You are on page 1of 8

P.

RAMLEE: TOKOH INTEGRASI NASIONAL


SEDAR TIDAK SEDAR, banyak adegan-adegan yg mendokong kearah integrasi sosial
dalam negara ini telah dipromosikan oleh P.Ramlee melalui filemnya. Sebagai
contoh, dlm filem "SARJAN HASSAN" watak Ah Leng (yg diwatakkan oleh Leng
Hussain) sebagai taukeh penjual sayur pada waktu siang dan "informer" atau
"messager" (pembawa maklumat) pada waktu malam (utk Hassan..) adalah cukup
signifikan, walaupun tidak ditonjolkan secara berlebihan. Leng Hussain juga
membawa beberapa watak Cina dalam filem "SENIMAN BUJANG LAPOK" (sebagai
taukeh pembeli botol, suratkabar lama dan barang2 terpakai) dan filem "ALIBABA
BUJANG LAPOK" (sebagai tukang kasut).
Filem "ALIBABA BUJANG LAPOK" terutamanya boleh dilihat sebagai gambaran
pemikiran seorang P.Ramlee yg globalistik kerana telah menyelitkan watak2 dari
pelbagai negara seperti dari Jepun (dilakunkan oleh A.Rahim) serta pengisahan
tentang penjualan belacan Penang secara "black market" (yg diseludup dari
Malaya..), penggunaan skuter, basikal chopper, beca dan lain2 di kota Baghad.
Seperti dlm filem "Do Re Mi", filem "SENIMAN BUJANG LAPOK" telah menyelitkan
watak pelbagai bangsa dgn mengetengahkan watak bangsa punjabi, Cina dan lainlain. Tetapi filem "GERIMIS" dilihat sebagai suatu langkah yg lebih ekstrim dlm
idealisme integrasi nasional bawaan tokoh unik ini. Rata-rata, P.Ramlee tidak pernah
lupa utk menyelitkan aspirasi ini dlm hampir setiap filem beliau. Filem "MADU TIGA"
turut menterjemahkan pemikiran beliau kearah membentuk satu bangsa Malaysia
yg bersatu. Didalam filem ini, sekretari beliau adalah seorang wanita tionghua.
Malahan filem terakhir beliau di Jalan Ampas (filem "TIGA ABDUL") turut
memaparkan peranan wanita Cina (sewaktu beliau cuba2 melakukan provokasi agar
bapak mertuanya naik marah....sekiranya marah, ia akan dijual...!).
Bukan sekadar di filem. Lagu2 beliau juga banyak mengandungi nilai2 patriotik dan
cintakan perpaduan. Contohnya: Zapin Malaysia; Kuala Lumpur dan banyak lagi...
Semangat yg dibakar utk hidup sebagai satu bangsa Malaysia telahpun beliau
perjuangkan sejak sebelum wujudnya sebuah negara yg bernama "MALAYSIA"....
Sedar atau tidak, itulah realitinya. Sementara para politikus sibuk memperjuangkan
ideologi politik masing2 yg terlalu perkauman, Ramlee dgn spontannya
memperjuangkan integrasi nasional.... Tetapi siapa pernah sedar tentang fakta ini?
Para pengkritik filem sendiri tidak pernah terfikir ke arah ini...
Jadi, adalah amat wajar jika negara mengiktiraf P.Ramlee sebagai salah seorang dari
tokoh integrasi nasional.....!

