You are on page 1of 47

SISTEM RANGKA MANUSIA

Fungsi Asas Tulang


(i) Sokongan
Tulang rangka membentuk kerangka tegar bagi
pelekatan tisu-tisu lembut dan organ-organ tubuh.
Contoh : Otot rangka dilekatkan pada tulangtulangrangka.

(ii) Perlindungan
Tengkorak, kolum vertebra, sangkar rusuk dan kaviti
pelvik melingkari dan melindungi organ-organ penting.
Contoh : Tengkorak melindungi otak

(iii) Pergerakan
Tulang-tulang bertindak sebagai tuas apabila otot-otot
yang melekat padanya menguncup lalu menghasilkan
gerakan berpaksi pada sendi.
Contoh : Sendi siku ulna dan humerus

(iv) Pembentukan sel-sel darah


Sum-sum merah tulang orang dewasa menghasilkan sel-sel
darah merah, putih dan platlet. Tulang-tulang yang
terlibat adalah sternum, sebahagian daripada pelvis,
femur dan humerus.

(v) Penyimpanan mineral


Sebahagian besar dari matriks tulang terdiri daripada
kalsium dan fosforus. Mineral ini menjadikan tulangtulang tegar dan rintang terhadap tekanan. Mineralmineral ini boleh dikeluarkan untuk kegunaan bahagian
lain tubuh apabila diperlukan.
Contoh: Kekurangan kalsium dalam diet, menyebabkan
kalsium dikeluarkan untuk kegunaan bahagian tulang
yang lain seperti untuk penguncupan otot.

(vi) Sistem kekebalan tubuh


Sumsum tulang menghasilkan beberapa sel-sel imunitas.
Contohnya adalah limfosit B yang membentuk antibodi.

Klasifikasi Tulang

Terdapat pelbagai bentuk dan saiz tulang.


Kepelbagaian ini membolehkan tulang-tulang
memenuhi keperluan khusus bagi tulang
tersebut.
Tulang-tulang boleh diklasifikasikan berdasarkan
kepada empat bentuknya.

Tulang Panjang
Tulang-tulang dalam kumpulan ini secara
umumnya lebih panjang, lebar dan berfungsi
sebagai tuas.
Kebanyakan daripada tulang-tulang panjang
adalah tulang-tulang mampat.

Contoh: Tulang pada tangan (humerus, radius,


ulna, metakarpal dan falanges) dan kaki (femur,
tibia, fibula, metatarsal, falangus) kecuali
pergelangan tangan dan pergelangan kaki.
Tulang pendek
Secara umumnya tulang-tulang pendek
berbentuk kiub dan didapati di ruang-ruang yang
tertutup.
Tulang-tulang ini berperanan memindahkan
daya.
Tulang-tulang ini berongga.
Contoh : Tulang-tulang pergelangan tangan
(karpal) dan pergelangan kaki (tarsal).

Tulang leper/pipih

Tulang-tulang ini berbentuk pipih, nipis dan


melengkung.
Tulang-tulang ini berfungsi sebagai tempat pelekatan
otot-otot dan melindungi organ-organ di bawahnya.
Contoh : Tulang-tulang kranium, rusuk dan sternum.

Tulang tak sama bentuk

Tulang-tulang tak sama bentuk berfungsi sebagai


tempat pelekatan otot atau artikulasi.
Contoh : tulang-tulang vertebra (servikel, thorasik,
lumbar, sacrum dan koksiks) dan tulang telinga
tengah (stapes, inkus, maleus).

Struktur Tulang
Struktur Tulang Panjang
-Tulang panjang terdiri dari diafisis
dan 2 epifisis.
Epifisis
Epifisis terletak pada kedua-dua hujung
tulang panjang.
Setiap epifisis terdiri dari lapisan nipis
tulang mampat yang melingkari kawasan
tulang yang berongga.

Epifisis dan diafisis terpisah oleh plat


epifiseal merupakan kawasan aktiviti
pembiakan sel-sel yang terlibat
dalam tumbesaran tulang secara
memanjang.

