You are on page 1of 10

Apakah pedagogi kelas

bercantum?

Pengenalan
Kelas bercantum atau kelas campuran dibuat
disebabkan oleh bilangan murid dalam sebuah kelas
tidak mencukupi untuk dijadikan kelas biasa.
Murid-murid yang digabungkan terdiri dari murid
yang mempunyai tahun pembelajaran yang berbeza.
Contoh: Tahun 1 bergabung dengan tahun 2
Ianya tidak terhad kepada sekolah kurang bilangan
murid sahaja .

Definisi
Mengikut Ee Ah Meng, kelas bercantum ialah
sebuah kelas sekolah rendah di mana terdapat
murid-murid lebih daripada satu darjah dan diajar
serentak oleh seorang guru.
Percantuman dibuat disebabkan oleh bilangan murid
dalam sebuah kelas tidak mencukupi untuk dijadikan
kelas biasa.
Ia boleh juga diadakan kerana peruntukan guru di
sekolah itu tidak mencukupi untuk mengajar setiap
darjah secara berasingan.

Ciri-ciri
a) Murid-murid di dalam kelas bercantum adalah
berbeza peringkat umur mereka
b) Bilangan muridnya kurang daripada 15 orang dan
tidak mengizinkan untuk dijadikan satu kelas tunggal
c) Guru mengajar lebih daripada satu tahun
persekolahan kerana peruntukan guru adalah
mengikut bilangan kelas.

Sumber: Buku Panduan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia (1982)
Masalah-masalah Kelas
Bercantum
a) Masalah Pembelajaran
Dalam satu-satu kelas bercantum ada kalanya salah
satu kumpulan murid ditinggalkan, iaitu semasa
gurunya menyampaikan pelajaran kepada kumpulan
murid lain dalam kelas tersebut.
Murid-murid sesuatu kumpulan mengalami berbagai-
bagai gangguan apabila guru mengajar kumpulan lain
dalam kelas yang sama.
Pengawasan dan bimbingan guru terhadap satu-satu
kumpulan dan individu terutamanya dalam kerja-kerja
amali boleh dikatakan tidak dapat dilakukan.
Masalah-masalah Kelas
Bercantum
b) Masalah Guru
Guru tidak diberi latihan khas untuk mengelola ,
mengendalikan dan mengawasi kerja kumpulan dalam
kelas bercantum.
Guru perlu menyediakan bahan untuk memenuhi
keperluan murid yang lebih beraneka peringkat dan
kebolehannya.
Guru terpaksa membuat rancangan pelajaran yang
sesuai untuk dua atau lebih kumpulan murid dalam
satu waktu.
Kekurangan panduan untuk guru menyedia dan
meggunakan bahan-bahan pembelajaran yang
berkaitan dengan pengelolaan kumpulan,individu dan
aktiviti pembelajaran sendiri.
Peranan Guru
i) Melatih murid dengan tugasan harian
ii) Melatih murid bertanggungjawab mengendali
tugas secara bergilir-gilir
iii) Membahagi masa yang seimbang antara dua
kelas dalam pengajaran dan pembelajaran
iv) Mengurus aktiviti pengajaran dan pembelajaran
yang sesuai dengan tahun1 dan tahun 2
v) Memperluaskan konsep peer tutoring /
pembimbing rakan sebaya
Peranan Guru
vi) Menyediakan jadual dan panduan
terancang dan banyak membantu sahsiah
murid dari segi sifat-sifat kepimpinan,
toleransi dan tolong menolong.
vii) Menggalakkan interaksi sesama murid
viii) Guru perlu memastikan murid-murid
melibatkan diri secara aktif
SENARAI ALAT BANTU MENGAJAR
DARIPADA PERSEKITARAN
Tempurung Bertangga 10
Tempurung Bertangga 2
Congkak
Batu Seremban
Sekian,
Terima Kasih!!!

You might also like