You are on page 1of 22

KEBUDAYAAN

MELAYU DALAM
BIDANG SOSIAL
Agama Islam, adat dan kepercayaan dalam
budaya Melayu

Agama Islam dalam budaya


Melayu
Islam menjadi identiti masyarakat Melayu.
Sifat keanjalan agama Islam memudahkannya diserap
masuk ke dalam budaya Melayu.
Penyebaran Islam ke tanah Melayu telah mengubah
sistem nilai dan cara berfikir orang Melayu.
Islam juga telah mencorak budaya Melayu dari sudut
sistem sosial, intelektual, politik, bahasa, tatacara hidup,
perundangan, kepercayaan, adat istiadat, estetika seni,
kesusasteraan dan lain-lain.

Islam telah mengambil alih adat istiadat


terdahulu dengan nilai-nilai yang lebih Islamik
contohnya, bayi akan diazankan dan
diiqamatkan apabila dilahirkan dan akan
dikhatankan apabila meningkat usianya dan
apabila meninggal, dikebumi serta ditalkinkan
mengikut ajaran Islam.
Tradisi mendewa-dewakan pemimpin diubah
kepada menghormati dan mentaati pemimpin.
Perundangan Islam telah membantu proses
pengurusan dan perundangan Melayu lebih
sempurna terutama dalam konsep menegakkan
keadilan sosial dalam masyarakat Melayu.

Adat dalam budaya Melayu


Adat peraturan yang digunapakai sejak
turun temurun.
Contoh adat:
Mendirikan rumah baharu menggantung buah kelapa
muda, menanam tahi besi, emas, tembaga, perak pada
tiang seri rumah dan menepung tawar.

Upacara menurunkan perahu supaya selamat dari


gangguan hantu laut.

Kenduri tolak bala Imam dijemput membaca doa dan


bomoh dijemput membaca jampi. Setiap penduduk
membawa sepinggan makanan.

Megandung / Kelahiran bayi sebelum upacara


lenggang perut. Semasa kelahiran persiapan
menyediakan kain, tilam, bantal, pulut kuning dan duri

Contoh adat:
Meninggal dunia bomoh meletakkan gunting. Semasa
menghantar mayat ke kubur, diadakan kenduri masuk
kubur. Selepas 7 hari, kenduri pecah perut. Selepas 14
hari, kenduri makan serabai (sejenis kuih). Kenduri 40
hari, tanda roh berpisah dengan waris. Kenduri 100 hari
kenduri turun batu nisan. Semua amalan ini
bertentangan dengan Islam.

Upacara membuka gelanggang - dilakukan oleh guru


supaya pelatih tidak mendapat kecederaan. Darah ayam
atau kambing disimbah sekeliling gelanggang. Bomoh
mengasapkan kemeyan untuk menghalau hantu.

Larangan membuang air kecil tidak boleh kencing di


busut, padang dan perlu meminta kebenaran apabila
hendak melalui sesuatu kawasan atau pokok besar.
Minta ampun tok nenek cucu tumpang lalu.

Kepercayaan
Kepercayan merupakan anggapan atau perakuan bahawa
sesuatu itu ada dan benar.
Berkait dengan kepercayaan masyarakat Melayu zaman
lampau dan berkaitan dengan adat dan budaya warisan
nenek moyang yang diturunkan secara lisan.
Bertujuan untuk mendidik

Contoh:
Jangan pukul haiwan dikhuatiri anak yang akan dilahirkan cacat
Untuk mengelakkan penganiayaan terhadap haiwan
Jangan bergaduh dengan ibu mertua, dikhuatiri mengalami
kesukaran semasa melahirkan anak - Bagi menjaga ketenteraman
keluarga terutamnya apabila tinggal bersama ibu mertua selepas
melahirkan anak.
Jangan duduk di atas bantal, nanti tumbuh bisul supaya bantal
tidak pecah atau koyak dan tidak sopan apabila pelapik kepala
diletakkan bawah punggung.
Makan nasi biar habis. Kalau tidak nasi menangis untuk
mengelakkan pembaziran.
Anak dara jangan menyanyi di dapur, nanti kahwin dengan orang
tua - untuk mengelakkan makanan hangus kerana leka menyanyi.

Pengajaran yang wujud di sebalik pantang larang:


Sebagai undang-undang untuk mendisiplinkan diri sama
ada kanak-kanak atau orang dewasa.
Sebagai cara halus mendidik anak dan mengelakkan
daripada anak-anak tersinggung atau malu.
Penggunaan kesan dan akibat melampau
melambangkan ketegasan orang Melayu pada
zamannya. Peraturan tidak akan dipatuhi oleh kanakkanak jika mereka tidak takut dengannya.

Bahasa
Terdapat empat jenis ragam bahasa Melayu yang popular
bahasa sapaan, bahasa sindiran, bahasa terbalik dan
bahasa halus.
Menyatakan rasa hormat terhadap orang lain melalui
penggunaan bahasa sapaan, menegur tingkah laku yang
tidak baik melalui penggunaan bahasa sindiran, bahasa
terbalik dan bahasa halus supaya orang yang ditegur tidak
tersinggung.

Bahasa Sapaan
Bahasa sapaan bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi
dengan orang lain.
Terdapat pelbagai jenis contohnya bahasa sapaan istana, ahli
politik, orang bergelar dan yang lebih tua.
Tujuannya untuk menunjukkan rasa hormat yang tinggi nilainya
terhadap individu yang dijadikan lawan bercakap.
Contohnya, perkataaan saudara / saudari sebagai sapaan kepada
orang yang baru dikenali manakala kata saya digunakan apabila
bercakap dengan orang yang berstatus lebih tinggi.

