You are on page 1of 32

Statistik Asas

Statistik Asas
Statistik asas merupakan satu teknik matematik
untuk memproses, menyusun, menganalisis dan
membuat kesimpulan tentang data yang
berbentuk kuantitatif
Dalam ujian dan peperiksaan, kaedah statistik
digunakan untuk membuat analisis dan
kesimpulan.
Data yang dipungut ini biasanya tidak disusun
dengan teratur.
Untuk memudahkan kita merujuk kepada data
ini, ia seharusnya direkodkan secara teratur dan
sistematik.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Graf, Ogif, Histogram, Lengkung
Taburan, dan Kekerapan
Apabila skor ujian diperoleh daripada sekumpulan
pelajar, ia biasanya akan berada dalam susunan rawak
seperti yang ditunjukkan:
90, 56, 70, 70, 90, 70, 40, 56, 90, 86, 46, 57, 78, 90
Kesemua ini adalah skor-skor mentah.
Oleh itu, seorang guru perlu mengorganisasi dan
mempamerkan skor dalam bentuk yang teratur supaya
ia lebih bermakna.
Guru perlu membuat pengiraan mudah untuk
mentafsirkan data secara tepat.
Terdapat dua cara, iaitu taburan secara menaik dan
menurun.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Taburan Secara Menaik dan Menurun
Susunan Menaik:
Data-data disusun daripada yang terendah
kepada tertinggi seperti:
40, 46, 56, 56, 57, 70,70,70, 78, 86, 90, 90, 90, 90
Susunan Menurun:
Data-data disusun daripada yang terendah
kepada yang tertinggi. Contohnya:
90, 90, 90, 90, 86, 78, 70, 70, 70, 57, 56, 56, 46, 40
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Taburan Kekerapan
Skor 56% : 2 pelajar
Skor 70% : 3 pelajar
Skor 90% : 4 pelajar
Kekerapan merujuk kepada berapa kali sesuatu
skor wujud dalam sesuatu taburan.
Maka kekerapan untuk skor 90% ialah 4
(kekerapan tertinggi) manakala kekerapan untuk
56% ialah 2 (kekerapan terendah).
Bilangan pelajar yang
memperoleh setiap
skor tersebut
dikatakan kekerapan
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Jika mempunyai bilangan skor yang banyak, adalah
berguna untuk dibina taburan kekerapan secara
berkumpul serta graf taburan.
Skor-skor dikumpulkan dalam sela kelas, dan bilangan
skor yang ada dalam setiap sela digundalkan.
Tanda-tanda gundal ini dikira untuk memperoleh
kekerapan, iaitu bilangan skor dalam setiap sela kelas.
Sebagai contoh, perhatikan bagaimana skor-skor berikut
disusun dalam taburan kekerapan dengan julat kelas
sebanyak 5.
33 12 6 45 27 25 11 37
22 16 48 26 37 21 3 26
14 34 22 19 40 24 22 15
32 24 27 30 23 31 19 24
27 20 33 14 27 20 29 23
31 22 16 36 27 9 28 25
17 29 13 18 44 12 28
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Histogram (Graf Bar)
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Poligon Kekerapan
Poligon Kekerapan dibina dengan memplotkan titik di nilai tengah setiap
sela kelas ke ketinggian selaras dengan bilangan kekerapan kelas
berkenaan.
Kemudian, sambungkan kesemua titik-titik dengan garis lurus.
Titik awalan dan akhir harus berada pada paksi-X.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Kekerapan Himpunan (Ogif)
Kekerapan himpunan ialah jumlah kekerapan data dan kekerapan data
sebelumnya.
Berdasarkan jadual di atas, kita boleh menentukan bilangan pelajar yang
memperoleh skor yang sama atau kurang daripada sesuatu skor tertentu.
Contohnya, bilangan pelajar yang memperoleh skor antara 15 19 skor
atau kurang daripadanya ialah 16.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Lengkong Kekerapan Himpunan (Ogif)
Lengkung taburan kekerapan himpunan juga dikenali sebagai ogif.
Taburan kekerapan himpunan digunakan untuk melukis graf yang
dinamakan ogif untuk mentafsir data yang diperoleh.
Untuk melukis ogif, nilai data berada di paksi-x, manakala kekerapan
himpunan berada pada paksi-y.
Ogif yang dilukis di bawah berdasarkan Jadual di atas.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Lengkung Taburan Normal
Lengkung taburan normal berbentuk loceng jika skor-skornya
bertaburan normal.
Kawasan di bawah lengkung mewakili semua skor (100%) di mana
50% daripada skor berada di atas min dan 50% daripada skor pula
berada di bawah min.
Manakala, min, median dan mod adalah sama.
Kebanyakan skor berhampiran dengan min dan semakin jauh
sesuatu skor daripada min bermaksud kurangnya bilangan calon
yang memperoleh skor tersebut.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Taburan Pencong Positif
Dalam konteks pengujian dan penilaian bilik darjah, kemungkinan
kita tidak akan dapat satu lengkung taburan normal.
