You are on page 1of 15

B0612/0666

1.0 Pengenalan Malaysia telah merdeka pada tahun 1957. Sebelum medeka, Malaysia telah dijajah oleh beberapa negara seperti Portugis, Belanda dan British. Mereka bukan saja mengeksploitasi ekonomi negara kita, malah mereka juga meninggalkan banyak penulisan yang bersifat euro-sentrik. Apakah perbezaan antara penulisan yang bersifat euro-sentrik dengan Malaysia-sentrik? Secara ringkas, penulisan yang bersifat euro-sentrik lebih memihak kepada kolonial British manakala Malaysia-sentrik pula lebih memihak kepada negara sendiri. Corak penulisan pensejarahan kolonial biasanya bersifat euro-sentrik.

Mereka pandang rendah terhadap masyarakat tempatan kerana merasa merupakan orang yang bertamadun. Antara empat tokoh barat yang banyak memberi sumbangan kepada penulisan kolonial adalah Sir Frank Swettenham, R.O Winstedt, J.M Gullick dan R.J Wilkinson. Mereka telah menghasilkan beberapa buku yang sangat bernas dan menjadi penulisan sejarah yang penting kepada para sejarahwan mahupun dari luar negara ataupun rakyat Malaysia. Kenapa wujudnya perbezaan antara euro-sentrik dan Malaysia-sentrik? Ini disebabkan penulisan penjajah lebih mementingkan kepentingan mereka sendiri. Mereka juga menulis pensejarahan mereka melalui prespektif mereka. Ini telah menyebabkan terdapat perbezaan dalam penulisan pensejarahan antara kolonial British dengan tokoh-tokoh sejarah tempatan.

B0612/0666

2.0 Tokoh-Tokoh penulis barat dalm pensejarahan Malaysia daripada perspektif penulisan kolonial Sir Richard Olaf Winstedt (2 Ogos 1878 2 Jun 1966) juga dikenali sebagai R.O Winstedt. Beliau merupakan seorang pakar pengaji dari Timur Inggeris dan Pentadbir koloni. R.O Winstedt menjadi kadet dalam perkhidmatan Awam Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1902. Beliau telah ditempatkan di negeri Perak di mana tempat yang beliau belajar tentang budaya Melayu. Winstedt telah dilantik sebagai pegawai Daerah di Kuala Pilah dan seterusnya berkhidmat sebagai Presiden pertama Kolej Raffles pada tahun 1921. Beliau diamanahkan tugas sebagai Penasihat Umum Johor pada tahun 1931. Beliau telah banyak menulis pelbagai karya penting yang melibatkan Melayu, contohnya dalam A History of Malaya dan A Dictionary of Malay Language. Sir Thomas Stamford Raffles dilahirkan pada 6 Julai 1781. Beliau telah dihantar ke Pulau Pinang ataupun dikenali sebagai Prince of Wales Island pada tahun 1805. Beliau telah dilantik sebagai Leftenan Gabenor Jawa pada tahun 1811 dan menjadi Gabenor Sumatera selepas itu.Raffles telah memperkenalkan autonomi terbatas, menghentikan perdagangan hamba dan mengubah sistem tanah pemerintah colonial Belanda semasa beliau memegang jawatan sebagai pentadbir Hindia-Belanda. Pada tahun 1819, beliau telah mengasaskan Pulau Singapura. Beliau bukan sahaja menjadi seorang pentadbir, malah beliau juga banyak memberi sumbangan dalam bidang penyelidikan flora dan fauna. Antara buku yang dihasilkan oleh beliau adalah The Malay Annal 1 yang menerangkan tentang kajian beliau terhadap Sejarah Melayu. Richard James Wilkinson, ataupun dikenali sebagai R.J Wilkinson telah dilahirkan pada tahun 1867. Beliau tiba di Tanah Melayu pada tahun 1889 dan bertugas sebagai seorang pegawai pentadbiran kolonial. Beliau pernah betugas sebagai nazir sekolah di jabatan pelajaran NNMB (negeri-negeri melayu bersekutu). Pada tahun 1903M, beliau telah dilantik menjadi setiausaha Sir Ernest Birch. Ini telah

