You are on page 1of 10

Cadangan Peraturan Pemarkahan Kertas 3 Bab 7

1. Pengenalan/Latar belakang sistem demokrasi berparlimen


...Selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963,jentera pentadbiran kerajaan telah
diperkemaskan.
...sistem pemerintahan dan pentadbiran negara selepas merdeka adalah berlandaskan
sistem pemerintahan demokrasi berparlimen.
...Negara demokrasi lahir daripada perjuangan berasaskan kedaulatan rakyat.
...Terdapat dua corak pemerintahan demokrasi.
...Sistem Raja Berpelembagaan,iaitu sistem pemerintahan yang mengekalkan raja sebagai
pemerintah tertinggi negara dan negeri.
...Pemerintah dibantu oleh Perdana Menteri.
...Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan
sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
...Demokrasi berparlimen brmaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan
negara.
...Raja-raja Melayu menjadi lambing taat setia rakyat
...Rakyat berpeluang membentuk kerajaan.
...Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihanraya.
...Rakyat berhak menyokong,mengekal atau menukarkan kerajaan yang sedia ada melalui
pilihan raya.
...Perlembagaan Malaysia menjadi garis panduan sistem pemerintahan demokrasi
berparlimen di Malaysia.
...Beberapa pindaan perlembagaan dibuat untuk menyesuaikan sistem pentadbiran dengan
perkembangan politik semasa.
...Sistem demokrasi berparlimen berjaya mengekalkan kerajaan yang adil,sejahtera dan
stabil.
[15x1m][Maksimum:5 markah]
2. Ciri-ciri sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen
(a) Perlembagaan
...Maksud perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi jyang menjadi asas kepada
pembentukan sesebuah kerajaan.
...Tujuan perlembagaan menjadi dokumen rasmi negara
...terdiri daripada segala peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan untuk
melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara.
...Menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat melalui peruntukan yang
terkandung di dalamnya.
...Perlembagaan Malaysia diperkenalkan pada 16 September,1963 yang mempunyai 183
perkara.
...perlembagaan ini terdiri daripada peruntukan seperti Senarai Kerajaan
Persekutuan,Kerajaan Negeri dan Senarai Bersama.
...Institusi Yang di-Pertuan Agong,Parlimen,Jemaah Menteri,dan Badan Kehakiman.
...Perlembagaan Malaysia telah membuat pembahagian kuasa antara Kerajaan
Persekutuan dengan Kerajaan Negeri kerana Malaysia merupakan sebuah negara
persekutuan.
...Negeri-negeri yang bergabung dengan Persekutuan Malaysia diberikan hak,kuasa dan
tanggungjawab seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Negeri.
Keluhuran Perlembagaan
...Bermaksud keagungan dan ketertinggian undang-undang atau perlembagaan itu sendiri.
...Bukti keluhuran perlembagaan (ketertinggian perlembagaan Malaysia)
...Kuasa Parlimen,kedudukan Yang di-Pertuan Agong,kuasa perundangan dan kebebasan
asasi diperuntukkan oleh Perlembagaan.
...Parlimen memperoleh kuasa daripada Perlembagaan.
...Yang di-Pertuan Agong tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia.
...Keluhuran Perlembagaan Malaysia mengatasi Yang di-Pertuan Agong,Parlimen,Jemaah
Menteri dan mahkamah.
...Semua jenis undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan Malaysia adalah
tidak tidak sah.
...Undang-undang Negeri mestilah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan Perkara
75 menyatakan bahawa undang-undang negeri yang bertentangan dengan dengan
Perlembagaan Persekutuan adalah terbatal dengan sendirinya.
...Perlembagaan Malaysia memperuntukkan kuasa kepada mahkamah untuk membatalkan
akta yang diluluskan di luar bidang kuasa parlimen atau bercanggah dengan
Perlembagaan Malaysia.
...Mahkamah berkuasa menentukan kesahihan setiap undang-undang bagi menjamin
keluhuran dan ketertinggian Perlembagaan Malaysia.

