You are on page 1of 1

Ruj Kami : SKUB/100/03/JLD2: ( )

Tarikh : 09 Julai 2014



Kepada :

Encik Abu Bakar bin Sidek,
Ketua Kampung; merangkap,
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan,
Dan Keselamatan Kampung,
Kampung Ulu Bendul,
71500 Tanjung Ipoh,
Negeri Sembilan Darul Khusus.


Tuan ,

JEMPUTAN KE IFTAR PERDANA DAN MAJLIS KHATAM AL QURAN 2014

Adalah dengan hormat dan takzimnya perkara di atas dirujuk.

2. Dimaklumkan kepada tuan bahawa SK Ulu Bendul akan mengadakan Iftar Perdana
dan Majlis Khatam Al- Quran 2014 dengan kerjasama daripada guru pelatih IPG Kampus
Raja Melewar, Seremban pada ketetapan berikut :

Tarikh : 19 J ulai 2014 ( SABTU )
Masa : 4.00 petang 8.15 malam
Tempat : Surau j-Qaf SK Ulu Bendul

3. Justeru, pihak kami amat berbesar hati menjemput tuan untuk memeriahkan majlis
tersebut. Kehadiran tuan amat dialu-alukan dan didahului dengan ucapan setinggi-tinggi
penghargaan.


Sekian terima kasih.

Saya yang menurut perintah,


.
( SUHAIMI BIN NORAZI )
Guru Besar,
SK Ulu Bendul,
ATURCARA PROGRAM :
4.00 petang Berkumpul di surau bilik j-Qaf
4.30 petang Persiapan solat Asar berjemaah
5.00 petang Majlis khatam Al- Quran bermula
Ketibaan VIP
Bacaan Doa
Ucapan Guru Besar
Ucapan YB
Penyampaian Hadiah
Persembahan Murid
7.00 petang Persiapan berbuka puasa & menjamu
selera
7.45 malam - Solat Maghrib berjemaah
8.15 malam - Bersurai

You might also like