Stamford Raffles. Malay Annal. London: Longman, Hurst, Rees, Orme, and Brown, 1821. 2

B0612/0666

memberi kesempatan kepada beliau untuk menerbitkan sebuah buku yang berjudul Paper on Malay Subjects. Melalui kenyataan Dr. C.Hooykaas dalam bukunya Perintis Sastera mengatakan pantun Melayu yang dikumpulkan oleh R.J Wilkinson dalam buku Malay Liteature2 mengandungi lebih kurang 1500 rangkap pantun. Wilkinson menghasilkan beberapa buku yang kenal, antaranya adalah A History of Perak dan A Vocabulary of Central Sakai. John Micheal Gullick, ataupun dikenali sebagai J.M Gulick, telah dilahirkan pada tahun 1916 di England. Gullick merupakan seorang pegawai kolonial British di Tanah Melayu pada era pra-kemerdekaan di Tanah Melayu. Beliau mengambil pendekatan yang tidak begitu bias dalam penulisannya walaupun kajiannya masih berkisar tentang kolonial. Gullick juga berpendapat tiada keraguan lagi kedudukan Raja sebagai pemerintah di alam Melayu sejak sekian lama dan menyokong pemerintahan beraja berpelembagaan untuk Malaya yang merdeka. Antara beberapa buku yang dikaji dan ditulis oleh Gullick yang berkait dengan pensejarahan Malaysia adalah Indigenous Political Systems of Western Malaya dan Glimpses of Selangor.

R.J Wilkinson. Malay Liteature. London: Oxford University Press, 1907. 3

B0612/0666

3.0 Perbandingan antara penulisan daripada perspektif penulisan kolonial dengan penulisan berorientasikan Malaysia semasa era selepas mereka. Dalam Buku Malaysia: Economic Expansion of National Unity3, John Gullick telah menyatakan On the other side, Sultan Abdullah of Perak was young, inexperienced, and irresponsible. Ini menunjukkan Raja Abdullah merupakan seorang yang lemah dan tidak bertanggungjawab. Manakala dalam buku Sejarah Perak4 yang dikarang oleh Haji Buyong Bin Adil pula menyatakan Sultan Abdullah, Dato Laksamana (Muhammad Amin) dan Dato Syahbandar dengan suatu angkatan beberapa buah perahu orang Melayu telah pergi ke Bandar Baharu, berjumpa Swettenham, mengucapkan tanda turut berdukacita kerana kematian Birch itu, dan mereka telah menawarkan pertolongan kepada Swettenham. Tetapi Swettenham mengatakan dia tidak berkehendakkan pertolongan mereka. Sultan Abdullah dan orang besar-besar baginda dipercai berbuat demikian kepada Swettenham, supaya British jangan menyangka atau mengetahui kedudukan mereka yang sebenarynya, yang memang tidak suka kepada cara Residen Birch menjalankan pertadbirannya di negeri Perak, seperti hendak merampas

pentadbirannya di negeri Perak. Ini pula menunjukkan Raja Abdullah tidak memuas hati dengan tindakan J.W.W Birch. Beliau telah terlibat dalam kes pembunuhan J.W.W Birch dan akhirnya beliau dihukum bunuh akibat terlibat dalam pembunuhan ini. Persoalannya, adakah Raja Abdullah merupakan seorang raja yang lemah dan tidak bertanggungjawab seperti yang dicatat dalam buku John Gullick? Ataupun seperti yang dicatat dalam Sejarah Perak bahawa beliau merupakan seorang yang gagah dan bertanggungjawab terhadap rakyatnya?

