You are on page 1of 77

Resepi Pesakit Dialisis

2013

Idea untuk anda

Kata-kata aluan
Menurut laporan Malaysian Dialysis and Transplant Registry, terdapat hampir 26,000 pesakit menjalani rawatan dialisis secara kekal di Malaysia pada tahun 2011, manakala jumlah unit dialisis di seluruh negara hampir mencecah 700. Peningkatan jumlah pesakit dan kemudahan rawatan dialisis bukan sahaja menunjukan jumlah pesakit yang ramai tetapi juga keupayaan negara kita memberi rawatan yang boleh menyelamatkan nyawa pesakit yang mengalami kegagalan fungsi ginjal. Walaubagaimanpun, adalah penting untuk semua pihak yang berkaitan dengan pesakit atau yang memberi perkhidmatan dialisis menyedari bahawa keperluan optima penjagaan pesakit kegagalan ginjal bukan hanya melibatkan rawatan dialisis yang mencukupi atau berkualiti tetapi juga melibatkan perkhidmatan sokongan lain termasuk perkhidmatan farmasi, perkhidmatan dietetik, perkhidmatan kebajikan perubatan serta kaunseling dan lain-lain lagi. Pelbagai masalah yang dialami oleh pesakit yang menjalani rawatan dialisis adalah berkaitan dengan pengambilan makanan dan minuman yang berlebihan atau tidak sesuai dengan keadaan penyakit mereka. Disebalik keunikan negara kita yang mempunyai kumpulan etnik yang berbeza dan pelbagai jenis makanan yang menyelerakan, masalah yang sering dihadapi oleh pesakit buah pinggang serta anggota keluarga mereka adalah untuk menentukan apa yang selamat dan boleh dimakan oleh pesakit atau sebaliknya. Pegawai dietetik di Hospital Kuala Lumpur sejak sekian lama , telah memainkan peranan yang aktif untuk memberi kaunseling secara peribadi atau kumpulan kepada pesakit-pesakit ginjal kronik atau yang menjalani rawatan dialisis disamping menganjurkan beberapa sesi demonstrasi memasak untuk di pelajari oleh pesakit dan keluarga mereka. Sebagai kelansungan kepada semangat profesional dan sikap proaktif, Pegawai-Pegawai Dietetik yang terlatih dan berpengalaman di Hospital Kuala Lumpur telah mengambil inisiatif untuk menyediakan buku ini yang memuatkan resipi-resipi yang sesuai untuk dicuba dan digunakan sebagai panduan oleh pesakit pesakit ginjal kronik atau yang menjalani rawatan dialisis sekaligus membantu pakar buah pinggang untuk memberi perkhidmatan yang lebih berkesan. Buku ini berupaya untuk menambah nilai kepada sesi kauseling pemakanan yang diberikan oleh pegawai dietetik, tetapi tidak akan menggantikan keperluan pesakit untuk mendapat nasihat kaunseling Pengawai Dietetik secara khusus bagi masalah yang akan timbul dari masa ke semasa. Saya mengucapkan syabas kepada usaha dan hasil kerja yang murni serta bermanafaat ini dan berharap ianya akan digunakan oleh pesakit atau keluarga mereka dengan sebaik mungkin. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih diatas sokongan Pengarah Hospital Kuala Lumpur untuk menghasilkan buku resipi ini. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA PENYAYANG, BEKERJA BERPASUKAN DAN PROFESIONALISMA ADALAH BUDAYA KERJA KITA Datuk Dr. Ghazali Bin Ahmad Pakar Perunding Kanan & Ketua Jabatan Nefrologi Jabatan Nefrologi Hospital Kuala Lumpur

Kata-kata aluan
Terlebih dahulu, saya ingin memanjangkan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pengarah, Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang merestui penerbitan buku resepi ini untuk kepentingan individu yang menjalani dialisis. Penjagaan pemakanan adalah penting untuk melengkapkan rawatan yang dijalani individu yang mengalami kegagalan ginjal kronik. Melaluinya, pengambilan kalori dan protin boleh disesuaikan dengan keperluan dan pengambilan sodium, potasium dan fosfat boleh dkawal supaya seiring dengan rawatan yang dijalankan. Buku resepi ini disediakan sebagai bahan rujukan untuk individu ini dengan tujuan: a. Menerangkan keperluan dan sekatan makanan yang perlu diikuti. b. Mendedahkan cara pemakanan yang sesuai untuk keadaan kesihatan. c. Membincangkan kaedah modifikasi masakan yang boleh dibuat. d. Memberi maklumat terperinci kandungan nutrien selepas modifikasi menu dilakukan. Penghasilan buku ini melibatkan proses memilih, mengubahsuai, menganalisa, mengujirasa menu, mengambil gambar seterusnya mengadunkannya menjadi sebuah buku. Keseluruhan proses ini mengambil masa sembilan bulan dan melibatkan 12 pegawai Jabatan Dietetik & Sajian, HKL. Proses mengujirasa melibatkan Pegawai Perubatan dari Jabatan Nefrologi, HKL dan individu yang menjalani dialisis di Unit Dialisis, HKL. Diharapkan, dengan adanya buku resepi ini, ianya akan memberi manfaat kepada individu yang menjalani dialisis secara khususnya dan keseluruhan anggota kesihatan yang terlibat dalam rawatan individu kegagalan ginjal kronik secara amnya. Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menerbitkan buku resepi ini. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA PENYAYANG, BEKERJA BERPASUKAN DAN PROFESIONALISMA ADALAH BUDAYA KERJA KITA Ridzoni Sulaiman Ketua Profesion Pegawai Dietetik Kementerian Kesihatan Malaysia

Pengenalan
Apabila buah pinggang gagal berfungsi, ramai yang tertanya-tanya apakah pantang larang dalam penyediaan makanan seharian. Kehidupan sebagai pesakit akan lebih selesa sekiranya anda mematuhi nasihat Pegawai Dietetik (Dietitian). Pesakit yang menjalani dialisis perlulah mengawal kandungan air dan garam untuk mengelakkan bengkak (terutamanya pada bahagian kaki) dan paru-paru berair. Buku resepi ini diterbitkan khas untuk pesakit buah pinggang terutamanya yang menjalani rawatan dialisis. Kami yang terdiri daripada sekumpulan Dietitian dari Hospital Kuala Lumpur, telah bergabung tenaga untuk mengumpulkan resepi-resepi yang lazat dan diubahsuaikan supaya boleh dinikmati oleh semua pesakit dialisis. Resepi yang tersedia di dalam buku ini adalah hasil yang diperolehi setelah diperbaiki berdasarkan komen dari pesakit dan Pengawai Perubatan setelah sesi ujirasa dijalankan. Resepi-resepi ini, telah mematuhi jumlah garam (sodium) yang dibenarkan, selain itu analisis makanan juga akan menunjukkan jumlah sebenar kandungan kalori, protin, potasium dan fosfat di dalam makanan tersebut. Cara penyediaannya mudah dan boleh dimasak sama ada oleh pesakit atau penjaga pesakit. Bagi pesakit dialisis, jumlah protin yang diambil perlulah ditingkatkan untuk menampung jumlah protin yang hilang melalui proses dialisis. Oleh itu, sila pastikan anda menghabiskan seketul lauk (seperti saiz potongan di kedai) untuk makan tengahari dan malam. Keperluan protin harian adalah berbeza mengikut saiz badan seseorang, untuk jumlah yang tepat silalah berhubung dengan Dietitian anda. Jumlah fosfat dapat dikawal dengan mengelakkan pengambilan susu dan hasil tenusu. Sila pastikan (sekiranya ada) ubat kalsium karbonat (CaCO3) diambil bersamasama dengan makanan. Sila minimakan penggunaan santan kerana santan juga mengandungi fosfat dan potasium. Bagi pesakit yang sering mengalami masalah tinggi potasium, silalah teliti tip yang disertakan di dalam buku ini untuk dijadikan panduan semasa penyediaan makanan seharian. Penghasilan buku ini diharapkan dapat memberikan idea kepada anda dan keluarga bahawa pesakit dialisis masih boleh menikmati makanan kegemaran dengan sedikit pengubahsuaian supaya sesuai dengan keadaan penyakit buah pinggang. Diharapkan buku resepi ini memberikan garis panduan tentang cara melakukan ubahsuaian ke atas resepi asal yang lain. Semoga buku ini dapat memberikan inspirasi kepada pesakit dan keluarga untuk terus menyediakan hidangan yang bersesuaian dengan keadaan penyakit buah pinggang. Selamat menjamu selera! Datin Nor Sharita Mohd Saad Dietitian Zon Nefrologi & Urologi Hospital Kuala Lumpur

Senarai Ahli Jawatankuasa Kerja


Pegawai Dietetik yang terlibat dalam penghasilan buku ini:

Berdiri (dari kiri):

Cik Khalizah Jamli, Datin Nor Sharita Mohd Saad, Puan Kamariah Nawawi dan Cik Low Phei Keow
Duduk (dari kiri):

Encik Mohd Hairil Muzammil Tokijan dan Encik Mohd Hafiz Mohd Rosli

Senarai Ahli Jawatankuasa Kerja


Pembantu penyediaan makanan yang terlibat sama:

Dari kiri:

Encik Wan Ahmad Fazli Johari dan Encik Muhammad Fakhri Mohd Mat Noor

Dari kiri:

Puan Norfadhilah Hassan dan Cik Syafila Suhaini


Tiada dalam Gambar:

Encik Mohd Safuan Mohd Kamil dan Puan Salina Said


Sekalung budi:

Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pesakit Unit Dialisis 1, HKL dan anggota HKL yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan projek buku resepi ini.