Kepentingan Perlembagaan
...Menentukan rangka dan bentuk kerajaan.
...Perlembagaan menjamin kestabilan sesebuah negara dengan menentukan rangka dan
bentuk pentadbirannya.
...Perlembagaan membantu dalam menjamin kecekapan,kejujuran,ketelusan,serta
kelicinan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah kerajaan.
...Setiap pemimpin memerlukan panduan semasa memerintah supaya pemerintahannya
menepati kehendak perlembagaan dan dan aspirasi rakyat.
...Perlembagaan Malaysia menjamin taat setia yang tidak berbelah bagi kepada negara
supaya semangat patriotism dapat dibentuk.
...Perkara 24,Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa seseorang yang mempunyai
kerakyatan negara lain akan dilucutkan kewarganegaraannya.
...Perkara 25 menyatakan bahawa seseorang warganegara boleh dilucutkan kerakyatannya
jika terbukti tidak setia kepada negara ini.
...Perkara ini bertujuan supaya rakyat memberikan sepenuh kesetiaan kepada tanah air
untuk mengekalkan identity negara dan bangsa Malaysia.
...PerlembagaanMalaysia turut menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat di negara ini.
...Perlembagaan membolehkan rakyat mengetahui had kebebasan mereka di sisi undang-
undang.
...Menjaga dan memelihara hak istimewa dan kedudukan
...Perkara 153 dalam Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahawa Yang di-Pertuan
Agong berperanan menjaga dan memelihara hak istimewa dan kedudukan orang Melayu
dan bumiputera Sarawak dan Sabah.
...Hak istimewa ini termasuk pemberian jawatan dalam perkhidmatan
awam,biasiswa,kemudahan pendidikan dan pemberian lessen perniagaan dan
perdagangan.
...Perlembagaan juga memastikan Perkara 153 dilaksanakan dengan berhati-hati supaya
pelaksanaannya tidak mengabaikan kaum-kaum yang lain.
...Menjamin kerjasama,kesepakatan,dan kepentingan bersama.
...Perlembagaan Malaysia juga menjamin kerjasama,kesepakatan,dan kepentingan
bersama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.
...Perlembagaan menjadi rujukan utama dalam penggubalan undang-undang Persekutuan
dan Negeri utuk membolehkan sistem pentadbiran negara dapat diselaraskan tanpa
sebarang perbalahan.
...Pembahagian ini turut menjelaskan bahawa Perlembagaan Negeri tidak boleh
bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
...Menjamin hak istimewa orang Melayu dan bumiputera tidak dipersoalkan.
...Perlembagaan Malaysia menjamin kedudukan hak istimewa orang Melayu dan
bumiputera d Sarawak dan Sabah tidak dipersoalkan.
...Jaminan ini telah ditetapkan dalam Perlembagaan Malaysia sebelum Sabah dan
Sarawak menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.
...Kerajaan Persekutuan menggunakan senarai kuasanya dalam bidang pendidikan dan
kesihatan untuk membantu memesatkan pembangunan di Sarawak dan Sabah
menyebabkan pembangunan yang pesat berlaku dalam bidang pendidikan,kesihatan dan
perkhidmatan pos,telekom dan polis terutamanya di kawasan pedalaman.

Pindaan Perlembagaan
...Sejak tahun 1957,Perlembagaan Malaysia telah dipinda beberapa kali untuk melindungi
kepentingan rakyat.
...menjaa keselamatan negara
...melicinkan urusan pentadbiran negara.
...pindaan menjadikan perlembagaan sebagai undang-undang yang munasabah dan
kandungannya dipatuhi oleh rakyat dengan rela hati.
...bagi melarang perkara sensitive dipersoalkan secara terbuka seperti pemerintahan
beraja,agama Islam,kedudukan bahasa Melayu,hak istimewa orang Melayu.
...Parlimen telah meluluskan pindaan Akta Hasutan 1970 yang mengehadkan seseorang
individu daripada bercakap sewenang-wenangnya sehingga menyentuh perkara sensitive
yang boleh menimbulkan perbalahan antara kaum di negara ini.
...Tujuannya ialah untuk memelihara keselamatan,ketenteraman dan keharmonian
masyarakat berbilang kaum di negara kita.
...Pindaan terbesar yang dibuat ialah pemansuhan imuniti (kekebalan) bagi Yang di-
Pertuan Agong dan Raja yang memerintah negeri daripada kesalahan jenayah.
[50x1m][Maksimum:10 markah]

