You are on page 1of 1

Ayop Bin Kadir No 158 Kampung Bukit Jering, Kuala Balah, 17610, Jeli Kelantan.

Guru Penyelaras PPKI, Kelas Pendidikan Khas, SMK Kuala Balah, Kuala Balah, 17610, Jeli, Kelantan. 25 Disember 2013

Tuan, Memohon Penangguhan Persekolahan Sementara Sesi 2013/2014

Merujuk kepada perkara diatas, saya bapa kepada pelajar tuan yang bernama Zulaikha Binti Ayop ingin memohon penangguhan persekolahan sementara bagi pihak anak saya atas sebab tertentu. 2. Tuan, saya ingin memaklumkan bahawa anak jagaan saya tidak dapat hadir ke sekolah sehingga awal febuari 2014 kerana dia telah mengikuti ibunya ke Negeri Sembilan atas sebab menjaga cucu buat sementara waktu. Oleh sebab itu, anak saya Zulaikha akan bercuti selama sebulan. 3. Sehubungan dengan itu, saya bagi pihak penjaga Zulaikha Binti Ayop ingin memohon cuti dan penangguhan persekolahan sementara waktu sehingga ibunya pulang ke kampung. Saya juga berjanji akan menghantar semula anak saya ke sekolah seperti biasa apabila dia pulang nanti. 4. Sekian untuk makluman dan pertimbangan tuan. Kesulitan amat dikesali.

Yang Benar,

(Ayop Bin Kadir )

You might also like