You are on page 1of 19

Sejarah Perkembangan Ilmu Semantik

Prof Madya Dr. Zaitul Azma Zainon Hamzah


Jabatan Bahasa Melayu
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
Semantik pada peringkat ini dikenali sebagai semantik
struktural. Semantik struktural didefinisikan sebagai
salah satu daripada komponen tatabahasa yang
mengkhususkan representasi semantik kepada ayat.
Analisis seperti mana analisis ahli struktural.
Diberikan fitur distingtif dan melihat hubungan antara
fitur
tersebut. Contoh:
- teruna [ + lelaki]
- gadis [ - lelaki]
Tugas golongan ahli semantik ini adalah untuk mencari
fitur semantik yang dapat disebarluaskan bagi seluruh
perbendaharaan kata.
Interpretasi yang serupa membentuk sinonim. Contoh
teruna dan bujang.
Interpretasi yang tidak serupa membentuk antonim.
Contoh perempuan dan lelaki.
Mengikut penganalisisan representasi fonetik.
Maksudnya walaupun yang dikaji ialah ayat tetapi hanya
perkataan sahaja yang diberikan makna.
Semantik pada peringkat ini telah mengenepikan
langsung makna pada peringkat ayat. Malah pengkaji
semantik pada peringkat ini telah mengandaikan fitur
semantik bagi sesuatu perkataan dalam sesuatu ayat
dapat digabungkan untuk mendapatkan makna seluruh
ayat tetapi aturan ayat mesti serupa. Contohnya:
- Kucing mengejar tikus.
- Tikus mengejar kucing.
Gagal memberikan penjelasan lanjut bagi ayat (Katz,
Semantic Theory, 1972).

Semantik didapati tidak dapat berdiri sendiri.
Katz cuba memberikan makna bagi keseluruhan ayat
dan bukannya tertumpu kepada makna perkataan.
Contoh:
- Seorang perempuan membunuh seorang lelaki
[ x dewasa ] [ x menyebabkan ] [ y teruna ]
[ x manusia ] [ y menjadi ] [ y dewasa ]
[ x wanita ] [ y tidak bernyawa ] [ y manusia ]
Penerangan Katz gagal kerana:
Terhenti setakat menyenaraikan bentuk makna ayat
berdasarkan kata demi kata.
Mengenepikan hubungan struktur dalaman dan luaran
bagi ayat.
Tidak memberikan penjelasan lanjut bagi makna
perkataan yang disenaraikan.

Semantik pada peringkat ini dikenali juga sebagai semantik
generatif dan interpretif. Pada peringkat ini semantik dilihat
sebagai salah satu daripada komponen tatabahasa yang
memperuntukkan bentuk-bentuk logik kepada ayat.
Banyak melibatkan ilmu logik menggunakan predikat kalkulus.
Contoh:
P Q
a. Kalau Lina Lina dapat meneruskan
mendapat biasiswa pengajiannya di universiti
(cadangan argumen/premis).

b. Lina mendapat biasiswa (inferens).
c. Lina meneruskan pengajiannya di universiti (bentuk logik
P Q.

Golongan lojik hanya mampu memberi keterangan setakat ini
sahaja tanpa memberi penjelasan sebab-musabab perkara ini
terjadi.
Teori semantik interpretif menyatakan hubungan antara
struktur sintaksis dengan struktur semantik adalah jalinan
antara struktur sintaksis dengan kandungan leksikal pada
ayat tersebut.

Semantik pada peringkat ini cuba menunjukkan bahawa
ciri-ciri semantik dan hubungan antara ayat adalah hasil
perkongsian antara dua perkara, iaitu:

- Rumus yang menterjemah bahasa semula jadi kepada
bentuk logik ( I love dancing = Saya suka menari ).

- Rumus inferens logik yang menghubungkaitkan antara
bentuk logik dengan bentuk logik yang lain.
Gagal kerana tidak dapat menunjukkan hubungan yang
sinonim. Contoh:
a. Ali teruna.
b. Remaja / Lelaki / Manusia / Belum
berkahwin = Ali
c. Ali belum berkahwin.
d. Belum berkahwin (Ali) & Remaja (Ali) & Lelaki
(Ali) & Manusia (Ali)

Terlalu mementingkan sintaksis.
Semantik pada peringkat ini pula dikenali sebagai
semantik formal (syarat benar/truth condition). Pada
peringkat ini semantik dianggap sebagai salah satu
daripada komponen tatabahasa yang memperuntukkan
interpretasi semantik kepada ayat bagi mendapatkan
syarat-benar sesuatu ayat.

