

Murid dapat membaca dengan baik


(intonasi dan sebutan).

Kemahiran Bahasa: i.

Bahan Alat:

Lisan (mendengar dan bertutur)


ii.

Membaca

iii.

Menulis

i.

Petikan Udara dan Angin

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

ii.

2008

Kad perkataan, kad cantuman dan


lain-lain.

Penggabungjalinan: i.

Penyerapan:

i.

Kemahiran bahasa
ii.

Kemahiran pendidikan seni

iii.

Kemahiran muzik

Isi mata pelajaran sains


ii.

Isi mata pelajaran sejarah

iii.

Isi mata pelajaran geografi

iv.

Isi mata pelajaran kesihatan

Langkah-langkah penyampaian:
i.

Set induksi

ii.

Langkah-langkah perkembangan isi.

iii.

Aktiviti guru dan murid

iv.

Pendekatan, kaedah dan teknik.

v.

Penilaian

Huraian Petikan Udara dan Angin


i.

Sains (konsep)
Udara ada di sekeliling kita
-

Bukti-bukti adanya udara

Angin ialah udara yang bergerak

Angin boleh ; - menyejukkan benda


- menggerakkan benda
- meneringkan benda
- membesarkan api dan ombak
- merosakkan benda

ii.

Manusia (keperluan)
-

Ingin sejuk (kipas)

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

Ingin bergerak (layar)

Ingin mengeringkan (kipas)

Ingin membesarkan api (kipas)

Ingin terpelihara daripada rebut (lari atau berlndung)

iii.

2008

Geografi (cuaca)
-

Dalam udara ada air

Wap air jadi embun, kabus, awan

Awan jadi hujan

Angin bawa sejuk dan panas

Angin kuat merbahaya

Arah tiupan angin

iv.

Sejarah
-

Kenderaan dan layar

Kipas

Lawatan ke bulan

Tenaga angin

Alat-alat penyejuk, pengering, dan lain-lain yang digunakan


dahulu dan sekarang

v.

Kesihatan (bersih dan kotor)


-

Udara bersih dan pernafasan

Pencemaran udara (debu, kuman dan bahan kimia)

Udara bersih dan tumbuh-tumbuhan

Kesan udara ke atas badan manusia

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

vi.

2008

Muzik (nyanyian)
-

vii.

Menyanyikan lagu mengenai udara dan angin


Senilukis

Melukis gambar yang menunjukkan manusia menggunakan


kuasa angin untuk memenuhi keperluannya (misalnya kipas,
kapal terbang, kapal layar dan lain-lain).

viii.

Drama
-

Melakonkan cerita Angin dan Matahari

Penggabungjalinan pada Peringkat Sekolah Menengah


Penggabungjalinan

bererti

menggabungjalinkan

beberapa

aspek

bahasa lisan, bacaan, dan penulisan dalam proses pengajaran dan


pembelajaran bahasa. Pengagihan gerak kerja yang menitikberatkan
kemahiran tertentu itu, sama ada lisan, membaca atau menulis
bergantung kepada matlamat semerta. Guru boleh menggunakan
kebijaksanaannya, sesuai dengan masa dan sifat-sifat khusus pelajarpelajar di dalam kelas.
Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Malaysia,
pengagihan kemahiran-kemahiran di dalamnya boleh dibuat seperti
berikut;
I
30%
20%
35%
15%
100%

Lisan
Bacaan
Penulisan
Tatabahasa
Jumlah
Pada

II
10%
40%
20%
30%
100%

III
40%
15%
40%
5%
100%

peringkat menengah atas, pengajaran bahasa haruslah

menitikberatkan penggunaan

bahasa sejajar dengan matlamat

sukatan pelajaran di mana bahasa Melayu digunakan sebagai alat


komunikasi. Latihan tatabahasa adalah melalui penggunaannya melalui
dalam situasi atau konteks yang tertentu. Jika didapati penguasaan

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

2008

tatabahasa pelajar lemah, masa yang dikhaskan bolehlah diuntukkan


bagi pelajaran tersebut secara mendalam. Walau bagaimanapun
pelajaran tatabahasa itu mestilah menitikberatkan penggunaannya dan
bukan semata-mata mengenai pengetahuan dan fungsi tatabahasa itu
sahaja. Dalam pendekatan ini tatabahasa diajar secara incidental dan
dikuasai

oleh

pelajar-pelajar

secara

bersahaja,

melalui

penggunaannya.
Daripada penjelasan di atas tadi, dicadangkan pula beberapa
model pelajaran bahasa berdasarkan

konsep penggabungjalinan.

Penggabungjalinan ini boleh dijalankan dalam satu waktu atau lebih.

Model (1)

bacaan

lisan

penulisan

tatabahasa
Contohnya:
Bacaan

Membaca senyap

Lisan

Latihan bahasa dan


Memberi komen atau kritik

Gerak kerja bertulis

Latihan kefahaman
Latihan tatabahasa
Latihan meringkas

Model (II)

lisan

penulisan
Tatabahasa
Contohnya:
Lisan

Mendengar dan memahami sebahagian

daripada petikan
perbualan.
Murid

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

Penulisan

Menuliskan karangan

Model (III)

lisan

2008

bacaan

penulisan
Tatabahasa
Contohnya:
Lisan

Bersoal jawab atau berbincang


mengenai isi bacaan.
Mendengar petikan dari pita rakaman
Mendengar bacaan murid dan guru

Bacaan

Murid-murid membaca senyap petikan

Lisan

Latihan kefahaman
Latihan perbendaharaan kata dan

tatabahasa
Penulisan

Latihan menjawab soalan-soalan

kefahaman berdasarkan isi, tatabahasa dan latihan-latihan bahasa


yang lain. Latihan menulis sama ada karangan, berita, laporan dan
sebagainya.
Model (IV)

bacaan

lisan

penulisan

lisan
Tatabahasa
Contohnya:
Bacaan

Murid membaca senyap

Lisan

Latihan kefahaman tatabahasa dan


latihan perbualan atau
perbincangan. Latihan bahasa
bercerita dan mengkritik.

Penulisan

Menyediakan isi untuk forum, ceramah,


syarahan, wawancara dan sebagainya.

Lisan

Berbahas, berceramah, bersyarah dan


lain-lain

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

Model (V)

lisan

2008

penulisan

lisan
tatabahasa
Contohnya:
Lisan

Mendengar dan memahami melalui


pita rakaman

Penulisan

Mencatat isi penting

Lisan

Memberi ceramah dan bersoal jawab

9.0 Pendekatan pengajaran dan pembelajaran


Pendekatan pengajaran merujuk kepada bagaimana seseorang guru
itu merancang serta membina aktiviti pengajarannya, khususnya
merujuk kepada bagaimana perancangan dibuat untuk memulakan sesi
pengakaran,

melaksanakan

pengajaran,

dan

mengakhirinya.

Pendekatan pengajaran untuk pelajar khas biasanya disandarkan


kepada beberapa model utama. Antara model-model tersebut ialah;
model perubatan, model perkembangan, model behavioris, model
kognitif, model humanistic, dan model ekologi. Dalam pada itu, sesi
pengajaran yang dirancang mempunyai satu lagi dimensi pendekatan
ia itu jenis-jenis pemusatan yang berlaku semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran dilaksanakan. Ia merangkumi pendekatan pemusatan
guru, pendekatan pemusatan pelajar, dan pendekatan pemusatan
bahan.
Pemusatan Guru
Pendekatan pengajaran berpusatkan guru memberi perhatian kepada
peranan guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan.
Guru memainkan peranan utama semasa proses pengajaran berjalan
di dalam bilik darjah. Guru bercakap untuk memberi maklumat,
menerangkan fakta, menghuraikan konsep dan kadang-kadang untuk
menujukkan cara kepada pelajar. Fokus utama dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran dalam bilik darjah adalah kepada guru yang

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

2008

mengajar. Guru merupakan sumber maklumat dan penilai utama ke


atas hasil pembelajaran pelajar.
Guru yang berilmu
Guru yang mempunyai kejelasan fakta serta konsep yang hendak
diajar keapda pelajarnya mampu menghasilkan satu pengajaran yang
lebih jelas. Justeru pengajaran tersebut menjadi lebih bermakna
kepada para pelajar yang mengikutinya. Guru tersebut juga akan lebih
mudah mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam
memahami pengajaran yang sedang dilakukan, justeru guru berkenaan
akan berusaha untuk menjadikan pengajarannya lebih jelas dan
bermakna kepada para pelajarnya.
Pengurusan dan Kejelasan Pengajaran
Guru

yang

berkesan

dikatakan

tersusun

dalam

pengurusan

pengajarannya. Justeru guru terbabit mampu menjalankan pengajaran


yang berstruktur, baik serta jelas. Mereka mudah mengenalpasti murid
yang bermasalah atau yang menghadapi masalah dalam pembelajaran
mereka. Lebih ramai pelajar yang akan cemerlang dalam pembelajaran
hasil dari pengajaran guru yang tersusunm berstruktur, dan jelas itu.
Perancangan dan Kejelasan Pengajaran
Guru yang berkesan akan cuba memikirkan dari awal perancanganya
apakah masalah yang akan dihadapi oleh pelajarnya dalam mengikuti
pengajarannya nanti. Guru yang berkesan akan memberi pelbagai
contoh bagi menerangkan satu konsep tertentu. Ini dilakukan agar
pelajar jelas dan tidak keliru tentang konsep yang hendak diajar. Selain
itu, pengajaran dibentangkan dalam konteks yang bersesuaian,
bermula dengan set induksi yang mampu menarik perhatian serta
konsentrasi pelajar. Guru merancang agar pengajarannya tidak
menimbulkan kekeliruan pada pelajar.

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

2008

Kejelasan Semasa Pengajaran


Guru menerangkan sejelas mungkin kepada pelajar pelajaran yang
sedang diikuti sehingga pelajaran tersebut menjadi bermakna kepada
pelajar

terbabit.

Perkataan

yang

digunakan

oleh

guru

untuk

menerangkan pengajarannya adalah perkataan yang jelas, tegas dan


tepat. Guru harus mengelakkan penggunaan perkataan yang boleh
menggelirukan pembelajaran yang sedang diikuti seperti mungkin,
tidak berapa saya agak dan seumpamanya. Guru berperanan
membantu pelajar menggunakan kemahiran kognitif mereka untuk
memahami pelajaran yang diajar.
Kemesraan dan Kesungguhan Minat Guru
Banyak kajian mendapati kesungguhan minat guru mempunyai korelasi
dengan pencapaian pelajar. ( Woolfolk 1998). Turut dinyatakan ialah
tentang kemesraan, naik hatim dan saling bersefahaman antara guru
dan pelajar yang turut didiapati mempunyai korelasi yang tinggi dengan
sikap pelajar terhadap pembelejarannya. Guru yang menunjukkan
kesungguhan minat yang tinggi dalam pengajarannya mempunyai
pelajar yang

lebih cenderung

untuk memberi perhatian

serta

melibatkan diri dalam pengajaran guru terbabit. Namun ini tidak


bermakna pelajar-pelajar berkneaan akan mendapat keputusan yang
cemerlang.
Pemusatan Pelajar
Strategi pengajaran berpusatkan bahan merujuk kepada pengajaran
yang diasaskan di atas suatu konsep tertentu yang dikatikan dengan
sesuatu bahan Alat Bantu Mengajar (ABM). ABM ada yang dalam
bentuk bahan maujud dan ada yang dalam bentuk peralatan yang
disediakan seperti carta alir, peta minda, jadual dan bahan-bahan lain
yang boleh didapati dari koleksi di bilik sumber, sama ada dibeli atau
yang deisediakan sendiri oleh guru-guru. ABM juga dibina dalam
bentuk system pengurusan awal yang idgunakan sebagai rujukan

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

2008

utama kepada konsep yang akan diajar. Bahan maujud yand


disediakan oleh guru dalam bilik darjah untuk sesi pengajaran dan
pembelajaran yang akan dilaksanakan termasuklah contoh-contoh
seperti buku, pokok, bunga , kereta mainan dan seumpamanya.
Penerokaan juga berlaku apabila pelajar dibenarkan melakukan
kajian serta pemerhatian. Contohnya apabila pelajar diberi suatu objek
iaitu huruf A yang

boleh disentuh, dipegang, dipusing serta

diterbalikkan. Justeru pelajar berkenaan akan mempelajari ciri-ciri huruf


A dan membina perkaitan antara cirri-ciri huruf A yang telah diterokai
dengan huruf A yang dia perlu kenali untuk tujuan pembelajaran
khususnya untuk membaca.