Isi Kandungan 1
Penerangan Ringkas
Tip Masakan Sihat _____________________________________________ 8 Ukuran Rumahtangga __________________________________________ 9 Senarai Kandungan Potasium dalam Makanan/Minuman__________ 10 - 11 Senarai Kandungan Fosfat dalam Makanan/Minuman ____________ 12 - 13

Menu Utama
Ikan Berkuah Asam Pedas ___________________________________ 14 - 15 Ikan Bawal Tiga Rasa _______________________________________ 16 - 17 Ikan Tenggiri Masak Kari ____________________________________ 18 - 19 Ikan Cencaru Sumbat Cili ____________________________________ 20 - 21 Ayam Bersos Lemon________________________________________ 22 - 23 Ayam Goreng Kunyit _______________________________________ 24 - 25 Ayam BBQ ________________________________________________ 26 - 27 Ayam Goreng Berempah ____________________________________ 28 - 29 Ayam Masak Merah ________________________________________ 30 - 31 Telur Berinti_______________________________________________ 32 - 33 Telur Sambal ______________________________________________ 34 - 35 Daging Masak Halia ________________________________________ 36 - 37 Jelatah___________________________________________________ 38 - 39 Terung Sambal ____________________________________________ 40 - 41 Sayur Campur _____________________________________________ 42 - 43 Sayur Kobis & Lobak Merah __________________________________ 44 - 45

Isi Kandungan 2
Nasi & Aneka Jenis Mee
Nasi Goreng Cina __________________________________________ 46 - 47 Nasi Kerabu Ikan___________________________________________ 48 - 49 Mee Goreng ______________________________________________ 50 - 51 Mee Berkuah______________________________________________ 52 - 53 Meehoon Goreng Tomyam __________________________________ 54 - 55 Kueh Teow Goreng Udang ___________________________________ 56 - 57 Spageti Goreng ___________________________________________ 58 - 59 Asam Laksa _______________________________________________ 60 - 61

Kuih-Muih
Popiah Goreng Bersos ______________________________________ 62 - 63 Samosa __________________________________________________ 64 - 65 Karipap Ayam _____________________________________________ 66 - 67 Kuih Cara Berlauk __________________________________________ 68 - 69

Pencuci Mulut
Agar-agar Cendol __________________________________________ 70 - 71 Agar-agar Mangga _________________________________________ 72 - 73 Jeli Konnyaku ________________________________________________ 74 Smoothie Strawberi ___________________________________________ 75

Tip Masakan Sihat


Tip Pengawalan Sodium (garam) 1. Untuk mengawal kandungan sodium makanan: a. Hadkan sodium kepada - sudu teh rata (hidangan untuk empat orang). b. Hadkan kicap kepada sudu besar (hidangan untuk empat orang). c. Gunakan sos tiram dalam jumlah yang sedikit sekadar menaikkan bau masakan. d. Rendamkan ikan bilis dalam air panas, dan buangkan air. Jumlah ikan bilis mestilah juga dihadkan. 2. Tambahkan rempah asli (seperti bawang, sedikit lada hitam, lada sulah, kayu manis, bunga lawang, daun kari, jintan dan ketumbar) dalam jumlah sederhana untuk menyedapkan rasa dan bau makanan sebagai pengganti kepada garam/perencah masakan. 3. Untuk membangkitkan rasa masakan, taburkan dengan sedikit bawang goreng yang digoreng sendiri. Elakkan menggunakan bawang goreng yang dibeli kerana kandungan sodiumnya yang tinggi. Tip Pengawalan Potasium 1. Untuk mengurangkan kandungan potasium makanan: a. Rebus ubi kentang di dalam air yang banyak dan buangkan airnya. b. Pilih sayur dari jenis rendah potasium seperti terung, kacang botor, kacang buncis dan ketola bagi membekalkan keperluan serat harian. c. Penggunaan daun sup dan daun bawang perlu dihadkan. d. Sawi dipotong kecil dan direndam dalam air panas seketika dan buangkan airnya. 2. Untuk meningkatkan kandungan potasium makanan: a. Gunakan sayur-sayuran dari jenis tinggi potasium seperti sawi dan kailan. b. Tingkatkan penggunaan daun sup dan daun bawang. Tip Pengawalan Fosfat 1. Untuk mengurangkan kandungan fosfat: a. Ayam direbus hingga masak dan dibuangkan air rebusannya terlebih dahulu sebelum digoreng. b. Gunakan daging/ayam segar yang dicincang sendiri berbanding dengan daging/ayam cincang yang diproses. c. Elakkan mengambil kuning telur. d. Elakkan mengambil air rebusan ikan.

Ukuran Rumah Tangga


Untuk mengawal jumlah pengambilan air/cecair, gunakanlah ukuran berikut sebagai panduan.

Sudu cina (20ml)

Sudu meja (20ml)

Sudu sup (10ml)

Sudu makan (10ml)

Sudu teh (5ml)

Senduk nasi (60ml)

Senduk (80ml)

Mangkuk cina (230ml)

Cawan (150ml-200ml)

Mug (300ml)

Gelas (300ml)

Botol air (500-600ml)

Kandungan POTASIUM Dalam Makanan/Minuman Terpilih


Pilihlah makanan/minuman dari senarai di bawah berdasarkan keperluan anda RENDAH
(Kurang daripada 50mg/hidangan)

SEDERHANA
(50mg - 100mg/hidangan)

TINGGI
(Lebih daripada 100mg/hidangan)

SAYUR-SAYURAN
Item Kuantiti Kandungan Item 6mg 9mg 23mg 24mg 25mg 28mg 30mg 31mg 33mg 35mg 35mg 36mg 37mg 37mg 37mg 40mg 41mg 42mg 43mg 47mg 47mg Daun kesom Asparagus Sengkuang Murunggai/ kelor Kangkung Lada benggala hijau Cili merah Bawang putih Peria Ulam raja Kundur Cendawan tiram Labu jantung Labu merah Pegaga Karot Rebung Ketola segi Kuantiti cup 5 pucuk cup cawan cawan cawan 2 biji 5 ulas cawan cawan cawan cawan cawan cawan cawan cawan cawan cawan Kandungan Item 51mg 55mg 56mg 58mg 61mg 62mg 64mg 70mg 72mg 72mg 76mg 77mg 80mg 81mg 83mg 88mg 94mg 100mg Kantan Brokoli Kacang pea, segar Bunga Kobis Timun bulu Tomato Watercress Bawang merah Cekur manis Cendawan kering Daun seladeri Pak choy Akar teratai Petai Kailan Bayam merah Bayam pasir Jantung pisang Pucuk paku Kucai Sawi Sengkuang cina Rumpai laut kering Kuantiti cawan cawan cawan cawan cawan 2 biji cawan 5 biji cawan 5 keping cawan cawan cawan cawan cawan cawan cawan cawan cawan cawan cawan 5 biji cawan Kandungan 101mg 107mg 118mg 120mg 121mg 125mg 162mg 172mg 173mg 180mg 190mg 193mg 193mg 224mg 237mg 268mg 300mg 324mg 326mg 364mg 406mg 414mg 536mg Bawang besar 1 biji Pucuk ubi kayu cawan Pasli 1 sudu makan Terung cawan Daun bawang cawan Kacang botor cawan Taugeh cawan Kacang panjang cawan Ketola ular cawan Kobis cawan Ketola air cawan Kacang pea, tin cawan Cili padi 5 biji Timun cawan Daun salad cawan Cili hijau 5 biji Jews ear (mook yi) cawan Daun pudina cawan Kacang buncis cawan Kacang bendi 5 biji Lobak putih cawan

MINUMAN/PENCUCI MULUT/BAHAN BANCUHAN


Gula melaka Air sirap Serbuk kopi 1 keping 0mg 1 sudu makan 1mg 1 sudu teh 4mg Gula merah Susu pekat manis Santan Krimer bukan tenusu Serbuk susu skim 1 sudu makan 1 sudu makan 1 sudu makan 1 pek 1 sudu makan 52mg 54mg 56mg 57mg 84mg Air kelapa Air tebu Air kacang soya Susu UHT Yogurt Isi kelapa muda Tau foo fah Serbuk koko 250ml 1 gelas 1 paket 1 cawan cawan 1 bekas 2 sudu makan 250ml 150mg 158mg 211mg 230mg 241mg 290mg 362mg 496mg

10

Kandungan POTASIUM Dalam Makanan/Minuman Terpilih


Pilihlah makanan/minuman dari senarai di bawah berdasarkan keperluan anda RENDAH
(Kurang daripada 50mg/hidangan)