Contohnya, taburan pencong positif merujuk kepada susunan
ketiga-tiga ukuran kecenderungan memusat dari kiri ke kanan ialah:
pertama, mod, iaitu nilai terendah; kemudian, median, iaitu nilai
tengah; dan akhirnya, min, iaitu nilai tertinggi.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Taburan Pencong Negatif
Bagi taburan pencong negatif pula, susunan ketiga-tiga ukuran
kecenderungan memusat dari kiri ke kanan adalah : pertama, min,
iaitu nilai terendah; kemudian, median, iaitu nilai tengah; dan
akhirnya, mod, iaitu nilai tertinggi.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Min, Median, Mod
( Ukuran Kecenderungan Memusat)
Ia merujuk kepada satu nilai purata sesuatu set skor.
Terdapat tiga jenis ukuran kecenderungan memusat,
iaitu min, median dan mod.
Min menunjukkan purata markah yang diperoleh oleh
pelajar dalam sesuatu ujian. Ia juga menggambarkan
prestasi keseluruhan untuk tujuan memberbandingkan
prestasi antara pelajar atau kumpulan dalam ujian yang
sama. Min juga berguna semasa mengira sishan piawai
dan skor sishan;
Mod ialah skor yang mempunyai kekerapan yang paling
tinggi dalam satu taburan. Simbol statistik mod ialah M0;
Median ialah skor tengah dalam satu susunan taburan
menaik atau menurun. Median boleh dikirakan dengan
membahagikan satu set skor yang tersusun kepada dua
bahagaian yang sama.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Pengiraan Min
Pengiraan min itu penting kerana ia memudahkan kita
menggunakan formula statistik untuk mengira sisihan piawai, skor Z
dan skor T.
Untuk data tidak terkumpul, min dikira dengan menjumlahkan
semua skor dalam set, kemudian bahagikan jumlah ini dengan
bilangan skor.
Contohnya, min untuk skor-skor 70, 85 dan 100 dalam satu ujian
ialah:
70+85+100 = 85
3
Min data dikira dengan menggunakan rumus yang berikut:
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Contoh:
Dalam satu ujian Matematik, skor untuk 10 orang pelajar adalah:
35, 42, 55, 67, 75, 88, 90, 94, 96 and 98. Kirakan min dengan
menggunakan formula di atas.
Min digunakan secara meluas kerana ia mengambil kira semua
skor dalam taburan dan ia sangat jitu. Contohnya, min digunakan
oleh guru-guru untuk mengira nilai purata skor yang diperoleh
oleh pelajar-pelajar dalam ujian buatan guru.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Pengiraan Min untuk Data Terkumpul
Pengiraan min untuk data terkumpul lebih kompleks.
Contohnya;
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Median
Median ialah skor tengah apabila jumlah bilangan skor adalah ganjil atau nilai
purata dua skor di tengah-tengah taburan jika jumlah bilangan skor adalah genap
dalam satu susunan taburan menaik atau menurun.
Sebagai contoh, median untuk skor ujian ejaan (40,56,35,70,94) dan ujian
penulisan (55,62,96,45,76,80) adalah berikut:
Median berguna jika terdapat skor yang ekstrim (melampau) dalam sesuatu
taburan. Contohnya, terdapat 3 skor dalam sesuatu ujian, iaitu 20, 20 dan 80.
Walaupun min taburan ini ialah 40, tetapi ini tidak menggambarkan ukuran
kecenderungan memusat. Dalam kes ini, nilai median 20 adalah lebih berguna
sebagai ukuran kecenderungan memusat.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Nilai mod pula boleh diperoleh dengan menyusun data yang tidak
terkumpul itu secara menaik atau menurun.
Mod ( Mo ) adalah skor yang mempunyai kekerapan yang paling
tinggi dalam satu taburan. Satu taburan mungkin mempunyai satu
atau lebih mod atau tidak mempunyai mod langsung. Mari kita
perhatikan skor-skor ujian Matematik berikut:
Contoh 1: 76, 55, 34, 80, 60, 95, 70
Taburan skor ini tidak mempunyai mod
Contoh 2: 86, 70, 59, 70, 75, 68, 70
Taburan skor ini mempunyai satu mod (unimod)
sahaja. Nilainya ialah 70.
Contoh 3: 76, 62, 54, 68, 62, 54, 88, 71
Taburan skor ini mempunyai dua mod (dwi-mod).
Nilai mod ialah 62 dan 54.
Mod memberi satu gambaran umum tentang taburan. Sebagai
contoh, dalam penghasilan baju-T, pengetahuan tentang mod akan
membantu pengusaha menentukan saiz baju-T yang paling
dikehendaki.
Mod
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Sisihan Piawai
Selain daripada mengetahui tentang ukuran
kecenderungan memusat, kita perlu juga
mengetahui berapa jauh skor-skor itu tersebar,
iaitu sisihan piawai.
