You are on page 1of 16

Dalam menyediakan laporan pencapaian murid-murid,

guru boleh memilih daripada sistem rekod yang sedia ada. Setiap sekolah menyediakan laporan yang berbeza antara satu sama lain. Adakalanya sesuatu daerah diseragamkan bentuk laporan yang disediakan.
Umumnya, kebanyakan pihak sekolah menggunakan

kaedah gred abjad, penilaian bertulis dan konferensi (Bhasah Abu Bakar, 2003)

Gred Peratus Perjumpaan Ibu Bapa (konferensi)


BENTUK LAPORAN PENILAIAN

Gred Abjad

Penjelasan Bertulis

Gred Lulus Gagal Senarai Semak

Menjelaskan pencapaian pelajar dalam bentuk nombor antara 0

hingga 100 (iaitu nombor per seratus).


Istilah peratus ini menunjukkan berapa peratus seseorang

pelajar dapat menguasai (Oosterhof, 2003: 216).

kandungan

pelajaran

tertentu

Digunakan oleh guru untuk menunjukkan pencapaian pelajar dalam penilaian formatif. seperti kuiz mingguan, ujian bulanan atau tugasan.
Nombor yang kecil menunjukkan pencapaian yang rendah, sementara nombor yang besar menunjukkan pencapaian yang tinggi.

KEBAIKAN
Dilaporkan dalam bentuk nombor. Mudah ditafsirkan. Mudah dibuat analisis lanjutan.

KELEMAHAN
Tidak menggambar secara tepat peratus kandungan yang dikuasai murid. Lebih bergantung kepada aras kesukaran soalan. Pelajar yang sama diberi ujian yang lebih sukar, gred peratus akan menurun.

Menjelaskan pencapaian pelajar dalam bentuk abjad yang

biasanya terdiri daripada lima (5) kategori, misalnya A, B, C, D dan F.

Abjad A menunjukkan pencapaian cemerlang, B baik, C sederhana, D rendah dan F gagal.


Cara yang mudah dan popular pada masa ini. Kebanyakan sekolah dan institusi pengajian tinggi menggunakan penggredan ini.

Digunakan oleh guru untuk menunjukkan pangkat pencapaian pelajar dalam penilaian sumatif seperti ujian akhir penggal/akhir tahun persekolahan. Guru menulis gred dalam laporan kemajuan menggunakan dakwat biru atau hitam bagi pencapaian lulus dan dakwat merah untuk pencapaian gagal..

KEBAIKAN
Mudah ditafsirkan sebagai pencapaian pelajar mengikut kategori pencapaian.

KELEMAHAN
Tidak menggambar secara tepat banyak mana kandungan yang dikuasai pelajar.

Hanya menggambarkan pencapaian keseluruhan tanpa menyatakan kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran.
Menggunakan bilangan kategori gred yang kecil dan lebih bermakna.

Lebih bergantung kepada aras kesukaran soalan.

Kehilangan maklumat tentang markah asal pelajar. Mewujudkan persaingan yang tidak sihat antara murid jika tidak dikawal, menyebabkan kesan negatif seperti kecewa, menipu.

Menjelaskan pencapaian pelajar hanya dalam dua kategori, iaitu

sama ada lulus/gagal atau memuaskan/tidak memuaskan.

Tetapkan markah lulus dan markah gagal, misalnya markah 50% dan ke atas diberi gred lulus dan bawah daripada 50% diberikan gred gagal. Mengubah gred abjad kepada gred lulus-gagal, iaitu dengan mengubah gred A, B, C dan D kepada gred lulus, sementara F diubah kepada gred gagal. Digunakan untuk menilai penguasaan pelajar terhadap sesuatu kemahiran, misalnya melakukan eksperimen sains dalam makmal. Gred lulus gagal ini diguna untuk meningkatkan motivasi pelajar supaya cuba menjawab soalan yang susah.

KEBAIKAN

Menggalakan pelajar menjawab soalan yang susah.


KELEMAHAN

Tidak menggambar secara tepat banyak mana kandungan yang dikuasai pelajar, tetapi ia lebih bergantung kepada aras kesukaran soalan. Apabila kita mengubah markah asal kepada gred lulus-gagal, kita telah mengkelaskan markah ini kepada dua kategori sahaja. Ini menyebabkan kita kehilangan maklumat tentang markah asal pelajar. Tidak boleh digunakan untuk membuat keputusan berasaskan gred markah atau gred abjad. Mempunyai kebolehpercayaan yang rendah, iaitu kebolehpercayaan gred yang menggunakan lima kategori ialah 0.85, sementara kebolehpercayaan gred yang menggunakan dua kategori ialah 0.63 (Ebel, 1995).

