You are on page 1of 2

4 Struktur Organisasi Sekolah

Posted in July 20th, 2008


by Cikgu Bashid in Organisasi Pembelajaran

Organisasi sekolah dikategorikan sebagai organisasi yang memiliki ciri-ciri birokrasi yang tinggi.
Konsep asas dalam birokrasi ialah setiap kakitangan bawahannya kurang pengalaman teknik
daripada penyelianya. Tetapi anggapan ini tidak boleh dipraktikkan di sekolah.Sebaliknya, dalam
setengah keadaan, guru mempunyai komitmen serta pengalaman profesional dan teknik yang lebih
daripada pentadbir.Dengan itu wujudlah konflik dan kekangan perhubungan antara guru dengan
pentadbir.

Terdapat enam ciri utama dalam struktur birokrasi, iaitu:

1.Autoriti yang berhirarki
2.Pengkhususan
3.Bertanggungjawab ke atas peraturan
4.Perincian prosedur
5.Tidak berbentuk personal
6.Kelayakan

Pengkaji-pengkaji seterusnya membahagikan enam ciri itu kepada dua subkumpulan yang kecil iaitu:

1.kumpulan bertingkah laku birokrasi yang mengandungi ciri 1,3,4 dan 5
2.kumpulan bertingkah laku profesional yang mengandungi ciri 2 dan 6

Berdasarkan ciri-ciri dalam dua subkumpulan itu, organisasi sekolah boleh diperlihatkan dalam
empat struktur yang berlainan iaitu Weberian, Authoritarian, Profesional dan Chaotic.

Sekolah sebagai struktur organisasi Weberian

Organisasi sekolah dianggap sebagai berstruktur Weberian apabila sekolah mempunyai kedua-dua
ciri profesional dan birokrasi yang tinggi. Di bawah struktur ini, guru lebih berkuasa dan pelajar
kurang berinovasi kerana semua tindakan di bawah kawalan peraturan yang ketat.Kecekapan guru
pada kebiasaannya adalah tinggi dan perhubungan antara elemen di sekolah adalah sederhana dan
berasaskan peraturan standard yang ditetapkan.

Sekolah sebagai struktur organisasi Authoritarian
Struktur ini menekankan birokrasi dalam konteks mengorbankan profesionalisme. Kuasa
berpandukan kepada kedudukan dan hirarki. Pelaksanaan proses dan tugas adalah berdasarkan
peraturan yang telah ditetapkan. Wujud pemusatan kuasa dan arah pengaliran kuasa adalah dari
golongan atasan ke orang bawahan. Peraturan dan prosedur dilaksanakan tanpa mengira aspek
kehendak personel. Orang atasan merupakan orang yang membuat keputusan. Orang yang dilantik
kenaikan pangkat adalah orang yang taat kepada organisasi.Dalam struktur authoritarian jelas
nampak pelajar kurang berkuasa kalau dibandingkan dengan struktur
profesional.

Sekolah sebagai struktur organisasi Profesional

Dalam struktur profesional, kebanyakan pembuatan keputusan diserahkan kepada kakitangan
profesional dan berkelayakan yang membuat keputusan dalam bidang masing-masing. Posedur-
prosedur dan peraturan pelaksanaan dianggap sebagai panduan daripada format yang ketat yang
perlu dipatuhi. Guru mempunyai kuasa yang lebih banyak dan lebih melibatkan diri dalam proses
membuat keputusan.

Sekolah sebagai struktur organisasi Chaotic

Struktur ini adalah struktur yang kurang birokrasi dan kurang profesional. Salah faham dan konflik
wujud setiap hari dalam operasi sekolah. Sekolah yang berstruktur chaotic boleh digambarkan
sebagai kurang konsisten, kurang efektif dan kontradiksi. Tekanan tenggangan yang kuat akan wujud
apabila organisasi cuba berubah ke arah satu struktur yang lain.

You might also like