10.0 Kaedah Pengajaran


Kaedah pengajaran merujuk kepada unsure-unsur pedagogi dalam
merancang pengajaran yang akan dilaksanakan. Sehubungan itu,
kaedah pengajaran juga merujuk kepada bentuk perancangan
pengajaran serta perlaksanaannya. Ia dibina berasaskan prinsip-prinsip
serta teori-teori yang digunapakai bagi mengurus amalan dalam bilik
darjah ( Cole dan Chan 1990). Perancangan pengajaran merujuk
kepada proses yang mengawal turutan langkah-langkah tindakan yang
akan dilakukan semasa pengajaran dalam mencapai objektif bagi
sesuatu kurikulum. Kaedah pengajaran merupakan langkah khusus
untuk mentafsir prinsip serta teori kepada suatu rancangan pengajaran
yang boleh dilaksanakan.
Guru

mengenalpasti

kaedah

pengajaran

yang

akan

dilaksanakan dalam rancangan pengajarannya. Guru juga perlu


menetapkan cara bagaiaman sesebuah pengajaran itu akan dilakukan,
sama ada secara kelas, secara berkumpulan, atau secara individu.
Keputusan yang diambil mestilah berdasarkan kepada keperluan

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

2008

pembelajaran pelajar. Justeru guru perlu tahu keperluan pembelajaran


anak-anak muridnya. Ini boleh dilakukan dengan memberikan ujianujian saringan serta diagnostic kepada para pelajar. Kedua-dua ujian
ini bertujuan mengenalpasti tahap kefungsian akademik pelajar-pelajar
khas. Kedua-dua tujuan ini mengenalpastikan tahap kefungsian
akademik pelajar-pelajar khas.
Pengajaran Secara Kelas
Pengajaran secara kelas merupakan satu

kaeah pengajaran yang

biasa digunakan oleh kebanyakan guru. Kaedah ini memberi


pengajaran yang sama untuk semua pelajar yang terdapat dalam
sesebuah kelas. Hanya satu rancangan pengajaran di bina untuk
semua pelajar dalam kelas terbabit. Guru mengandaikan bahawa
semua pelajar mempunyai keupayaan atau kemmapuan yang sama
untuk mengikuti pengajaran yang dijalankan.
Pengajaran secara Kumpulan
Pengajaran

secara

berkumpulan

merujuk

kepada

satu

bentuk

pengajaran membahagikan pelajar-pelajar di dalam sebuah kelas


kepada beberapa kumpulan berdasarkan kepada beberapa tahap
kemampuan mereka. Ini dilakukan agar semua pelajar dapat dipastikan
dapat mengikuti sesi pengajaran dan pembelaajran dengan lebih baik
dan lancar kerana apa yang diajar sesuai dengan tahap kemampuan
mereka. Biasanya pelajar dibahagikan kepada dua atau tiga kumpulan
mengikut tahap kemampuan mereka. Bagi melaksanakan pengajaran
secara berkumpulan, rancangan pengajaran yang berlainan perlu
dibina untuk kumpulan yang berlainan. Ini bermakna bagi setiap
rancangan pengajaran yang berlainan mungkin terdapat objektif
pengajaran yang berlainan.
Pengajaran ini memerlukan guru membahagikan perhatian
kepada

setiap

kumpulan

dan

tidak

mengabaikan

mana-mana

kumpulan. Perancangan setiap kumpulan dan tidak mengabaikan

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

2008

mana-mana kumpulan. Perancangan yang rapi harus dibuat agar


semua pelajar dalam setiap ketika. Ini boleh dilakukan apabila guru
merancang sesi pengajaran dan pembelajaran dengan baik. Antara
yang boleh dirancang ialah memberi peluang kepada pelajar-pelajar
dalam

kumpulan

pertama

melakukan

tugasan

atau

aktiviti

pembelajaran apabila pelajar-pelajar dalam kumpulan kedua sedang


diajar oleh guru mengikut perancangan yang telah dibina khusus untuk
kumpulan mereka. Guru akan kembali memberi perhatian kepada
kumpulan yang pertama apabila kumpulan yang kedua pula diberi
masa untuk menyiapkan tugasan sebagai aktiviti pembelajaran untuk
mereka.
Pengajaran Secara Individu
Pengajaran secara individu melibatkan pengajaran seorang pelajar
oleh seorang guru. Pelajar terbabit diajar dan dibimbing sepenuhnya
oleh seorang guru dalam sesi pengajaran yang telah dirancang. Sesi
pengajaran yang diikuti telah dirancang khusus bagi memenuhi
keperluan pembelajaran pelajar terbabit sahaja dan rancangan
pengajaran untuk pelajar A tidak sama dengan rancangan pengajaran
untuk pelajar B, sekiranya kedua-dua pelajar tersebut tidak sama tahap
penguasaan mereka dalam mata pelajaran yang akan diajar.
Rancangan pengajaran yang dibina khusus untuk seseorang pelajar
tertentu ini, dikenali sebagai Rancangan Pengajaran Individu ( RPI ).
Secara idealnya penyediaan RPI untuk seseorang pelajar khas adalah
perbincangan bersama gabungan guru-guru, ibu bapa, dan pakarpakar berkaitan contohnya seperti ahli terapi pertuturan.
Pengajaran individu mempunyai matlamat untuk mencapai
objektif pengajaran yang dibina khusu untuk individu terbabit
berdasarkan kepada keperluan pembelajarannya yang dikenalpasti
melalui ujian diagnostic. Perancangan yang dibuat meliputi objektif
yang hendak dicapai dalam satu jangka waktu tertentu yang
menjangkau beberapa bulan. Objektif jangka panjang ini pula akan

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

2008

dibantu oleh beberapa objektif jangka pendek untuk sesi-sesi


pengajaran yang lebih singkat. Walaupun pengajaran ini melibatkan
hanya seorang pelajar namun ia masih perlu dilaksanakan dengan
berpandukan kepada rancangan pengajaran yang telah dibina
untuknya. Rancangan pengajaran yang dibina tidak terhad kepada
pengajaran akademik sahaja malah ia juga boleh merangkumi
pengajaran dalam aspek urus diri dan kemahiran social.
Pendekatan Kiosk
Kiosk dalam pembelajaran dan pengajaran merupakan satu pusat
pencarian maklumat yang memberikan kebebasan kepada pelajar
untuk meneroka pembelajarannya secara terarah kendiri. Pelajar boleh
memilih apakah maklumat yang dia inginkan dan mencarinya sendiri
berdasarkan keperluan serta kecederungannya dengan mengawal
pembelajarannya sendiri.
Pengajaran ini digunakan untuk stesen-stesen pembelajaran
yang dibina khusus bagi menyokong pembelajaran mengikut konteks
tertentu. Stesen-stesen pengajaran dan pembelajaran digunakan
khusus bagi tujuan pengajaran mata pelajaran akademik, pra
vokasional dan urus diri. Misalnya terdapat stesen pembelajaran
Pendidikan Agama Islam yang mempunyai peralatan-peralatan untuk
beribadat seperti sejadah, kain telekung dan selipar untuk ke tandas.
Stesen dibina berkembar dengan sudut untuk berwuduk.
Stesen-stesen pembelajaran ini, memberi peluang kepada guruguru yang mengajar pelajar pendidikan khas khususnya pelajar-pelajar
dalam kategori bermaslah pembelajaran, untuk mengajar dalam
konteks yang sebenar. Guru perlu merancang pengajaran mereka yang
sebenar dengan teliti dan terperinci agar generalisasi pembelajaran
akan berlaku.

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

2008

11.0 Teknik Pengajaran dan Pembelajaran


11.1

Pengenalan
Menurut Kamus Dewan (Edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta
sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya.
Menurut Edward M. Antony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat
atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru mencapai hasil
segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian
bahasa tertentu. Daripada kenyataan di atas, nyatalah bahawa teknik
merupakan cara yang paling berkesan untuk mencapai sesuatu
objektif. Ia wujud dalam pemikiran dan dirangka dalam jangka masa
yang panjang ataupun dicipta pada masa sebelum perlakuan itu
dijalankan oleh individu. Teknik merupakan suatu alat yang digunakan
oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang
telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah
sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan
pendekatan yang dianuti.
Dalam pengajaran dan pembelajaran, sememangnya terdapat
pelbagai cara dan teknik yang boleh digunakan oleh guru untuk
menyampaikan pengajarannya, namun begitu, tiada satu teknik pun
dianggap sesuai dan dapat digunakan untuk semua keadaan, atau
terbaik untuk semua situasi pengajaran. Teknik yang digunakan harus
bergantung kepada umur dan berdasarkan kepada minat murid serta
bahan pengajaran yang hendak disampaikan.

