You are on page 1of 8

1.

Latar Belakang Pemimpin


Nelson Rolihlahla Mandela, seorang Tokoh Negara Afrika Selatan dan bekas

Presiden Afrika Selatan. Beliau yang sering dipanggil dengan gelaran Tata dan
Madiba

telah dilahirkan pada 18 Julai 1918, di sebuah perkampungan kaum

Thembu di Mvezo, wilayah Thembuland, Afrika Selatan. Beliau merupakan anak


kepada Gadla Henry Mphakanyiswa, seorang penghulu dan Nosekeni Fanny.
Keluarga Mandela merupakan kerabat bagi Raja Ngubengcuka.
Setelah kematian ayahnya pada tahun 1927, Mandela telah dijaga oleh ayah
saudaranya, Jongintaba Dalindyebo yang merupakan seorang pegawai tempatan
yang berpangkat tinggi. Dalindyebo telah banyak mengasah sifat kepimpinan dalam
diri Mandela.
Mandela merupakan orang yang pertama dalam kalangan keluarganya yang
diberi pendidikan formal. Beliau telah mendapat pendidikan di Clarkebury dan
Healdtown Boarding Institute. Manakala, pada tahun 1939, Mandela telah diberi
peluang untuk melanjutkan pengajian tinggi di University of Fort Hare yang elit dan
berprestasi tinggi. Semasa di bangku sekolah, Mandela merupakan pelajar yang aktif
di dalam sukan balapan dan sukan bertinju.
Sebelum menamatkan tahun pertama di universiti, Mandela telah dipilih untuk
menjadi

salah

seorang

anggota

di

Jawatankuasa

Perwakilan

Pelajar.

Walaubagaimanapun, beliau telah disingkirkan daripada universiti dan gagal untuk


memperolehi sebarang sijil, kerana Mandela merupakan salah seorang daripada
aktivis yang melancarkan program memboikot polisi universiti, khususnya dalam isu
yang menyentuh kualiti makanan.
Mandela merupakan seorang yang pintar. Walaupun beliau hanya berada di
universiti untuk setahun, Mandela telah mempelajari banyak bidang ilmu, termasuk
Bahasa Inggeris, Sains Politik, Corak Pentadbiran Penduduk Asal Afrika dan Sistem
Perundangan Belanda. Sehubungan dengan itu, semasa di dalam universiti, beliau
mempunyai banyak kenalan yang merupakan perjuang dalam Kongres Kebangsaan
Afrika (ANC) dan gerakan anti-penjajah, namun beliau tidak berminat untuk melibat
dalam aktiviti tersebut. Sebaliknya, Mandela amat aktif untuk menjadi penyokong
vokal kepada kerajaan British, semasa tercetusnya perang dunia kedua.
Pada Desember 1940, Mandela telah melarikan diri ke Johannesburg apabila
mendapati penjaganya ingin mengahwinkannya. Di Johannesburg, beliau bekerja

sebagai penjaga malam di tapak pelombongan, sebelum dipecat dan menjadi kerani
di pejabat guaman Pada waktu malam, beliau telah mengambil inisiatif untuk
memperolehi Sarjana Muda dalam jurusan undang-undang daripada Universiti of
Witwatersrand secara sambilan.
Kisah sejarah Mandela dalam dunia politik berputik apabila beliau berkawan
dengan

Gaur Redebe dan Nat Bregman yang merupakan anggota Kongress

Kebangsaan Afrika dan Parti Komunis. Pada bulan Ogos 1943, Mandela telah
menyertai kegiatan memboikot pengangkutan bas dalam usaha membantah isu
kenaikkan harga tambang bas.
Mandela berpendapat bahawa masalah utama di Afrika Selatan adalah
berpunca daripada, isu perkauman dan bukan isu kelas sosial dalam masyarakat,
oleh itu, pada tahun 1944, beliau telah menyertai Kongress Kebangsaan Afrika.
Selepas tamat pengajian, pada awal tahun 1943, Mandela telah memilih
kerjaya sebagai seorang peguam dengan kelulusan daripada University of London.
Sebelum menceburi bidang politik sepenuh masa, Mandela telah memberikan
perkhidmatan guaman kepada mangsa-mangsa Aperteid secara percuma.
Mandela amat menitikberatkan kehidupan berkeluarga. Beliau telah berumah
tangga sebanyak 3 kali dan dikurniakan 6 orang anak. Menurut Mandela, selain
daripada rakyat Afrika Selatan dan agama, keluarga merupakan segala-gala baginya.

