You are on page 1of 2

TEKS UCAPAN WAKIL STAF MAJLIS PERSARAAN PN HJH HAMIDAH BT MOHD

Terima kasih kepada pengerusi majlis kerana memberiksan saya ruang untuk memberikan sepatah dua kata di majlis ini. Yang diraikan rakan saya Pn Hjh Hamidah Bt Mohd Yang berusaha, Tn Hj Abdul Aziz b Hj Omar, Pengarah Kolej Vokasional Melaka Tengah. Yang berbahagia, Tn Hj Kamalazli b Hj Jaafar, Yang Dipertua PIBG KVMT. Barisan pentadbir, Ketua-ketua jabatan, pensyarah-pensyarah, rakan-rakan staf dan seterusnya pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum W. B. T.... Saya mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah kurnia-Nya kita dapat bersama-sama dalam majlis meraikan rakan saya, Pn Hjh Hamidah bt Hj Mohd yang akan bersara. Saya mewakili staf dari Kolej Vokasional Melaka Tengah merasa terharu pada majlis ini yang khusus dianjurkan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih yang tidak sepertinya bagi pihak rakan-rakan kolej kepada perkhidmatan Pn Hjh Hamidah bt Hj Mohd. Hadirin sekalian, Sebelum terlupa, saya bagi pihak rakan-rakan staf KVMT, mengucapkan selamat bersara kepada Pn Hjh Hamidah bt Hj Mohd yang sekian lama membanting tulang, memerah keringat dan menjeruk minda semata-mata untuk berkhidmat setulusnya kepada Kolej Vokasional Melaka Tengah. Kata orang, banyak perkara yang boleh dikaitkan dengan persaraan. Ada yang indah berwarna-warni, tetapi ada juga yang pedih dan menyakitkan. Sesekali persaraan mengingatkan kita kepada realiti bahawa kita telah banyak menyumbang bakti dan menabur budi. Tetapi sesekali persaraan juga mengingatkan tentang banyak lagi tugas yang tidak sempat kita laksanakan sepanjang perkhidmatan. Tugas sebagai Ketua Pembantu Tadbir sememangnya mencabar dalam memastikan kolej yang kita sayangi ini dapat beroperasi sepenuhnya tanpa sebarang masalah terutamanya dalam urusan perkeranian yang sememangnya sangat penting dalam pengoperasian sesebuah kolej vokasional. Sempena, hari-hari terakhir menjelang persaraan, saya berharap Pn Hjh Hamidah tidaklah berduka kerana meninggalkan tugas dan rutin yang telah puluhan tahun dilaksanakan dengan tabah, jujur dan dedikasi. Banyak kenangan manis dan lakaran

silam terukir di sepanjang perkhidmatan kita bersama. Banyak tinggalan sejarah yang perlu diabadikan dalam album kenangan. Mungkin Pn Hjh Hamidah sudah mempunyai perancangan selepas persaraan beliau ini. Mungkin beliau akan menceburkan diri dalam pelbagai lapangan sesuai dengan kemahiran dan pengalaman yang diraih sepanjang perkhidmatan beliau. Mungkin beliau akan menceburkan diri di dalam bidang perniagaan dan mungkin juga beliau ingin beristirehat dan memperbanyak dan memperhebat amal ibadat atau menyahut cabaran besar membina generasi 2020 dengan mengambil alih tugas menjaga cucu yang semakin ramai. Apapun perancangan beliau, kami di sini sentiasa mendoakan kesejahteraan dan mengucapkan selamat maju jaya dalam apa jua perkara yang beliau lakukan. Sebelum saya akhiri ucapan ini, ingin saya menyampaikan beberapa pantun khas untuk Pn Hjh Hamidah; Pulau Pandan Jauh Ketengah Gunung Daik bercabang tiga Hancur badan dikandung tanah Budi baik dikenang juga Tenang-tenang air laut Sampan kolek mudik ke tanjung Hati terkenang mulut menyebut Budi baik rasa nak junjung Tanam lenggun tumbuh kelapa Terbit bunga pucuk mati Budi Puan kami tak lupa Sudah terpaku di dalam hati Sekali lagi saya mewakili staf Kolej Vokasional Melaka Tengah ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sumbangan dan jasa bakti Pn Hjh Hamidah bt Hj Mohd sepanjang berkhidmat di kolej ini. Sekian, Assalamualaikum W.B.T.

You might also like