(b) Raja Berpelembagaan
...Maksud Raja Berpelembagaan ialah sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan
dalam Perlembagaan Malaysia.
...Jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan sejak tahun 1957
...Yang di-Pertuan Agong merupakan tonggak negara dan Ketua Utama Negara.
...simbol keutuhan perpaduan rakyat.
...Yang di-Pertuan Agong bertindak berdasarkan Perlembagaan Malaysia dan atas nasihat
Perdana Menteri.
...Dalam menjalankan tugasnya,Yang di-Pertuan Agong tidak boleh bertindak sendiri
kecuali dalam perkara tertentu yang memerlukan budi bicara baginda dalam membuat
keputusan.
...Yang di-Pertuan Agong dipilih daripada kalangan sembilan orang Raja Melayu
daripada sembilan buah Negeri Melayu secara bergillir-gilir.
...Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dibuat mengikut peruntukan dalam perlembagaan
Malaysia.
...Bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.
...Yang di-Pertuan Agong mempunyai tiga badan kerajaan iaitu Badan
Perundangan(Legislatif),Badan Pemerintah (Eksekutif) dan Badan Kehakiman (Judisiari)
...Baginda merupakan Ketua Tertinggi angkatan Bersenjata.Yang di-Pertuan Agong
berkuasa mengampunkan dan menangguhkan sesuatu hukuman terhadap kesalahan yang
dibicarakan oleh Mahkamah tentera.
...Baginda bertanggungjawab menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa
orang Melayu.Baginda boleh menitahkan Majlis Raja-Raja Melayu mengadakan
mesyuarat bagi membincangkan keistimewaaan,kedudukan,kehormatan dan kemuliaan
Raja-Raja Melayu.
...Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua Agama Islam bagi negeri baginda
sendiri,Pulau Pinang,Melaka,Wilayah Persekutuan,Sarawak dan Sabah.
...Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik Perdana
Menteri.Baginda mempunyai kuasa melantik dan melucutkan jawatan Jemaah Menteri
dan Timbalan Menteri setelah mendapat nasihat Perdana Menteri.
...Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan undang-undang darurat di bawah
Undang-undang X jika mendapati keselamatan negara terancam.
...Baginda melantik pengerusi dan tiga orang ahli Suruhanjaya Pilihan Raya,ahli
Perkhidmatan Kehakiman,serta Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam.Baginda bertanggungjawab melantik Peguam Negara dan seorang
Ketua Audit Negara bagi Persekutuan.Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa tertinggi
untuk mentauliahkan duta-duta negara kita.
...Sistem Raja Berpelembagaan merupakan tonggak keagungan kerajaan Malaysia
sehingga kini,
...Sistem ini membantu memantapkan kewibawaan institusi beraja di negara kita di
samping memberikan keseimbangan kepada raja yang menaungi rakyat dan rakyat yang
dinaungi oleh raja.
[19x1m][Maksimum:10 markah]

(c) Kuasa Pemerintahan
...Malaysia merupakan negara demokrasi berparlimen yang mengamalkan konsep
pengasingan kuasa.
...Kuasa pemerintahan dibahagikan kepada tiga cabang,iaitu Badan Perundangan,Badan
Pelaksana,dan Badan Kehakiman.
...Ketiga-tiga badan ini harus dipegang oleh pihak yang berasinagan untuk mengelakkan
pembolotan kuasa.

Badan Perundangan
...Perundangan merujuk kepada undang-undang yang digubal oleh badan perundangan
yang dipertanggungjawabkan oleh perlembagaan.
...Fungsi badan perundangan ialah menggubal undang-undang bagi menjamin keadilan
dan kesejahteraan rakyat.
...Parlimen merupakan badan perundangan yang bertanggungjawab menggubal undang-
undang di Malaysia.
...Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong,Dewan Negara dan dewan Rakyat.

Dewan Negara
...Dewan Negara atau Senat merupakan dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan
negara kita.
...Dewan Negara mempunyai 69 orang ahli,26 orang ahli dipilih daripada 13 buah
negeri,iaitu dua orang setiap negeri.
...Ahli ini dipilih oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada kalangan ahli DUN
...Dua orang ahli dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong untuk mewakili Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur dan seorang lagi mewakili Wilayah Persekutuan Labuan.
...40 orang ahli dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong yang terdiri daripada individu yang
telah member sumbangan yang cemerlang dalam perkhidmatan awam,bidang professional
atau bidang tertentu seperti perniagaan,perusahaan,pertanian,kesenian dan kebajikan atau
yang mewakili sesuatu kumpulan minoriti seperti orang asli.
...Ahli Dewan Negara digelar Senator dan mereka dilantik tanpa bertanding dalam pilihan
raya.
...Seorang Senator memegang jawatannya bagi tempoh 3 tahun
...Senator mesti berumur sekurang-kurangnya 30 tahun
...Taraf senator sama dengan ahli Parlimen
...Senator boleh dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri.