Plat epifiseal ini digantikan dengan


garisan epifiseal apabila tumbesaran
tulang terhenti pada akhir remaja.

Diafisis
adalah tulang mampat yang disaluti dan
dilindungi membran tisu penghubung
berfiber yang dikenali sebagai periosteum.
melingkari kaviti medulari yang
mengandungi sum-sum kuning tulang.
Periosteum
mempunyai lapisan luar bergentian dan
lapisan dalam bersel.
Melainkan di antara kaviti sendi,
lapisan superfisial tulang panjang yang
melindungi semua tulang panjang dibaluti
oleh periosteum.

Periosteum:
(i) mengasingkan tulang daripada
tisu-tisu di sekelilingnya.
(ii) menyediakan laluan peredaran
dan pembekalan saraf.
(iii) terlibat secara aktif dalam
pertumbuhan dan pembaikan tulang.

Struktur Tulang Panjang

Epifisis proksimal

Epifisis
Metafisis

Garisan epifiseal
Tulang berongga
Tulang mampat

Diafisis

Foramen nutrien
Salur nutrien
Periosteum

Metafisis
Epifisis

Perkembangan
dan
Pertumbuhan Tulang

Perkembangan Tulang
Pembentukan Tulang
(i)

Sel-sel tulang

Tulang

terdiri dari sel tulang fiber-fiber


kolagen dan bahan matriks bermineral
padat.
Sel-sel pembentuk tulang yang dikenali
sebagai osteoblas merembes fiber-fiber
yang memerangkap mineral.

Sel-sel

tulang yang dilingkari mendapan mineral ini


kemudiannya menjadi sel-sel matang yang dikenali
sebagai osteosit.

Tulang

juga mempunyai osteoklas iaitu sel-sel yang


melarutkan tulang.

Osteoblas

dan osteoklas bersama-sama bertindak


untuk sentiasa mengubah ketumpatan dan bentuk
tulang.

Osteoblas

lebih aktif pada mereka yang muda


sementara osteoklas pula lebih aktif pada mereka
yang berumur.

(ii)

Osifikasi tulang

Tulang

dibina dari kartilej dan tulang. Pada


embrio, kebanyakan dari tulang-tulang
rangka terbina dari kartilej hailin.

Kartilej

hailin ini kemudiannya digantikan


dengan tulang pada kanak-kanak.

Proses

pembentukan tulang atau osifikasi


bagi kebanyakan tulang rangka melibatkan
dua peringkat:
Pada peringkat pertama, osteoblas
menyaluti sepenuhnya model kartilej hailin
dengan bahan matriks bermineral.

Ini

mewujudkan tulang-tulang yang berkartilej


di sebelah dalam dan bertulang sebenar di
sebelah luar.

Pada

peringkat yang berikutnya, model kartilej


hailin di sebelah dalam tulang tersebut
dilarutkan oleh osteoklas untuk membentuk
kaviti medulari.

Kebanyakan

dari model kartilej hailin telahpun


digantikan dengan tulang sewaktu bayi
dilahirkan. Kecuali dua kawasan pada tulang
iaitu kartilej artikular yang menutup kedua-dua
hujung tulang dan plat epifiseal.

Pertumbuhan Tulang
-Tumbesaran tulang
Arah tumbesaran
Tumbesaran

tulang berterusan sehingga remaja.


Plat epifiseal adalah kawasan bagi tumbesaran secara
memanjang bagi tulang-tulang panjang semasa kanakkanak.
Semasa tumbesaran, sel-sel pada plat epifiseal
membahagi secara mitosis dan memanjangkan tulang.
Semasa proses ini berlaku osifikasi terus terlaksana
pada kedua-dua hujung epifisis.
Pada akhir akil baligh, bila mana tumbesaran tulang
hampir lengkap, hormon-hormon seks merencatkan
pembahagian sel-sel pada plat epifiseal.

Keadaan ini menyebabkan plat epifiseal menjadi


nipis.

Apabila tumbesaran secara memanjang terhenti


pada umur 18 tahun, sel-sel pada plat epifiseal
berhenti membiak tetapi osifikasi terus berlaku
sehingga lapan tahun selepas itu.