SEDERHANA
(50mg - 100mg/hidangan)

TINGGI
(Lebih daripada 100mg/hidangan)

BUAH-BUAHAN
Item Ciku Strawberi Jambu batu Plum Rambutan Manggis Pulasan Kuantiti 1 biji 5 biji 1 potong 1 biji 5 biji 3 biji 5 biji Kandungan 17mg 31mg 32mg 38mg 41mg 43mg 45mg Item Betik Limau bali Epal hijau Epal merah Pir hijau Oren Limau cina Mangga Salak Belimbing Kuantiti 1 potong 1 keping 1 biji 1 biji biji 1 biji 1 biji biji 1 biji 1 biji Kandungan 62mg 65mg 75mg 76mg 79mg 79mg 79mg 81mg 99mg 100mg Item Laici Anggur Tembikai Jambu air Pisang kaki Nenas Pisang mas Buah lai Prun Cempedak Buah kurma Duku Kiwi Buah pic Langsat Durian belanda Buah nona Pisang berangan Jambu batu + asam boi Kismis Kedondong Nangka Kuantiti 5 biji 8 biji 1 potong 5 biji 1 biji 1 potong 1 biji 1 biji 4 biji 4 biji 3 biji 10 biji 1 biji 1 biji 10 biji 1 potong 1 biji 1 biji 1 potong cawan 6 biji 5 biji Kandungan 102mg 104mg 104mg 120mg 124mg 126mg 131mg 138mg 142mg 147mg 168mg 170mg 180mg 207mg 209mg 220mg 224mg 228mg 233mg 249mg 382mg 552mg

KACANG-KEKACANG, UBI-UBIAN DAN LEGUM


Sago Taucu cawan 1 sudu makan 3mg 45mg Badam Biji gajus 10 biji 10 biji 60mg 69mg Biji tembikai Buah berangan Kacang tanah Walnut Ubi keledek putih Ubi kayu Sukun Ubi kentang Keladi Kacang panggang, tin Dhal kuning Kacang hijau Kacang merah cawan 5 biji cawan 10 biji cawan cawan 1 potong 1 biji cawan cawan cawan cawan cawan 101mg 116mg 247mg 310mg 247mg 160mg 163mg 166mg 184mg 235mg 300mg 644mg 714mg

11

Kandungan FOSFAT Dalam Makanan/Minuman Terpilih


Pilihlah makanan/minuman rendah fosfat dari senarai di bawah RENDAH
(Kurang daripada 40mg/hidangan)

SEDERHANA
(40mg - 80mg/hidangan)

TINGGI
(Lebih daripada 80mg/hidangan)

SAYUR-SAYURAN
Item Kailan goreng Timun Kobis goreng Kacang panjang goreng Taugeh goreng Kuantiti cawan 6 hiris cawan cawan cawan Kandungan 4mg 5mg 9mg 15mg 16mg Item Bayam goreng Ubi kentang Kuantiti cawan 1 biji kecil Kandungan 46mg 60mg Item Keledek Kuantiti 1 biji sederhana Kandungan 218mg

*Sayur-sayuran amnya mengandungi fosfat yang rendah

BUAH-BUAHAN
Jambu air 3 biji 5mg Epal merah 1 biji kecil 10mg Nenas 1 potong 11mg Betik 1 potong 13mg Tembikai 1 potong 15mg Pisang 1 biji kecil 17mg Nangka 5 ulas 21mg Jambu batu biji 22mg *Buah-buahan amnya mengandungi fosfat yang rendah

SUSU & PRODUK TENUSU


Ais krim 2 ceduk 70mg Keju Susu pekat manis Yogurt Susu penuh krim Susu tepung skim 1 keping 2 sudu makan cawan 1 gelas 4 sudu makan 83mg 93mg 170mg 207mg 272mg

DAGING, IKAN, AYAM DAN KEKACANG


Telur rebus (tanpa kuning telur) Daging khinzir (Char siew) Kacang tanah goreng biji 45mg Telur rebus dengan kuning telur Bebola ikan Udang kering biji 45mg Telur goreng Dhal Nuget ayam Rendang kambing Sambal ikan bilis Ayam masak kicap Taufu goreng Kari ikan Satay daging lembu 1 biji cawan 6 keping 6 keping kecil 2 sudu makan 5 keping kecil 1 keping 1 ekor sederhana 10 cucuk 90mg 99mg 132mg 138mg 188mg 205mg 281mg 544mg 693mg

6 keping 2 sudu makan

33mg 37mg

5 biji kecil 1 sudu makan Sardin dalam tin 1 ketul Ayam panggang 1 ketul Kacang panggang cawan Ikan bilis 2 sudu makan

45mg 51mg 54mg 68mg 79mg 79mg

12

Kandungan FOSFAT Dalam Makanan/Minuman Terpilih


Pilihlah makanan/minuman rendah fosfat dari senarai di bawah RENDAH
(Kurang daripada 40mg/hidangan)

SEDERHANA
(40mg - 80mg/hidangan)

TINGGI
(Lebih daripada 80mg/hidangan)

BIJIRIN
Item Biskut krim kraker Mee kuning Serbuk kastard Kuantiti 2 keping Kandungan 0mg 2mg 2mg 6mg 8mg 14mg 26mg 29mg 33mg 5mg 38mg Item Nasi putih Roti putih Roti mil penuh Barli Putu mayam Dosai Bubur ikan Sandwic telur Kuantiti 1 cawan 2 keping 2 keping 2 sudu makan 1 keping 1 keping 1 mangkuk (m) 2 keping Kandungan 43mg 44mg 50mg 58mg 66mg 73mg 73mg 75mg Item Mee segera Makaroni Lemang Nasi lemak Roti canai Roti telur Mee wantan Capati Nasi dagang Nasi kerabu Nasi ayam Kuantiti 1 bungkus 1 cawan 1 keping (4inci) 1 pinggan 1 keping 1 keping 1 pinggan 1 keping 1 pinggan 1 pinggan 1 pinggan Kandungan 118mg 126mg 144mg 150mg 155mg 208mg 222mg 244mg 271mg 348mg 467mg

1 cawan 2 sudu makan Laksa basah 1 cawan Kuih apam 1 ketul Ban kosong 1 biji Tepung jagung 2 sudu makan Kuey teow 1 cawan Meehoon 1 cawan Idli 1 ketul Oat 2 sudu makan

MINUMAN
Air sirap Teh cina Air tebu Air kelapa Krimer bukan tenusu 1 gelas 1 gelas 1 gelas 1 gelas 1 paket 0mg 0mg 22mg 30mg 30mg Air kacang soya Air kola Serbuk koko 1 gelas 1 tin (325ml) 2 sudu makan 41mg 46mg 77mg Teh tarik Kopi susu 1 gelas 1 cawan 98mg 126mg

SNEK
Marjerin 1 sudu makan 1 sudu Jem buahbuahan makan Kuih sago 1 keping Kuih apam Cina 1 keping Pau kacang 1 biji merah Popiah goreng 1 keping Apam balik 1 keping Karipap 1 keping Pisang goreng 1 keping Kuih ang koo 1 keping Donut 1 keping 0mg 2mg 8mg 8mg 10mg 15mg 21mg 23mg 26mg 34mg 39mg Bertih jagung Mufin Keropok ikan Keledek goreng Biskut coklat Kuih lapis 1 paket 1 biji 6 keping 1 ketul 4 keping 1 keping 42mg 46mg 54mg 65mg 68mg 78mg Kek buah1 keping buahan Cendol 1 mangkuk Mentega kacang 2 sudu makan Kek Mentega 1 keping Vadai 1 keping Burger 1 biji Pau inti daging 1 biji Cakoi 1 keping Jagung 1 sederhana Papadom 1 keping Keropok lekor 2 keping goreng 84mg 89mg 92mg 94mg 103mg 119mg 126mg 145mg 179mg 229mg 236mg

13

Menu Utama

Ikan Berkuah Asam Pedas (4 hidangan)


Bahan-bahan 4 keping ikan merah 1 cawan minyak - untuk menggoreng 2 sudu makan minyak - untuk menumis Bahan A: Bahan Tumis 4 biji cili kering 2 biji bawang merah 1 ulas bawang putih 1 inci halia 5g belacan Bahan B: Bahan Perasa 2 cawan air 4 keping asam keping batang daun kesom 1 kuntum bunga kantan, belah dua 1 batang serai, diketuk 2 helai daun limau purut sudu teh garam Bahan C: Bahan Hiasan kuntum bunga kantan 1 biji bawang besar 1 biji cili merah

hiris nipis dan halus

Cara Penyediaan: 1. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing. Tos dan ketepikan. 2. Tumbuk bahan tumis sehingga halus. 3. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis sehingga naik bau. 4. Masukkan air dan diikuti dengan bahan perasa. Masukkan garam setelah kuah mendidih dan padamkan api. 5. Tuangkan kuah di atas ikan dan hias dengan bahan hiasan. Kandungan Nutrien (1 hidangan) Kalori
(kcal)

