You are on page 1of 6

Jennifer Tiansin

Assignment 1
Discuss about scientific literacy as the central issue in science education and its implication
in Malaysian science education.

Maksud dan Konsep Literasi Saintifik


Maksud literasi saintifik telah cuba diulas oleh ramai pengkaji selama hampir empat dekad.
Walaupun perkataan ini mudah diungkapkan, namun memberikan definisi atau maksud yang
tepat tidak semudah yang disangka dan amat sukar untuk memberikan definisi secara
menyeluruh yang dapat mewakili dan diterima oleh semua golongan masyarakat. Malah,
terdapat pengkaji yang menggunakan konsep literasi saintifik secara sinonim dengan literasi
sains. Sebagai contoh, American Association for the Advancement of Science. (1989 ; dalam
(Holbrook & Rannikmae, 2009) menggunakan terma literasi sains untuk merujuk kepada
literasi saintifik walaupun sesetengah ahli akademik mentafsirkan literasi saintifik dan literasi
sains tidak boleh digunakan secara sinonim.
Sebagai contoh, Maienschein (1998) menggambarkan literasi sains sebagai suatu
yang berjangka pendek kerana literasi sains boleh ditafsirkan sebagai mengetahui ilmu sains
berbanding dengan literasi saintifik yang digambarkan bersifat jangka panjang. Literasi sains
adalah berkaitan dengan matlamat dalam pendidikan sains manakalan literasi saintifik pula
merupakan sesuatu yang berkaitan dengan pendekatan untuk mencapai literasi sains (Liu,
2009).

National Science Teachers Association (NSTA) pula menyatakan bahawa;


Scientifically and technologically literate person needs
intellectual capability but that other attributes are also
important.

National Science Education Standards pula memberikan definisi literasi saintifik

sebagai:

Scientific Literacy means that a person can ask, find, or


determine answers to questions derived from curiosity
about everyday experiences. It means that a person has
the ability to describe, explain, and predict natural
phenomena. Scientific literacy entails being able to read
with understanding articles about science in the popular
press and to engage in social conversation about the

Jennifer Tiansin

validity of the conclusions. Scientific literacy implies that a


person can identify scientific issues underlying national
and local decisions and express positions that are
scientifically and technolo- gically informed. A literate
citizen should be able to evaluate the quality of scientific
information on the basis of its source and the methods
used to generate it. Scientific literacy also implies the
capacity to pose and evaluate arguments based on
evidence and to apply conclusions from such arguments
appropriately (National Research Council,(Dani, 2009)

Dalam kedua-dua pernyataan tersebut, literasi saintifik sering digandingkan bersama dengan
teknologi. Hal ini mudah difahamai kerana teknologi itu sendiri adalah hasil daripada
penggunaan dan aplikasi pengetahuan Sains.
Maksud literasi saintifik diinterpretasikan secara berbeza bergantung kepada individu.
Shamos (1995 ; (Laugksch, 2000) mencadangkan bahawa literasi saintifik boleh dibahagikan
kepada tiga bahagian iaitu literasi budaya (cultural literacy), literasi berfungsi (functional

literacy) dan literasi Sains sebenar (true science literacy). Holbrook dan Rannikmae (2009)
pula menyatakan, pandangan berkaitan maksud literasi saintifik dapat dibahagikan kepada
dua padangan utama iaitu mereka yang menganjurkan peranan penting pengetahuan Sains
seperti golongan guru dan kumpulan yang terdiri daripada mereka yang melihat literasi
saintifik yang merujuk kepada kegunaan masyarakat. Model Graber pula menjadikan literasi
saintifik sebagai subset yang bertindan kepada tiga persoalan iaitu what do people know? ,
what do people value dan what can people do?.

Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD, 1998 dalam Holbrook dan
Rannikmae, 2009) pula mentakrifkan literasi sains sebagai
The capacity to use scientific knowledge, to identify questions
and to draw evidence-based conclusions in order to understand
and help make decisions about the natural world and the
changes made to it through human activity.

Secara keseluruhannya, maksud sebenar literasi sains tidak mudah ditanggapi hanya dengan
beberapa baris ayat. Maksud dan konsep literasi sains amat bergantung kepada konteks
yang ingin dijelaskan. Walaubagaimanapun, secara kasarnya literasi saintifik dalam satu
komuniti dapat dilihat apabila komuniti tersebut melakukan sesuatu rutin harian berdasarkan
ilmu sains yang diperoleh sama ada secara formal atau tidak formal.