John Gullickm Malaysia: Economic Expansion of National Unity, London: E.Benn; Boulder, Colo: Westview Press, 1981, hlm.25.
4

Haji Buyong Bin Adil. Sejarah Perak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1972, hlm.129. 4

B0612/0666

Dari mana Hang Tuah berasal sebenarnya?menurut R.O Winstedt,beliau mengatakan bahawa Hang Tuah merupakan orang Jakun5. Manakala menurut A. Samad Ahmad, beliau pula mengatakan Hang Tuah berasal daripada tanah Bugis6. Adakah Hang Tuah merupakan pahlawan yang lahir di Tanah Melayu ataupun merupakan tokoh berjasa yang dilahirkan di Indonesia?

Menurut A History of Kuala Lumpur7 yang dikarang oleh John Gullick, beliau mengatakan Klang merupakan satu tempat yang tidak didiami orang dan perlu di bangunkan. Colonial adminstrators did their best to attract capital and population so that land under virgin jungle might be cleared and brought into productive use. Walaubagaimanapun, menurut Khoo Kay Kim dalam karyanya Kuala Lumpur The Formative Years8, beliau telah mengatakan bahawa Klang telah didiami banyak orang british, In 1905 most of the European officials were housed on the hills in the European residential reserve. The sides of the hills were for the most part covered with jungle and the inverts of the valleys were jungle-covered swamps. The unofficial Europeans occupied houses on the flat to the east of the Klang River. They were isolated houses in their own compounds. The business area, in which three-fourths of the total population resided was closely built upon.

Temenggung Johor merupakan satu jawatan yang paling penting dalam kerajaan Johor. Walaubagaimanapun, apakah keturunan Temenggung Johor sebenarnya? Menurut R.J Wilkinson (1907)9, beliau telah menyatakan bahawa yang keturunan Temenggung Johor berasal daripada Bendahara Tun Abdul Majid, Padang Saujana. Tun Abdul Majid berputerakan Tun Abdul Jamal yang kemudiannya menjadi
5 6

Orang Asli yang meninggal di Tanah Melayu Satu tempat di mana di Selatan Sulawesi, Indonesia J.M Gullick. A History of Kuala Lumpur. Selangor: Academe Art & Printing Services Sdn. Bhd., 2000, hlm.103. Khoo Kay Kim. Kuala Lumpur The Formative Years. Kuala Lumpur: Berita Publishin Sdn. Bhd., 1996,hlm.84. R.J Wilkinson.Paper on Malay Subjcts. Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1971. 5

7 8 9

B0612/0666

Bendahara. Anak Tun Abdul Jamal, Tun Husin seterusnya menjadi bendahara. Tun Husin pula berputerakan Tun Abdul Majid dan Tun Abdul Jamal. Tun Abdul Majid kemudiannya menjadi Bendahara Pahang dan Tun Abdul Jamal pula menjadi Temenggung Johor. Temenggung Abdul Jamal mendapat anak perempuan yang berkahwin dengan Daeng Kechil. Perkhawinan ini menghasilkan Daeng Abdul Rahman. Daeng Abdul Rahman pula meninggalkan waris anak lelaki, Daeng Abu Bakar. Manakala menurut Abdullah Zakaria Ghazali dalam buku beliau Istana dan Politik Johor10, beliau telah mengatakan Temenggung Johor berasal dari Tun Abas. Anak Bendahara Tun Abas iairu Abdul Jamal dilantik sebagai Temenggung Johor. Keterunan Temenggung Abdul Jamal seterusnya mewarisi gelaran Temenggung dan menjadi pemerintah Johor. Temenggung Abdul Jamal berkahwin dengan Raja Maimunah melahirkan Daeng Ibrahim. Daeng Ibrahim berputerakan Daeng Abdul Rahman. Daeng Ibrahim kemudiannya berputerakan Daeng Abu Bakar dan menjadi Sultan Johor. Ini telah menunjukkan gelaran Daeng datangnya daripada Raja Maimunah.