11.2

Tujuan Teknik dalam Pengajaran dan Pembelajaran


Teknik pengajaran dan pembelajarn mempunyai beberapa tujuan. Di
antaranya
ialah:

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

2008

1. Untuk menyampaikan bahan pengajaran dengan cara yang


boleh menarik minat murid-murid.
2. Untuk mengekalkan perhatian serta mencungkil rasa ingin tahu
mereka.
3. Untuk membolehkan murid-murid mencapai objektif-objektif
pengajaran yang dipelajari dengan mudah dan berkesan.
11.3

Teknik-teknik Pengajaran Bahasa


Berikut adalah di antara teknik-teknik mengajar yang ditakrifkan
sebagai cara atau alat yang digunakan untuk mengajar sesuatu
pelajaran itu. Teknik-teknik itu ialah:
1. Teknik bercerita
2. Teknik perbincangan
3. Teknik main peranan
4. Teknik inkuiri
5. Teknik perbahasan
6. Teknik bersyarah
7. Teknik menghafaz dan latih tubi
8. Teknik penyelesaian masalah
9. Teknik brainstorming
10. Teknik tunjuk cara
11. Teknik main peranan
12. Teknik soal jawab
13. Teknik kuiz
14. Teknik drama
15. Teknik permainan bahasa
16. Teknik soal jawab
17. Teknik menyanyi
18. Teknik bercakap
19. Teknik berpuisi
20. Teknik bermesyuarat
21. Teknik forum

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

2008

22. Teknik dailog


23. Teknik sumbangsaran
11.3.1 Teknik Bercerita.
Teknik bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai
digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita
merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar.
Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa
dapat disampaikan. Selain itu ia dapat meningkatkan penguasaan
kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis di kalangan
pelajar. Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada
peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu
diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan
mata. Di samping itu suara memainkan peranan yang penting di mana
ia harus dikawal supaya jangan mendaftar dan tidak menimbulkan
kebosanan.
Langkah-langkah

yang

harus

diambil

oleh

guru

dalam

persediaan teknik bercerita adalah seperti berikut:


a) Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat
murid-murid. Kemudian sesuaikan pula dengan isi pelajaran
yang hendak disampaikan.
b) Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa yang
hendak disampaikan itu ke dalam cerita tersebut.
c) Hafazkan frasa-frasa, atau ayat-ayat yang penting.
d) Latih cerita seolah-olah guru berada di hadapan murid-murid
sekurang-kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini.
e) Guru

bercerita

dalam

keadaan

yang

selesa

danberikan

penekanan kepada aspek-aspek bahasa yang hendak diajarkan


itu.
f) Guru boleh menggunakangambar, objek-objek sebenar atau
lain-lain alat bantu mengajar.

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

2008

g) Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang


berkaitan

dengan

aspek

aspek

bahasa

yang

hendak

disampaikan.
11.3.2 Teknik Bersyarah
Teknik bersyarah sering dikaitkan sebagai teknik kuliah dan ia
melibatkan pengajaran fakta-fakta atau prinsip-prinsip secara lisan.
Teknik bersyarah bukanlah bermakna
sesuatu

teks,

tetapi

guru

membaca sahaja daripada

mestilah

menerangkan,

memberikan

interpretasi dan menghuraikan idea-idea dan konsep-konsep yang


tercetak di dalam teks itu. Ini akan memudahkan muridpmurid
memahami prinsip-prinsip dan apa sahaja yang terkandung di
dalamnya.
Teknik ini tidak sesuai digunakan untuk murid-murid sekolah
rendah atau menengah rendah kerana masa penumpuan perhatian
pelajar singkat benar. Ia mungkin boleh dijalankan di peringkat sekolah
menengah atas atau di lain-lain
bersyarah

ini

mempunyai

institusi pengajian tinggi. Teknik

beberapa

kelebihan.

Guru

dapat

menjimatkan masa, kerana segala idea dan pengalaman guru dapat


dikemukakan sekaligus. Walau bagaimanapun, kejayaan teknik ini
sebagai satu cara mengajar bergantung kepada kebolehan guru-guru
yang menyampaikan syarahan tersebut.
Berikut adalah beberapa langkah

yang digunakan untuk ternik

bersyarah:
a) Sediakan nota-nota yang mencukupi.
b) Mulakan syarahan dengan mengulang secara ringkas perkaraperkara yang boleh dikaji terdahulubdaripada itu.
c) Syarahan

boleh

dimulakan

dengan

menimbulkan

atau

mengemukakan satu atau beberapa masalah. Masalah-masalah

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

2008

itu boleh dituliskan di papan tulis. Kaitkan isi pelajaran dengan


masalah-masalah ini.
d) Kandungan syarahan hendaklah terdiri daripada perkaraperkara yang penting sahaja.
e) Syarahan tersebut harus disampaikan dalam bentuk pertuturan
biasa.

Guru

perlu

menerangkan,

membuat

interpretasi,

menghuraikan idea-idea dan sebagainya.


f) Tunjukkan rasa yakin semasa menyampaikan syarahan.
g) Hidupkan syarahan dengan menyemai minat dan semangat
untuk pelajaran tersebut.
h) Soalan-soalan boleh digunakan untuk mendorongkan pemikiran
murid-murid.
i) Guru harus buat kesimpulan di akhir syarahannya. Ini boleh
dilakukan dengan cara mengulang-ulangkan perkara-perkara
yang penting.
11.3.3 Teknik Perbincangan.
Teknik perbincangan adalah satu teknik pengajaran yang berbentuk
perbualan dan ia dilakukan di kalangan murid-murid di bawah
penyeliaan dan kawalan guru. Sewaktu perbincangan dijalanlan, muridmurid diberi peranan aktif untuk menyatakan pandangan, atau
pendapat mereka mengenai sesuatu topik, sambil guru memandu serta
mengarahkan pandangan-pandangan mereka ke satu prinsip atau
pendapat menyeluruh.
Melalui teknik ini, murid-murid dapat memperkembangkan
pertumbuhan diri dan sosial mereka dengan baik. Mereka digalakkan
berfikir dengan jelas, mengutamakan pendapat-pendapat di samping
bekerjasama dengan murid-murid lain untuk mencapai matlamat atau
menyelesaikan masalah perbincangan. Dengan cara ini, penglibatan
murid dalam pembelajaran amat menggalakkan. Pelajar akan kelihatan
lebih cergas, berani dan tegas.

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

2008

Ada beberapa perkaran yang harus diberi perhatian oleh guru


sewaktu menjalankan aktiviti perbincangan.
a) Guru haruslah memilih tajuk-tajuk yang berkaitan
dengan pengalaman dan latar belakang murid-murid. Ia juga
harus mengambil kira kebolehan dan kecerdasan mereka.
b) Bahan-bahan yang dipilih haruslah menarik minat dan
dianggap penting oleh mereka.
c) Bahan-bahan juga harus terdiri daripada isu-isu
terbaharu dan ini mungkin dapat mengekalkan minat ketika
perbincangan dijalankan.
d) Bahan-bahan harus juga mempunyai skop yang khusus
sesuai dengan masa yang diperuntukkan.
e) Semasa mengendalikan kelas perbincangan, guru
harus menggunakan

Hadkan topik perbincangan dan terangkan sesuai


mengenainya. Membolehkan murid-murid memahami
pa yang dikehendaki dan dapat dibincangkan perkara
itu dalam jangka masa yang dijangkakan.

Terangkan peraturan perbincangan iaitu bagaimana


dikendalikan, bila harus ditamatkan dan apa yang
harus dicapai.

Berikan galakkan kepada murid-murid agar mereka


berminat untuk berkerjasama. Guru tidak digalakkan
menyebelahi mana-mana pihak sewaktu mereka
membincangkan sesuatu isu.

Kemukakan

soalan-soalan

yang

akan

dapat

mencungkil fakta-fakta dan mendorongkan muridmurid berfikir.

Guru harus mengelakkan diri daripada mengambil


peranan yang utama dalam perbincangan muridmurid.

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

Ringkaskan

perkara-perkara

2008

penting

dalam

perbincangan dari masa ke semasa. Jika perlu boleh


dicatatkan isi-isi perbincangan tersebut.

Tinggalkan

sedikit

masa

untuk

mengulas

perbincangan.Ulasan ini boleh dibuat oleh guru atau


murid-murid sendiri terutama mereka yang menjadi
pencatat atau pemerhati.
Teknik perbincangan boleh dijalankan mengikut langkah-langkah
berikut:
a) Guru menarik perhatian murid kepada tajuk perbincangan
yang akan dijalankan.
b) Guru

membahagikan

murid-murid

kepada

beberapa

kumpulan dan kemudian memIlih seorang ketua yang boleh


dipertanggungjawabkan untuk mempastikan semua aspek
perbincangan dapat dijalankan dan dicapai.
c) Guru kemudian menugaskan setiap kumpulan mendapatkan
maklumat

dengan

cara

berbincang

dengan

ahli-ahli

kumpulan mereka.
d) Ketika perbincangan, guru harus bergerak daripada satu
kumpulan ke kumpulan lain, menegaskan perkara-perkara
yang perlu dibincangkan dan mengarahkan perbincangan
menghala ke arah jalan yang betul.
e) Setelah tamat perbincangan, guru boleh meminta laporan
daripada

setiap

kumpulan.

Hasil

perbincangan

boleh

dicatatkan di papan tulis mengikut mana-mana yang penting.


Setelah dibincangkan semula isi-isi tadi guru bolehlah
menjalankan aktiviti penulisan atau sebagainya
11.3.4 Teknik Demonstrasi
Teknik ini disebut juga sebagai teknik tunjuk cara. Ia melibatkan satu
cara pengajaran yang membawa dan memusatkan perhatian murid

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

2008

kepada langkah-langkah, prosedur atau peraturan-peraturan bagi


menghasilkan sesuatu. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa,
teknik ini boleh digunakan terutama dalam proses pengajaran yang
memerlukan murid-murid bertutur dengan menggunakan ayat dengan
betul dan sempurna. Dalam aktiviti lisan misalnya, guru boleh meminta
murid-murid

menunjukkan

cara

menjahit

baju,

membuat

kuih,

menunggang basikal, bermain bola, cara-cara mendapat rawatan di


hospital, cara-cara membasuh kereta dan sebagainya.
Untuk mendapatkan satu pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan, ciri-ciri penting yang berkaitan dengan teknik ini perlulah di
beri perhatian:
a) Tentukan objektif dan isi atau kandungan tunjuk cara yang
hendak

digunakan.

Pastikan

aktiviti

bahasa

tidak

akan

terganggu kerananya. Sebaik-baiknya, guru perlu mempunyai


maklumat mengenai pengetahuan dan kebolehan murid sedia
ada. Sediakan soalan-soalan untuk mengalakkan mereka
bercakap.
b) Guru harus menerangkan maksud tunjuk cara tersebut dan
perkara-perkara yang harus dicakapkan.
c) Guru sepatutnya mencuba dahulu tunjuk cara tersebut. Ini
penting

keran

guru

boleh

membuat

persediaan,

memperuntukkan masa dan kemungkinan dapat meramalkan


masalah-lmasalah yang akan timbul.
d) Guru perlu memikirkan supaya tunjuk cara yang akan dijalankan
itu dapat dilihat dan diikuti oleh semua murid.
e) Tunjuk cara tersebut boleh dilakukan oleh guru atau murid-murid
lain. Sewaktu tunjuk cara ini dijalankan, murid-murid lain
memerhati dengan teliti. Mereka boleh menyoal jika perlu.
Selepas tunjuk cara selesai, murid-murid lain boleh diminta
melakunya sekali lagi.

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

2008

f) Dalam perbincangan itu nanti, bincangkan perkara-perkara


penting, minta soalan-soalan daripada murid, nilaikan perkaraperkara yang telah dipelajari dan sebagainya.
11.3.5 Teknik Main Peranan
Teknik main peranan adalah satu teknik yang boleh digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa.

