You are on page 1of 3

IKAN HIASAN ISI TEMPAT KOSONG DENGAN NAMA BAHAGIAN LUAR IKAN.

MATA

PADANKAN DENGAN JAWAPAN YANG BETUL.

SISIK

mengesan pergerakan objek lain di dalam air dan berfungsi sebagai telinga

sirip berpasangan

pelindung dari musuh, kecederaan dan penyakit .

Sirip tidak berpasangan

berfungsi membantu supaya ikan bergerak lurus dan sebagai kemudi pergerakan ikan di dalam air

Garis lateral

berfungsi untuk kesetabilan, berundur berpusing dan mengapung.

Sisik

Badan ikan diliputi oleh sisik yang berfungsi sebagai pelindung dari musuh, kecederaan dan penyakit .

Sirip

Anggota ikan yang menolong untuk bergerak di dalam air ialah sirip. Sirip terdiri dari dua jenis iaitu sirip berpasangan dan tidak berpasangan. Sirip tidak berpasangan ialah seperti sirip ekor (kaudal), sirip dorsal dan sirip anal berfungsi membantu supaya ikan bergerak lurus dan sebagai kemudi pergerakan ikan di dalam air. Sirip berpasangan ialah seperti sirip pektoral dan sirip pelvik berfungsi untuk kesetabilan, berundur berpusing dan mengapung.

Garis lateral

Garis lateral terdapat seperti bintik-bintik di sisi badan bermula dari tutup insang hingga ke ekor. Ia berfungsi untuk mengesan pergerakan objek lain di dalam air. Organ deria ini juga berfungsi sebagai telinga.

Insang

Ikan bernafas di dalam air menggunakan insang. Air disedut melalui mulut nya dan keluar melalui tutup insang. Semasa air mengandungi oksigen bergerak melalui insang oksigen akan diserap ke dalam badan ikan.

You might also like