Adakah Sejarah Melayu layak untuk menjadi sebuah sumber sejarah atau tidak? Ini juga merupakan satu persoalan yang sentiasa menjadi pertanyaan dalam otak-otak rakyat Malaysia mahupun luar negara. Menurut O.W Wolters, beliau telah mengatakan Sejarah Melayu itu sendiri ditandai dengan dongengan dan khayalan semata-mata. Sebuah buku sejarah mestilah memenuhi ciri-ciri sejarah yang mengupas sesautu yang sainstifik. Walaubagaimanapun, dalam buku Zainal Abidin Wahid
11

, beliau telah

menggangap Sejarah Melayu merupakan satu bahan terpenting untuk mengenali masyarakat Melayu. Baginya, Tidak ada buku atau manuskrip lain yang boleh menggambarkan masyarakat Melaka dengan cara yang lebih baik dan jelas selain dari Sejarah Melayu.
10

Abdullah Zakaria Ghazali. Istana dan Politik Johor 1835-1885. Kuala Lumpur: Yayasan Penataran Ilmu, 1997, hlm. 14 11 Zainal Abidin Abdul Wahid, Sejarah Melayu, Kuala Lumpur, Dewan Bahsa dan Pustaka, 1974, hlm.211. 6

B0612/0666

4.0 Tujuan penulisan pensejarahan kolonial Tujuan penulisan pensejarah kolonial adalah untuk mengangkat martabat penajajahan colonial di Tanah Melayu. Semasa penjejahan Eropah ke Timur, mereka sering mengambil mentamadunkan manusia di Timur sebagai alasan mereka untuk menjajah ke arah Timur. Ini telah menyebabkan penjajah colonial perlu membuktikan kegiatan pentadbiran mereka di Tanah Melayu yang dianggap mampu membawa kemodenan dan ketamadunan di Tanah Melayu dari segi kemajuan ekonomi, pendidikan, infrastruktur dan sebagainya. Penulisan sejarah adalah penting bagi membuktikan kejayaan pentadbiran mereka. Mereka perlu memperincikan segala pencapaian yang telah dilaksanakan oleh pentadbiran mereka di Tanah Melayu sekaligus mengangkat bangsa Ingeris sebagai bangsa yang dianggap paling bertamadun dan berkuasa di dunia pada ketika itu. Sebagai contoh, Frank Swettenham (1907) dalam buku British Malaya 12 telah Cuma menggambarkan bagaimana beliau cuba menunjukkan kemampuan pentadbiran colonial di bawah beliau sebagai Gabenor di NNMB (Negeri-negeri Melayu Bersekutu). Selain itu, penulisan pensejarahan kolonial juga untuk dijadikan laporan atau tujuan rasmi. Sesetengah penulisan terhadap peristiwa sejarah dibuat atas tujuan rasmi iaitu untuk melaporkan sesuatu peristiwa kepada pihak pentadbiran kolonial British. Pejabat Tanah Jajahan British di London perlu Pegawai kolonial British di Tanah jajahan berhubung terus dengan mereka untuk melaporkan sesuatu peristiwa kepada pegawai atasan. Contohnya, peristiwa penentangan Tok Jangut di Kelantan telah dilaporkan oleh pegawai British dan beliau dianggap sebagai seorang penderhaka. Di samping itu, penubuhan SBRAS(Straits Branch of Royal Asiatic Society) juga merupakan tujuan penulisna pensejarahan kolonial. Selepas British menguasai Negeri-negeri Selat, pentadbiran kolonial telah menubuhkan satu pertubuhan SBRAS yang dianggotai oleh para pegawai kolonial di NNS. Tujuan penubuhan SBRAS adalah untuk mengumpul segala maklumat yang berkait dengan Negeri-negeri Selat
12

Frank Swettenham. British Malaya: An account of the origin of progress of British Influence in Malaya. London: George Allen and Unwin Limited, 1948. 7

