You are on page 1of 1

http://www.smksgpusu.net/bestari/konsep.

htm
Definisi
Sekolah Bestari ialah institusi pendidikan yang direka semula secara menyeluruh dari
segi amalan pengajaran pembelajaran serta pengurusan sekolah untuk membantu pelajar
menghadapi zaman maklumat.
Sejarah
Sejarah pelaksanaan sekolah bestari dimulakan secara projek percubaan atau projek
rintis selama tiga tahun bermula Julai 1999 hingga Julai 2002. Projek ini yang menelan
belanja sejumlah 300 juta ringgit melibatkan 88 buah sekolah di seluruh negara.Tiga jenis
model atau aras teknologi diperkenalkan iaitu aras A ( model bilik darjah penuh ), aras B+ (
Model bilik darjah terhad ) dan aras B ( Model makmal ).
Fokus
Penekanan kepada kemahiran berfikir, penggunaan teknologi maklumat dan
amalan nilai-nilai murni.
Cekap dalam Sains dan Matematik.
Pencapaian ke tahap cemerlang dalam bidang kebolehan individu
Menyumbang kepada perkembangan ilmu

Objektif
Menghasilkan tenaga kerja yang berfikir dan celik teknologi
Membangunkan intelek , jasmani, emosi dan rohani pelajar.
Mewujudkan peluang bagi meningkatkan kekuatan dan kebolehan individu
mendemokrasikan pendidikan
Meningkatkan penglibatan pihak berkepentingan
Komponen Utama
Pengajaran dan Pembelajaran
Pengurusan dan pentadbiran
Sumber Manusia, Kemahiran dan Tanggungjawab
Proses
Teknologi
Dasar

You might also like