Karbohidrat
(g)

Protin
(g)

Lemak
(g)

Sodium
(mg)

Potasium
(mg)

Fosfat
(mg)

250

18

17

185

273

125

14

15

Menu Utama

Ikan Bawal Tiga Rasa (4 hidangan)


Bahan-bahan 4 keping ikan bawal 2 sudu makan serbuk kunyit 1 cawan minyak - untuk menggoreng 3 sudu makan minyak masak - untuk menumis cawan air Bahan A: Bahan Penumis 4 biji bawang merah 4 ulas bawang putih 1 inci halia Bahan B: Bahan Sos 2 biji cili kering, dipotong kecil 2 sudu makan sos tiram 2 sudu teh gula 1 batang serai 5 helai daun limau purut Bahan C: Bahan Sayur biji lada benggala merah biji lada benggala hijau 3 biji tomato Bahan D: Bahan Hiasan Sedikit daun bawang Sedikit daun sup Cara Penyediaan: 1. Panaskan kuali dan goreng ikan sehingga kuning keemasan. Tos dan ketepikan. 2. Panaskan 3 sudu minyak masak dan tumis bahan penumis sehingga naik bau. 3. Masukkan pula bahan sos satu per satu. Tambah cawan air dan biarkan mendidih dan sedikit pekat. 4. Masukkan lada benggala diikuti dengan tomato. Biarkan seketika. 5. Tuangkan ke atas ikan tadi. Tabur dengan daun bawang dan daun sup yang dipotong kecil. Kandungan Nutrien (1 hidangan) Kalori
(kcal)

Karbohidrat
(g)

Protin
(g)

Lemak
(g)

Sodium
(mg)

Potasium
(mg)

Fosfat
(mg)

238

86

19

15

316

219

253

16

17

Menu Utama

Ikan Tenggiri Masak Kari (4 hidangan)


Bahan A 4 potong ikan tenggiri 2 cawan air 1 biji terung bulat, belah terung kepada 4 bahagian 4 biji kacang bendi, buangkan tangkai 1 sudu teh asam jawa sudu teh rata garam 1 biji cili hijau 1 biji limau nipis, saiz kecil Bahan B: Bahan Tumis bahagikan kepada 2 bahagian biji bawang besar hiris nipis satu bahagian dan tumbuk satu bahagian lagi 1 ulas bawang putih 1 sudu teh halba campur 1 tangkai daun kari 4 sudu makan rata rempah kari biji asam limau Cara Penyediaan: 1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang yang dihiris, halba campur dan daun kari sehingga naik bau. 2. Masukkan pula bawang tumbuk yang telah dicampur dengan rempah kari dan sedikit air. Masak sehingga naik minyak. 3. Buang lebihan minyak yang timbul apabila rempah kari sudah masak. 4. Masukkan ikan. Balik-balikkan sehingga masak. 5. Keluarkan semula ikan dengan menggunakan penyepit. 6. Masukkan 2 cawan air, terung dan bendi. Masak sehingga empuk. 7. Masukkan semula ikan tadi. 8. Masukkan asam jawa, garam dan cili hijau. 9. Padamkan api. Perahkan asam limau. Cara Menghidang: Setiap satu keping ikan: Tambah satu biji bendi, satu potong terung dan 3 sudu makan kuah sahaja. Tip: Penggunaan rempah serbuk meningkatkan aras potasium makanan. Oleh itu, pengambilan kuah perlu dihadkan kepada 2-3 sudu makan sahaja. Untuk pesakit CAPD, masukkan tomato untuk meningkatkan aras potasium makanan disebabkan kandungan potasium yang tinggi dalam tomato. Kandungan Nutrien Setiap Hidangan (1 ketul) Kalori
(kcal)

Karbohidrat
(g)

Protin
(g)

Lemak
(g)

Sodium
(mg)

Potasium
(mg)

Fosfat
(mg)

238

11

19

13

349

287

236

18

19

Menu Utama

Ikan Cencaru Sumbat Cili (2 hidangan)


Bahan-bahan 2 ekor ikan cencaru 2 biji limau kasturi 2 helai daun kunyit Bahan A 4 biji cili merah 3 biji bawang merah 1 ulas bawang putih 1 biji buah keras sudu teh gula inci halia sudu teh rata belacan, dibakar Cara Penyediaan: 1. Ikan dibersihkan tetapi jangan dibuang kulit keras. 2. Basuh dan belah belakang ikan. 3. Tumbuk lumat bahan A. 4. Apabila lumat, perahkan air limau kasturi. Gaul rata. 5. Sumbatkan bahan tumbuk ke dalam belahan belakang ikan. 6. Balut ikan dengan daun kunyit. 7. Setelah itu bolehlah dibakar. Tip: Ikan akan berkalori rendah apabila dibakar. Sekiranya anda memerlukan lebih kalori, gorengkan ikan tersebut. Jumlah belacan dikurangkan kepada sudu teh rata untuk mengawal jumlah kandungan sodium. Kandungan Nutrien (1 hidangan) Kalori
(kcal)

Karbohidrat
(g)

Protin
(g)

Lemak
(g)

Sodium
(mg)

Potasium
(mg)

Fosfat
(mg)

120

19

81

309

268

20

21

Menu Utama

Ayam Bersos Lemon (4 hidangan)


Bahan-bahan 4 ketul ayam Bahan A: Bahan Perap biji lemon, perahkan jusnya 2 ulas bawang putih, dihiris nipis sudu teh lada hitam Bahan B: Bahan Sos Lemon 100 ml air 1 biji cili merah, potong dadu halus 2 ulas bawang putih, potong dadu halus 2 sudu makan madu 1 sudu teh gula sudu teh garam biji lemon, perahkan jusnya 2 sudu teh tepung jagung, bancuh dengan 2 sudu makan air Cara Penyediaan: 1. Perapkan ayam dengan bahan perap selama 30 minit. 2. Bakar ayam dalam ketuhar dengan suhu 150C, selama 30 minit, atau sehingga masak. 3. Untuk sos lemon, masukkan air dalam periuk, diikuti dengan bahan sos lemon yang lain kecuali bancuhan tepung jagung dan panaskan sehingga mendidih. 4. Kecilkan api dan masukkan bancuhan tepung jagung, kacau sehingga sos menjadi pekat. 5. Tuangkan sos di atas ayam semasa menghidang. Kandungan Nutrien (1 hidangan) Kalori
(kcal)

Karbohidrat
(g)

Protin
(g)

Lemak
(g)

Sodium
(mg)

Potasium
(mg)

Fosfat
(mg)

185

14

17

135

328

195

22

23

Menu Utama

Ayam Goreng Kunyit (4 hidangan)


Bahan-bahan 4 ketul ayam (bahagian dada, dipotong kasar) 2 sudu makan minyak masak - untuk menumis 1 batang lobak merah, dipotong memanjang 1 cawan kacang buncis 2 biji cili hijau, dihiris Bahan-bahan A: Bahan Penumis 3 ulas bawang putih 1 biji bawang besar 1 inci halia Bahan-bahan B: Bahan Perasa 2 sudu makan serbuk kunyit sudu teh jintan manis (biji) sudu teh jintan putih (biji) sudu teh garam Cara Penyediaan: 1. Rebus ayam sehingga masak dan buangkan air rebusannya. 2. Panaskan 2 sudu makan minyak masak dan tumis bahan penumis sehingga naik bau. 3. Masukkan daging ayam yang telah direbus diikuti dengan lobak merah, kacang buncis dan cili hijau. 4. Masukkan bahan perasa dan goreng seketika. 5. Goreng sehingga sayur empuk. Sedia untuk dihidangkan. Kandungan Nutrien (1 hidangan) Kalori
(kcal)

Karbohidrat
(g)

Protin
(g)

Lemak
(g)

Sodium
(mg)

Potasium
(mg)

Fosfat
(mg)

221

15

14

150

348

166

24

25

Menu Utama

Ayam BBQ (4 hidangan)


Bahan-bahan 4 ketul ayam Bahan A: Bahan Kisar 1 ulas bawang putih biji bawang besar (kisarkan) inci halia 1 batang serai sudu besar ketumbar Bahan B: Bahan Perasa sudu makan serbuk cili 1 sudu teh serbuk kunyit sudu teh garam sudu makan serbuk jintan manis 1 sudu teh serbuk jintan putih 4 sudu makan gula pasir Cara Penyediaan: 1. Basuh ayam dan perap semalaman dengan bahan kisar dan bahan perasa. 2. Bakar ayam yang telah diperap dalam ketuhar pada suhu 150C selama 30 minit atau sehingga masak. Kandungan Nutrien (1 hidangan) Kalori
(kcal)

Karbohidrat
(g)

Protin
(g)

Lemak
(g)

Sodium
(mg)

Potasium
(mg)

Fosfat
(mg)

204

11

29

372

368

232

26

27

Menu Utama

Ayam Goreng Berempah (4 hidangan)