B0612/0666

dan negeri-negeri Melayu sekitarnya sebagai dokumentasi dan penyelidikan terhadap masyarakat dan segala hal yang berkait dengan Tanah Melayu. SBRAS merupakan satu pertubuhan yang aktif menerbitkan jurnal berkaitan sejarah dan informasi berkait dengan Malaysia. SBRAS kini telah ditukar nama sebagai MBRAS. Penulisan pensejarahan kolonial juga bertujuan ilmiah. Banyak

universiti-universiti di Eropah telah menggalakkan lagi kegiatan keilmuan sejak era Rennaisance. Kemunculan Univerisiti dengan keilmuan moden menyebabkan masyarakat Eropah menjadi sebuah masyarakat yang berilmu. Sebahagian tokoh kolonial di Tanah Melayu membuat penulisan dengan niat untuk memenuhi keperluan ilmiah di negaramereka. Sebagai contoh, penulisan R.O Winstedt berkaitan adat perbomohan di Tanah Melayu pada masa itu adalah untuk memenuhi tesisnya yang bertajuk, Shaman, Saiva dan Sufi: A study of the Evoulution of Malay Magic. Penulisan pensejarahan kolonial juga bertujuan mengaji terhadap masyarakat tempatan. Parag pegawai kolonial dilihat sangat membantu perkembangan pensejarahan di Malaysia dalam mencakupi pelbagai aspek yang tidak ditekankan oleh pensejarahan tradisional Melayu seperti kebudayaan, amalan, adat-resam dan cara hidup masyarakat di Tanah Melayu pada ketika itu. Penulisan pensejarahan kolonial oleh para pegawai kolonial adalah untuk mengkaji dan menulis berkaitan dengan penduduk tempatan adalah disebabkan keinginan mereka untuk lebih memahaimi tentang masyarakat tempatan di Tanah Melayu pada ketika itu. Contohnya, R.O Winstedt telah melakukan pelbagai kajian sesuai dengan kedudukannya sebagai seorang pegawai pendidikan di Tanah Melayu pada ketika itu. Beliau telah mengaji kebudayaan dan adat resam masyarakat Melayu di Perak termasuklah yang melibatkan ritual seperti perbomohan.

B0612/0666

5.0 CORAK PENULISAN PENSEJARAHAN KOLONIAL Corak penulisan kolonial di Tanah Melayu adalah bersifat euro-centric. Euro centric. Apakah itu sentrik? Sentrik, ataupun dikenali sebagai centric dalam bahasa Inggeris, didefinisikan sebagai satu kecederungan atau satu pandangan atau satu pendekatan yang tertumpu kepada sesuatu perkara. Sentrik juga merupakan satu unusur yang boleh muncul dalam bentuk pendekatan yang digunakan atau tema yang diutamakan di dalam penulisan sejarah. Pendekatan euro-centtic lebih

mengutamakan seseorang tokoh atau segala kepentingan pihak barat. Konsep penulisan sejarah euro-centric banyak memaparkan mengenai

sumbangan positif pihak kolonial kepada masyarakat di Tanah Melayu. Penulisan yang menggunakan falsafah dan prinsip-prinsip barat ini sering sahaja merendahkan ketepatan sejarah tradisional. Judul buku Sir Frank Swettenham, British Malaya: an account of the origin and progress of British influence in Malaya13 telah menunjukkan corak penulisan kolonial. Judul buku ini bermaksud betapa pentingnya kerjaya yang dilakukan oleh British terhadp Tanah Melayu. Judul buku tersebut banyak memberi gambaran tentang isi kandungan, idea utama atau temanya yang sudah pasti tidak lari dari menghuraikan peranan dan kejayaan pihak imperialis British di Tanah Melayu. Mereka sebenarnya cuba mendakyahkan kepada rakyat tentang kebagusan dan kehebatan sistem penjajahan. Pegawai kolonial di tanah jajahan telah dipengaruhi oleh pemikiran kolonial dan menyebabkan mereka membuat penulisan yang sentiasa mewakili sudut pandang dan kepentingan kuasa kolonial. Mereka juga tidak perlu sensitif pada sudut pandang dan kepentingan masyarakat tempatan. Contohnya, J.Rigby 14 yang mengkaji undang-undang 99 Perak serta R.J Wilkinson yang mengkaji Undang-undang Adat Perpatih telah menolak

undang-undang tempatan ini sebagai sebuah undang-undan lengkap jika berbanding dengan legal code dalam perundangan Barat. J.Rigby dan R.J Wilkinson
13

