You are on page 1of 16

Arahan:

Memanaskan badan mula dari kepala ke kaki. Murid-murid dibahagikan kepada 4 kumpulan. Setiap kumpulan membentuk satu barisan seperti kereta api. Setiap murid dalam barisan ditampal huruf-huruf besar(C,H,L,P) di belakang baju. Setiap murid menulis huruf kecil (c,h,l,p) di belakang badan dengan menggunakan jari telunjuk sambil membunyikan huruf tersebut. Murid-murid berpusing ke arah belakang dan mengulangi aktiviti tersebut. Setiap kumpulan diminta membentuk huruf kecil yang disebut oleh guru dengan menggunakan barisan kereta api tadi secara bergilir-gilir dan kumpulan yang tercepat dikira menang.

Guru pilih 5 orang murid secara rawak.

Dalam kertas mahjong yang disediakan oleh guru mempunyai huruf-huruf yang ditulis.

Guru menyebut satu perkataan.

Murid harus menggunakan huruf-huruf di atas kertas untuk perkataan yang disebut oleh guru melalui cara bermain teng-teng.

Setiap murid diberi masa selama 1 minit.

Apabila berjaya membentuk perkataan tersebut dalam masa yang ditetapkan, murid menyebut perkataan itu dengan kelas dan kuat.

Setiap murid akan diberikan satu kad perkataan yang mengandungi namanama binatang. Setiap murid akan menulis perkataan tersebut pada papan hitam dan mengejanya. Contohnya, harimau:ha-ri-mau.

Murid-murid dibahagikan kepada kumpulan masing-masing. Guru memberikan kad perkataaan yang disediakan kepada setiap kumpulan. Kad perkataan tersebut mengandungi sesuatu perkataan yang susunan ejaannya tidak teratur. Setiap ahli kumpulan tersebut mesti mencari perkataan sebenar dan membina lima ayat daripada perkataan tersebut.

Contoh: doktor-Bapa saya seorang doktor. Selepas itu, setiap kumpulan akan keluar menulis dan membaca ayat-ayat yang dibina secara bergilir-gilir. Kumpulan yang berjaya membentuk kelima-lima ayat secara betul akan diberikan hadiah.

You might also like