Bahan-bahan 4 ketul ayam 2 sudu teh serbuk kari ayam sudu makan serbuk kunyit sudu makan cili kering, dikisar kering tanpa biji sudu teh garam 1 biji telur, ambil putih telur sahaja sudu makan tepung jagung 1 tangkai daun kari 1 cawan minyak - untuk menggoreng Bahan Kisar 2 ulas bawang putih 1 biji bawang besar, saiz sederhana inci halia 1 batang serai sudu makan ketumbar, disangai Cara Penyediaan: 1. Perap ayam dengan bahan yang dikisar bersama serbuk kari, serbuk kunyit, cili kering dan garam. Perap selama setengah jam. 2. Tuang telur putih di atas ayam, tabur tepung jagung dan gaulkan. 3. Gorengkan bersama daun kari. 4. Setelah masak, angkat dan hidangkan. Kandungan Nutrien (1 hidangan) Kalori
(kcal)

Karbohidrat
(g)

Protin
(g)

Lemak
(g)

Sodium
(mg)

Potasium
(mg)

Fosfat
(mg)

324

10

19

23

155

393

224

28

29

Menu Utama

Ayam Masak Merah (4 hidangan)


Bahan-bahan 4 ketul ayam tanpa kulit sudu teh serbuk kunyit 1 cawan minyak untuk menggoreng 4 sudu teh minyak masak untuk menumis cawan air Bahan A: Bahan Penumis 1 batang kayu manis 1 kuntum bunga lawang 1 batang daun kari Bahan B: Bahan Tumis Tumbuk biji bawang besar 2 ulas bawang putih inci panjang halia 4 tangkai cili kering Bahan C: Bahan Tumbuk sudu teh jintan manis sudu teh jintan putih sudu teh ketumbar Bahan D sudu teh gula sudu teh garam 1sudu teh asam jawa

Cara Penyediaan: 1. Taburkan serbuk kunyit pada ayam. Panaskan minyak dan gorengkan ayam sehingga garing dan toskan menggunakan tisu bersih. 2. Panaskan 4 sudu teh minyak. Tumiskan bahan A dan bahan B sehingga naik bau. 3. Tambahkan ayam yang telah digoreng. Masukkan bahan C dan diikuti cawan air. 4. Tambahkan bahan D. Gaul seketika dan angkat apabila kering. Tip: Untuk pesakit CAPD yang perlu meningkatkan pengambilan potasium, tambahkan 2 biji tomato ke dalam masakan ini. Untuk mengurangkan kandungan lemak tepu dan minyak dalam masakan ini, potong ayam dalam saiz yang lebih kecil, masukkan ayam yang tidak digoreng selepas bahan tumis naik bau dan tambah cawan air untuk memasakkan ayam tersebut. Kandungan Nutrien Setiap Hidangan (1 ketul) Kalori
(kcal)

Karbohidrat
(g)

Protin
(g)

Lemak
(g)

Sodium
(mg)

Potasium
(mg)

Fosfat
(mg)

350

17

27

217

326

211

30

31

Menu Utama

Telur Berinti (4 hidangan)


Bahan-bahan 16 biji telur ayam (ambil putih telur sahaja) 1 sudu kecil serbuk lada hitam 5 sudu kecil minyak masak - untuk menumis 1 ketul dada ayam, dipotong kecil 1 batang lobak merah 1 biji lada benggala 1 tangkai kacang panjang 4 sudu makan air Bahan A: Bahan Tumis 1 biji bawang merah 1 ulas bawang putih Bahan B: Bahan Perasa 1 sudu teh sos tomato 1 sudu teh sos cili Cara Penyediaan: 1. Bancuh telur dengan serbuk lada hitam dan bahagikan kepada 4 bahagian. Gorengkan telur dan ketepikan. 2. Untuk kuah, panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau. 3. Masukkan ayam, sayur, air dan bahan perasa. 4. Masak sehingga kuah menjadi pekat sedikit. 5. Tuang kuah di atas telur yang digoreng tadi. 6. Hidangkan. Tip: Guna kuali tidak melekat (non-stick pan) semasa menggoreng telur untuk mengurangkan penggunaan minyak masak. Untuk pesakit CAPD, tambahkan daun salad untuk meningkatkan kandungan potassium. Kandungan Nutrien (1 hidangan) Kalori
(kcal)

dihiris

Karbohidrat
(g)

Protin
(g)

Lemak
(g)

Sodium
(mg)

Potasium
(mg)

Fosfat
(mg)

124

20

323

321

87

32

33

Menu Utama

Telur Sambal (4 hidangan)


Bahan A 16 biji telur ayam - rebus dan buang kuning telur dan gorengkan dalam sedikit minyak 4 sudu teh minyak - untuk menumis 2 sudu teh rata sos cili Bahan B: Bahan Tumis biji bawang besar 2 ulas bawang putih 4 tangkai cili kering - dikisar Bahan C: Bahan Hiasan 4 sudu teh bawang merah yang digoreng 1 sudu teh daun bawang yang dipotong halus 1 sudu teh daun sup yang dipotong halus Cara Penyediaan: 1. Panaskan minyak. Tumis bahan tumis sehingga naik bau. 2. Masukkan telur. 3. Tambahkan sos cili dan gaul rata. Cara Menghidang: Taburkan dengan sedikit bawang goreng serta daun sup dan daun bawang. Tip: Penggunaan daun sup dan daun bawang perlu dihadkan kerana kandungan potasium yang tinggi. Untuk pesakit CAPD, penggunaan daun sup dan daun bawang boleh ditambahkan untuk meningkatkan aras potasium makanan. Kandungan Nutrien Setiap Hidangan (4 biji putih telur) Kalori
(kcal)

Karbohidrat
(g)

Protin
(g)

Lemak
(g)

Sodium
(mg)

Potasium
(mg)

Fosfat
(mg)

227

15

15

281

220

41

34

35

Menu Utama

Daging Masak Halia (2 hidangan)


Bahan-bahan 180g daging, dipotong nipis 1 sudu makan rempah 5 sudu makan kicap manis sudu makan serbuk lada hitam 2 ulas bawang merah dimayang halus 1 ulas bawang putih inci halia 1 batang serai, diketuk sudu besar tepung jagung, dilarutkan dalam cawan air 1 sudu makan cuka 1 biji cili merah, sebagai hiasan 3 sudu makan minyak - untuk menumis Cara Penyediaan: 1. Gaulkan daging dengan rempah 5, kicap dan serbuk lada hitam dan perapkan selama 15 minit. 2. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau. 3. Masukkan halia dan serai. 4. Masukkan daging yang telah diperap tadi, kacau rata sehingga masak. 5. Tambahkan tepung jagung. 6. Masukkan cuka. 7. Taburkan daun bawang dan cili sebagai hiasan. 8. Hidangkan. Tip: Jumlah kicap telah dikurangkan kepada hanya sudu besar untuk mengawal jumlah kandungan sodium. Rempah 5 boleh didapati di pasar raya besar (hypermarket) di bahagian rempah ratus. Kandungan Nutrien (1 hidangan) Kalori
(kcal)

Karbohidrat
(g)

Protin
(g)

Lemak
(g)

Sodium
(mg)

Potasium
(mg)

Fosfat
(mg)

247

21

14

284

295

91

36

37

Menu Utama

Jelatah (4 hidangan)
Bahan A biji timun dihiris nipis 1 potong nenas 60g kobis ungu biji lobak merah - dipotong halus 1 biji bawang besar dihiris nipis membulat 3 biji cili merah Bahan B: Bahan Perasa 1 sudu makan gula sudu teh garam 1 biji limau nipis Cara Penyediaan: 1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk besar. 2. Masukkan bahan perasa dan gaul sebati. Tip: Limau nipis diguna untuk menggantikan cuka buatan yang biasa digunakan dalam jelatah. Kandungan Nutrien (1 hidangan) Kalori
(kcal)

Karbohidrat
(g)

Protin
(g)

Lemak
(g)

Sodium
(mg)

Potasium
(mg)

Fosfat
(mg)

84

18

160

224

59

38

39

Menu Utama

Terung Sambal (4 hidangan)


Bahan A 1 biji terung panjang, buang separuh kulit dan potong serong 4 sudu teh minyak cawan air Bahan B: Bahan Tumbuk 2 biji cili kering, dikisar biji bawang besar 1 ulas bawang putih 4 ekor ikan bilis kecil, rendam dalam air panas selama 10 minit dan ditumbuk halus Bahan C: Bahan Hiasan biji bawang merah, dibuat bawang goreng 2 sudu teh minyak Cara Penyediaan: 1. Panaskan minyak. 2. Tumis bahan tumbuk sehingga naik bau. 3. Masukkan terung. 4. Masukkan air dan masakkan sehingga terung menjadi lembut dan airnya kering. 5. Angkat dan hidangkan. Cara menghidang: Hiaskan dengan sedikit bawang goreng. Kandungan Nutrien Setiap Hidangan ( cawan) Kalori
(kcal)

Karbohidrat
(g)

Protin
(g)

Lemak
(g)

Sodium
(mg)

Potasium
(mg)

Fosfat
(mg)

94

10

35

27

40

41

Menu Utama

Sayur Campur (4 hidangan)