Sir Frank Swettenham, British Malaya (1906). Judul penuh buku tersebut adalah British Malaya: an account of the origin and progress of British influence in Malaya 14 John Rigby, Part II, 99 Laws of Perak (1908). 9

B0612/0666

berpendapat adat tempatan di tanah melayu hanya bersifat digest atau intisari terhadap sebuah perundangan yang boleh diterima pakai seperti di Barat. Penulisan yang bercorak euro-centric dalam pensejarahan kolonial di Tanah Melayu juga dilihat melalui penulisan para pegawai British yang

mengagung-agungkan kejayaan pentadbiran kolonial di Tanah Melayu. Contohnya, Frank Swettenham dalam bukunya British Malaya 15 secara jelas menceritakan sebahagian pengalamannya sebagai pegawai dan Gabenor di NNMB serta kejayaan campurtangan British di negeri-negeri Melayu. Penulis yang bercorak euro-centric dalam pensejarahan kolonial juga

memandang rendah terhadap penduduk tempatan. Contohnya, dalam Buku Memoir of the life & public services16 of Sir Stamford Raffles yang merupakan karya Stamford Raffles telah meyatakan orang Melayu tidak perlu pendidikan. Penulisan yang bercorak euro-centric dalam pensejarahan kolonial di Tanah Melayu telah mewujudkan sikap bias mereka dalam melakukan pengadilan moral ke atas tokoh-tokoh tertentu dalam penulisan mereka. Contohnya, Tokoh-tokoh pejuang seperti Tok Janggut dan Haji Abdul Rahman Limbong telah diangap sebagai penderhaka kerana kononya menentang Sultan mereka sendiri walhal para pejuang tersebut menentang British dan bukannya Sultan mereka.

15 16

Frank Swettenham. Op. Cit. Stamford Raffles. Memoi of the life and public services of Sir Thomoas Stamford Raffles. New York: Oxford University Press, 1991. 10

B0612/0666

6.0 Rumusan Sebagai kesimpulannya, kita dapat nampak betapa pentingnya peranan seseorang tokoh sejarahwan dalam penulisan sejarah. Walaupun mereka tidak semestinya mencatat sesuatu peristiwa dengan betul dan tepat sekali, tetapi mereka telah meninggalkan rujukan bagi sejarahwan yang selepas mereka. Antara tujuan penulisan kolonial adalah untuk mengangkat Martabat Penjajahan Kolonial di Tanah Melayu, menjadikan laporan atau tujuan rasmi, sebagai satu kajian terhadap masyarakat tempatan, untuk memahami masyarakat tempatan, untuk tujuan Ilmiah dan pernubuhan SBRAS (Straits Branch of Royal Asiatic). Corak-corak penulisan kolonial lebih fokus kepada euro-sentrik. Mereka lebih mementingkan pandangan dan kepentingan mereka sendiri. Mereka juga

memandang rendah terhadap masyarakat tempatan. Tambahan lagi, mereka cuba mengagung-agungkan kejayaan British terhadap tanah jajahan mereka. Pegawai kolonial yang terlibat dalam penulisan sejarah ini juga dipengaruhi oleh pemikiran kolonial. Terdapat banyak perbezaan di antara penulisan barat dengan penulisan kolonial, antara yang paling ketara ialah perbezaan prespektif terhadap perwatakan seseorang, contohnya Sultan Abdullah. Di samping itu, juga terdapat perbezaan pandangan terhadap dari mana asal sebenarnya Hang Tuah serta jumlah penduduk di Klang pada abad ke-19. Selain itu, juga terdapat perbezaan pandangan terhadap siapakah keturunan temenggung Johor yang sebenar.