Main peranan kadangkala

disebut juga sebagai ambil peranan yang mementingkan interaksi


individu serta kumpulan dan sentiasa pula dikelolakan dalam situasi
kumpulan. Melalui teknik ini, murid-murid dapat gambaran atau contoh
pengalaman secara spontan. Teknik ini melibatkan gambarangambaran murid terhadap sesuatu situasi atau keadaan dan kemudian
melakonkannya tanpa bantuan sebarang skrip. Proses main peranan
ini biasanya bermula dengan pemilihan masalah sesuai.
Teknik main peranan menekankan perkara-perkara berikut:
a) Main peranan tersebut hendaklah dirancang oleh guru dengan
teliti. Tentukan peranan-peranan yang diperlukan, pelakonpelakon yang sesuai, alat kelengkapan yang diperlukan dan
sebagainya.
b) Sebelum peranan-peranan itu dilakonkan, terangkan terlebih
dahulu kepada kelas situasi dan masalahnya.
c) Sewaktu main peranan itu dilakonkan, murid-murid lain diminta
memerhati. Pemain-pemain

peranan harus tidak keluar

daripada peranan mereka. Apabila sampai pada penghujung


masa yang sesuai, guru harus menamatkannya.
d) Bincangkan peranan yang telah dilakonkan murid. Perbincangan
harus menumpukan kepada kekuatan dan kelemahan peranan
terutamanya dari segi perkara-perkara yang dituturkannya dan
menilai sama ada main peranan itu telah dapat menyelesaikan
masalah asal.

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

2008

11.3.6 Teknik Latih -Tubi


Teknik latih tubi ialah aktiviti pengulangan fakta-fakta yang telah
dipelajari.

Tujuannya

ialah

untuk

mencapai

taraf

penguasaan

kemahiran di samping menjamin ketekalannya. Teknik ini boleh


digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran
menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting.
Melalui teknik ini pelajar akan mengalami proses mendengar, melihat,
memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi
yang penggunaan perkataan - perkataan itu.
Berdasarkan teknik ini, perhatian akan diberikan kepada lima
aspek kebolehan menggunakan bahasa iaitu:
a) Sebutan (accent)

Menyebut patah-patah perkataan atau suku kata dengan


betul termasuk intonasi yang membawa makna dalam
sesuatu situasi.

b) Tatabahasa (grammer)

Penggunaan bahasa yang tepat mengikut hukum-hukum

bahasa
daripada semua aspek
c) Perbendaharaan kata (vocabulary)

Meluaskannya dengan penggunan imbuhan yang sesuai

mengikut
konteksnya dalam situasi tertentu.
d) Kefasihan (fluency)

Menggunakan perkataan dan lain-lain dengan cara

spontan tanpa
memikirkan apakah maksudnya.
e) Kefahaman (comprehension)

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

2008

Latihan memahami soalan dan memberikan jawapan

yang wajar.
11.3.7 Teknik Lakonan
Teknik drama atau lakonan digunakan dalam kaedah komunikatif dan
kaedah yang berasaskan pendekatan induktif (kaedah terus, fonetik,
elektik dan audio-lingual). Tujuan utama teknik lakonan adalah untuk
melatih murid-murid menggunakan bahasa, unsur paralinguistik
(jeda,nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak
tangan, kepala dan lain-lain) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi
bahasa dan perbualan. Dalam teknik lakonan ini, terdapat unsur-unsur
khayalan yang perlu murid-murid lakonkan. Dengan adanya unsurunsur khayalan ini murid-murid digalakkan berimaginasi. Dengan
adanya unsur khayalan ini ianya juga dapat mendorong murid untuk
menggunakan unsur-unsur bahasa

yang telah dipelajari dalam

interaksi bahasa. Dengan adanya aktiviti lakonan ini, akan melatih


murid berkomunikasi dengan lebih berkesan dalam situasi sebenar di
luar bilik darjah.
Terdapat tiga bentuk lakonan yang sering digunakan dalam
teknik berlakon. Di antaranya adalah :
i.

Lakonan Bisu
Tujuan utama lakonan bisu adalah untuk melatih murid-murid
tentang penggunaan unsur-unsur bukan linguistik seperti mimik
muka, gerak tangan, kepala, badan dan lain-lain.Lakonan yang
dijalankan tidak akan menggunakan sebarang skrip atau dialog
tetapi sekadar beraksi.
Langkah-langkah untuk menjalankan lakonan bisu adalah

seperti berikut:

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

2008

a) Murid dibahagikan secara berpasangan ataupun dalam


kumpulan terdiri daripada empat atau lima orang.
b) Setiap murid dalam kmpulan kecil akan berlakon secara
bergilir-gilir tanpa menggunakan dialog tetapi sekadar
beraksi.
c) Apabila murid beraksi, murid lain cuba meneka aksi yang
dilakukan oleh rakan mereka tadi.
d) Mereka boleh mengemukakan beberapa soalan bagi
memastikan jawapan. Pelakon hanya boleh menjawab
menggunakan aksi sahaja tanpa bercakap apa-apa.
ii.

Lakonan Spontan
Lakonan spontan bertujuan untu melatih murid-murid berlakon
secara spontan bagi menggambarkan maksud dan perasaan
yang ingin disampaikan melalui unsur-unsur bahasa. Selalunya
satu situasi akan diberikan oleh guru seperti lakonan membantu
kebakaran. Murid akan cuba melakonkan tanpa menggunakan
sebarang skrip.
Langkah-langkah lakonan spontan:
a) Guru menerangkan sesuatu situasi ataupun keadaan
yang sepatutnya murid melakonkannya.
b) Murid

kemudiannya

dipecahkan

kepada

beberapa

kumpulan.
c) Murid

melakonkan

situasi

yang

diberikan

dengan

menggunakan perkataan sendiri.


iii.

Lakonan Berskrip
Pengajaran bahasa yang menggunakan teknik lakonan berskrip
atau dialog drama bukanlah bertujuan untuk membolehkan
murid-murid
bertujuan

mementaskan
untuk

persembahan

membolehkan

lakonan.

murid-murid

Ianya

membaca,

memahami serta menhayati dan melakonkan skrip tersebut

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

2008

dengan menggunakan unsur-unsur paralinguistik dan bukan


linguitik dengan betul.
Teknik lakonan berskrip mempunyai langkah-langkah tertentu.
Antaranya adalah seperti berikut:
a) Guru perlu menentukan objektif pengajaran.
b) Bahagikan muri dalam kumpulan kecil antara empat
hinga lima orang.
c) Setiap murid diberikan skrip dan diminta menghayati skrip
drama tersebut.
d) Selepas membaca ahli kumpulan dikehendaki berlatih
untuk melakonkan skrip lakonan atau dialog drama
tersebut.
e) Kemudian pilih pelakon terbaik untuk mempersembahkan
lakonan tersebut di hadapan kelas.
11.3.8 Teknik Nyanyian
Teknik menyanyi merupakan salah satu teknik yang terbaik untuk
menarik minat murid terhadap sesuatu pelajaran. Tujuan menggunakan
teknik nyanyian adalah untuk memberi peluang kepada murid-murid
menyebut bunyi-bunyi degan jelas dan betul, mengikut rentak dan juga
mengikut tekanan, intonasi dan nada tertentu.
Prinsip-prinsip pemilihan lagu adalah seperti berikut:
a) Pilih lagu yang mempunyai susunan kata yang betul dari segi
tatabahasa.
b) Pilih lagu yang mempunyai melodi yng mudah dipelajari dan
diingati.
c) Pilih lagu yang sederhana kelajuannya, tidak terlalu cepat dan
tidak terlalu lambat.
d) Lagu-lagu akan lebih berkesan sekiranya terdapat unsur-unsur
pengulangan.

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

e) Lagu-lagu

yang

menggambarkan

dipilih

hendaklah

pandangan

atau

2008

mempunyai
pendapat,

cerita,

pernyataan

perasaan dan sebagainya.


f) Lagu haruslah sesuai dengan umur,minat dan kecerdasan
murid-murid.
Terdapat

langkah-langkah

nyanyian. Antara

tertentu

dalam

menggunakan

teknik

langkah-langkah teknik nyanyian adalah seperti

berikut:
a) Guru memilih lagu yang sesuai dengan objektif pengajaran.
b) Tentukan tahap kesukaran dan fikirkan BBM yang diperlukan
dan aspek bahasa yang hendak ditekankan.
c) Pada peringkat permulaan guru membincangkan perkataan
yang sukar bersama murid.
d) Kemudian guru memperdengarkan lagu tersebut dan meminta
murid menyanyi mengikut lagu.
e) Guru mengedarkan seni kata lagu dan membacanya serta
menyampaikan aspek bahasa yang hendak dipelajari.
f) Murid menyanyi semula dan guru memberi kerja susulan.
11.3.9 Teknik Boneka
Teknik boneka merupakan salah satu daripada lakonan yang
menggunakan patung sebagai alat untuk menyampaikan pelajaran
dalam pengajaran bahasa. Terdapat beberapa jenis patung yang boleh
digunakan. Antaranya ialah:
a) Patung kayu: gambar binatang atau manusia diwarnakan dan
kemudian dilekatkan kepada kayu.
b) Patung sarung tangan: Diperbuat daripada kain. Selalunya
bahagian kepala diberi watak- watak seperti haiwan, manusia
dan tumbuh-tumbuhan.
c) Patung

tali:

anak-anak

patung

itu

digerakkan

menggunakan kuasa tali yang diikatkan kepadanya.

dengan

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

2008

Langkah-langkah untuk menjalankan teknik boneka adalah seperti


berikut:
a) Guru menentukan objektif dan bahasa yang akan diajar.
b) Guru menunjukkan lakonan boneka dan meminta murid
melakonkan menggunakan boneka.
c) .Murid-murid digalakka menggunakan bahasa sendiri dan
mereka melakonkannya.
d) Guru hanya memberi nasihat dan membetulkan kesalahan
bahasa.

11.3.10Teknik Penyoalan
Teknik bersoal jawab adalah satu cara yang biasa digunakan oleh guru
untuk mewujudkan interaksi guru dan murid secara berkesan.Teknik ini
menjadi

teras

kepada

konsep

,kesanggupan

untuk

memberi

pernyataan dan melahirkan perasaan, penglibatan dan percaya diri di


kalangan murid-murid.
Teknik ini digunakan oleh guru untuk mengemukakan soalan
dan murid memberi respon yang sewajarnya. Kejayaan menggunakan
teknik ini biasanya bergantung kepada kebolehan guru untuk
merancang

soalan-soalan

yang

sesuai.Teknik

bersoal

jawab

mementingkan perkara-perkara berikut:


a) Soalan yang dikemukakan mesti jelas.
Soalan-soalan yang diberi mesti tidak menimbulkan keraguan
dan mengelakkan pelajar memberi jawapan-jawapan yang
bertentangan dan tidak pula mengelirukan murid-murid.
b) Hentian dan cepat atau lambat perlu diberi penekanan.

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

2008

Selepas menyoal guru perlu berhenti sekejap untuk melihat


reaksi kelas.Mengangkat tangan adalah reaksi normal untuk
menjawab soalan tetapi sebelum itu ada tanda-tanda lain yang
perlu diberi perhatian.
c) Soalan-soalan yang diberikan mesti tersebar dengan baik
Guru perlu mengelakkan menyoal soalan kepada seorang murid
sahaja dan perlu memerhatikan murid yang berada dibelakang
dan ditepi kelas.
d) Soalan yang diberikan mestilah bersifat mengcungkil.
Guru perlu membantu murid mengeluarkan jawapan yang betul.
Galakkan mereka berfikir dan mencuba menjawab soalansoalan tersebut secara mendalam dan berkesan.
e) Soalan yang baik biasanya tidak mengandungi maklumat yang
banyak kerana soalan-soalan ini akan mengelirukan.

