You are on page 1of 5

PROGRAM NILAM – TAHAP RAKAN PEMBACA

PENGENALAN

Program Rakan Pembaca diadakan supaya kumpulan-kumpulan pelajar yang


mempunyai daya keyakinan, kepimpinan dan kemahiran membaca akan
menjalankan pelbagai aktiviti pembacaan yang berterusan dalam membantu
percambahan penyertaan pelajar dan penggunaan bahan bacaan.

Tahap Rakan Pembaca mengutamakan aspek kepimpinan dalam aktiviti


membaca dan penekanan kepada kebolehan murid membimbing dan menarik
minat rakan, jiran dan keluarga supaya suka membaca.

MATLAMAT

Tahap Rakan Pembaca dijalankan supaya pelajar dapat mempengaruhi dan


boleh menarik minat rakan, jiran serta keluarganya yang kurang minat membaca.

OBJEKTIF

1. Meningkatkan bilangan pelajar yang berkeyakinan diri, sifat kepimpinan,


amanah dan sentiasa ingin berkongsi maklumat.
2. Memperluaskan perkongsian maklumat melalui aktiviti-aktiviti rakan
pembaca kepada rakan, jiran dan keluarga.
PELAKSANAAN

Kelayakan

Setelah pelajar membaca sekurang-kurangnya100 naskhah buku dalam tahap


Jauhari, ia layak menyertai tahap Rakan Pembaca yang akan dibimbing oleh
seorang guru pembimbing.

Pembimbing

Seorang guru pembimbing dihadkan membimbing 10 orang pelajar Rakan


Pembaca.

Guru pembimbing bertanggungjawab memberikan keyakinan kepada pelajar


melalui bengkel dan sesi tunjukcara untuk menjayakan aktiviti Rakan Pembaca.

Aktiviti

Aktiviti yang dijalankan mesti berdasarkan buku yang telah dibaca.

Aktiviti Rakan Pembaca boleh dijalankan secara terancang seperti di dalam


kelas / semasa perhimpunan atau secara tidak formal seperti di rumah / di
padang permainan / ketika bersiar-siar bersama jiran / keluarga dan sebagainya.

Banyak aktiviti dan sesi boleh diadakan daripada sebuah buku yang dibaca.
Di antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan dan boleh diberi markah adalah
seperti berikut:

Membaca bersama
Bercerita
Bicara buku
Meminjamkan buku
Berpuisi
Lakonan
Ulasan buku
Sebaran sinopsis
Forum
Kuiz

(Nota: Pelajar boleh menjalankan aktiviti yang relevan selain yang tersebut di
atas)

Sistem Pemarkahan

Cadangan markah bagi aktiviti tersebut di atas adalah seperti berikut:

Membaca bersama 1 sesi x jumlah pembaca


Bercerita 1 sesi x jumlah pendengar
Bicara buku 1 sesi x jumlah pendengar
Meminjamkan buku 1 buku x jumlah peminjam
Berpuisi 1 sesi x jumlah pendengar
Lakonan 1 sesi x jumlah penonton
Ulasan buku 1 sesi x jumlah pendengar
Sebaran sinopsis 1 sesi x jumlah pembaca
Forum 1 sesi x jumlah pendengar
Kuiz 1 sesi x jumlah peserta
Contoh Kiraan

Membaca bersama 1 sesi x 3 pembaca = 3 markah


Bercerita 1 sesi x 5 pendengar = 5 markah
Bicara buku 1 sesi x 40 pendengar = 5 markah
Meminjamkan buku 1 buku x 2 peminjam = 2 markah
Berpuisi 1 sesi x 35 pendengar = 5 markah
Lakonan 1 sesi x 100 penonton = 5 markah
Ulasan buku 1 sesi x 800 pendengar = 5 markah
Sebaran sinopsis 1 sesi x 4 pembaca = 4 markah
Forum 1 sesi x 50 pendengar = 5 markah
Kuiz 1 sesi x 6 peserta = 5 markah

Nota: Markah maksimum adalah 5 walaupun pendengar / pembaca /


peminjam lebih daripada 5.

Markah maksima bagi setiap aktiviti adalah 5 walaupun ia melibatkan lebih


daripada 5 orang pelajar dalam setiap sesi yang dijalankan. Ini adalah kerana
program Rakan Pembaca lebih mengutamakan dan menggalakkan pelajar
menjalankan seberapa banyak aktiviti. Sistem pemarkahan ini dapat mengatasi
masalah pelajar mendapat pengiktirafan sijil dalam masa yang singkat dengan
hanya menjalankan sedikit aktiviti.
Sistem Ganjaran

Segala aktiviti yang dijalankan oleh murid direkodkan dalam buku khas / kad
disemak dan dinilai oleh guru pembimbing yang ditetapkan.

Markah dan Pengiktirafan yang diberi adalah seperti berikut:

MARKAH TERKUMPUL PENGIKTIRAFAN


(Sekolah Rendah /
Sekolah Menengah)
100 – 199 Gangsa
200 – 299 Perak
300 – 399 Emas
400 dan ke atas Nilam

Penutup

Hasil daripada usaha ini diharapkan Rakan Pembaca dapat mempengaruhi dan
boleh menarik minat rakan, jiran serta keluarganya yang kurang minat membaca.
Dalam masa yang sama, Rakan Pembaca akan terus memainkan peranan yang
lebih baik bagi meningkatkan bilangan pelajar yang berkeyakinan diri, sifat
kepimpinan, amanah dan sentiasa ingin berkongsi maklumat . Di samping itu
dapat memperluaskan perkongsian maklumat melalui aktiviti-aktiviti rakan
pembaca kepada rakan, jiran dan keluarga.

You might also like