Dewan Rakyat
...Dewan rakyat merupakan dewan terpenting kerana ahlinya dipilih oleh rakyat dalam
pilihan raya umum.
...Dewan rakyat mempunyai 219 orang ahli yang mewakili semua kawasan pilihan raya di
seluruh negara.
...Tempoh jawatan bagi anggota Dewan Rakyat ialah 5 tahun
...Tugas utama Dewan Rakyat ialah menggubal dan meluluskan undang-undang pada
peringkat Dewan Rakyat.
...Undang-undang yang dibuat oleh Parlimen dikenal sebagai Akta
...Undang-undang yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri dinamakan Enakmen
...Undang-udang yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri di Sarawak dan Sabah
dinamakan Ordinan

Badan Pelaksana (Eksekutif)
Kabinet(Jemaah Menteri)
...Jemaah Menteri,atau cabinet merupakan badan pelaksana dasar-dasar kerajaan.
...Kabinet merupakan pembuat dasar tertinggi negara
...Tugas Jemaah Menteri, atau Kabinet ialah menggubal dasar-dasar kerajaan dalam
semua perkara.
...Perdana Menteri merupakan Ketua Jemaah Menteri.


Kementerian
...Perdana Menteri,atau Timbalan Perdana Menteri mengetuai sebuah atau beberapa
kementerian.
...Setiap kementerian bertnggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan,merancang dan
menyelaraskan program pembanguan ekonomi dan sosial di negara kita.
...Pada masa ini,terdapat 26 buah kementerian yang bertanggungjawab dalam semua
perkara
...Setiap kementerian diketuai oleh seorang Menteri dan dibantu oleh Timbalan
Menteri,Setiausaha Parlimen, dan Setiausaha Politik.
...Seseorang Menteri yang tidak diberikan tugas dalam kementerian tertentu dikenal
sebagai Menteri Tak Berportfolio
...Menteri Tak Berportfolio akan diberikan tugas-tugas tertentu oleh Perdana Menteri.

Perkhidmatan Awam
...Perkhidmatan Awam Malaysia diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara yang
bertanggungjawab mengawasi perjalanan kementerian dan jabatan kerajaan.
...Pada peringkat kementerian,pentadbirannya diketuai oleh Ketua Setiausaha
Kementerian.
...Ketua Setiausaha Kementerian dibantu oleh kakitangan kerajaan yang dikenal sebagai
kumpulan pegawai perkhidmatan awam.
...Semua kakitangan awam bertanggungjawab melaksanakan dasar dan tugas yang
ditetapkan oleh kerajaan.

Jabatan Kerajaan
...Jabatan Kerajaan diketuai oleh Ketua Jabatan yang dikenal sebagai Ketua Pengarah
...Sesebuah Kementerian pada kebiasaannyamempunyai jabatan pada peringkat
pusat,negeri dan daerah.

Badan Berkanun
...Badan Berkanun merupakan badan separuh kerajaan yang mempunyai kuasa autonomi
tertentu
...Badan berkanun mempunyai peruntukan kewangan sendiri
...Badan ini ditadbir oleh sebuah Lembaga Pengarah yang bertanggungjawab kepada
Menteri yang berkenaan
...Badan berkanun mempunyai pelbagai tugas dan tanggungjawab yang besar untuk
mempercepat pentadbiran dan program pembangunan di bawah rancangan lima tahun
kerajaan.
...Contoh badan berkanun ialah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia
(MIDA)/Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)/Institut Penyelidikan Perhutanan
Malaysia(FRIM)