11.3.11Teknik Penyelesaian Masalah


Teknik

penyelesaian

masalah

ialah

teknik

pembelajaran

yang

dilaksanakan di bawah penyeliaan guru. Melalui teknik ini seseorang itu


harus mengatasi rintangan atau halangan untuk mencapai tujuannya.
Dewey (1933), telah mencadangkan lima langkah bagi melaksanakan
teknik ini.
a) Kenal Masalah
Teknik ini biasanya memerlukan murid mengenal dan mengesan
masalah dan seterusnya cuba menyelesaikan masalah.Muridmurid boleh melakukan perbincangan untuk menyelesaikan
masalah dan guru boleh menyoal murid untuk mengenalpasti

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

2008

masalah.Semasa teknik ini dijalankan guru perlu mewujudkan


siatuasi pembelajaran yang bebas tanpa sekatan.
b) Penentuan masalah
Dalam pembelajaran biasanya murid-murid akan menghadapi
masalah dan perlu diatasi dengan segera supaya masalah itu
tidak bertambah dari masa ke semasa.Guru perlu membantu
murid memusatkan pemikiran kepada masalah tersebut dan
menyingkirkan perkara-perkara yang tidak sesuai dengan
masalah yang dibincangkan.Guru juga perlu membantu murid
mencari

maklumat-maklumat

yang

diperlukan

untuk

menyelesaikan masalah.
c) Cadangan penyelesaian masalah
Cadangan penyelesaian masalah memerlukan murid membuat
kajian ke atas semua data, menganalisis dan seterusnya cuba
mencari jawapan atau penyelesaian dengan cara yang baik
sekali.
d) Penelitian penyelesaian atau jawapan
Jawapan yang kurang baik harus diketepikan dan guru perlu
menggalakkan murid memilih jawapan-jawapan yang baik.
Penyelesaian yang baik akan menentukan mutu penyelesaian.
e) Pemeriksaan kesimpulan.
Setelah murid-murid memilih penyelesaian yang baik guru perlu
membincangkan

penyelesaian

tersebut

secara

Penyelesaian tersebut mungkin diterima atau ditolak.


11.3.12Teknik Simulasi

bebas.

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

2008

Teknik simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan


hampir menyerupai keadaan sebenar. Ia

memerlukan pelajar

berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi


membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan
semula.
Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran
belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah
dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting.
Dalam proses ini pelajar digalakan untuk memberi pendapat,
cadangan,

membuat

keputusan

dan

menyelesaikan

masalah

berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Memberi peluang


kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah.Melalui teknik ini
pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan
terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis.Dapat
menwujudkan pelabagi aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi
kepada

pelajar

untuk

meneruskan

proses

pengajaran

dan

pembelajaran.
Teknik pengajaran ini memerlukan murid-murid bertindak secara
spontan melalui pengalaman lepas dan situasi yang pernah dialami.
Keadaan

ini

akan

diaplikasika

dalam

lakonan

tanpa

bantuan

skrip.Murid-murid akan berinteraksi dalam kumpulan atau interaksi


antara individu dalam kumpulan tersebut.
Simulasi biasanya bermula dengan satu masalah yang sesuai
dan dikelolakan dalam kumpulan kecil atau besar.Masalah ini biasanya
pernah dilihat oleh murid melalui pengalaman, filem atau televisyen,
mendengar rakaman dan sebagainya. Selepas itu mereka diminta
melakunkannya.
Teknik simulasi menekankan perkara-perkara berikut iaitu:

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

2008

a) Simulasi berikut perlu dirancang oleh guru secara teliti dan guru
perlu menentukan peranan-peranan yang diperlukan dengan
pelakon-pelakon yang sesuai, alat kelengkapan yang diperlukan
dan sebagainya.
b) Sebelum peranan-peranan itu dilakonkan terangkan terlebih
dahulu kepada kelas situasi dan masalahnya.
c) Sewaktu main peranan itu dijalankan, murid-murid diminta
memerhati.Pemain-pemain

peranan

harus

tidak

terkeluar

daripada peranan mereka.Apabila sampai ke penghujung masa


yang sesuai guru harus menamatkannya.
d) Bincangkan kelemahan dan kelebihan peranan tersebut dan
bincangkan sama ada peranan itu dapat menyelesaikan
masalah asal.

11.3.13Teknik Sumbangsaran
Teknik ini juga dikenali sebagai percambahan fikiran (brainstorming).
Teknik ini berbentuk perbincangan dan ia membolehkan setiap ahli
kumpulan berfikit secara kreatif dan aktif. Otak diperah untuk berfikir
tanpa batasan dan dalam proses ini, idea-idea , pendapat dan
pandangan yang dikemukan tidak boleh ditolak., walaupun idea-idea
tadi kurang memuaskan dan tidak bermutu. Idea-idea itu harus diterima
dan diperkemas kemudiannya. Murid-murid digalakkan menghuraikan
pendapat-pendapat

yang

telah

dikemukakan.

Perkara

yang

dicadangkan oleh seorang murid diperkembangan oleh murid-murid


lain sehingga idea atau pendapat tadi mengembang keperingkat yang
lebih tinggi.
Ada beberapa langkah yang harus dipatuhi semasa melaksanakan
teknik brainstorming iaitu:

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

2008

a) Semua murid harus melibatkan diri untuk mencari penyelesaikan


sesuatu masalah.
b) Ahli-ahli kumpulan boleh mencadangkan apa sahaja yang terfikir
olehnya yang berhubung dengan masalah tersebut. Semua
pandangan atau pendapat harus dipaparkan di papan tulis atau
dicatat di kertas dan sebagainya.
c) Semua idea mesti diterima, sama ada baik atau tidak, sesuai
atau tidak sesuai, kemas atau tidak kemas dan sebagai. Katakata mengkritik atau memperkecilkan sesuatu idea atau
pendapat tidak dibenarkan.
d) Pendapat dan pandangan yang telah dikemukakan untuk
pertama kalinya diperkembangankan lagi.
e) Setelah

pendapat-pendapat

dan

pandangan-pandangan

diperoleh, langkah seterusnya ialah memperkemaskan dan


menilai

idea-idea

tersebut.

Idea-idea

tambahan

atau

pengubahsuaian boleh dilakukan.


f) Keputusan mengenai pandangan atau pendapat-pendapat yang
terbaik harus lahir daripada perbincangan semua ahli kumpulan
dan seterusnya ia boleh digunakan.

11.3.14Teknik Permainan Bahasa


Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa
melalui teknik permainan. Penglibatan dalam permainan telah memberi
peluang kepada pelajar memperoleh latihan intensif, pembelajaran
bermakna dan sebagai alat diagnostik. Kebanyakan aktiviti yang
dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa pelajar
antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan
kemahuan dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

2008

Pendidikan Negara khususnya. Hala tuju ini diinterpretasikan melalui


objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut:
a) Merangsang interaksi verbal pelajar
b) Menambah kefasihan dan keyakinan
c) Menyediakan konteks pembelajaran
d) Bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan.
e) Bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan pengayaan

11.3.15 Teknik Kuiz


Aktiviti kuiz bermula di negara ini setelah dimasukkan dalam masa
pembelajaran
Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah dan diikuti di sekolah-sekolah
Melayu. Tujuannya ialah:

Guru dapat mengukuhkan pengajaran dan memantapkan


pemahaman pelajar mengenai topik-topik tertentu.

Pelajar dapat mengulangkaji sambil bergembira.

Pelajar dapat melupakan permasalahan mereka dengan


mengemukakan soalan-soalan secara teka-teki.

Pelajar dapat belajar kaedah cara berfikir yang baru.

Membantu

pelajar

memahami

sistem

Bahasa

Melayu

terutama dari segi bentuk, makna dan penggunaan bahasa


yang tepat.
Terdapat dua bentuk pengajaran dan pembelajaran bahasa melalui
teknik kuiz ini iaitu:
a)

Ia

dijalankan

secara

spontan

permulaan, perkembangan dan penutup

pada

peringkat

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

b)

2008

Ini bermakna kuiz dapat dijadikan sebagai aktiviti


rangsangan, pengayaan, pemulihan dan pengukuhan.
Kuiz sebagai aktiviti pertandingan meliputi pertandingan
antara pelajar.

11.3.16 Kesimpulan
Teknik-teknik pengajaran memainkan peranan yang penting di dalam
menentukan
seseorang

mutu
guru.

dan

seterusnya

Penguasaan

teknik

keberkesanan
berjaya

pengajaran

memperlihatkan

kekurangan dan kelemahan yang perlu diperbaiki. Di samping itu juga,


penguasaan sedemikian akan dapat memperkasakan segala aktivitiaktiviti yang telah pun berada dilandasan yang betul. Aktiviti-aktiviti
bagi setiap teknik akan dapat menghidupkan suasana pengajaran
dalam bilik darjah. Para guru perlu mendalami dan seterusnya
menggunapakai teknik-teknik yang

sesuai di dalam mengendalikan

pengajaran dan pembelajaran.

12.0

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

12.1

Lisan

12.1.1 Aktiviti Perbualan

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

2008

Aktiviti perbualan boleh diajar berdasarkan tajuk pengajaran.Aktiviti


perbualan boleh dilaksanakan dengan dua cara. Pertama perbualan
antara guru dan murid. Perbualan sebegini mungkin tidak akan
melibatkan semua murid. Kedua guru boleh memberi peluang kepada
untuk menjalankan aktiviti perbualan bersama rakan-rakan melalui
tajuk yang telah ditetapkan. Dengan demikian setiap murid mendapat
peluang untuk bercakap.Antara cadangan langkah aktiviti perbualan
adala seperti berikut:
Contoh : Tajuk : Pekerjaaan bapa saya sebagai Ketua pejabat
pos
i. Kemukakan beberapa soalan yang boleh menerbitkan hal-hal yang
berkaitan dengannya. Soal jawab tentang pekerja dalam bahagianbahagian tertentu seperti posmen, kerani, juruwang, pelanggan dan
sebagainya.
ii. Letakkan murid di dalam suasana di mana seorang guru yang akan
mengajar.
iii. Guru boleh membina sebuah pejabat pos olok olok di dalam kelas;
a) Letakkan semua label dikaunter-kaunter yang berkenaan,seperti
stem, telegram, bungkusan dan lain.
b) Guru siapkan juga benda-benda yang diperlukan di pejabat pos
seperti stem, surat dan lain-lain bahan yang terdapat di pejabat
pos.
c) Guru membina sebuah pejabat pos secara olok-olok di dalam
kelas.
d) Perkenalkan alat-alat yang terdapat dipejabat pos.
e) Bincangkan bentuk dan ragam ayat yang hendak digunakan.
f) Daftarkan di papapan tulis atau kad imbasan perkataanperkataan yang diperlukan dalam aktiviti yang akan dijalankan.

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

2008

g) Adakan latihan menggunakan ayat-ayat dalam situasi sebenar di


pejabat pos.
h) Minta setiap murid yang telah mengambil bahagian tadi
menceritakan semula apa yang dibuat dibuat dipejabat pos
sebentar tadi.
i) Guru boleh bersoal jawab dengan murid-murid lain yang telah
murid-murid lain yang telah mengambil bahagian tentang apa
yang telah dilakukan oleh rakan-rakan sebentar tadi.
j) Guru boleh menyediakan dialog pendek sebagai rangsangan
pelajaran selanjutnya.
Aktiviti

lisan

seperti

ini

boleh

juga

dijalankan

dengan

menggunakan tajuk-tajuk seperti pasar, kedai makan, kedai buahbuahan, kedai buku dan kedai runcit.

