You are on page 1of 7

PENGKELASAN KEGAGALAN CERUN

Kegagalan cerun boleh dikelaskan kepada tiga jenis iaitu:


a. Kegagalan Cerun Tanah
b. Kegagalan Cerun Batuan
c. Kegagalan Khas

Kegagalan Cerun Tanah

Kegagalan ini terbahagi kepada 5 kumpulan utama
a. Gelinciran
b. Gelongsoran
c. Aliran
d. Rayapan
e. Kompleks

Gelinciran

Gelinciran boleh berlaku pada semua jenis tanah. Kejadiannya sangat
berkait rapat dengan penepuan muka cerun akibat hujan lebat yang
berlaku secara berterusan.Gelinciran merupakan jenis kegagalan cerun
yang utama di Malaysia. Bergantungkepada ketebalan profil luluhawa
dan sifat homogeny tanah, gelinciran boleh berlaku pada zon yang nipis
(kurang daripada 2m) yang dinamakan gelinciran cetek dan pada
zonlebih tebal yang dinamakan gelinciran dalam.



Gelonsoran

Gelonsoran berbeza dengan kegagalan gelinciran kerana biasanya ia
berlaku pada tanah berjelekit. Ia boleh terjadi di sepanjang satu atau
beberapa satah lingkaran yangkhusus, mengekalkan tekstur tanah
selepas mengelonsor. Gelonsoran boleh juga terjadi pada bahan
tambak yang padat sekiranya lapisan dasarnya secara relatif adalah
lemah.Kegagalan gelosoran mempunyai kaitan yang rapat dengan
pengaruh air bawah tanah.

Aliran

Kegagalan jenis ini terjadi apabila lapisan bahan bumi yang tepu air
berubah sifat menjadi cecair dan bergerak sepanjang cerun. Kejadian
aliran tanah atau puing jarang dilaporkan tetapi kesan yang dapat
dilihat melalui topografi dan fotografi udara menunjukkan kegagalan
jenis ini terutama yang bersaiz kecil ada berlaku di
kawasan pergunungan. Bahan bumi yang terlibat biasanya bersifat
peroi.





Rayapan

Rayapan merupakan fenomena kegagalan cerun yang sangat pelahan.
Purata pergerakan mungin hanya beberapa millimeter setahun dan
hanya melibatkan zon lapisan atas cerun. Rayapan pada lapisan tanah
hasil luluhawa batuan boleh diperhatikan padaanjakan struktur lapisan
tanah. Pada lapisan tanah homogen, pergerakan ini hanya dapat
dikesan berdasarkan anjakan yang terjadi pada struktur atau tumbuhan
yang berada diatasnya.


Kompleks

Kegagalan cerun tanah jenis kompleks merupakan gabungan dua atau
lebih kegagalan-kegagalan di atas. Jenis yang biasa dijumpai ialah
gelinciran-aliran atau gelonsoran-aliran. Mekanisma kegagalan dan
faktor penyebab utama bersesuaian dengan pertambahan rongga pada
tekstur tanah menyebabakan pertambahan air yangseterusnya
mengubah sifat tanah menjadi cecair dan gagal secara aliran.



Kegagalan Cerun Batuan

Kegagalan ini boleh dikategorikan kepada 4 komponen utama iaitu:
a. Kegagalan Lingkaran
b. Kegagalan Satah
c. Kegagalan Baji
d. Jatuhan

Kegagalan Lingkaran

Ianya hampir sama dengan bentuk kegagalan gelonsoran pada cerun
tanah. Cerunyang gagal pada sepanjang satah bentuk lingkaran akibat
daripada faktor keselamatan yang rendah. Kegagalan seperti ini berlaku
pada kawasan batuan lemah atau pada zon batuan hancur

Kegagalan Satah

Kegagalan berlaku sepanjang satah lemah dimana gelinciran boleh
berlaku disepanjang satah perlapisan, satah sesar, kekar atau jenis zon
lemah yang lain. Kegagalan jenis ini berkait rapat dengan orientasi zon
lemah(ketakselanjaran) dan ciri-cirinya.Kegagalan jenis ini mudah
diramal.

Kegagalan Baji

Kegagalan bentuk baji berpunca dari sifat jasad batuan yang sama,
Cuma gelinciran berlaku sepanjang dua atau lebih satah lemah






Jatuhan.

Kegagalan Jatuhan bongkah, piung dan terbalikan terjadi pada cerun
batuan yang sangat curam. Orientasi ketidakselajaran juga berperanan
menyebabkan jatuhan tanah terbalikan. Kehadiran beberapa set kekar
pada jasad batuan sering menghasilkan bongkah atau piung. Bongkah
ini boleh jatuh apabila ketidakstabilan berkurangan akibat pengaruh air
bawah tanah, gegaran dan sebagainya.

Kegagalan Khas

Kegagalan Khas yang biasanya berlaku pada kawasan beriklim tropika
ialahkegagalan hakisan. Kegagalan hakisan merupakan di antara yang
terpenting di sepanjang lebuhraya di Malaysia. Kegagalan boleh terjadi
akibat hakisan keping dan hakisan air laluan. Kegagalan akibat hakisan
air ini meninggalkan kesan yang lebih ketara berbanding hakisan
keping. Hakisan air laluan membentuk alur, takar atau baji dan
memindahkan bahan daripada permukaan cerun lebih banyak daripada
kesan kegagalangelinciran, gelonsoran atau jatuhan. Kegagalan jenis ini
sering dijumpai pada cerun batuan terluluhawa tetapi lebih mudah
terjadi pada cerun tanah sekiranya tidak dikawal.












Rajah 3.4.2 Jenis-Jenis Kegagalan Cerun Batuan dan Kegagalan Khas

You might also like