Pada peringkat ini diafisis bersatu dengan


epifisis dan garisan epifiseal menggantikan plat
epifiseal. Semasa tumbesaran, diameter tulang
juga bertambah.

Pertambahan ini adalah kesan dari pertambahan


beban ke atas tulang.

Keperluan mineral, vitamin dan hormon untuk


tumbesaran tulang secara normal
Garam mineral
(i) Kalsium dan fosfat diperlukan untuk tumbesaran tulang.
(ii) Kedua-dua garam mineral ini diperlukan untuk
tumbesaran dari segi pertambahan saiz dan berat tulang
sejak di peringkat pra natal lagi.
Vitamin
(i) Vitamin A, D dan C diperlukan untuk tumbesaran tulang.
(ii) Vitamin D merangsang penyerapan serta mengangkut
kalsium dan fosfat ke dalam tulang. Ini membolehkan
struktur menjadi lebih kuat.
(iii) Vitamin A dan C pula diperlukan untuk tumbesaran dan
membaiki tisu-tisu tulang yang rosak.
Hormon
(i) Hormon-hormon tiroid, hormon tumbesaran dan hormon
seks diperlukan untuk tumbesaran tulang.

Rangka manusia dapat dikelompokkan


menjadi dua bahagian iaitu :
a) bahagian poros tubuh (rangka aksial)
b) bahagian alat gerak (rangka
apendikular).
Bahagian aksial terdiri atas 80 tulang
pada manusia dewasa umumnya
manakala bahagian apendikular terdiri
atas 126 tulang pada manusia dewasa
umumnya.

RANGKA AKSIAL

Tengkorak
Tulang vertebra
Sangkar thorasik

Tengkorak

Mempunyai :
1. Kranium
2. Sendi tak bergerak SUTUR
3. Tulang muka iaitu tulang nasal, rahang
atas, rahang bawah

Tulang Vertebra

Terdiri daripada 33 vertebra


yang disambung oleh rawan
Mempunyai 5 jenis vertebra :

JENIS VERTEBRA

BILANGAN
VERTEBRA

Vertebra serviks

Vertebra toraks

12

Vertebra lumbar

Sakrum

Koksik

Bahagian vertebra :

Sentrum menyokong badan dan


menentang daya mampatan
Lengkuk saraf melindungi saraf
tunjang
Salur saraf menempatkan saraf
tunjang
Spina saraf untuk pelekatan otot
Cuaran melintang untuk pelekatan
otot

Sangkar Thorasik
-Tulang Rusuk
Terdiri daripada 12 pasang tulang rusuk
Pasangan pertama hingga ketujuh bersambung dengan
STERNUM
Pasangan kelapan hingga kesepuluh tak bersambung
terus dengan sternum Tetapi pada pasangan ke tujuh
Pasangan kesebelas dan dua belas TERAPUNG Dikenali
sebagai TULANG RUSUK PALSU
-Sternum
Fungsi: Melindungi organ dalaman seperti peparu dan
jantung

Sternum

Sangkar Thorasik

Rangka Apendikular

Terdiri daripada:
a) Pectoral girdle dan tangan
b) Pelvic girdle dan kaki

a) Pectoral girdle dan tangan


Pectoral girdle ialah bahagian
gelang bahu yang terdiri
daripada clavicle dan scapula
Tangan pula ialah bahagian
lengan yang terdiri
daripada tulang humerus,
radius, ulna, karpal,
metakarpal dan phalanges.

b) Pelvic girdle dan kaki


Pelvic girdle ialah gelang
panggul yang terdiri daripada
tulang usus(ilium) , tulang
duduk(ischium) dan tulang
kemaluan(pubis).
Kaki pula terdiri daripada
femur, patella, fibula, tibia,
tarsal, metatarsal.