Bahan-bahan 1 batang lobak merah biji bunga kobis 20 biji kacang buncis 1 biji lada benggala cawan air 2 sudu teh sos tiram Bahan A: Bahan Penumis 2 ulas bawang putih 2 sudu makan minyak Cara Penyediaan: 1. Potong sayur mengikut citarasa. 2. Tumis bawang putih sehingga naik bau 3. Masukkan sayur satu persatu. Tambahkan air. 4. Perisakan dengan sos tiram dan masak sehingga sayur empuk. Kandungan Nutrien (1 hidangan) Kalori
(kcal)

Karbohidrat
(g)

Protin
(g)

Lemak
(g)

Sodium
(mg)

Potasium
(mg)

Fosfat
(mg)

77

289

166

41

42

43

Menu Utama

Sayur Kobis & Lobak Merah (4 hidangan)


Bahan-bahan 1 ulas bawang putih dimayang biji bawang besar 1 biji cili merah 1 ketul dada ayam - dihiris nipis 1 biji lobak merah - dihiris nipis biji kobis - dipotong kecil sudu kecil lada sulah sudu kecil garam 2 sudu teh minyak masak Cara Penyediaan: 1. Panaskan minyak. Tumis bawang dan cili merah sehingga naik bau. 2. Masukkan ayam. Goreng selama 1 hingga 2 minit. 3. Masukkan lobak merah dan kobis. Masak sehingga sayur empuk. 4. Perisakan dengan lada sulah dan garam. Kandungan Nutrien (1 hidangan) Kalori
(kcal)

Karbohidrat
(g)

Protin
(g)

Lemak
(g)

Sodium
(mg)

Potasium
(mg)

Fosfat
(mg)

96

65

290

98

44

45

Nasi dan Aneka Jenis Mee

Nasi Goreng Cina (2 hidangan)


Bahan-bahan 2 cawan nasi sejuk 100g isi ayam - dipotong kecil biji lobak merah - dipotong dadu 2 batang kacang panjang - dipotong pendek 2 biji telur - ambil putih telur sahaja sudu teh garam sudu teh lada hitam 2 sudu makan minyak masak - untuk menumis Bahan Tumis 2 biji bawang merah 1 ulas bawang putih Bahan Hiasan biji timun - dihiris nipis 2 sudu makan daun sup yang dihiris nipis 2 sudu makan daun bawang yang dihiris nipis 1 biji cili merah 1 biji cili hijau 2 biji bawang merah - digoreng Cara Penyediaan: 1. Panaskan minyak. Tumis bawang sehingga naik bau. 2. Masukkan isi ayam, lobak merah dan kacang panjang. 3. Masukkan nasi, gaul rata. Ketepikan nasi supaya ada ruang di tengah kuali untuk telur putih. 4. Masukkan putih telur. Kacau sehingga masak. 5. Gaul rata. Perisakan dengan garam dan lada hitam 6. Hiaskan dengan bahan hiasan dan hidangkan. Tip: Putih teluh boleh juga dibuat telur dadar dan dipotong halus. Taburkan di atas nasi goreng sebagai hiasan. Untuk pesakit CAPD, makan bersama tomato dan daun salad bagi meningkatkan kandungan potassium. Kandungan Nutrien (1 hidangan) Kalori
(kcal)

Karbohidrat
(g)

Protin
(g)

Lemak
(g)

Sodium
(mg)

Potasium
(mg)

Fosfat
(mg)

376

48

18

12

315

404

165

46

47

Nasi dan Aneka Jenis Mee

Nasi Kerabu Ikan (4 hidangan)


Bahan-bahan 2 cawan beras Pewarna biru secukupnya 2 cawan air 4 ekor ikan kembung saiz sederhana 2 sudu kecil serbuk kunyit Bahan A: Bahan Tumis Kerabu 6 biji bawang merah 1 ulas bawang putih 1 inci halia 3 biji cili kering 2 batang serai - dititik 1 keping asam keping 5 peket kecil serbuk krimer 100ml air sudu kecil garam 4 sudu besar minyak masak Bahan B: Bahan Sambal 50g suhun 2 ekor ikan kembong inci halia dihiris halus 3 ulas bawang merah 2 batang serai - dititik sudu kecil garam sudu kecil gula 1 sudu kecil lada hitam minyak - untuk menggoreng Bahan-bahan C: Bahan ulam 200g taugeh 1 kuntum bunga kantan 1 batang timun dihiris nipis 5 tangkai kacang panjang

Cara Penyediaan: 1. Masak nasi dengan sedikit pewarna biru dan air. Goreng ikan kembong sehingga garing. 2. Untuk bahan A, panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar halus sehingga naik bau. Kemudian masukkan serai, asam keping, bancuhan serbuk krimer dan garam. Kacau sebati sehingga mendidih dan sedikit pekat. 3. Untuk menyediakan bahan sambal pula, goreng suhun sehingga kembang dan toskan. Ketepikan. 4. Rebus ikan kembung, kemudian ambil isi sahaja. 5. Sangai bawang merah, halia dan serai sehingga naik bau. Kemudian masukkan garam, gula dan lada hitam dan kacau seketika. 6. Akhir sekali, gaulkan suhun, isi ikan kembung dan bahan yang disangai di dalam mangkuk besar, ketepikan. 7. Nasi kerabu dimakan bersama dengan ikan goreng, tumis kerabu, sambal dan bahan ulam. Kandungan Nutrien (1 hidangan) Kalori
(kcal)

Karbohidrat
(g)

Protin
(g)

Lemak
(g)

Sodium
(mg)

Potasium
(mg)

Fosfat
(mg)

393

46

19

15

196

412

360

48

49

Nasi dan Aneka Jenis Mee

Mee Goreng (5 hidangan)


Bahan-bahan 1 bungkus (450g) mee kuning sudu makan serbuk kari 5 ketul ayam (bahagian dada), direbus dan dipotong panjang 100g taugeh 1 batang sawi, potong pendek 5 biji telur - ambil putih telur sahaja 5 sudu makan minyak - untuk menumis Bahan A: Bahan Tumis biji bawang besar - dipotong halus 3 ulas bawang putih - dipotong halus 3 biji cili kering - dikisar halus Bahan B: Bahan Perasa 1 sudu teh kicap 2 sudu makan sos cili Bahan C: Bahan Hiasan 1 biji cili merah, dihiris nipis 1 biji cili hijau, dihiris nipis 5 biji limau kasturi 2 sudu teh bawang merah yang digoreng Cara Penyediaan: 1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis sehingga naik bau. 2. Masukkan serbuk kari dan kacau seketika. Masukkan isi ayam. 3. Masukkan mee kuning, diikuti taugeh dan sawi. Goreng sehingga masak. 4. Masukkan bahan perasa dan gaul rata. 5. Goreng putih telur berasingan gulungkan dan hiris nipis serta tabur di atas mee semasa menghidang. 6. Hiaskan dengan bahan hiasan. Kandungan Nutrien (1 hidangan) Kalori
(kcal)

Karbohidrat
(g)

Protin
(g)

Lemak
(g)

Sodium
(mg)

Potasium
(mg)

Fosfat
(mg)

428

50

20

16

406

399

168

50

51

Nasi dan Aneka Jenis Mee

Mee Berkuah (4 hidangan)


Bahan-bahan 1 bungkus mee kuning 2 ketul dada ayam - dihiris nipis 2 helai daun sawi, dipotong kecil dan direndam seketika celurkan sehingga masak 1 cawan taugeh 2 cawan air biji keledek - dibuang kulit, direbus, dibuangkan airnya dan dilenyek 4 biji telur ayam sudu teh garam 4 sudu teh minyak - untuk menumis Bahan A: Bahan Kisar biji bawang besar 2 ulas bawang putih 1 tangkai cili kering 4 ekor udang kering Bahan B: Bahan Hiasan 1 biji cili merah - dihiris nipis 2 biji limau kasturi - dibelah 2 Cara Penyediaan: 1. Celur mee kuning. Tos dan ketepikan. 2. Rebus ayam sehingga masak dan buang air rebusannya. Ketepikan. 3. Untuk kuah, panaskan minyak. Tumis bahan kisar sehingga naik bau. 4. Masukkan air dan ubi keledek. Biarkan mendidih. 5. Masukkan telur satu per satu. Biarkan sehingga masak. Perisakan dengan garam 6. Curahkan kuah yang telah siap ke atas mee kuning. 7. Makan bersama ayam, sawi dan taugeh dan cili merah. Perahkan asam limau jika perlu. Tip: Gunakan garfu dan bukan sudu ketika makan bagi menghadkan pengambilan cecair. Semasa makan, ambil putih telur sahaja bagi mengawal pengambilan fosfat. Kandungan Nutrien (1 hidangan) Kalori
(kcal)

Karbohidrat
(g)

Protin
(g)

Lemak
(g)

Sodium
(mg)

Potasium
(mg)

Fosfat
(mg)

441

63

19

12

278

367

192

52

53

Nasi dan Aneka Jenis Mee

Meehoon Goreng Tomyam (2 hidangan)