Suruhanjaya
...Beberapa suruhanjaya ditubuhkan untuk mengendalikan urusan pelantikan
...menguruskan kenaikan pangkat
...mamantau disiplin dalam kakitangan awam
...Contoh-contoh suruhanjaya ialah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam/Suruhanjaya
Perkhidmatan Pendidikan/Suruhanjaya Pasukan Polis dan Majlis Angkatan Tentera.
Badan Kehakiman
...Badan kehakiman mempunyai kuasa mendengar dan menentukan perkara sivil dan
jenayah
...perkara sivil berkaitan dengan saman (biasanya memerlukan affidavit) manakala
perkara jenayah pula melibatkan kanun keseksaan
...Menentukan kesahihan undang-undang yang dibuat oleh badan perundangan dan pihak
badan pelaksana.
...mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri
...Sistem mahkamah diwujudkan oleh Perlembagaan Malaysia untuk melaksanakan tugas
kehakiman di Malaysia.
...Tugas-tugas Mahkamah ialah mentafsir perlembagaan negara
...mentafsir undang-undang
...mengisytiharkan undang-undang bertulis Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri
...mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah di sisi undang-undang
...Mahkamah tidak boleh meminda undang-undang kerana pindaan tertakluk pada badan
perundangan atau Parlimen
...Sistem mahkamah di Malaysia disusun mengikut hierarki piramid
...Melalui sistem ini,individu atau kumpulan yang tidak berpuasa hati dengan perjalanan
mahkamah boleh membuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi.
...Semua hakim dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri
...Urusan Perlantikan,kenaikan pangkat,dan pelucutan jawatan terletak di bawah kuasa
Yang di-Pertuan Agong
...Seseorang hakim tidak boleh dipecat sewenang-wenangnya tanpa sebarang sebab yang
munasabah
...Hakim tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam politik supaya hakim dilindungi
daripada pengaruh politik.Justeru itu kadialan dan kesaksamaan undang-undang terjamin
...Peguam Negara merupakan penasihat undang-undang kerajaan
...Peguan Negara juga akan menjadi Pendakwa Raya atau Peguam Bela bagi kerajaan
...Peguam Negara dibantu oleh Pegawai Perkhidmatan Undang-Undang dan Kehakiman.
[68x1m][Maksimum:10 markah]


3. Bidang kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam
memajukan negara.

Kerajaan Persekutuan
...Perlembagaan Persekutuan memberikan peruntukan yang luas kepada Kerajaan
Persekutuan berhubung dengan pentadbiran negara
...Pentadbiran negara meliputi semua aspek perkhidmatan seperti perkhidmatan
ekonomi,sosial,keselamatan dan pendidikan.
...Badan Pelaksana atau Eksekutif mempunyai tugas untuk menjalankan kuasa-kuasa
eksekutif mengikut perlembagaan dan undang-undang yang sedia ada.
...Mengikut Perlembagaan Persekutuan.kuasa eksekutif bagi Kerajaan Persekutuan
terletak pada Yang di-Pertuan Agong
...Kabinet atau Jemaah Menteri ialah badan yang menjalankan kuasa eksekutif yang
dipegang oleh Yang di-Pertuan Agong
...Jemaah Menteri ini diketuai oleh seorang Perdana Menteri daripada kalangan ahli
Dewan Rakyat.
...Pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia terletak di Putrajaya.
...Senarai Persekutuan memuatkan bidang kuasa Persekutuan iaitu hal ehwal luar negeri
(hubungan luar)
...Pertahanan
...Keselamatan dalam negeri
...Pentadbiran dan keadilan
...Kerakyatan negara
...Pilihan raya negara
...Kewangan
...Perniagaan,perdagangan dan perusahaan
...Jabatan ukur dan penyelidikan
...Kerja raya dan tenaga pusat
...Pelajaran
...Kesihatan
...Keselamatan buruh dan sosial
...Orang asli
...Hal-hal lain

Kerajaan Negeri
...Perlembagaan Malaysia memperuntukkan kuasa eksekutif kepada setiap negeri
...Kuasa eksekutif peringkat negeri terletak pada Raja atau Sultan atauYang Dipertua
Negeri
...Menteri Besar atau Ketua Menteri dilantik oleh raja atau Yang di-Pertua Negeri
daripada kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mendapat kepercayaan
majoriti ahli dewan tersebut.
...Urusan pentadbiran negeri terletak pada perlembagaan negeri seperti mana yang
diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan.
...Majlis Mesyuatrat Kerajaan Negeri (EXCO) di Semenanjung Malaysia,Majlis Tertinggi
di Sarawak dan Kabinet di Sabah mempunyai sebilangan ahli DUN serta tiga orang
pegawai kerajaan (ex-officio),iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri,Pegawai Kewangan
Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri yang berperanan menjalankan dasar
pentadbiran negara di peringkat negeri.
...Senarai Negeri terdiri daripada bidang kuasa yang diperuntukkan kepada Kerajaan
Negeri iaitu Undang-undang Islam.
...Tanah
...Pertanian dan perhutanan
...Kerajaan Tempatan
...Perkhidmatan tempatan
...Kerajaan negeri
...Hari cuti negeri
...Undang-undang negeri
[36x1m][Maksimum:15 markah]


