Kokurikulum..... Kelab Permainan Tradisinal

You might also like

You are on page 1of 1

Masyarakat berbilang kaum di Malaysia mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap daripada

pelbagai keturunan. Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik kerana hampir setiap
keturunan mempunyai adat sehingga membentuk kebudayaan masing-masing. Ini termasuklah suka
bergotong-royong menjalankan kegiatan ekonomi, di mana ikatan itu terus diperkukuh dan dipererat
dengan acara-acara keramaian dan juga hiburan. Lantaran resam yang demikian maka banyak
permainan tradisional yang dipertandingkan.

Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh
nenek moyang masyarakat masing-masing. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan
tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Malah sejak dari kecil lagi
mereka membiasakan diri dengan keadaan yang demikian. Ada di antara permainan ini yang sekarang
tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga
yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah
congkak, wau, selambut, sepak raga, gasing, kabaddi, mahjong, dan lain-lain.
Aci sorok ,Aji terbang,Baling selipar,Baling tin,Batu seremban,Bedil buluh,Beli buku,Cari
cucu,Congkak,Dam aji,Dam haji,Dam kapit,Galah panjang,Gasing,Getah atas para,Guli,Jala
itek,Jala itik,Jan jan jala,Ketinting buku,Ketinting kapalterbang,Konda kondi,Laga biji getah,Lawan
bola,Lompat getah,Main tikam,Dam,Selambut,Sepak bulu ayam,Sepak raga,Sepak takraw,Sorok
sorok,Susun Selipar,Tarik upih,Teng teng,Wau,Jebak burung,Senapang kayu,Setik getah

You might also like