Bahan-bahan bungkus meehoon (anggaran 2 cawan basah) 1 ketul dada ayam - dipotong kecil 2 biji telur - ambil putih telur sahaja, digoreng, digulung dan dihiris nipis biji bawang besar - ditumbuk halus 1 batang serai - diketuk 2 helai daun limau purut - dihiris halus 3 biji cili padi - diketuk 2 sudu teh sos tomato sudu teh garam biji tomato - dipotong dadu 4 helai daun ketumbar - dihiris biji timun, dibuang kulit untuk hiasan 2 biji limau kasturi - dibelah 2 2 sudu makan minyak Cara Penyediaan: 1. Rendam meehoon sehingga kembang. 2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar. 3. Masukkan ayam, kacau sehingga masak. 4. Masukkan serai, daun limau purut dan cili padi. 5. Masukkan meehoon dan gaul rata. 6. Perisakan dengan sos tomato dan garam. Tambah sedikit air jika perlu. 7. Masukkan tomato dan daun ketumbar. Gaul sebati. 8. Angkat dan hidangkan bersama timun dan limau kasturi. Tip: Putih telur boleh ditambah sedikit kunyit untuk memberikan warna kuning. Kandungan Nutrien (1 hidangan) Kalori
(kcal)

Karbohidrat
(g)

Protin
(g)

Lemak
(g)

Sodium
(mg)

Potasium
(mg)

Fosfat
(mg)

377

49

20

10

389

290

157

54

55

Nasi dan Aneka Jenis Mee

Kuey Teow Goreng Udang (5 hidangan)


Bahan-bahan 1 peket (500g) kuey teow halus 20 ekor udang sederhana besar - dibuang kepala dan kulit 5 biji telur - ambil putih telur sahaja, digoreng, digulung dan dihiris nipis 1 batang lobak merah - dihiris memanjang 1 batang saderi - dihiris nipis 3 sudu makan minyak masak Bahan A: Bahan Penumis 5 ulas bawang putih ditumbuk 1 biji bawang besar 3 sudu makan cili kering, digiling Bahan B: Bahan Perasa sudu kecil garam 2 sudu kecil lada sulah 2 sudu teh sos tiram Bahan C: Bahan Hiasan 5 sudu teh daun bawang yang dihiris nipis 1 biji cili merah - dihiris nipis Cara Penyediaan: 1. Panaskan minyak. Tumis bahan penumis sehingga naik bau. 2. Masukkan lobak merah dan batang saderi. Masakkan seketika. 3. Masukkan udang, biarkan sehingga udang kemerahan. 4. Masukkan kuey teow, gaul sebati sehingga masak. 5. Perisakan dengan garam, lada sulah dan sos tiram. Angkat dan hidangkan. 6. Makan kuey teow bersama putih telur. 7. Hiaskan dengan daun bawang dan cili merah. Kandungan Nutrien (1 hidangan) Kalori
(kcal)

Karbohidrat
(g)

Protin
(g)

Lemak
(g)

Sodium
(mg)

Potasium
(mg)

Fosfat
(mg)

297

38

17

292

231

177

56

57

Nasi dan Aneka Jenis Mee

Spageti Goreng (4 hidangan)


Bahan A 4 ketul dada ayam - dipotong kecil 2 sudu teh sos tiram 1 sudu teh daun oregano kering sudu teh lada hitam, ditumbuk kasar Bahan B 4 sudu teh minyak masak 2 ulas bawang putih, dicincang halus/ditumbuk biji bawang besar, dihiris bulat 1 biji lada benggala (merah, kuning dan hijau) dipotong tebal batang lobak merah - dipotong halus Bahan C 150g spageti - direbus sehingga masak dan digaulkan dengan sedikit minyak Sedikit daun pasli - dihiris halus teh lada sulah Cara Penyediaan: 1. Campurkan semua bahan A. Perapkan selama 30 minit. 2. Panaskan minyak. Tumis bawang putih sehingga naik bau. Tambahkan dengan bawang besar. 3. Masukkan bahan A. Masakkan seketika. 4. Masukkan lada benggala dan lobak merah. 5. Masukkan spageti dan kacau rata. 6. Angkat dan hidangkan. Cara Menghidang: Taburkan dengan sedikit daun pasli dan lada sulah. Tip: Sos spageti tidak digunakan untuk mengurangkan kandungan potasium dan fosfat. Gunakan spageti berwarna cerah disebabkan kandungan fosfat dan potasium yang lebih rendah berbanding spageti berwarna lebih gelap. Penggunaan rempah asli (bawang, sedikit lada hitam dan lada sulah serta daun pasli) untuk membangkitkan rasa makanan tanpa meningkatkan kandungan sodium. Kandungan Nutrien Setiap Hidangan (1pinggan) Kalori
(kcal)

Karbohidrat
(g)

Protin
(g)

Lemak
(g)

Sodium
(mg)

Potasium
(mg)

Fosfat
(mg)

358

41

23

12

193

409

290

58

59

Nasi dan Aneka Jenis Mee

Asam Laksa (5 hidangan)


Bahan-bahan 1 bungkus (600g) laksa 5 ekor ikan kembung 2 keping asam keping 2 kuntum bunga kantan - belah dua 2 sudu makan asam jawa sudu teh garam 5 biji telur - rebus dan ambil putih telur sahaja Bahan A: Bahan Kuah 2 cawan air 2 keping asam keping 1 batang daun kesom Bahan B: Bahan Kisar 8 biji cili kering 4 biji bawang merah 5g belacan Bahan C: Bahan Hiasan biji timun - dipotong halus kuntum bunga kantan - dihiris nipis 1 biji bawang besar - dihiris nipis 5 helai daun salad 1 biji cili merah - dihiris nipis 10 helai daun pudina 2 biji limau kasturi - dibelah dua dan diperah Cara Penyediaan: 1. Rebuskan ikan bersama asam keping sehingga masak. 2. Buang air rebusan dan ambil isi ikan sahaja. Ramaskan ikan atau tumbuk kasar jika perlu. 3. Didihkan bahan kuah dan masukkan isi ikan. 4. Masukkan bahan kisar, bunga kantan dan asam jawa. 5. Didihkan selama 10 minit, tambahkan garam dan padamkan api. 6. Tuangkan kuah yang telah masak ke atas laksa 7. Makan bersama putih telur dan hiaskan dengan bahan hiasan. Tip: Semasa makan, elakkan dari menghirup kuah untuk mengawal pengambilan cecair. Nenas tidak digunakan bagi mengawal jumlah kandungan potasium dalam masakan. Kandungan Nutrien (1 hidangan) Kalori
(kcal)

Karbohidrat
(g)

Protin
(g)

Lemak
(g)

Sodium
(mg)

Potasium
(mg)

Fosfat
(mg)

318

56

18

416

399

195

60

61

Kuih-Muih

Popiah Goreng Bersos (4 hidangan)


Bahan-bahan 8 keping kulit popiah Bahan A: Bahan Untuk Inti 1/8 biji kobis - dipotong kecil biji lobak merah - dihiris halus biji bawang besar dicincang halus ulas bawang putih sudu teh lada sulah 3 sudu teh minyak masak Bahan B: Bahan Untuk Sambal biji bawang besar 1 ulas bawang putih ditumbuk berasingan 3 tangkai cili kering 4 sudu makan air sudu makan gula perang sudu makan kicap manis 1 sudu teh minyak masak Cara Penyediaan: Inti 1. Panaskan minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. 2. Masukkan kobis dan lobak merah. Biar seketika 3. Perisakan dengan lada sulah. Sambal 1. Panaskan minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. 2. Masukkan cili kering dan biar sehingga masak. 3. Masukkan air, gula perang dan kicap manis. 4. Biarkan seketika sehingga kuah menjadi pekat. Padamkan api. Popiah 1. Ambil kulit popiah, letakkan inti yang telah siap dimasak. 2. Gulung dan letak sedikit air di hujung untuk melekatkan kulit popiah. 3. Goreng dalam minyak penuh dengan api sederhana. 4. Makan popiah goreng bersama sambalnya. Kandungan Nutrien (1 hidangan) Kalori
(kcal)

Karbohidrat
(g)

Protin
(g)

Lemak
(g)

Sodium
(mg)

Potasium
(mg)

Fosfat
(mg)