12.1.2 Aktiviti Bercerita


Aktiviti bercerita merupakan satu aktiviti yang sangat penting. Bercerita
merupakan salah satu elemen penting dalam pengajara n lisan. Ianya
penting bukan di kalangan kanak-kanak malahan juga kepada orang
dewasa. Aktiviti bercerita bermaksud menggunakan cerita untuk
mengajar sesuatu kepada murid. Aktiviti ini amat sesuai digunakan
kepada murid sekolah rendah dan juga murid-murid pendidikan khas.
Ini kerana pada peringkat ini murid-murid gemar mendengar cerita
terutama sekali jika cerita tersebut menarik perhatian dan minat
mereka.
Objektif utama bercerita adalah:
a. menyuburkan daya imaginasi kanak-kanak
b. membina emosi dalam diri kanak-kanak.
c. menggalakkan perkembangan bahasa murid-murid.
d. asas kepada pendidikan agama dan moral.

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

2008

Apabila ingin mengajar dengan bercerita beberapa prinsip harus


digunakan. Antaranya ialah:
a. cerita perlu mempunyai tema yang sesuai.
b. cerita harus menggunakan bahasa yang mudah, tepat
dan jelas.
c. gaya penyampaian yang menarik.
d. melibatkan murid dalam aktiviti bercerita.
Aktiviti bercerita dan pengajaran bercerita adalah dua perkara
yang berbeza. Jangan kerana terlalu taksub bercerita, objektif
pengajaran sebenar pula diabaikan. Guru perlu ingat, bercerita adalah
sebagai alat untuk menyampaikan isi-isi pelajaran, sedangkan aspekaspek yang hendak disampaikan seharusnya menjadi tumpuan utama.
Cara melaksanakan aktiviti bercerita sama seperti

menjalankan

pelajaran bercerita, tetapi apa yang perlu ditekankan adalah aspekaspek bahasa yang hendak diajar seharusnya ada dan terkandung di
dalam cerita itu. Penekanan seharusnya diberikan kepada aspek-aspek
bahasa yang hendak disampaikan semasa guru menjalankan teknik
bercerita.
Langkah-langkah

yang

harus

diambil

oleh

guru

dalam

persediaan aktiviti bercerita adalah seperti berikut:


a. Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat
murid-murid.Kemudian sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang
hendak disampaikan.
b. Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa yang
hendak disampaikan itu ke dalam cerita tersebut.
c. Hafazkan frasa-frasa, atau ayat-ayat yang penting atau lain-lain
aspek bahasa yang hendak disampaikan.
d. Latih bercerita seolah-olah guru berada di hadapan murid-murid
sekurang-kurangnya sekali sebelum teknik ini digunakan.

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

2008

e. Guru bercerita dalam keadaan yang selesa dan berikan


penekanan kepada aspek-aspek yang hendak diajar itu.
f. Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar,atau lainlain alat bantu mengajar.
g. Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat dan lainlain yang berkaitan dengan aspek-aspek bahasa yang hendak
disampaikan

untuk

pengajaran

dan

penerangan

yang

selanjutnya.
Kemahiran

bercerita

mempunyai

berbagai-bagai

kemahiran

digunakan dalam kemahiran bercerita. Kemahiran-kemahiran ini


boleh dikumpulkan kepada dua komponen:
a) Komponen struktur
b) Komponen penyampaian
a) Komponen struktuk boleh dibahagikan kepada tiga:
i. Permulaan
ii. Pembentukan
iii. Penutup
i.

Permulaan

a. Guru seharusnya dapat menarik perhatian murid dan keadaan


ini sebaik-baiknya dapat dikekalkan sehingga ke akhir sesuatu
pembelajaran. Keadaan ini selalunya boleh didapati melalui
penggunaan gerak isyarat yang sesuai, mimik muka, gamabar,
perhubungan penglihatan, media dan sebagainya.
b. Guru harus menunjkkan minat untuk membentuk perhubunagn
yang baik dengan kelas.
ii. Pembentukan
a. Bahasa yang sesuai , mudah, sesuai dengan maksud cerita
yang hendak disampaikan.

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

2008

b. Kelancaran dalam bercerta agar murid mengetahui perkara


penting dalam perkembangan cerita.
c. Cerita akan menjadi lebih baik sekiranya guru dapat bercerita
dengan gaya, intonasi dan nada yang betul.
d. Gerak-geri dan pernyataan yang sesuai amat diperlukan agar
dapat membangkitkan minat dan perhatian murid kepada cerita.
e. Guru

perlu

menggunakan

rangsangan

yang

bersesuaian

contohnya penggunaan media yang sesuai.


Peringkat-peringkat atau bahagian-bahagian cerita haruslah
mengikut kronologi.
f. Tema cerita mestilah jelas supaya pendengar ceritabboleh
membincangkan plot cerita, watak-watak utama dan dapat
gambaran mengenai moral cerita tersebut.
g. Penglibatan murid amat penting di mana murid mesti terlibat
secara efektif, kognitif dan fizikal.
iii. Penutup
a. Cerita mestilah mempunyai kesudahan. Ini penting untuk
memenuhi objektif guru.
b. Penyediaan gerak kerja atau aktiviti lanjutan kepada muridmurid seperti perbincangan, lakonan, ekspresi, bersoal jawab
dan sebagainya.
b) Komponen penyampaian.
Untuk menyampaikan cerita dengan lebih berkesan lagi,
pelbagai kemahiran boleh digunakan oleh guru.
Di antaranya ialah:
i. Penggunaan bahasa perlu jelas iaitu daripada aspek perkataan,
rangai kata dan juga ayat yang tidak kabur. Selain daripada itu

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

2008

juga suara mestilah jelas dan mengikut nada dannn intonasi


yang betul.
ii. Gerak sebagai pencerita mesti pandai menggunakan mimik
muka dan pergerakan yang sesuai dengan cerita yang
disampaikan.
iii. Murid mesti dilibatkan secara langsung dalam aktiviti bercerita
samada melakonkan watak ataupun sesi soal jawab.
iv. Penggunaan bahan bantu mengajar amat penting kerana ianya
dapat merangsang minat murid untuk mendengar cerita.
v. Apabila murid melibatkan diri dalam aktiviti bercerita, guru perlu
memberi peneguhan yang bersesuaian kepada murid agar
murid merasa dihargai.

12.1.3

Aktiviti Berlakon
Aktiviti

drama

atau

berlakonan

digunakan

dalam

kaedah

komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan induktif


(kaedah terus, fonetik, elektik dan audio-lingual). Tujuan utama
berlakon adalah untuk melatih murid-murid menggunakan bahasa,
unsur paralinguistik (jeda,nada dan intonasi) dan bukan linguistik
(mimik muka, gerak tangan, kepala dan lain-lain) dengan berkesan
dalam sesuatu interaksi bahasa dan perbualan. Dalam aktivit
berlakon ini, terdapat unsur-unsur khayalan yang perlu murid-murid
lakonkan. Dengan adanya unsur-unsur khayalan ini murid-murid
digalakkan berimaginasi. Dengan adanya unsur khayalan ini ianya
juga dapat mendorong murid untuk menggunakan unsur-unsur
bahasa

yang telah dipelajari dalam interaksi bahasa. Dengan

adanya aktiviti lakonan ini, akan melatih murid berkomunikasi


dengan lebih berkesan dalam situasi sebenar di luar bilik darjah.

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

2008

Terdapat tiga bentuk lakonan yang sering digunakan dalam


teknik berlakon. Di antaranya adalah :
a. Lakonan bisu
Tujuan utama lakonan bisu adalah untuk melatih murid-murid
tentang penggunaan unsur-unsur bukan linguistik seperti mimik muka,
gerak tangan, kepala, badan dan lain-lain.Lakonan yang dijalankan
tidak akan menggunakan sebarang skrip atau dialog tetapi sekadar
beraksi.
Langkah-langkah untuk menjalankan lakonan bisu adalah
seperti berikut:
i. Murid dibahagikan secara berpasangan ataupun dalam kumpulan
terdiri daripada empat atau lima orang.
ii. Setiap murid dalam kmpulan kecil akan berlakon secara bergilirgilir tanpa menggunakan dialog tetapi sekadar beraksi.
iii. Apabila murid beraksi, murid lain cuba meneka aksi yang
dilakukan oleh rakan mereka tadi.
iv. Mereka

boleh

memastikan

mengemukakan

jawapan.

Pelakon

beberapa
hanya

soalan

boleh

bagi

menjawab

menggunakan aksi sahaja tanpa bercakap apa-apa.


Antara

perkara-perkara

yang

dilakonkan

adalah

seperti

pekerjaan rumahtangga, permainan, binatang dan juga situasi-situasi


tertentu.

b. Lakonan spontan
Lakonan spontan bertujuan untu melatih murid-murid berlakon
secara spontan bagi menggambarkan maksud dan perasaan
yang ingin disampaikan melalui unsur-unsur bahasa. Selalunya
satu situasi akan diberikan oleh guru seperti lakonan membantu

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

2008

kebakaran. Murid akan cuba melakonkan tanpa menggunakan


sebarang skrip.
Langkah-langkah lakonan spontan:
i. Guru menerangkan sesuatu situasi ataupun keadaan yang
sepatutnya murid melakonkannya.
ii. Murid kemudiannya dipecahkan kepada beberapa
kumpulan.
iii.Murid melakonkan situasi yang diberikan dengan menggunakan
perkataan sendiri.
c. Lakonan berskrip
Pengajaran bahasa yang menggunakan aktiviti lakonan berskrip
atau dialog drama bukanlah bertujuan untuk membolehkan muridmurid mementaskan persembahan lakonan. Ianya bertujuan untuk
membolehkan murid-murid membaca, memahami serta menhayati
dan melakonkan skrip tersebut dengan menggunakan unsur-unsur
paralinguistik dan bukan linguitik dengan betul.
Aktiviti lakonan berskrip mempunyai langkah-langkah tertentu.
Antaranya adalah seperti berikut:
i. Guru perlu menentukan objektif pengajaran.
ii. Bahagikan muri dalam kumpulan kecil antara empat
hingga lima orang.
iii.Setiap murid diberikan skrip dan diminta menghayati skrip
drama tersebut.
iv.Selepas membaca ahli kumpulan dikehendaki berlatih untuk
melakonkan skrip lakonan atau dialog drama tersebut.
v. Kemudian pilih pelakon terbaik untuk mempersembahkan
lakonan tersebut di hadapan kelas.
12.1.4

Aktiviti Nyanyian

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

2008

Aktiviti menyanyi merupakan salah satu aktiviti yang terbaik untuk


menarik

minat

murid

terhadap

sesuatu

pelajaran.