Jennifer Tiansin

Pendidikan Sains di Malaysia


Pendidikan Sains sudah pernah diwujudkan semenjak sebelum merdeka lagi. Pada tahun
1939, satu jawatankuasa telah ditubuhkan oleh kerajaan Negeri-Negeri Selat dan Melayu
Bersekutu untuk menggubal pendidikan Sains dan menyusun sukatan pelajaran Sains.
Pendidikan Sains ditawarkan melalui Sains Am yang diajar selama empat tahun di sekolah
menengah.
Pendidikan Sains terus berkembang hasil daripada kajian-kajian yang dijalankan.
Walaupun tiada kajian berkaitan Pendidikan Sains secara khusus pada masa tersebut,
namun kajian-kajian untuk tujuan pembangunan pendidikan tidak pernah mengecualikan
Sains dalam kajian tersebut seperti dalam Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib.
Pendidikan Sains juga berkembang bersama-sama dengan sukatan Kurikulum Baru Sekolah
Rendah (KBSR) bagi sekolah rendah dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM), dasar
PPSMI, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), MBMMBI dan sebagainya. Semua
perubahan dasar mempunyai objektif untuk meningkatkan pendidikan sains di Malaysia.
Dalam kepesatan perubahan kurikulum Sains, Malaysia tidak ketinggalan menyertai
dua penilaian bertaraf antarabangsa iaitu penilaian Trends in International in Mathematics

and Science Studies (TIMSS) dan Program for International Students Assessment (PISA).
TIMMS merupakan satu penilaian antarabangsa yang dianjurkan oleh International

Association for the evaluation of Achieve (IEA) yang memberi fokus kepada isi kandungan
kurikulum bagi dua mata pelajaran iaitu Matematik dan Sains. Penilaian ini ditadbir kepada
pelajar Gred 4 (Tahun 4) dan Gred 8 (Tingkatan 2) empat tahun sekali bermula dari tahun
1995. Walaubagaimanapun, Malaysia hanya menyertai penilaian TIMSS bermula tahun 1999
yang dijalankan kepada pelajar tingkatan dua di 150 buah sekolah menengah yang dipilih
secara rawak.
PISA

telah

dianjurkan

oleh

Organization

for

Economic

Co-Operation

and

Development (OCED) sejak tahun 2000 dan dijalankan tiga tahun sekali kepada pelajar
berumur 15 tahun ke atas. Item penilaian PISA memberi fokus kepada aplikasi kurikulum
dalam kehidupan harian melalui soalan-soalan yang direkabentuk berdasarkan situasi
sebenar kehidupan harian yang merangkumi tiga domain iaitu Matematik, Sains dan Bacaan.
Malaysia mula menyertai penilaian PISA pada tahun 2009 dan dijalankan di 165 buah
sekolah yang dipilih secara rawak.

Jennifer Tiansin

Implikasi Literasi Saintifik Terhadap Pendidikan Sains di Malaysia


Melihat kepada maksud dan konsep literasi saintifik yang telah dicadangkan, ia memberikan
gambaran bahawa pendidikan sains memainkan peranan besar dalam untuk memupuk dan
menggalakkan literasi saintifik. Sistem pendidikan yang lebih tradisional pada masa dahulu
menganggap pendidikan Sains hanyalah sekadar subjek Sains yang diajar di sekolah yang
kemudiannya diuji dengan menduduki peperiksaan untuk penilaian tahap penguasaan
terhadap Sains. Walaubagaimanapun, tahap literasi saintifik sebenarnya tidak dapat dinilai
hanya dengan merujuk kepada pencapaian dalam peperiksaan sahaja.
Selain itu, pendidikan Sains bertujuan untuk memberi pengetahuan agar seseorang
dapat membuat perkaitan idea dan kefahaman terhadap fenomena alam semulajadi.
Pengetahuan sains membolehkan pelajar menyepadukan kefahaman dan prinsip sains dan
dapat menghubungkan kefahaman saintifik tersebut dengan fenomena alam semulajadi dan
pengalaman harian agar pengetahuan itu dapat diaplikasi.
Falsafah pendidikan sains menyatakan,
Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan sains di
Malaysia memupuk budaya Sains dan Teknologi dengan memberi
tumpuan kepada perkembangan individu yang kompetitif, dinamik,
tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu sains dan
ketrampilan teknologi.