Artikulasi

Klasifikasi sendi
Pola artikular dan fungsi

Klasifikasi Sendi
3 jenis sendi pada manusia:

a) Sendi tak bergerak


b) Sendi bergerak sedikit
c) Sendi bergerak:
sendi lesung, sendi engsel, sendi
kondil, sendi gelongsor dan sendi
pangsi

Pola Artikular dan Fungsi

Sendi tak bergerak tidak membenarkan


pergerakan antara tulang-tulang yang bercantum
membentuknya.
~Misalnya, tulang-tulang yang membentuk
kranium dan lengkungan pelvis.

Sendi bergerak sedikit membenarkan pergerakan


yang sedikit.
~Misalnya, sendi di antara sentrum vertebra,
sendi di antara tulang rusuk dan sternum dan di
simfisis pubis.

4. Sendi bergerak membolehkan pergerakan


berlaku.

a) Sendi lesung ialah sendi yang terbentuk antara


hujung tulang yang berbentuk separuh bulat dengan
hujung tulang yang berbentuk lesung. Sendi ini
membolehkan tulang bergerak pada beberapa satah.
~Misalnya, sendi bahu dan sendi sendi pinggul.

b) Sendi engsel bertindak seperti engsel yang hanya


membolehkan pergerakan pada satu satah,
~misalnya sendi siku dan lutut.

c) Sendi kondil membolehkan tulang bergerak dalam satu atau


dua satah.
~Misalnya sendi antara tengkorak dan atlas, sendi di pergelangan
tangan dan kaki, sendi di antara metakarpus dan metatarsus.

d) Sendi gelongsor membolehkan tulang menggelongsor di atas


satu sama lain.
~Misalnya, sendi di antara tarsus, karpus dan sendi antara
klavikel dan stenum.

e) Sendi pangsi membolehkan satu tulang berputar di atas tulang


yang lain.
~Misalnya, sendi antara vertebra atlas dan paksi,
sendi antara ulna dan radius.

Lain-lain

Klasifikasi Sendi

Pola Artikular dan Fungsi


Fungsi

Contoh Sendi

Contoh
Pergerakan

1. Tidak bergerak
(synarthroses)

Sutur antara tulang-tulang


tengkorak, sendi antara gigi
dengan maksila dan mandibel,
kartilej epifiseal dan garisan
epifiseal

Tiada
pergerakan

2. Gerakan terhad
(amphiarthroses)

Artikukasi distal antara tibia


dengan fibula, simfisis pubis, dan
artikulasi antara turus vertebra ( di
cakera intervetebra)

Pergerakan
yang terhad

3. Gerakan
bebas
(diarthrose
s)

Sendi lesung
Sendi bahu, sendi pinggul

Rotasi
sirkumduksi

Sendi engsel
Sendi siku dan lutut

fleksi
ekstensi
hiperekstensi
abduksi
adduksi

Sendi kondil
Sendi di pergelangan tangan
dan pergelangan kaki
Sendi antara metakarpal dan
metatarsal

semua
pergerakan
bersudut:- fleksi,
ekstensi, abduksi,
adduksi dan
sirkumduksi

Sendi pangsi/paksi

Sendi antara ulna dan


radius
Sendi antara atlas dan
tengkorak

pronasi dan
supinasi
rotasi

Pergerakan
adalah secara
Sendi gelungsur
mendatar ke
Sendi antara tulang tarsal
hadapan atau ke
antara tulang karpal
belakang dan ke
sendi antara klavikel dan
kiri atau ke kanan,
sternum
contoh pergerakan
antara kartilej tulang rusuk klavikel dan
sternum apabila
kedua hingga ketujuh dan kita memeluk
tubuh

sternum
Sendi pelana

Sendi pada bahagian

fleksi
ekstensi
abduksi

Sendi Fibrous

A fibrous joint of the skull

Sendi Cartilagenous

A cartilagenous joint
between two vertebrae

Sendi Sinovial

Depiction of an intervertebral
disk, a cartilaginous joint.
Diagram of a synovial
(diarthrosis) joint.

Jenis-jenis sendi sinovial

Sendi lesung

Sendi Pelana

Sendi Engsel (hinge joint)

Sendi kondil
(Condyloid Joint)

Sendi Paksi
(Pivot Joint)

Sendi Gelungsur(saddle joint)

You might also like