You are on page 1of 2

Artikel 1

Gaji Minimum: Malaysia Tidak Akan Muflis


SERI KEMBANGAN: Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata
dasar gaji minimum yang akan dilaksanakan kelak tidak akan menyebabkan ekonomi
Malaysia muflis.
Beliau juga memberi jaminan bahawa dasar itu tidak akan memberi kesan buruk kepada
ekonomi negara secara keseluruhan.
"Anda mesti menyedari bahawa kita (Malaysia) bukanlah negara pertama memperkenalkan
gaji minimum. Negara-negara seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom telah lama
melaksanakan dasar sedemikian.
"Ekonomi negara berkenaan tidak muflis. Maka, untuk menyatakan ekonomi negara akan
muflis (kerana melaksanakan dasar gaji minimum) adalah tidak benar," katanya kepada
pemberita selepas menyampaikan sijil tamat latihan Program Pelatih Penyiaran Astro 2011 di
sini, Isnin.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kebimbangan terhadap pelaksanaan dasar gaji
minimum akan memberi kesan negatif kepada produktiviti dan ekonomi negara.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini dilaporkan melahirkan
kebimbangannya bahawa Malaysia mungkin menghadapi kesukaran kewangan yang serius
atau menjadi muflis jika kerajaan membayar lebih kepada yang kurang bekerja.
Subramaniam berkata memandangkan Malaysia bergerak ke arah matlamat menjadi negara
berpendapatan tinggi, negara ini seharusnya bersaing dengan negara maju seperti Singapura
atau Taiwan, dan bukannya membandingkan dengan negara seperti Vietnam atau Kemboja.
"Gaji kita pada masa ini adalah lebih rendah. Bagi saya, kita seharusnya bersaing pada
peringkat tinggi seperti Singapura, Taiwan, Jepun dan Korea Selatan. Kita mahu rakyat
memperoleh gaji yang lebih daripada gaji minimum dan bukannya pada gaji minimum,"
katanya.
Oleh yang demikian, kata beliau negara akan mempunyai keupayaan untuk menambah gaji
dan pada masa yang sama memperkembangkan ekonomi Bernama (5 Mac 2012)

Artikel 2
Persatuan Gesa Kerajaan Laksana Dasar Gaji Minimum Berperingkat
Dasar gaji minimum negara haruslah diperkenalkan secara berperingkat bagi memberi masa
kepada syarikat dan perniagaan untuk membuat pelarasan, kata sekumpulan 16 persatuan
perniagaan dan pengeluar.
Jurucakapnya, Lim Kok Boon, berkata walaupun kumpulan itu menyambut baik dasar baru
itu sebagai cara ke arah mencapai hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia negara

berpendapatan tinggi, namun apa yang menjadi persoalannya sekarang ialah cara
pelaksanaan.
Lim, yang juga presiden Persatuan Pengeluar Plastik Malaysia berkata, syarikat dan
perniagaan perlulah diberikan masa untuk membuat pelarasan, jika tidak, syarikat dan
perniagaan terpaksa mencari cara lain untuk mengurangkan kos dan ini mungkin
mengakibatkan pekerja kehilangan pekerjaan.
"Kami bimbang produktiviti akan merosot dengan ketara berikutan pelaksanaan dasar itu.
"Ini akan meningkatkan kos pengeluaran dan menjadikan kami tidak berdaya saing," katanya.
Beliau berkata, masa terbaik untuk melaksanakan dasar seperti gaji minimum ialah ketika
ekonomi berkembang.
"Oleh kerana ekonomi dunia masih belum pulih sepenuhnya, banyak pengeksport terpaksa
bersaing dari segi harga dan tidak akan dapat memindahkan pertambahan kos ini kepada
pelanggan mereka," katanya.
Lim berkata, kenaikan gaji yang mendadak dan besar akan mengakibatkan sebanyak 200
syarikat kecil pengeluaran plastik yang ditakrifkan sebagai mempunyai kurang daripada 50
pekerja, gulung tikar.
"Ini akan mengakibatkan ekonomi kehilangan 10,000 pekerjaan," kata beliau.
Kata Lim, dengan pelaksanaan dasar ini, 10,000 pekerjaan dalam syarikat bersaiz sederhana
hingga besar menghadapi risiko memandangkan keperluan membayar gaji yang lebih tinggi.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata dasar gaji minumum bagi
pekerja sektor swasta akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bulan
ini Bernama (6 Mac 2012)

You might also like