You are on page 1of 1

Titian Memori

DALAM Titian Memori, ada 6 cara yang dapat anda gunakan untuk mengingat. Titian
tersebut ialah:

1. Mnemonik, iaitu dengan cara menggunakan huruf atau perkataan bagi sesuatu
maklumat.

2. Emosi, iaitu dengan cara mengaitkan nilai dan motivasi seseorang pelajar dengan
bahan-bahan pelajaran.

3. Mengulang, iaitu dengan cara menggunakan maklumat untuk sesuatu aktiviti dan juga
membuat ulangkaji.

4. Organisasi, iaitu dengan cara menyusun bahan-bahan tersebut daripada bentuk yang
kurang sesuai dan tidak biasa kepada bentuk yang sesuai dan lebih dekat dengan kita.

5. Ringkasan, iaitu dengan cara memendekkan atau memadatkan isi kandungan pelajaran
agar lebih senang diingat atau dihafal.

6. Ikatkan dan imaginasi, iaitu dengan cara mengikat sesuatu maklumat itu dengan
perkataan atau objek tertentu.

M.E.M.O.R.I. adalah berdasarkan huruf awal daripada perkataan Mnemonik, Emosi,
Mengulang, Organisasi, Ringkasan dan Ikatan. M.E.M.O.R.I. juga bermakna ingatan, jadi
senanglah kita mengingat Titian Memori ini.

You might also like