Tujuan

menggunakan aktiviti nyanyian adalah untuk memberi peluang


kepada murid-murid menyebut bunyi-bunyi dengan jelas dan betul,
mengikut rentak dan juga mengikut tekanan, intonasi dan nada
tertentu.
Prinsip-prinsip pemilihan lagu adalah seperti berikut:
i. Pilih lagu yang mempunyai susunan kata yang betul dari
segi tatabahasa.
ii.Pilih lagu yang mempunyai melodi yng mudah dipelajari
dan diingati.
iii.Pilih lagu yang sederhana kelajuannya, tidak terlalu cepat dan
tidak terlalu lambat.
iv.Lagu-lagu akan lebih berkesan sekiranya terdapat unsurunsur pengulangan.
v. Lagu-lagu

yang

menggambarkan

dipilih

hendaklah

pandangan

atau

mempunyai
pendapat,

cerita,

pernyataan

perasaan dan sebagainya.


vi. Lagu haruslah sesuai dengan umur,minat dan kecerdasan
murid-murid.
Terdapat langkah-langkah tertentu dalam menggunakan aktiviti
nyanyian. Antara

langkah-langkah aktiviti nyanyian adalah seperti

berikut:
i. Guru memilih lagu yang sesuai dengan objektif pengajaran.
ii.Tentukan tahap kesukaran dan fikirkan BBM yang diperlukan dan
aspek bahasa yang hendak ditekankan.
iii.Pada peringkat permulaan guru membincangkan perkataan yang
sukar bersama murid.
iv.Kemudian guru memperdengarkan lagu tersebut dan meminta
murid menyanyi mengikut lagu.

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

2008

v. Guru mengedarkan seni kata lagu dan membacanya serta


menyampaikan aspek bahasa yang hendak dipelajari.
vi.Murid menyanyi semula dan guru memberi kerja susulan.
12.1.5.Aktiviti Berbahas dan Bersyarah
Berbahas atau bersyarah perlu dijalankan supaya dapat melatih murid
menggunakan bahasa lisan dengan baik dan teratur. Di antara
tujuannya yang penting ialah:
i.

Supaya murid dapat melahirkan fikiran yang berani, tegas dan


teratur yakni tidak berbelit-belit yang boleh membosankan
murid lain.

ii.

Boleh memahami dan menagkap segala isi daripada apa yang


dituturkan oleh orang lain

iii. Boleh menguasai bahasa dan mengeluarkan hujah-hujah


dengan cara yang logik dan menarik hati.

Langkah-langkah untuk menjalankan aktiviti berbahas atau


bersyarah:
i. Bawa murid-murid menghadiri majlis berbahas atau syarahan
terutama mereka di dalam kelas tinggi.
ii.Latih mereka mengambil isi atau mencatat perkara-perkara
penting yang mereka dengar. Uji kecekapan mereka apabila
berada di kelas.
iii. Terangkan cara-cara yang baik untuk berbahas atau bersyarah.
Terangkan peraturannya dan juga perkara-perkara penting
seperti isi, bahasa, gaya, kelancaran dan sebagainya.

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

2008

iv. Latih murid-murid bersyarah di dalam kelas daripada perkara


yang mudah. Tajuk yang dipilih mestilah sesuai dengan peringkat
umur dan minat mereka.
v. Beri galakan dan kritikan yang membina.

12.1.6

Aktiviti Perbincangan
Perbincangan merupakan salah satu aktiviti lisan yang berbentuk
perbualan dan ianya dilakukan di bawah pengawasan seorang
guru. Sewaktu berbincang murid-murid akan diberikan peranan
yang aktif untuk menyatakan pandangan atau pendapat mengenai
sesuatu topik yang telah diberikan.
Melalui akiviti-aktiviti perbincangan, murid-murid dapat
memperkembangkan pertumbuhan diri dan sosial mereka dengan
lebih baik. Mereka digalakkan berfikir dengan jelas, mengutarakan
idea-idea bernas dan ligik serta bekerjasama dengan murid-murid
lain untu mencapai matlamat dan menyelesaikan masalah
perbincangan. Aktiviti perbincangan menggalakkan penglibatan
mereka secara aktif dan dinamik.
Prinsip prinsip aktiviti perbincangan
i. Guru

harus

memilih

tajuk-tajuk

yang

berkaitan

dengan

pengalaman dan latar belakang murid-murid. Ia juga harus


mengambil kira minat, umur,, kecerdasan dan keupayaan
berbahasa murid.
ii.Bahan bahan yang dipilih terdiri daripada bahan-bahan yang
tidak sensitif kepada mana-mana kaum atau agama atau
menyentuh dasar kerajaan.
iii. Baha-bahan mstilah mempunyai skop yang khusus dan sesuai
dengan masa yang diperuntukkan.

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

iv. Berikan

galakan

supaya

muid-murid

berminat

2008

untuk

bekerjasama, beramah mesra sesama mereka. Guru tidak


digalakkan menyebelahi mana-mana pihak sewaktu mereka
membincangkan sesuatu isu.
v.

Guru harus mengelakkan diri daripada mengambil peranan


yang utama dalam perbincangan murid.

vi. Tinggalkan sedikit masa untuk mengulas perbincangan.

Langkah-langkah melaksanakan aktiviti perbincangan:


i. Guru menarik perhatian murid kepada rangsangan atau tajuk
perbincangan yang akan dibincangkan.
ii. Guru menerangkan prosedur dan cara untuk melaksanakan
perbincangan.
iii. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan
kemudian memilih seorang ketua daripada kumpulan itu. Seorang
pencatat dilantik untuk menulis isi perbincangan.
iv. Setiap kumpulan diminta untuk mendapatkan maklumat dengan
cara berbincang dengan setiap ahli kumpulan masing-masing.
v. Ketika perbincangan diadakan, guru harus bergerak daripada
satu kumpulan ke kumpulan lain untuk menyelia .
vi. Setelah tamat perbincangan, guru mestilah meminta laporan
daripada setiap kumpulan.hasil perbincangan yang dibincang.
Guru kemudian membuat aktiviti susulan.

12.2

Pratulisan
Peringkat pramenulis atau pratulisan adalah tempoh masa murid-murid
disediakan dengan aktiviti-aktiviti menulis sebelum mereka dapat
menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul. Dalam tempoh waktu ini,

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

2008

latihan otot-otot, tangan dan jari serta koordinasi mata diberi kepada
murid-murid dari awal lagi.

Bagi membolehkan mereka menguasai

kemahiran membentuk lambang-lambang yang kemas dan jelas,


kemahiran tulisan yang dirancang haruslah sistematik, bertitik-tolak
daripada aktiviti-aktiviti pramenulis yang berbentuk bebas. (Kamarudin
Hj. Husin., 1988).
Aktiviti-aktiviti

latihan

pratulisan

boleh

dilakukan

dengan

berbagai cara iaitu:

Latihan mengikut garisan-garisan (laluan) lurus dan bengkok


dari kiri ke kanan.

Latihan menekap mengurut, mengikut acuan (stensel late) dan


sebagainya.

Latihan mewarnakan gambar-gambar, bentuk-bentuk dan rajahrajah dengan menggunakan berbagai media.

Latihan membuat garisan-garisan lurus, lengkung, panjang,


pendek, tegak, condong dan lain-lain.

Latihan menyudahkan gambar-gambar dan bentuk-bentuk.

Latihan membuat corak.

Latihan membuat bentuk-bentuk asas bulat, segi empat, segi


tiga, bujur, bentuk intan dan lain-lain.

Latihan melukis gambar-gambar objek-objek, binatang,


manusia dan persekitaran.

Latihan-latihan yang melibatkan pengamatan dan keselarasan


motor mata dan tangan.

Latihan-latihan membentuk garisan lurus.

Latihan membuat bulatan di udara, di meja, di lantai, di atas


pasir, di rumput tanpa menggunakan alat tulis. (bulatan besar
ke bulatan kecil)

Latihan membentuk corak-corak campuran bulatan dan garisan


lurus yang dilakukan secara bebas.

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

2008

Latihan melukis gambar-gambar yang mengandungi garisangarisan lurus dan bulat.

Latihan-latihan khusus bagi perkembangan otot-otot jari dan


tangan seperti menguli, meramas, mengoyak, menggunting,
menampal,

menganyam,

menyusun

blok,

mencucuk

(mengarang) manik dan sebagainya. (Kamarudin Hj.Husin,


1988)

12.2.1 Aktiviti Penulisan Mekanis


Kemahiran menulis peringkat mekanis haruslah dikuasai oleh muridmurid pada peringkat awal supaya murid-murid dapat menghasilkan
tulisan yang kemas dan mudah dibaca.

Aktiviti-aktiviti yang dilakukan

pada peringkat ini dapat membantu murid-murid menguasai kemahiran


menulis selanjutnya. Terdapat beberapa aktiviti yang boleh dilakukan.
Di antara aktiviti-aktiviti tersebut adalah seperti berikut:
1. Menekap huruf dari acuan-acuan yang disediakan oleh guru.
2. Menulis huruf mengikut urutan yang ditetapkan.
3. Mengikuti semula atau melekap huruf-huruf yang disediakan
oleh guru.
4. Menulis bentuk-bentuk yang mirip kepada bentuk-bentuk huruf
mengikut teknik penulisan:i

Bentuk bulat dimulakan mengikut urutan lawan


pusingan jam (anti clockwise) dan sebaliknya.

ii

Garis tegak dari atas ke bawah.

iii

Garis melintang dari kanan ke kiri dan


sebaliknya.

iv

Campuran garis-garis tegak dan melintang.

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

2008

5. Membuat gambar-gambar yang mirip kepada bentuk-bentuk


huruf seperti:i

gambar ampaian kain atau tiang telefon


bagi huruf t.

ii
iii

gambar gergaji bagi huruf v dan w.


gambar ular bagi huruf s.

6. Menulis huruf yang dicontohkan berulang-ulang.


7. Menyalin urutan-urutan huruf yang bergabung menjadi sukukata
terbuka dan tertutup.
8. Menyalin perkataan-perkataan yang terhasil dari cantuman
sukukata-sukukata di atas.
9. Menamakan gambar-gambar yang diberi secara terkawal
seperti:i

mengisi tempat kosong dengan huruf yang


betul.

ii

mengisi sukukata awal, tengah atau akhir yang


betul bagi nama-nama objek yang diberi.

iii

menulis nama gambar yang diberi.

10. Memadan dan menyalin dua suku kata supaya menjadi


perkataan yang bermakna.
11. Menulis huruf yang tertinggal di dalam ruang atau petak yang
dikosongkan.
12. Menyalin perkataan yang mudah.
13. Menyalin ayat-ayat yang mudah.
14. Menulis cepat, jelas dan senang dibaca.
15. Menulis cantik. (Kamarudin Hj. Husin., 1988).
12.2.2 Aktiviti Penulisan Kreatif
Di antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan di dalam peringkat atau
tahap penulisan kreatif adalah seperti mengadakan latihan dan aktiviti-

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

2008

aktiviti ejaan. Di dalam aktiviti ini, kanak-kanak digalakkan memilih


ejaan yang betul di dalam senarai perkataan yang diberi. Mereka juga
diberi peluang membetulkan ejaan yang salah pada perkataan yang
diberi.