P.RAMLEE VS BUDAYA BERHUTANG

Dalam lagu "BEGINILAH NASIB" (yg dipetik dari filem "Ali Baba Bujang Lapok"
terbitan tahun 1960) dijelaskan tentang beban hutang yg perlu dibayar. Ali Baba
telah berhutang dgn kekandanya, Kassim Baba, seorang hartawan di kota Baghdad.
Ali Baba banyak meminjam gandum dari abang beliau itu dan tidak mampu
membayarnya hinggalah suatu ketika dimana beliau beroleh wang emas dari gua
persembunyian 40 penyamun. Dengan wang itu, Ali berjaya melunaskan segala
hutangnya. Malah, lebih dari itu, beliau melunaskannya dgn gandaan 300%...! Ini
sesuatu yg hebat dan tidak akan termampu dibuat oleh kaki-kaki hutang hari ini..
Filem tersebut juga telah mendedahkan bahawa masyarakat hartawan turut tidak
terlepas dari perangkap hutang-piutang. Ada yg sanggup merelakan dirinya
dirompak atau dicolek semata-mata utk menghindarkan diri dari perangkap ini. Jika
para hartawan burjuis sendiri turut terjebak dalam lembah keberhutangan, apa
agaknya yg dapat diharapkan dgn marhaen yg lebih terdedah kpd wabak
kefakiran...
Isu hutang juga dibentangkan melalui filem "DoReMi" (1966) dan "Anak Bapak"
(1967). Ia juga memperlihatkan bagaimana hutang-hutang itu wajar dibayar: iaitu
melalui "harta mak" atau "harta bapak" dan bukannya melalui salahguna kuasa
atau pecah amanah sebagaimana yg berleluasa dalam dunia korporat hari ini.
Masyarakat kontemporari terutamanya golongan kelas atasan dan pekerja berkolar
putih lebih gemar menggunakan peluang dgn memanipulasi kelemahan atau
lompang-lompang yg wujud dlm organisasi masing-masing.
Dlm pada itu, keberhutangan ini sering dikaitkan dgn budaya hidup bergaya (bagi
kelas aristokrat...) atau kemalasan berusaha (utk kelas bawahan...) atau akibat
ketiadaan pekerjaan (sang penganggur...) lantaran kegagalan negara utk mentadbir
dgn bijak..
Jika dikaitkan dgn kehidupan kontemporari, mungkin kita dapat menganalisis sendiri
kenapa kita terbabit dgn hutang. Antara lain, mungkin kerana terpaksa membeli
rumah kediaman, motosikal, kereta atau melanjutkan pengajian di institusi
pengajian tinggi. Mungkin juga utk membayar bil perubatan yg semakin meningkat
kosnya dari masa ke masa. Harga minyak serta barangan-barangan konsumer yg
kian meningkat serta nilai matawang yg semakin merosot turut menyumbang kpd
peningkatan keberhutangan hidup...
P.Ramlee sendiri dipenghujung hayatnya kehilangan sumber sarahidup kerana
kontraknya dgn EMI dan SB ditamatkan. Tidak pasti samaada beliau terbabit (atau
tidak..) dgn bencana hutang sebelum menghembuskan nafas yg terakhir. Dlm
ertikata lain, hutang bukan semestinya suatu budaya. Sebaliknya ia suatu
fenomena sosial yg akan bangkit mencengkam anda jika kita tidak beringat-ingat
dan berhati-hati... Ia juga akan mencengkam negara jika sang pemerintah lupa
daratan, gila kuasa, tidak adil, tidak cekap dan menjadikan korupsi sebagai budaya

dlm mentadbir negara...


