You are on page 1of 3

Soalan Kajian

Sejauh manakah kaedah Nota Stiker berkesan dalam membantu murid tahun 4
mengingati jenis jenis rumah di negara lain.

Pelaksanaan Tindakan


Instrumen Kajian
Bagi melihat keberkesanan kaedah Nota Stiker yang saya praktikkan, saya telah
memilih empat instrumen kajian untuk digunakan iaitu temubual, ujian, soal selidik dan
jurnal. Kesemua instrumen ini akan digunapakai kepada dua kelas tahun 4 yang
berbeza.

Kaedah Temubual
1. Adakah anda faham tentang tajuk pelajaran pada hari ini?
2. Jika ya, mengapakah bumbung rumah tersebut dibina sebegitu?
3. Adakah Nota Stiker yang diberikan membantu pemahaman anda terhadap topic
ini?

Kaedah Ujian
Sepanjang cuti sekolah yang lalu, Ali dan keluarganya melancong ke beberapa
buah negara. Antara negara yang mereka lawati ialah Mesir, England dan Kanada.
Semasa berada di negara Mesir, Ali mendapati kebanyakkan rumah di situ berbumbung
___________. Menurut pemandu pelancong, rumah tersebut dibina sedemikian kerana
memudahkan penduduk untuk _____________ air hujan.
Ketika Ali melancong ke England pula, beliau melihat semua rumah di situ
mempunyai bumbung berbentuk V terbalik. Pada bumbung itu pula terdapat sebuah
_______________ asap. Ia bertujuan untuk mengalirkan asap dari dalam rumah yang
terhasil daripada pembakaran untuk meningkatkan suhu di dalam rumah.
Seterusnya, Ali telah melawat ke negara Kanada. Di sini, Ali dan keluarganya
berpeluang untuk pergi ke kawasan sejuk di utara negara tersebut. Di kawasan itu, Ali
melihat terdapat beberapa penduduk yang tinggal di dalam sebuah kubah yang dikenali
sebagai _____________. Rumah ini dibina daripada bongkah bongkah ___________
yang disusun sehingga menjadi sebuah rumah.
Jawapan :
1. rata
2. menadah
3. serombong
4. Iglu
5. Ais
Kaedah Soal Selidik
Skala markah:
1. Sangat tidak setuju
2. Tidak setuju
3. Tidak pasti
4. Setuju
5. Sangat setuju
Bil. Item Soalan
Markah
1 2 3 4 5
1
2
3
4
5

Kaedah Jurnal

You might also like