You are on page 1of 7

TUGASAN

________________________________________________________________________
HBLS2203_V2
REKA CIPTA
SEMESTER SEPTEMBER 2014
________________________________________________________________________
ARAHAN KEPADA PELAJAR

1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa modul
bercetak kursus ini.
2. Jawab dalam bahasa Melayu.
3. Muat turunkan templat tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk
penyediaan dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan
menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5.
4. Tugasan anda hendaklah mengandungi 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk
rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin
soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda. Pemeriksa tidak akan membaca jawapan
tugasan yang melebihi had patah perkataan yang dibenarkan. Jumlah perkataan hendaklah
dinyatakan di penghujung tugasan anda.
5. Anda dikehendaki menghantar tugasan KEPADA TUTOR BERSEMUKA. Anda
dinasihatkan menyimpan salinan tugasan yang diserahkan untuk rujukan sendiri.
6. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 14hb - 16hb November 2014 atau Tutorial 4.
Serahan selepas 16hb November 2014 atau Tutorial 4 TIDAK akan diterima.
7. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda
juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri.

PENILAIAN
Tugasan ini menyumbang sehingga 40% daripada jumlah markah kursus berkenaan dan
akan dinilai berdasarkan kepada Rubrik atau Skema Jawapan yang dilampirkan.
Anda akan diberikan maklum balas tentang tugasan ini sebelum Peperiksaan Akhir
Semester bermula.
PLAGIARISME: POTONGAN MARKAH
Amaran: Tugasan yang diserahkan, secara automatik, akan disemak untuk menentukan
kadar pertindihan. Jika plagiarisme dikesan, markah akan dipotong seperti berikut:

Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 10 - 30%: potongan 20% daripada


jumlah markah yang diperoleh.
Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 31 - 50%: potongan 40% daripada
jumlah markah yang diperoleh.
Tugasan dengan pertindihan kandungan lebih daripada 50%: Markah sifar akan
diberikan.

SOALAN TUGASAN
Reka bentuk tempat penyimpanan alat tulis merupakan asas reka cipta yang banyak
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran reka cipta di sekolah, samada di sekolah
rendah mahu pun menengah. Tempat simpanan alat tulis dapat memberikan gambaran yang
jelas kepada pelajar mahu pun guru kerana mereka mempunyai pengalaman mengguna,
melihat dan mengkaji pelbagai reka bentuk dan fungsi disekeliling mereka.

Tugasan anda adalah untuk mereka cipta atau mereka bentuk satu projek tempat
penyimpanan alat tulis, yang dapat menunjukkan kelainan dari segi reka bentuk atau
kefungsian berbanding dengan yang sedia ada. Inovasi atau pun invensi ciptaan anda
mestilah asli.

Spesifikasi tugasan anda mestilah memenuhi semua keperluan seperti berikut:


(a) Menyediakan dokumentasi projek reka cipta
(b) Menghasilkan model tempat penyimpanan alat tulis. (mengikut skala yang sesuai)

(a) Pendokumentasian - 60 markah


Format dan kandungan dokumentasi adalah seperti berikut:
1. Tajuk
2. Latar belakang projek
-

Pengenalan umum projek yang dihasilkan

Kajian tentang projek seumpamanya yang sedia ada

3. Lakaran (Gunakan buku lakaran idea yang sesuai)


-

Lakaran idea (sekurang-kurangnya 3 lakaran idea)

Lakaran perkembangan idea

Lakaran projek pilihan

4. Lukisan kerja (Lukisan Berbantu komputer CAD)


-

Lukisan Ortografik lengkap berskala dan berdimensi

Lukisan Isometri

5. Matlamat

6. Objektif
7. Kefungsian dan kegunaan
-

Bagaimana projek berfungsi

Apa kegunaan utama projek

Apa kelebihan berbanding yang sedia ada

8. Diskripsi projek
-

Kaedah pembinaan projek

Bahan dan alatan yang digunakan

Kelebihan pemilihan rupa bentuk projek

9. Carta gantt/jadual kerja


10. Anggaran kos
11. Cadangan penambahbaikkan projek
12. Rumusan dan refleksi
13. Rujukan
14. Lampiran

(b) Model Ringkas Projek BBM - 40 markah


Spesifikasi model projek adalah seperti berikut:
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Siap sepenuhnya sepertimana lukisan kerja


Spesifikasi dan ukuran tepat
Keaslian
Kesesuaian bahan
Mempunyai nilai-nilai estatik dan egronomik
Rupa bentuk menarik
- Tekstur
- Kefungsian
- Keselesaan
- Keselamatan
7. Nilai-nilai komersial
8. Kekemasan akhir
- Pemilihan warna
- tekstur
- harmoni dan kontras
- Kesesuaian

***Rajah 1, Rajah 2 dan Rajah 3 di bawah menunjukkan contoh model projek reka
bentuk tempat penyimpanan alat tulis.

Sumber: http://www.vanhomy.com/unique-rack-table
Rajah 1

Sumber: http://www.planhangers.co.uk/stationery-item/bobby-trolley-4-tier-with-6-drawer/266

Rajah 2

Sumber:http://www.aliexpress.com/item/25-26-29cm-Multifunctional-home-storage-rack

Rajah 3

Sumber: http://kemahiran.wordpress.com/2011/01/31/reka-cipta-tingkatan-3-modul-4/

Rajah 4: Contoh 3 lakaran akhir projek


[Jumlah: 100 markah]
*Jumlah markah akan ditukar kepada 40%

PANDUAN PELAJAR
1. Tugasan ini mengandungi SATU soalan sahaja. Anda perlu menjawab kedua-dua
bahagian soalan.
Soalan 1(a) Pendokumentasian (60%)
Soalan 1(b) Model Projek BBM (40%)
2. Bagi Soalan 1(a):
-

Pastikan tugasan anda memenuhi kesemua format yang telah ditetapkan

Sediakan buku lakaran idea dengan 3 lakaran idea, perkembangan idea dan
lakaran lengkap projek pilihan akhir berdimensi

Dua Lukisan kerja iaitu Lukisan Ortografik dan Lukisan Isometri dilukis
menggunakan aplikasi CAD

Dapatkan dua reka bentuk projek tempat penyimpanan alat tulis sedia ada
yang seumpamanya samada carian dari internet atau bahan bercetak lain.

Nyatakan dengan jelas kefungsian projek dan rasional/kelebihan kenapa reka


bentuk tersebut dipilih

Jelaskan proses reka bentuk projek anda

Buat senarai bahan yang lengkap dengan menyatakan rasional/kelebihan


bahan tersebut

Nyatakan senarai alatan yang digunakan.

Buat cadangan penambahbaikkan dimasa hadapan. Membuat rumusan dan


refleksi pembinaan projek tersebut

3. Bagi Soalan 1(b)


-

Projek mestilah disiapkan sepenuhnya menepati lukisan kerja dengan


mengikut spesifikasi dan ukuran.

Gunakan bahan yang sesuai dan reka bentuk yang asli

Mesti mempunyai nilai-nilai estatik, egronomik dan rupa bentuk yang menarik
dari segi kefungsian, keselamatan dan tekstur

Reka bentuk yang mempunyai nilai-nilai komersial yang tinggi

Gunakan kemasan akhir yang sesuai

Dapat menunjukkan kefungsian projek dengan jelas

4. Kaedah penjilidan dan kandungan muka depan bagi pendokumentasian soalan


1(a) adalah sama seperti tugasan-tugasan lain.

You might also like