187

15

13

187

232

36

62

63

Kuih-Muih

Samosa (4 hidangan)
Bahan-bahan 8 keping kulit samosa Bahan A: Bahan Inti Tumis biji bawang besar - potongkan dalam bentuk dadu yang kecil Sedikit daun kari 1 sudu makan rempah kari 1 biji kecil kentang - potongkan dalam bentuk dadu yang kecil cawan air 1 ketul isi ayam - potong kecil 2 sudu teh minyak masak Bahan B: Bahan Samosa 2 biji telur - ambil putih telur sahaja Cara Penyediaan: Inti 1. Panaskan minyak, tumiskan bawang dan daun kari sehingga naik bau. 2. Masukkan rempah kari dan masak sehingga naik minyak. 3. Masukkan kentang dan cawan air. 4. Tambah isi ayam apabila kentang hampir masak. 5. Keluarkan semula daun kari apabila inti sudah masak. Samosa 1. Ambil kulit popiah, masukkan 1 sudu makan inti yang telah dimasak. 2. Lipat menjadi bentuk segi tiga dan lekatkan dengan putih telur. 3. Goreng dalam minyak penuh dengan api sederhana. Tip: Tiada garam ditambah ke dalam inti samosa memandangkan sedikit garam telah ada di dalam kulit samosa. Untuk mengurangkan jumlah kandungan fosfat dalam samosa ini, rebuskan ayam sehingga masak dan buang air rebusan. Carik halus ayam dan masukkan ke dalam inti kentang yang sudah masak. Untuk meningkatkan jumlah kandungan protin rebuskan 4 biji telur. Buang kuning telur dan parutkan putih telur. Masukkan putih telur itu ke dalam inti yang telah masak. Untuk pesakit CAPD yang perlu meningkatkan pengambilan potasium, tambahkan daun sup dan daun bawang ke dalam inti apabila inti telah siap dimasak. Kandungan Nutrien Setiap Hidangan (2 biji) Kalori
(kcal)

Karbohidrat
(g)

Protin
(g)

Lemak
(g)

Sodium
(mg)

Potasium
(mg)

Fosfat
(mg)

311

19

25

130

147

116

64

65

Kuih-Muih

Karipap Ayam (4 hidangan)


Bahan-bahan cawan tepung gandum cawan minyak Bahan Inti 1 biji kecil ubi kentang - dipotong dadu isi ketul dada ayam - dipotong dadu 2 biji bawang merah 1 ulas bawang putih 1 sudu makan rempah kari ayam 1 helai daun kari 1 cawan kari sudu teh garam 4 sudu teh minyak - untuk menumis Cara Penyediaan: Kulit Karipap 1. Gaulkan tepung gandum dan minyak. 2. Tambahkan sedikit air jika perlu. Uli sehingga rata. 3. Tudung dan perapkan kira-kira 15 minit. Inti 1. Panaskan minyak. 2. Tumiskan bawang merah dan bawang putih. 3. Masukkan rempah kari, tumis sehingga naik minyak. 4. Tambahkan daun kari. 5. Masukkan ubi kentang, air dan garam. Kacau sesekali sekala sehingga empuk. 6. Masukkan isi ayam bila ubi hampir masak. Gaul rata. 7. Angkat dan ketepikan. Kuih Karipap 1. Ambil doh dalam kuantiti sedikit, gelek menggunakan penggelek dan masukkan ke dalam acuan karipap. 2. Masukkan inti karipap, katupkan acuan dan buang lebihan doh. 3. Gorengkan dalam minyak dengan api sederhana. Tip: Untuk mengurangkan kandungan potassium dan fosfat ubi kentang, ianya boleh direbus, dibuangkan air rebusannya dan dimasukkan ke dalam inti yang hampir masak. Kandungan Nutrien (1 hidangan) Kalori
(kcal)

Karbohidrat
(g)

Protin
(g)

Lemak
(g)

Sodium
(mg)

Potasium
(mg)

Fosfat
(mg)

263

25

15

115

145

113

66

Kuih-Muih

67

Kuih-Muih

Kuih Cara Berlauk (10 hidangan)


Bahan-bahan 150g tepung gandum 50ml santan pekat 1 biji telur Air secukupnya Pewarna kuning secukupnya Bahan A: Bahan Penumis 4 ulas bawang putih 1 biji bawang besar 2 sudu makan minyak masak - untuk menumis Bahan B: Bahan Inti 1 sudu makan rempah kari 100g daging kisar 2 sudu makan udang kering - ditumbuk sudu teh lada sulah sudu teh garam Bahan C: Bahan Hiasan 2 biji cili merah 2 sudu makan daun sup yang dipotong kecil 2 sudu makan daun bawang yang dipotong pendek Cara Penyediaan: 1. Campurkan tepung gandum, santan, telur, air dan pewarna kuning dan gaul sebati. Tambahkan air sehingga kepekatan yang sesuai. Ketepikan. 2. Panaskan minyak. Tumis bawang sehingga naik bau. Masukkan bahan inti satu persatu sehingga masak. Ketepikan. 3. Panaskan acuan dan lenselkan dengan sedikit minyak. 4. Masukkan adunan campuran tepung ke dalam acuan. 5. Tambahkan inti daging dan bahan hiasan. 6. Tutup acuan dan keluarkan kuih cara dari acuan apabila masak. Kandungan Nutrien (1 hidangan) Kalori
(kcal)

Karbohidrat
(g)

Protin
(g)

Lemak
(g)

Sodium
(mg)

Potasium
(mg)

Fosfat
(mg)

124

13

104

99

77

68

69

Pencuci Mulut

Agar-agar Cendol (10 hidangan)


Bahan-bahan 25g agar-agar kering 1.5 liter air 5 helai daun pandan 300g gula Sedikit pewarna merah 30g serbuk krimer bukan tenusu 100g cendol Sedikit pewarna hijau Cara Penyediaan: 1. Masak agar-agar dengan air dan daun pandan sehingga larut. 2. Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut. 3. Bahagikan larutan agar-agar kepada dua (2) bahagian (Bahagian A dan Bahagian B). 4. Masukkan pewarna merah dan serbuk krimer dalam Bahagian A. 5. Masukkan cendol dan pewarna hijau ke dalam Bahagian B. 6. Masukkan Bahagian A ke dalam bekas atau cawan yang sesuai dan biar sehingga separa keras. 7. Masukkan Bahagian B dan biarkan sehingga keras. 8. Sejukkan dalam peti ais sebelum dihidangkan. Kandungan Nutrien (1 hidangan) Kalori
(kcal)

Karbohidrat
(g)

Protin
(g)

Lemak
(g)

Sodium
(mg)

Potasium
(mg)

Fosfat
(mg)

157

38

0.5

0.1

10

27

14

70

71

Pencuci Mulut

Agar-agar Mangga (4 hidangan)


Bahan-bahan 10g serbuk agar-agar 2 cawan air 2 sudu makan gula pasir 1 biji mangga 100ml air perisa mangga 20g serbuk krimer bukan tenusu

dikisar bersama

Cara Penyediaan: 1. Masak agar-agar dengan air sehingga larut. 2. Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut. 3. Padamkan api. 4. Masukkan mangga yang telah dikisar dan kacau rata. 5. Tuangkan ke dalam acuan dan biarkan sehingga keras. 6. Sejukkan dalam peti ais sebelum dihidangkan. Kandungan Nutrien (1 hidangan) Kalori
(kcal)

Karbohidrat
(g)

Protin
(g)

Lemak
(g)

Sodium
(mg)

Potasium
(mg)

Fosfat
(mg)

98

22

1.5

0.3

18

137

31

72

73

Pencuci Mulut

Jeli Konnyaku (36 hidangan)


Bahan-bahan 2 tin (474ml) Nepro 10g serbuk Jeli Konnyaku 2 cawan (475ml) air 250g gula 3 bahagian (180g) buah pic - tin, toskan dan cincang kecil Nota: Anda boleh gantikan buah pic dengan buah-buahan lain seperti pir dan limau mandarin. Cara Penyediaan: 1. Campurkan serbuk Konnyaku bersama gula di dalam mangkuk. 2. Campurkan air bersama Nepro di dalam periuk dan didihkan dengan api perlahan. 3. Tuangkan campuran serbuk Konnyaku dengan gula ke dalam periuk yang mengandungi campuran air dan Nepro dan kacau sepanjang masa dengan api yang kecil sehingga larut. 4. Terus mengacau campuran selama 8 minit. Padamkan api. Pindahkan campuran ke dalam jag mencurah. 5. Sediakan acuan jeli. Bahagikan sama jumlah buah ke dalam acuan. Tuangkan campuran jeli Konnyaku ke dalam acuan dan sejukkan dalam peti sejuk selama 30 minit. 6. Pindahkan jeli daripada acuan. Hidangkan. Kandungan Nutrien (1 hidangan) Kalori
(kcal)

Karbohidrat
(g)

Protin
(g)

Lemak
(g)

Sodium
(mg)

Potasium
(mg)

Fosfat
(mg)

55

10

12

20

10

74

Pencuci Mulut

Smoothie Strawberi (2 hidangan)


Bahan-bahan 1 tin (237ml) Nepro sejuk cawan strawberi dibekukan 2 sudu makan pemanis tiruan 4 sudu makan air Cara Penyediaan: 1. Campurkan bahan-bahan ke dalam balang pengisar. 2. Kisarkan sehingga halus. 3. Hidangkan segera. Kandungan Nutrien (1 hidangan) Kalori
(kcal)

Karbohidrat
(g)

Protin
(g)

Lemak
(g)

Sodium
(mg)

Potasium
(mg)

Fosfat
(mg)

274

35

12

101

183

92

75

Pernerbitan oleh:

Hospital Kuala Lumpur

Buku ini telah diterbitkan dengan sokongan daripada:

ABBVIE SDN BHD

You might also like