3.0

Gaya Kepimpinan
Nelson Rolihlahla Mandela merupakan seorang pemimpin yang hebat dan

dihormati oleh seluruh dunia. Satu soalan yang sering berlandas di minda orang
ramai semasa sebut tentang beliau ialah gaya kepimpinan beliau. Ramai yang
berkata bahawa beliau merupakan seorang pemimpin yang mengaamalkan gaya
demokrasi. Jika kita perhatikan lebih lanjut kita akan sedar bahawa beliau
mempunyai ketiga-tiga gaya kepimpinan iaitu gaya autokratik, gaya demokratik dan
gaya Laissez Faire.
Beliau menunjukan gaya Laissez Faire pada tahun 1940. pada masa itu
beliau belajar di Universiti Fort Hare. Sebagai ahli Majlis Perwakilan Pelajar (SRC)
dia bersama dengan mendiang Oliver Tambo pernah menentang aparteid dengan
mogok pelajar meski akhirnya dibuang dari universiti. Pada tahun 1949 membentuk
Liga Pemuda Kongres Kebangsaan Afrika (ANC Youth League), di mana program
kegiatannya telah ditetapkan oleh parti ANC pada tahun 1949. Pada 1952 dilantik
Ketua Sukarela Kebangsaan untuk program yang dikenal sebagai Kempen
Penentangan (Defiance Campaign). Dia telah menjelajah satu negara dalam
mengobarkan semangat penentangan terhadap undang-undang aparteid.Pada tahun
itu juga, Mandela bersama Tambo menubuhkan firma guaman kulit hitam yang
pertama di Afrika Selatan, dengan tujuan membantu kaum kulit hitam yang ditindas
oleh undang-undang kejam kaum kulit putih.
Parti ANC diharamkan selepas pemberontakan di Sharpeville pada tahun
1960, dan Mandela sebagai tokohnya ditangkap dan dipenjarakan pada tahun 1961.
Namun semangat perjuangannya tidak padam begitu saja. Mandela masih
meneruskan perjuangannya dan menjalankan aktiviti bawah tanah sambil memimpin
organisasi menuntut kehidupan kebangsaan yang baru, bebas daripada pengaruh
aparteid.Umkhonto we Sizwe (MK), sayap militer parti ANC dibentuk pada tahun
yang

sama

dengan Mandela

sebagai

pemerintah tertingginya.

Di

bawah

pimpinannya, dia melancarkan sabotaj terhadap pemerintahan dan ekonomi negara.


Setahun kemudian, Mandela meninggalkan tanah airnya untuk mendalami latihan
ketenteraan di Algeria dan mengadakan latihan untuk ahli-ahli MK yang lain. Melalui
kejadian ini jelas menunjukan bahawa gaya Laissez Faire Mandela telah berubah ke
gaya autokratik. Pada tahun 1961 semasa beliau ditangkap beliau pernah
menyatakan bahawa beliau sanggup meneruskan pejuangannya walaupun perlu
mengandaikan nyawa beliau.

Selepas beliau dipenjarakan selama 27 tahun, pada tahun 1994, Nelson


Mandela dipilih sebagai Presiden kulit hitam pertama di Afrika Selatan. Sepanjang
masa beliau menjadi presiden Afika selatan beliau mengamalkan gaya demokratik.

4.0

Cabaran Pemimpin
Antara cabaran yang dihadapi oleh Nelson Mandela ialah kes rasuah.

Kerajaan Afrika Selatan dikenali sebagai kerajaan yang merosot disebabkan oleh
kegiatan rasuah. Bilangan tuduhan kepada presiden Jacob Zuma menjadi semakin
bertambah. Pada tempoh masa Kongres Kebangsaan Afrika (ANC) mengambil
kuasa (1994), menteri dan birokrat yang baharu telah menyalahgunakan kuasa yang
ada sebagai satu pengayaan. Faktor utama adalah disebabkan oleh politik yang
kurang berpengalaman, penahanan lama lalu menganggap bahawa harta rampasan
pejabat awam merupakan pampasan bagi tahun penindasan tersebut. Mandela yang
bertindak secara perlahan akhirnya telah melantik Suruhanjaya Heath untuk
menyiasat masalah rasuah dalam kerajaan pada tahun 1997. Walaupun terdapat
1000 kes, ia telah melibatkan bilangan media yang besar untuk menyiasat secara
meneliti.
Selain itu, Nelson Mandela menghadapi cabaran yang terbesar, iaitu
pembaikpulihan sistem pendidikan bagi mewujudkan negara bersepadu untuk
menyediakan kesamarataan untuk orang Putih, Afrika

