You are on page 1of 5

KERTAS KERJA

PROJEK KECERIAN DAN KEBERSIHAN MAKMAL SAINS


SEKOLAH KEBANGSAAN JIJAN.

PADA :
ISNIN HINGGA JUMAAT
15. 07.2013- 19.07.2013

TEMPAT :
MAKMAL SAINS SK JIJAN








1. PENDAHULUAN
Makmal sains merupakan bilik khas yang terdapat di sekolah untuk memberikan murid
dan guru peluang untuk menjalakan aktiviti dan penyiasatan berkenaan topik pelajaran
sains di sekolah. Terdapat banyak kemudahan bahan dan alatan yang disedikan di
dalam makmal untuk digunakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains.
Pengurusan makmal yang sistematik serta persekitaran yang bersih dan ceria dapat
meningkatkan lagi minat murid untuk mempelajari subjek sains.

2. OBJEKTIF
2.1 Menyusun semula bahan dan radas di dalam makmal secara sistematik.
2.2 Melabel bahan dan radas yang di susun mengikut nama dan jenis bahan.
2.3 Membersih dan menceriakan persekitaran makmal sains.
2.4 Menyemak semula senarai dan bilangan bahan dan radas yang terdapat di
dalam makmal sains.

3. SASARAN

Guru pelatih subjek major sains :
1. Nazirah Binti Abu Hassan
2. Siti Nurain Binti Mat Zin

4. TARIKH DAN MASA
Tarikh : 15- 19 Julai 2013
Masa : 3.00 petang- 6.00 petang
Hari : Isnin Jumaat
Tempat : Makmal Sains

5. AKTIVITI
Aktiviti yang dicadangkan.
1. Membersihkan dan menyusun semula bahan dan radas di dalam makmal
secara sistematik.
2. Menceriakan persekitaran makmal sains.
3. Melabel bahan dan radas di rak-rak dan tempat yang telah ditetapkan.
4. Menceriakan papan kenyataan di dalam makmal sains.
5. Meletakkan maklumat dan info berkaitan sains pada papan kenyataan.
6. Mengira dan menyemak semula bilangan bahan dan radas di dalam makmal.
7. Membersihkan dan membuang alatan-alatan yang telah pecah dan tidak boleh di
gunakan lagi.













6. Kewangan (pendapatan/anggaran perbelanjaan)

a) Anggaran perbelanjaan

Bil Perbelanjaan Kuantiti Amaun (RM)
1 Board hitam 10 x RM 0.50 RM 5.00
2 Pelekat 3D 2 x RM 5.00 RM10.00
3 Pita pelekat 1 x RM 2.50 RM 2.50
4 Kertas warna 2 x RM 5.00 RM 5.00
5 Hiasan
6 Kertas A4
JUMLAH RN22.50
























Penutup

Diharapkan projek ini dapat meningkatkan lagi pengurusan makmal yang lebih
teratur dan lebih ceria. Makmal sains merupakan salah satu ruang kerja untuk pelajar
melakukan aktiviti aktiviti yang melibatkan penyiasatan. Dengan pertambahan bahan
bahan sains yang baru membolehkan murid-murid untuk merasai dan meneroka
bidang sains dengan lebih mendalam. Semoga makmal yang bersih dan ceria dapat
meningkatkan minat murid untuk mempelajari subjek sains dengan suasana yang
selesa.

Disediakan oleh,

( Nazirah Binti Abu Hassan)
Guru pelatih (major sains)
SK Jijan


Disokong oleh,

.
( En Azhar b Punandir )
Ketua Panitia Sains
SK Jijan
Disediakan oleh,

( Siti Nurain Bt Mat Zin )
Guru pelatih (major sains)
SK Jijan


Disahkan oleh,

.
( Hj Zainal Abidin b. Mohd. Yunus)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Jijan

You might also like