11

B0612/0666

12

B0612/0666

REFLEKSI terlebih dahulu saya ingin melafaskan kesyukuran kerana akhirnya berjaya melaksanakan serta menyiapkan kerja krusus ini sepertimana yang diarahkan oleh pensyarah. Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam memberikan kerjasama dan bimbingan serta tunjuk ajar kepada saya dalam usaha menyiapkan kerja krusus ini terutama sekali pensyarah pembimbing kami yakni Tuan Haji Azhari B Haji Mat Salleh. Melalui tugasan ini juga, sebagai seorang rakyat Malaysia, kita jangan sesekali membaca sesuatu peristiwa dengan satu arah saja, penulisan itu mungkin ada sedikit tersasar dari kebenaran. Sebagai seorang guru, tambahan lagi seorang guru Sejarah, kita perlu dan mesti memandang sesuatu peristiwa atau masalah dari pelbagai arah. Jangan sesekali membuat kesimpulan kerana mungkin prespektif mereka juah beza dengan realiti, contohnya penulis pensejarahan colonial mempunyai prespektif yang berbeza. Melalui tugasan ini, saya telah mengetahui tentang kelebihan dan kelemahan diri sendiri. Saya mempunyai kemahiran mencari maklumat. Saya telah mengunjungi UUM (Universiti Utara Malaysia) selama dua sekali. Perpustakaan di UUM sana sangat besar. Untuk mencari buku yang diperlukan, saya telah menggunakan sistem OPAC dalam UUM, akhirnya saya terjumpa semua bahan di rak DS. Kumpulan buku univerisiti mereka adalah banyak. Malangnya, kami tidak dapat meminjam balik buku-buku di sana kerana kami bukan pelajar di sana. Kami juga tidak dapat mencetak halaman-halaman buku yang kami inginkan kerana mesin fotostat mereka telah rosak. Kami terpaksa salin dan mengambil gambar menggunakan telefon bimbit. Walaupun proses adalah susah tetapi kami menikmatinya. Saya berasa gembira kerana dapat mencari banyak bahan walaupun memeningkan kepala saya. Saya juga mendapati saya mempunyai beberapa kelemahan. Saya merupakan seseorang yang tidak berazam. Walaupun saya rajin dalam menjalankan tugas saya, saya hanya mampu menjalankan tanggungjawab saya tidak melebihi 10 minit. Saya berharap agar tugasan kali ini dapat memberikan pengalaman dan
13

B0612/0666

pengajaran kepada saya dalam menyiapkan tugasan lain pada masa yang akan datang. Sekian, Terima Kasih.

14

B0612/0666

Bibliografi Abdullah Zakaria Ghazali. Istana dan Politik Johor 1835-1885. Kuala Lumpur: Yayasan Penataran Ilmu, 1997. Frank Swettenham. British Malaya: An account of the origin of progress of British Influence in Malaya. London: George Allen and Unwin Limited, 1948. Haji Buyong Bin Adil. Sejarah Perak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1972. J.M Gullick. A History of Kuala Lumpur. Selangor: Academe Art & Printing Services Sdn. Bhd., 2000. John Gullick. Malaysia: Economic Expansion of National Unity. London:

E.Benn;Boulder, Colo: Westview Press, 1981. Khoo Kay Kim. Kuala Lumpur The Formative Years. Kuala Lumpur: Berita Publishin Sdn. Bhd., 1996. R.J Wilkinson. Malay Liteature. London: Oxford University Press, 1907. R.J Wilkinson.Paper on Malay Subjcts. Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1971. R.O Winstedt and R.J Wilkinson. A History Of Perak. Kuala Lumpur: The Malaysian Branch of the Royal Asitatic Society, 1974. Raffles, Stamford. Memoir of the life and public services of Sir Thomas Stamford Raffles. New York: Oxford University Press, 1991. Stamford Raffles. Malay Annal. London: Longman, Hurst, Rees, Orme, and Brown, 1821.

15

You might also like