dan India. Sebahagian

persepaduan semula tersebut telah berjaya di sekolah-sekolah kerajaan walaupun


kadar matrikulasi pelajar Afrika menurun pada tahun 1990-an. Keupayaan untuk
membekalkan kemudahan pendidikan yang paling asas kepada yang paling miskin
merupakan satu perjuangan yang terdesak. Sebahagian sistem Apartheid juga
masih kekal dalam pendidikan kerana keluarga orang Putih lebih suka menjimatkan
wang untuk membiayai pendidikan swasta kepada anak mereka daripada
bergantung kepada sekolah kerajaan bersepadu yang baharu.
Dari segi jenayah pula, kes rogol merupakan masalah berterusan dan
mengejut di bandar Afrika Selatan dan lebih buruk lagi berbanding dengan zaman
Apartheid. Ahli-ahli politik dan pegawai-pegawai kehakiman telah melengahlengahkan isu rogol semasa Presiden Mandela. Pada tahun 1999, barulah hukuman
berat dijatuhkan kepada perogol diluluskan selepas kumpulan hak asasi manusia
tempatan dan antarabangsa mengemukakan bantahan awam. Perdagangan dadah
juga turut berleluasa di bandar-bandar utama terutamanya Johannesburg di mana
imigresen gangster Nigerian tanpa kawalan telah beralih daerah ke kawasan miskin.
Di samping itu, kadar penyakit AIDS/ HIV di Afrika Selatan adalah tinggi iaitu
kira-kira 15% daripada populasi. Kerajaan Apartheid hanya menangani isu tersebut
dalam usaha yang kecil telah menyebabkan kadar wabak tercapai dalam kalangan
kaum hitam Afrika Selatan pada pertengahan 1980-an.

Seterusnya, kerajaan
5

Mandela dan penggantinya, Thabo Mbeki yang lambat bertindak balas terhadap isu
tersebut telah menyebabkan ia melanda ke bahagian masyarakat miskin. Walaupun
Mandela telah menunjukkan kesusahan pesakit AIDS kepada komuniti antarabangsa,
beliau tidak dapat menghasilkan dasar atau kesedaran masyarakat yang dapat
mengelakkan jangkitan penyakit ini dengan berkesan.
Nelson Mandela tidak patut dipersalahkan atas cabaran yang dihadapi oleh
negaranya. Beliau telah mewarisi sebuah negara yang dibahagikan oleh kelas,
ekonomi, politik dan bangsa. Tanpa pengawasan beliau, kemungkinan besar perang
saudara atau serangan ganas pada kaum putih Afrika Selatan telah berlaku.

Rujukan
BBC News. (2004). How Mandela Changed SA Fashion. Diperolehi pada 20 Ogos
2014 daripada http://news.bbc.co.uk/2/hi/africa/3532916.stm
Guiloineau, J. and Rowe, J. (2002). Nelson Mandela : The Early Life of Rolihlahla
Madiba. Berkeley: North Atlantic Books
History Network Channel. (2014). NELSON MANDELA. Diperolehi pada 20 Ogos
2014 daripada http://www.history.com/topics/nelson-mandela
Nobel Prizes and Laurates. (2014). Nelson Mandela Biographical. Diperolehi pada
23 Ogos 2014 daripada
http://www.nobelprize.org/nobel_prizes/peace/laureates/1993/mandelabio.html
Sampson, A. (2011). Mandela: A Biography. New York: Public Affairs
Stefan Lang. (2013). Mandelas Difficult Political Legacy: the challenges facing the
new South Africa. Diperolehi pada 23 Ogos 2014 daripada
http://historysshadow.wordpress.com/2013/12/09/mandelas-difficult-politicallegacy-the-challenges-facing-the-new-south-africa/
The Backbencher. (2013). 3 Things You Didnt Know About Nelson Mandela.
Diperolehi pada 25 Ogos 2014 daripada http://thebackbencher.co.uk/3-thingsyou-didnt-want-to-know-about-nelson-mandela/

You might also like