P.RAMLEE MENGKRITIK AMALAN PERTAPAAN
Dunia persilatan dan perbomohan Melayu dahulu-kala tidak ubah seperti terpalit
dgn amalan-amalan animisme, buddhisme serta amalan-amalan yg terkeluar dari
pegangan hidup Islamik. Pada permulaannya ia mungkin tidak mustahil kerana
Islam tiba di alam Melayu selepas animisme, hinduisme dan buddhisme. Maka,
sebagaimana perubatan Melayu kuno, alam persilatan Melayu juga mungkin telah
terpalit dgn ajaran karut-marut dari unsur agama-agama atau ajaran-ajaran sesat
tadi.
P.Ramlee melalui filem "Pendekar Bujang Lapok" dgn beraninya telah mendedahkan
kekarutan disebalik alam persilatan Melayu silam. Antaranya ialah upacara
"mengasah ilmu" pada malam Jumaat guna memantapkan ilmu persilatan
kononnya. Cara "mengasah ilmu" itu ialah dgn menjalani "pertapaan" yg ringkas di
lokasi-lokasi yg sunyi, sepi dan "menggerunkan". Dlm filem tersebut, Aziz diarahkan
bertapa dlm perigi buta; Ramlee diatas kubur orang yg mati dibunuh; Sudin bertapa
di rumah kosong yg sudah lama ditinggalkan..
Kita semua sudah tahu "kesan" dari pertapaan itu. Tiga sahabat ini telah "gagal"
dlm upacara ini & terpaksa mengulanginya pada malam yg lain hingga selesai.
Mereka "akhirnya berjaya" (secara "default"...!) melaksanakan pertapaan itu kerana
Pendekar Mustar sendiri yg "terpaksa" membatalkan kesinambungannya atas
sebab2 yg kita semua sudah lihat...
Yg menarik bukanlah "pertapaan" itu, tetapi bagaimana P.Ramlee telah "menangkis"
pemikiran-pemikiran karut kependekaran silam yg menebal dlm sanubari
masyarakat Melayu pada zaman itu. Kita harus ingat: filem itu telah diterbitkan
pada tahun 1959, dan mentaliti masyarakat Melayu pada era tersebut masih jauh
terkebelakang dari apa yg terpahat dlm pemikiran P.Ramlee yg mungkin lebih
"cerah" dan "saintifik"... Oleh itu, sindiran tajam dan kritikan beliau terhadap
amalan "bertapa", "jampi-mentera" dan lain-lainnya itu telah "disamarkan" melalui
aksi-aksi komedi yg dilakunkan. Tetapi jika dikaji dgn mendalam, kita dapat melihat
bagaimana tegarnya P.Ramlee memprotes segala amalan-amalan tahyul dan
menyesatkan ini yg secara jelas wujud dlm masyarakat Melayu di rantau ini.
Hari ini kedapatan sesetengah penerbit filem Melayu tempatan (dan serantau...) yg
hebat mengetengahkan semula unsur-unsur ketahyulan dlm masyarakat setempat.
Bukan sekadar filem, malah melalui drama dan lain-lain. Mereka bangga
mengetengahkan sesuatu yg tidak memberi sebarang faedah kpd orang-orang
Melayu umumnya dan pembinaan aqidah Islam khususnya. Yg penting, mereka
boleh membuat kekayaan wang-ringgit dgn mempamerkan sesuatu yg tidak
memberikan kesan positif kpd masyarakat Melayu serantau...

Bagaimana dgn pandangan anda pula...? Wajarkah kita memprotes pembikinan


filem-filem
atau
drama-drama
yg
membesar-besarkan
ketahyulan
dlm
masyarakat...?