Menjelaskan pencapaian pelajar dalam bentuk borang yang

mengandungi objektif pengajaran/hasil pembelajaran yang sepatutnya dicapai pelajar, yang meliputi domain kognitif, psikomotor dan afektif.

Memberikan maklumat yang lebih terperinci dan bermakna, kita boleh masukkan juga aras pencapaian hasil pembelajaran (misalnya, gred abjad), seperti sangat lemah (F), lemah (D), sederhana (C), baik (B), cemerlang (A). Penggredan/penilaian bentuk ini biasanya digunakan di sekolah rendah dan menengah rendah.

KEBAIKAN
Mudah ditafsir dan lebih bermakna kepada kita disebabkan ia mengandungi maklumat yang terperinci tentang pencapaian pelajar. Maklumat ini dapat membantu guru, pelajar, ibu bapa dan guru kaunseling untuk memberi nasihat kepada pelajar atau merancang aktiviti untuk mereka, supaya pencapaian mereka meningkat. Senarai semak juga amat sesuai diguna untuk melaporkan keputusan ujian diagnostik dan tindakan susulannya seperti pemulihan/pengayaan.

KELEMAHAN
Guru perlu bekerja keras untuk menyediakan senarai semak yang lengkap.
Bagaimanapun, senarai semak ini perlu disediakan sekali sahaja dan ia boleh digunakan untuk pelajar-pelajar kelas lain dan juga yang akan datang. Laporan penilaian yang menggunakan bentuk ini akan menjadi terlalu panjang, justeru, pencapaian keseluruhan bagi sesuatu mata pelajaran susah diperoleh.

Menjelaskan pencapaian pelajar dalam bentuk penulisan

tentang kekuatan dan kelemahan pelajar yang meliputi domain kognitif, psikomotor dan afektif serta perkembangan sahsiah pelajar.

Penjelasan bertulis ini akan menjadi terlalu panjang sekiranya guru ingin menjelaskan kekuatan dan juga kelemahan pelajar. Untuk tujuan pemulihan, kita hanya memerlukan maklumat tentang kelemahan pelajar. Dimudahkan dengan melaporkan gred markah/ abjad bagi sesuatu mata pelajaran dengan disusuli oleh penjelasan bertulis tentang kelemahan pelajar sahaja.

KEKUATAN

Mudah lentur (flexible) Mudah ditafsir dan lebih bermakna Membantu memberi nasihat atau merancang aktiviti

KELEMAHAN

Guru perlu bekerja keras untuk menyediakan penjelasan bertulis yang lengkap

Menjelaskan lebih lanjut pencapaian pelajar, yang mana penjelasan ini dibuat melalui perbincangan antara guru-guru, pelajar dan ibu bapa, terutama bagi pelajar-pelajar yang bermasalah pembelajaran, sahsiah atau disiplin. Memberi tahu ibu bapa dan pelajar tentang masalah yang dihadapi oleh anak mereka, supaya ketiga-tiga pihak mencapai persetujuan tentang tindakan yang perlu diambil untuk mengatasi masalah pelajar. Ibu bapa dapat meneliti kerja sekolah anak mereka dengan melihat contoh kerja, jawapan ujian dan profil pelajar

Ibu bapa mengetahui kekuatan dan juga kelemahan anak mereka.

KEBAIKAN
Guru dapat menjelaskan secara mendalam tentang kekuatan dan kelemahan pelajar kepada ibu bapa di hadapan pelajar itu sendiri

KELEMAHAN

Mengambil masa yang panjang

Pihak ibu bapa memahami pencapaian dan masalah sebenar anak mereka dan memahami tindakan yang diambil oleh pihak sekolah.

Melibatkan ramai guru dan juga guru kauseling

Lebih bertanggungjawab dan seterusnya memainkan peranan aktif untuk membantu anak mereka mencapai kejayaan.

Membantu guru/guru kaunselor/disiplin memberi nasihat atau merancang aktiviti untuk pelajar tersebut

Agar sukar untuk menjadualkan perjumpaan kerana kekangan masa

Kalau ada jarum yang patah,


Jangan disimpan di dalam peti, Kalau ada silap dan salah,

Jangan disimpan di dalam hati.

You might also like