Semasa aktiviti ini dijalankan kanak-kanak diminta untuk

melengkapkan silangkata dan mengisi tempat kosong dengan huruf


atau sukukata di dalam perkataan serta mengisi perkataan di dalam
ayat.
Selain itu, untuk meningkatkan kemahiran penulisan kreatif
kanak-kanak, terdapat beberapa aktiviti lain yang boleh dijalankan
seperti melengkapkan ayat dengan menambah rangkai kata yang
sesuai, menuliskan ayat yang lengkap dengan perkataan yang diberi,
membentuk dan menuliskan ayat bagi menyudahkan cerita dan
menulis ayat berdasarkan gambar-gambar samada gambar-gambar
bersiri atau gambar-gambar tunggal.
Aktiviti-aktiviti menuliskan jawapan-jawapan untuk soalan-soalan
kefahaman, mengenal serta menggunakan tanda baca seperti koma,
noktah, tanda pembuka kata, tanda penutup kata, tanda seru, tanda
soal, kolon, dan semi kolon, menghubungkan ayat serta menulis
rencana daripada bahan yang dipertontonkan boleh dilakukan pada
peringkat penulisan kreatif.
Di samping aktiviti-aktiviti di atas, pada peringkat ini kanakkanak

boleh

digalakkan

melakukan

aktiviti-aktiviti

seperti

menghubungkan ayat dengan ayat menggunakan perkataan yang


sesuai, menulis perenggan demi perenggan, menulis karangan
pendek, menulis karangan bebas, menulis karangan bentuk cerita,
menulis rencana, fiksyen, karangan biografi, autobiografi, menulis
dialog berdasarkan gambar-gambar bersiri, menulis laporan dan berita,
menulis dan menjawab surat kiriman, surat rasmi, jemputan dan
menulis karangan daripada tajuk-tajuk yang diberi. (Abu Bashar Mohd
Shah., 1997).

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

2008

12.2.3 Aktiviti Pengamatan


Terdapat beberapa aktiviti latihan pengamatan penglihatan yang boleh
dijalankan bagi membantu memulihkan masalah di dalam tulisan.
Aktiviti-aktiviti tersebut ialah:
Peg

board

design
Latihan

mendiskrimi
nasikan
bentuk
seperti:
i)

Mencari bentuk yang sama

ii)

Mencari bentuk yang berbeza

iii)

Mencari bentuk yang serupa tetapi


tak sama.

Binggo

bentuk

dan

binggo

abjad.

Domino bentuk, abjad, perkataan dan lain-lain.

Aktiviti-aktiviti latihan menekap, menyudahkan, dan


menyalin. (Abu Bashar Mohd Shah., 1997).

12.3 Aktiviti Bacaan


Ada dua cara membaca yang sering dijalankan di sekolah-sekolah :
a) Bacaan Bersuara (Bacaan mekanis)
b) Bacaan Senyap (Bacaan akaliah)

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

2008

12.3.1 Bacaan Bersuara


Bacaan bersuara adalah bacaan mekanis yang menyuarakan tulisan
dengan sebutan yang jelas dan terang, dengan intonasi dan irama
mengikut gaya membaca yang betul dengan menggerakkan alat-alat
pertuturan. Bacaan bersuara biasanya digunakan untuk latihan teknik
supaya kanak-kanak dapat membunyikan bunyi-bunyi sebutan dengan
sebutan, gaya, dan rentak irama yang sempurna.
i.

Bacaan bersuara mempunyai beberapa tujuan :

a) Membolehkan murid-murid membaca dengan cekap dan pantas


dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas.
b) Membolehkan murid-murid membaca dengan irama membaca
yang betul.
c) Membolehkan murid-murid tahu menggunakan tanda-tanda baca
serta tahu pula berhenti pada tempat-tempat berhenti yang betul.
d) Dapat menggunakan kemahiran membaca dalam mata-mata
pelajaran yang lain.
e) Untuk

membolehkan

murid-murid

mencapai

kemahiran

dan

kecekapan membaca bersuara.


ii.

Cara melaksanakan bacaan bersuara :

a)Guru memberikan satu petikan dalam satu masa khas untuk bacaan,
sesuai dengan kebolehan dan umur murid-murid.
b)Bersoal jawab dan membantu murid-murid dengan perkataanperkataan dan rangkai dan makna perkataan-perkataan itu.
c)Guru membaca sebagai contoh dan murid-murid menyemak bacaan
guru.
d)Guru membaca dan murid-murid mengikut. Boleh dilakukan secara
kelas atau kumpulan.
e)Guru memandu murid-murid membaca secara individu bergilir-gilir.

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

2008

f) Guru berbincang dan bersoal jawab dengan murid-murid mengenai


isi bacaan untuk menguji kefahaman mereka. Ini boleh dilakukan
secara lisan dan bertulis.
12.3.2 Bacaan Senyap
Bacaan senyap atau bacaan akaliah ialah bacaan yang disuarakan
dalam hati atau menukarkan isi bacaan kepada maknanya tanpa
mengeluarkan suara. Kelajuan bacaan senyap lebih pantas daripada
bacaan bersuara kerana beberapa perkara yang dilakukan dalam
bacaan bersuara seperti nada suara, sebutan yang jelas dan
sebagainya tidak diperlukan dalam bacaan senyap. Bacaan senyap ini
dijalankan sesudah murid-murid mencapai kemahiran dan kecekapan
bacaan bersuara.
i.

Tujuan bacaan senyap

a) Untuk melatih murid-murid supaya boleh membaca dengan sendiri.


b) Untuk melatih murid-murid supaya boleh membaca dan memahami
apa yang dibacanya.
c) Untuk melatih murid-murid membaca senyap dengan pantas.
d) Dapat

menggunakan

kemahiran

membaca

senyap

untuk

mendapatkan pengetahuan.
e) Dapat menggunakan kemahiran membaca senyap untuk hiburan.
ii.

Cara melaksanakan bacaan senyap


a) Bacaan ini adalah bacaan untuk kefahaman.
b) Bahan-bahan

yang

diajar

mestilah

berperingkat-peringkat

daripada bahan-bahan yang sedikit dan senang kepada bahanbahan yang banyak dan susah.
c) Guru memberi dan menentukan bahan bacaan. Semasa pelajaran
dijalankan guru membantu dan memandu murid-murid yang
lemah.
d) Guru bersoal jawab dan membincangkan perkataan dan rangkai
kata yang susah.

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

2008

e) Tentukan bahan bacaan yang hendak dibaca dan murid-murid


memahamkannya sendiri. Guru menghadkan masa murid-murid
membaca dan memahamkan isi bacaan.
f) Guru kemudian menjalankan pula latihan kefahaman dengan
mengemukakan soalan-soalan. Ia boleh juga dijalankan dengan
cara menceritakan semula apa yang telah dibaca atau dibuat
dalam bentuk ujian objektif dan subjektif.
g) Guru hendaklah membantu membetulkan kesalahan-kesalahan
yang terdapat semasa murid-murid mengemukakan isi bacaan.

RUJUKAN
An assessment Model Taylor, R.L. 2000. m/s 45. Assessment Of

Exceptional Students

Educational And Psychological Procedures. Allyn and Bacon.


Baxter J.Richert A . Saylor.C ,(1985).Sience Group: Content and Process Of Biologi.Paper
Presented at The Annual Meeting of the American Education,Chicago.
Bender

W.2004.

Learning

Disabilities

Characteristic,Identification

and

Teaching

Strategies.Pearson Ed.
Benner, S.M. 2003. Assessment of Young Children with Special Needs : A Context Based
Approach. Thompson Delmar Learning.
Bigge. J. L, Stump C.S. Silberman. 199. Curriculum, Assessment and Instruction for students
with Disabilities. Wadsworth Publishing Company.

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

2008

Bloom, B. 1968. Learning for mastery. Evaluation Comment. 1 92), 1-5.

Bloom, B. 1971. Mastery Learning. New York: Holt, Rinehart, & Winston.

Buku Panduan Perlaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas (Masalah Penguasaan


3M).1999 .Jabatan Pendidikan Khas.Edisi Percubaan .
Crain.W.C.(1985). Theories of Development,Concept and Application,2 nd Ed. U.K.Prentice
Hall,Inc.
Gagne.R.M.(1985).The Conditions Of Learning .4th Ed.New York : Holt,Rinehart and Winston.
G. Cole.Peter & K.S.Chan ,Lorna .Methods and Strategies for Special Education.Deparment
of Education, University of Western Australia & University of Newcastle.1990.Prentice
Hall.

Jabatan Pendidikan Khas (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas Bermasalah
Pembelajaran Sekolah Rendah dan Menengah. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Jabatan Pendidikan Khas (2003 ) , Buku Panduan Bahasa Melayu Pendidikan Khas
Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan Menengah.Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Kamarudin Hj.Hussin ,(1990). Pedagogi 2 .(UPM),Jabatan Bahasa.
Kamarudin Hj.Hussin ,(1990). Pedagogi 4 .(UPM),Jabatan Bahasa.
Kementerian Pendidikan Malaysia.(1994), Strategi Pendidikan Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur. Institut Bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kuder, S.Jay. 2003. Teaching Student With Language and Communication Dissabilities. Ed.2.
United States of America : Allyn and Bacon
Koh Boh Boon,et. al,1989. Perspektif-perspektif

dalam pengajaran Bahasa Malaysia.

Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur


Lee Shok Mee. (1994).Asas Pendidikan 2 .Murid dan Proses Pembelajaran. Kuala Lumpur.
Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

2008

Lerner

Teaching

J.W.

2003

Learning

Disabilitires:

Theories,

Diagnosis

and

Strategies.Hougston Mifflin Co.


Mok Soon Sang .(1995).Asas Pendidikan 3.Penilaian Dalam Proses Pendidikan. Kuala
Lumpur.Budiman Sdn. Bhd.
Mokhtar Ismail (1995). Penilaian Di Dalam Bilik Darjah ,Kuala Lumpur. Kementerian
Pendidikan Malaysia.Dewan Bahasa dan Pustaka.
Prosiding Seminar Pendidikan Kebangsan

(2001) .Strategi Pengajaran Kepelbagaian

Pelajar ,(UKM) Fakulti pendidikan .


Psikologi Pendidikan 1. Psikologi Perkembangan.
Pusat Perkembangan Kurikulum. 1982.. Buku Panduan Khas Program Pemulihan KBSR
Edisi Percubaan. Kementerian Pendidikan Malaysia

Ramlah Jantan. (2001). Pendekatan Konstruktivisme : Pembelajaran Masteri, Kertas Kerja


Seminar Pendidikan Khas : Isu dan Cabaran. UPSI.

Rashidi Azizan,Abdul Razak Habib .(1996). Pengajaran Dalam Bilik Darjah, Kaedah dan
Strategi.
Selan Osni. Mari Membaca. Kuala Lumpur: Penerbitan Fargoes Sdn. Bhd.

Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakub ( Dr.) & Mohd.Zohir Ahmad,2007. Pedagogi: Strategi
dan Teknik Mengajar Dengan Berkesan. PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. Kuala
Lumpur.
Taylor, R.L. 2000.

Assessment Of Exceptional Students Educational And Psychological

Procedures. Allyn and Bacon.


Yusuf Hashim. (1997 ).Media Pengajaran untuk Pendidikan dan Latihan. Shah Alam. Fajar
Bakti.

MODUL STRATEGI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN KURIKULUM


PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

2008

Zakiah Mat Rabee. Buku Kerja Bahasa Melayu Prasekolah Berdasarkan Kurikulum
Prasekolah Kebangsaan.

You might also like