Kepesatan kemajuan yang banyak bergantung kepada kemajuan sains dan teknologi
mendesak kepada masyarakat yang mempunyai tahap literasi saintifik yang tinggi untuk
menyumbang kepada penjanaan ekonomi. Secara tidak langsung, seluruh dunia amnya dan
Malaysia khasnya untuk turut berusaha melonjakkan pencapaian Sains dari peringkat
sekolah lagi bagi mewujudkan masyarakat yang berliterasi saintifik yang seterusnya mampu
menjadi modal insan yang selaras dengan keperluan pembangunan ekonomi negara.
Hakikat ini secara tidak langsung telah mengubah corak pendidikan sains di sekolah-sekolah
di mana pendidikan sains tidak lagi sekadar sebjek yang hanya menekankan teori sematamata tetapi telah diperkemas dengan memberi lebih makna kepada konsep dan teori melalui
pembelajaran yang kontekstual dan berkaitan dengan kehidupan harian di dunia sebenar.

Jennifer Tiansin
Pendidikan sains di sekolah yang kontekstual secara tidak langsung melahirkan
generasi yang berliterasi saintifik. Daripada pelbagai definisi yang telah dibincangkan di awal
artikel ini, literasi saintifik ini dapat dilihat daripada kebolehan masyarakat memahami dan
menggunakan teknologi serta mendapat manfaat darinya seperti penggunaan telefon pintar,

tablet, computer riba dan sebagainya. Contoh lainnya ialah kesedaran yang meningkat
kepada kepentingan mengelakkan air bertakung untuk memutuskan kitaran hidup nyamuk
AEDES.
Tidak dapat dinafikan bahawa semakin banyak negara sedang membentuk dan
mendidik masyarakat yang berliterasi saintifik. Literasi saintifik tidak dapat dipisahkan
daripada kemahiran berfikir aras tinggi atau juga pemikiran kritis dan kreatif. Menurut Pusat
Perkembangan Kurikulum (1997), pengetahuan sains dicapai apabila manusia mampu
mencari penyelesaian yang mengenai fenomena semulajadi. Ini bermakna, untuk seseorang
itu mampu menyelesaikan masalah, ia seharusnya mempunyai ilmu pengetahuan dan
kemahiran berfikir.
Pendidikan di Malaysia juga tidak ketinggalan dalam usaha mewujudkan masyarakat
yang berliterasi saintifik melalui pendidikan sains. Pendidikan di Malaysia amnya dan
pendidikan Sains khasnya telah lama memberi penekanan terhadap kemahiran berfikir yang
menjadi tunjang pendidikan sains. Walaupun Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang
telah diperkenalkan pada tahun 1983 memfokuskan kepada 3M iaitu membaca, menulis dan
mengira, dalam KBSR itu sendiri telah wujud penerapan cara berfikir melalui kaedah
Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif (KBKK).
Pelaksanaan format Peperiksaan Tingkatan 3 (PT3) bagi menggantikan Penilaian
Menengah Rendah (PMR) juga dilihat sebagai satu langkah meliterasikan para pelajar secara
saintifik dengan memfokuskan kepada aras pemikiran yang lebih tinggi dan soalan-soalan
yang lebih kontekstual dan berkaitan dengan kehidupan nyata.
Daripada usaha-usaha tersebut,dapat dilihat bahawa pendidikan Sains di sekolah
dijadikan tulang belakang untuk membentuk satu komuniti yang berliterasi saintifik.

Jennifer Tiansin

BIBLIOGRAPHY
Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM. (2012). Bahan Sumber Peningkatan KBAT Sains.
(Tidak diterbitkan)
Dani, D. (2009). Scientific Literacy and Purposes for Teaching Science: A Case Study of
Lebanese Private School Teachers. International Journal of Environmental and Science
Education, 4(3), 289299.
Holbrook, J., & Rannikmae, M. (2009). The Meaning of Scientific Literacy. International
Journal of Environmental and Science Education, 4(3), 275288.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2008). Education in Malaysia : A Journey to Excellence.
Kuala Lumpur: Ampang Press Sdn. Bhd.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Status Pencapaian Malaysia dalam TIMSS dan
PISA. (Tidak diterbitkan)
Laugksch, R. (2000). Scientific Literacy: A Conceptual Overview. Science Education, 84(1),
7194.
Liu, X. (2009). Beyond Science Literacy: Science and the Public. International Journal of
Environmental and Science Education, 4(3), 301311.

Pusat Perkembangan Kurikulum (1997). Spesifikasi Kurikulum Untuk Sekolah Bestari


Sains KBSM. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian
Pelajaran Malaysia.

You might also like