Contoh:
1. Kata panggilan dalam keluarga mencerminkan kedudukan seseorang itu
dalam susunan kekeluargaan.
2. Kata panggilan dalam masyarakat mencerminkan pentingnya kedudukan
seseorang dalam masyarakat.
3. Bentuk sapaan dalam masyarakat wujud akibat pangkat atau status.
Gelaran pergaulan tak sengaja, gelaran warisan, gelaran kurniaan kerajaan,
gelaran akademik, gelaran kurniaan ikhtisas dan gelaran keagamaan.

Bahasa Sindiran
Adalah perkataan yang digunakan untuk mengata, mengejek,

mengeji, mencela.
Sindiran dilakukan tanpa bercakap berterus terang.
Mengandungi maksud yang ditujukan kepada seseorang tetapi tidak
disebutkan secara tepat, hanya dikias-kiaskan kepada perkara lain.
Contohnya, siapa yang makan cili, dialah yang terasa pedasnya.
Untuk menyatakan sesuatu perasaan yang terbuku atau tidak puas
hati dengan penuh hormat.

Contoh bahasa sindiran:


1. Hai, sekejap sahaja dah berhenti?
Ditujukan kepada orang yang cepat letih dan berhenti
dari melakukan sesuatu kerja.
2. Aku seorang sahaja bekerja macam nak mati.
Ditujukan kepada orang yang malas bekerja.
3. Rumah dah kata pergi, kubur dah kata mari.
Ditujukan kepada orang tua yang masih tidak sedar diri.
4. Orang yang baik itu ialah yang memberi faedah kepada
orang lain.
Ditujukan kepada orang yang selalu menjahati orang
lain.

Bahasa sindiran juga digunakan dalam ungkapan


berangkap, khususnya dalam bentuk pantun.
Contohnya:
Puas sudah saya menanam padi,
Nanas juga ditanam orang,
Puas sudah saya menanam budi,
Emas juga dipandang orang.

Sebagai gambaran kepada orang yang kecewa kepada orang yang tidak
mengenang budi atau jasa.

Buah langsat kuning mencelah,


Keduduk tidak berbunga lagi,
Sudah dapat gading bertuah,
Tanduk tidak berguna lagi.

Ditujukan kepada orang yang tidak menghiraukan sahabat atau kekasih


lamanya apabila memperoleh yang lebih baik.

Bahasa Terbalik
Digunakan untuk menyatakan maksud tertentu secara
tersirat atau berlawanan dengan apa yang berlaku.
Menggunakan perkataan terbalik daripada maksud
asalnya dan berharap agar orang faham akan maksudnya.
Sekiranya tidak difahami, mesej yang disampaikan tidak
berjaya.

Contoh:
1. Pergi panjat lagi pokok tu.
2. Makan la banyak lagi.
3. Sedikitnya barang, beli la lagi.

Bahasa Halus
Bahasa halus ialah bahasayang lebih sopan dan lebih
manis serta tidak menyinggung perasaan orang yang
mendengar atau membaca.
Bahasa halus juga merupakan penggunaanbahasa yang
beradat dan bersopan serta menggunakan segala strategi
untuk kemanisan berbicara.

Contoh situasi:

Arwah meninggal dunia sebab apa? tanya seorang mak cik.


Arwah kemalangan jalan raya semalam sewaktu balik dari
kerja, jawab kawannya.
Oh. Begitu. Bila arwah hendak disimpan? tanya mak cik itu lagi.
Insyallah, selepas asar jenazah akan dikebumikan.
Menunjukkan penggunaan sistem ganti nama dan perkataan
yang halus betul dan tepat serta bersopan santun.
Penggunaan perkataan-perkataan tertentu misalnya, dalam
suasana kematian perkataan, mayat digantikan dengan
jenazah, mati disebut meninggal dunia, Bila simpan?
bukannya, Sudah tanam? Arwah, Allahyarham, mendiang,
Almarhumah bukannya si mati.

Nilai dalam budaya Melayu


Nilai diadakan untuk memastikan masyarakat
menjadi orang yang berguna.
Nilai yang lahir dari individu mestilah tidak
bercanggah dengan nilai-nilai yang dikongsi oleh
anggota masyarakat.

Contoh:
1. Bergotong-royong.
2. Bertimbang rasa.
3. Bersopan santun
4. Hormat-menghormati
5. Bekerja bersungguhsungguh

Falsafah dalam budaya Melayu


Berasal dari cantuman bahasa Yunani iaitu Philo dan
Sophia.
Philo bermaksud cinta atau suka manakala Sophia
bermaksud pengetahuan atau hikmat.
Philosophia bermaksud cintakan kebijaksanaan atau
cintakan hikmah.
Plato dan Aristotle menganggap falsafah sebagai kajian
tentang perkara-perkara azali (sejak dulu) dan abadi
(kekal) bagi mengharmonikan kepercayan mistik atau
agama dengan menggunakan akal untuk berfikir.

1. Mengutamakan nilai Islam dalam semua aktiviti.


2. Mentaati raja dan menghormati pemimpin.
3. Berpegang teguh kepada adat resam.
4. Menghormati golongan yang lebih tua.
5. Tetamu mesti diraikan dan diutamakan.
6. Masalah diselesaikan secara musyawarrah dan
bermuafakat.
7. Mengutamakan ikatan kekeluargaan dan
hubungan silaturahim.

You might also like