4. Bagaimana kita memanfaatkan demokrasi berparlimen untuk mewujudkan
kestabilan politik di Malaysia?
...Terdapat tiga komponen utama iaitu Badan Perundangan/Badan Pelaksana/Badan
Kehakiman
...Mengamalkan konsep pengasingan kuasa
...Dapat mengelakkan pembolotan kuasa
...Pilihan raya diadakan
...Rakyat berkuasa untuk memilih wakil rakyat untuk memerintah
...Rakyat memilih ahli Dewan Rakyat
...Rakyat memilih Ahli Dewan Undangan Negeri
...Rakyat berhak menentukan corak pemerintahan
...Keamanan negara dapat diwujudkan
...Undang-undang negara terpelihara
...Perlembagaan menjadi garis panduan untuk memerintah negara
...Membentuk kerajaan yang adil dan stabil
...Raja menjadi lambing taat setia rakyat
...Undang-undang menjamin keselamatan
...Undang-undang melindungi kepentinagan rakyat
...Undang-undang membantu melicinkan urusan pentadbiran negara
[17x1m][Maksimum:15 markah]
[Terima mana-mana jawapan yang munasabah]

5. Kejayaan yang dicapai oleh negara kesan daripada kestabilan politik
...Kemajuan ekonomi
...Sektor perindustrian berkembang
...Industri pertanian pesat membangun
...Sektor pelancongan menjana ekonomi negara
...Hubungan antarabangsa meluas
...Mendapat pengiktirafan negara luar
...Pemimpin diiktiraf masyarakat antarabangsa
...Perpaduan kaum dipupuk
...Kehidupan rakyat harmoni
...Kecemerlangan institusi pendidikan
...Kemajuan sistem pengangkutan
...Perhubungan/komunikasi meluas
...Industri perkapalan berkembang
...Sektor perlombongan digiatkan
[14x1m][Maksimum:10 markah]
[Terima mana-mana jawapan lain yang munasabah]

6. (a) Cabaran menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju
...Nilai mata wang turun naik
...Kanaikan harga barangan
...Persaingan dengan negara maju
...Peluang menembusi pasaran antarabangsa
...Masih bergantung kepada teknologi luar
...Teknologi masih rendah
...Masalah menarik pelabur asing
...Masalah gejala sosial
[8x1m][Maksimum:5 markah]
[Terima mana-mana jawapan lain yang munasbah]

(b) Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran
...Meningkatkan penyediaan dan pembangunan (R&D)
...Menguasai pelbagai teknologi terkini
...Memperkukuh peranan negara sebagai hub halal
...Melahirkan modal insan
...Memperkenal dinar emas
...Mendapatkan hak milik/paten
...Memperluas perbankan Islam
...E-dagang
...Menambah bilangan tenaga professional
[10x1m][Maksimum:5 markah]
[Terima mana-mana jawapan lain yang munasabah]

7. Penerapan nilai-nilai murni/iktibar/patriotisme
...Sedia menerima perubahan yang positif
...Kepentingan memelihara perpaduan
...Mengekalkan kedaulatan negara
...Bekerjasama meamjukan negara
...Memelihara kemakmuran
...Taat setia kepada pemerintah
...Patu kepada undang-undang
...Berbangga sebagai warganegara
...Kepentinag menguasai pelbagai ilmu pengetahuan
...Menyanjung tinggi kepada raja
...Bertoleransi
...Permuafakatan
[12x1m][Maksimum:10 markah]
[Terima mana-mana jawapan lain yang munasabah]

8. Rumusan
...Pengetahuan yang diperoleh
...Iktibar kepada diri,bangsa dan negara
...Harapan untuk masa depan ekonomi Malaysia yang lebih cemerlang.

You might also like