Terdapat dua kaedah mengira Sisihan Piawai
iaitu:
1. Sisihan Piawai untuk Data Tidak Terkumpul
2. Sisihan Piawai untuk Data Terkumpul
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Sisihan Piawai untuk Data Tidak Terkumpul
Cuba faham contoh di bawah:
Skor untuk 5 orang pelajar ialah 1,2,3,4, dan 5
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Contoh 2 : Mengira sisihan piawai untuk satu set skor yang tidak terkumpul.
Sisihan Piawai untuk Data Tidak Terkumpul
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Sisihan Piawai untuk Data Terkumpul
Untuk data terkumpul rumus yang digunakan adalah
seperti berikut:
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Contoh: Jadual di bawah menunjukkan data terkumpul untuk satu ujian
sains. Cuba kirakan sisihan piawai.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Pentafsiran Nilai Sisihan Piawai
Sisihan Piawai ialah ukuran kebolehubahan atau
sebaran skor-skor.
Ia merupakan sejauh mana skor berubah
keliling min.
Semakin kecil nilai sisihan piawai, semakin kecil
sebaran skor dalam taburan.
Ini membawa implikasi bahawa data adalah
berhampiran antara satu sama lain (homogen).
Begitu juga, semakin besar nilai sisihan piawai,
semakin besar sebaran skor dalam taburan.
Ini bermakna data adalah tersebar luas antara
satu sama lain (heterogen).
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Kira sisihan piawai skor-skor berikut dan tafsirkan nilai sisihan
piawai yang diperoleh bagi skor-skor berikut: 4, 7, 9, 3, 2
Sisihan piawai ialah 6.8, di mana ia kurang daripada 10. Nilai kecil
menunjukkan bahawa kebanyakan skor adalah berhampiran
dengan min 5. Ini bermaksud bahawa taburan bercorak homogen
dan skor-skor tidak tersebar luas.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Skor Piawai
Skor piawai menunjukkan kedudukan sesuatu skor dari segi berapa
sisihan piawai skor tersebut berada di atas atau di bawah min
taburan. Dan ia biasanya diwakili dengan skor-z atau skor-t.
Skor-z dikira dengan menggunakan rumus berikut:
Z =
Skor-t dikira dengan menggunakan rumus berikut:
t = 50 + 10z

) ( X X
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Contoh: Skor untuk 5 orang pelajar dalam satu ujian ialah 5,8,10,4 dan 3. Cari skor-
z dan skor-t untuk pelajar yang mempunyai 10 markah.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Pentafsiran Skor-z
Sebagai contoh, Abdullah mempunyai skor sebanyak 55 dalam ujian
Matematik; skor purata kumpulan normal ialah 60 dan sisihan piawai
15.
Maka skor piawai Abdullah ialah:
z = = - atau - 0.33
Ini bermaksud skor Abdullah adalah satu pertiga sisihan piawai
daripada min. Tanda negatif menunjukkan bahawa ia adalah satu
pertiga sisihan piawai di bawah min.
Bagi contoh kedua, katakan Abdullah mempunyai skor sebanyak 75
dalam satu ujian Sains; purata skor untuk kumpulan normal ialah 65
dan sisihan piawai ialah 10. Maka skor piawai Abdullah ialah:
z = = 1
Ini bermakna Abdullah adalah satu sisihan piawai daripada min.
Tanda positif menunjukkan bahawa ia adalah satu sisihan piawai di
atas min.
15
60 55
3
1
10
65 75
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Pentafsiran Skor-t
Skor-t lebih biasa digunakan berbanding dengan
skor-z untuk pelaporan keputusan ujian kerana
ia menghasilkan integer positif.
Ia juga lebih kerap digunakan untuk melapor
prestasi ujian seseorang sebagai skor-t 33
berbanding dengan pelaporan prestasi yang
sama dalam skor-z sebagai 1.7.
Sebenarnya, kedua-dua skor ini adalah sama.
Memandangkan skor-t sentiasa mempunyai min
50 dan sisihan piawai 10, maka, skor-t boleh
ditafsir secara langsung.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Latihan
1. Cari mod untuk data berikut: 54, 76, 69, 54, 74, 88, 74, 65, 74
2. Skor yang diperoleh oleh 12 orang pelajar dalam ujian Sains yang ditadbir oleh
guru adalah seperti berikut:
35, 23, 55, 35, 65, 67, 55, 35, 98, 88, 92, and 72
Kira min, median dan mod bagi skor-skor di atas.
3. Berikut adalah skor-skor untuk 6 orang pelajar dalam ujian Sains:
8, 10, 7, 12, 6, 11
Cari skor-z dan skor-t untuk pelajar yang mempunyai skor 7.
4.
Jadual di atas menunjukkan keputusan Ali dan Fatimah dalam ujian-ujian
Matematik dan Sains.
- Kira skor-z dan skor-t untuk Ali dan Fatimah dalam Matematik dan Sains
- Dengan menggunakan skor-z dan skor-t, bandingkan prestasi Ali dan
Fatimah dalam Matematik dan Sains
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

You might also like