Ahli semantiknya Ruth Kempson, Fodor, Sperber dan
Wilson.
Bertitik tolak daripada formula Tarski tentang teori
kebenaran



Tujuan utama adalah membezakan argumen yang sah
daripada yang tidak sah, kemudian memastikan bahawa
daripada cadangan yang benar sahaja kesimpulan
sebenar dapat dihasilkan.

Oleh itu, premis dan kesimpulan mestilah benar.
A adalah benar jika dan hanya jika P.
(S is true if and only if P ) - Kempson, 1982:26).

Formula ini sesuai untuk ayat berikut;
1. Rumput itu hijau jika dan hanya jika rumput itu hijau
2. Salji itu putih jika dan hanya jika salji itu putih
Ayat ini tidak memperlihatkan peranan konteks dalam
menginterpretasi makna.
Bagi ahli logik tujuan mereka adalah untuk membezakan
argumen yang sah daripada yang tidak sah.
Memastikan cadangan yang benar sahaja dapat
menghasilkan kesimpulan sebenar
Tujuan utama adalah membezakan argumen yang sah
daripada yang tidak sah, kemudian memastikan bahawa
daripada cadangan yang benar sahaja kesimpulan
sebenar dapat dihasilkan.
Oleh itu, premis dan kesimpulan mestilah benar.
A adalah benar jika dan hanya jika P.
(S is true if and only if P) - Kempson, 1982:26).

Kritikan

Deirdre Wilson and Dan Sperber mengemukakan contoh
ayat yang memerlukan pemilihan konteks.
Saya masuk ke rumah dan kerusi berselerakan

1. Tidak dapat menenrangkan kebenaran dan
ketidakbenaran ayat bukan penyata.
Contoh:
Ayat imperatif Pergi makan sekarang.
Ayat interogatif - Di mana awak
menghilang?
Ayat seruan - Wah besarnya istana kau?
Ayat sindiran - Cantiknya muka.
2. Implikatur konvensional perkataan yang
mempunyai makna tetapi tiada syarat benar
a. Ali datang dan saya berasa gembira
b. Ali datang tetapi saya berasa sedih

3. SSB silap meramalkan bahawa semua kebenaran ialah
sinonim
a. Semua orang kaya tinggal di bandar
b. Semua orang bandar ialah kaya

4. Tidak ada ketentuan dalam SSB- makna yang diberikan
kabur
Contoh Penentu cawan dengan gelas
Pemisah antara kaya dengan miskin.
Semantik syarat benar tidak menetapkan konteks dalam
menginterpretasi makna.
Semantik syarat benar adalah berkenaan dengan dunia
atau kepercayaan, Diane Blackmore (1986).
Semantik syarat benar tidak dapat menerangkan
kebenaran dan ketidakbenaran ayat bukan penyata.
Implikatur Konvensional- perkataan dan, tetapi , atau
mempunyai makna tetapi tidak mempunyai syarat benar.
Semantik syarat benar silap meramalkan bahawa semua
kebenaran ialah sinonim.
Tidak ada ketentuan dalam semantik syarat benar. Makna
yang diberikan kabur.
Kajian semantik pada peringkat ini dipelopori oleh
Sperber dan Wilson. Sperber dan Wilson tidak bersetuju
dengan idea yang dikemukakan oleh golongan semantik
syarat benar dalam memberikan makna sebenar bagi
sesuatu ayat/ujaran. Contoh dalam argumen mereka
dengan memberikan seberkas ayat:
- Saya berasa gembira.
- Ali membeli ketam.
- Dia juga.

a. Saya gembira (Bentuk logik)
_____________gembira pada _______________
[penutur] [waktu ujaran]

b. Ali _____membeli___ ketam (bentuk logik)
[individu bernama Ali] sejenis alat/makanan laut

C. Saya______ juga (bentuk logik)
[seorang individu) ciri-cirinya
Bentuk-bentuk logik melahirkan makna ayat
tetapi banyak meninggalkan ketaksaan dan
rujukan yang belum diselesaikan
Memerlukan selapis representasi iaitu antara
bentuk logik dan interpretasi semantik -
dikenali sebagai bentuk proposisi atau
bahasa pemikiran
Perbezaan antara bentuk logik dengan bentuk
proposisi = bentuk proposisi mampu
menentukan set syarat benar sesuatu ayat.
Ujaran yang mengandungi bentuk proposisi
yang lengkap akan menjadikan proposisi itu;
a. input kepada rumus inferens logik, dan
b. input kepada rumus interpretasi semantik

Kesimpulan
Teori semantik sistem penuh
menghubungkaitkan ilmu semantik dan
pragmatik bagi memperoleh makna yang
lebih sempurna.
Sekian,

You might also like