P.RAMLEE: MEMBASMI KHURAFAT MELALUI SENI


Dalam filem "NASIB SI LABU-LABI" diselitkan sebuah paparan drama yg dilakunkan
oleh Labu dan Labi dgn iringan lagu "ACI-ACI BUKA PINTU". Umum mungkin
menganggap bahawa lagu dan drama itu tidak memilik sebarang makna dan tidak
perlu diinterpretasi dgn lebih mendalam. Orangramai mungkin tidak sedar bahawa
perbuatan serta kepercayaan khurafat masih berlegar-legar dgn ligatnya dlm
masyarakat Melayu. Mereka cuma bergelak-ketawa dgn lagak lucu si Labu dan si
Labu.
Hakikatnya, bukan itu yg dimaksudkan. Bukan kelucuan yg jadi matlamat akhir
adegan "Aci-Aci Buka Pintu" itu. Sebaliknya, P.Ramlee ingin memperbetulkan
persepsi masyarakat terhadap syaitan, hantu mahupun jembalang. Ini bukan kali
pertama P.Ramlee menyampaikan mesej sedemikian. Sebelum itu, dlm filem
"Pendekar Bujang Lapok" beliau telahpun melemparkan sindiran paling tajam
ditengah-tengah masyarakat dgn istilah-istilah "mambang", bertapa pada malam
Jumaat, bertapa atas kubur orang yg mati dibunuh, bertapa di rumah yg lama
ditinggalkan orang dan "hantu Jepun" yg bangkit menyerang..
Sebagai pemikir sosial, ini semua bukanlah khayalan atau paparan omongan
kosong. Sebaliknya ia adalah mesej penting buat kita memikirkan dan
mengupasnya bersama-sama. Khurafat dikalangan bangsa Melayu masih lagi
berleluasa sehingga kini. Kepercayaan kpd kuasa-kuasa jin, hantu dan syaitan
masih mengental dalam masyarakat Melayu pasca penjajahan. Kalau dahulu sang
penjajah mungkin menggunakan khurafat utk menjajah minda Melayu, pada hari ini
apakah alasan yg kita ada utk masih mengamalkan khurafat dlm kehidupan kita...?
Sila jawab wahai pengamal-pengamal khurafat....!
Senikata dlm lagu "Aci-Aci Buka Pintu" sebenarnya membidas masyarakat yg masih
mempercayai kuasa-kuasa hantu, jin atau jembalang. Walhal makhluk-makhluk itu
tidak lebih dari mahluk ciptaan Allah Taala yg perlu dibenteras dari menganggu dan
merosakkan aqidah umat Islam. Malangnya umat Melayu terlalu daif serta sempit
pandangannya dan sekadar melihat paparan-paparan P.Ramlee itu tidak lebih dari
kerja-kerja seni semata-mata...! Ini merupakan suatu kegagalan besar dlm sistem
pemikiran umat Melayu...

Filem "SI TORA HARIMAU JADIAN" (...yg sudah lama diharamkan dari tayangan
kerana, mungkin keterlaluan...!) juga cuba menyampaikan mesej yg serupa. Begitu

juga dgn filem "NASIB DO RE MI" yg dipaparkan melalui adegan pawang, serapahjampi, azimat dan tok-jin sewaktu Komeng mahu menanam azimat di hadapan
rumah "mangsa"...
Dalam erti kata yg lain, P.Ramlee telah menggunakan sekurang-kurangnya empat
buah filem sebagai platform beliau membidas kekhurafatan dikalangan masyarakat
Melayu. Malangnya, pada hari ini terlalu banyak drama dan filem yg secara terangterangan memaparkan kisah hantu syaitan, pontianak, saka dan sebagainya yg
seolah-olah menggambarkan bahawa masyarakat hari ini sudah terlalu teruk
terjebak dlm amalan khurafat dan syirik ini. Adakah ia bermaksud bahawa aqidah
umat Melayu semakin rapuh dlm era serba modern ini..? Adakah Melayu semakin
terbelenggu dgn kekurafatan yg tidak mengenal batas..? Adakah sistem pendidikan
hari ini semakin gagal membenteras isu khurafat walaupun teknologi pendidikan
semakin hari semakin maju...? Dimana silapnya..?

P.RAMLEE: KISAH JIN LAPAR DAN JIN MISKIN


P.RAMLEE secara halus menyindir status quo golongan aristokrat melalui
penggunaan istilah "jin lapar" dan "jin miskin" didalam filem Nujum Pak Belalang.
"Jin lapar" ditujukan kpd beliau (oleh anaknya, Belalang..) dan "jin miskin" ditujukan
kpd dua penyamun (lakunan Aziz Satar dan S.Shamsuddin) yg telah mencuri kalung
pusaka milik Tuan Puteri SiBujur Sirih dan dastar (songkok...) kebesaran diraja
Sultan Shahrul Nizam.
Mengapa istilah "jin lapar" dan "jin miskin" digunakan? Bukankah mereka yg
dibabitkan dgn istilah itu merupakan manusia biasa (??), bukannya "mambang"
atau "orang bunian". Sudah tentu ini merupakan suatu "slapstick" atau tamparan
kecil utk sang aristokrat yg sentiasa bergelumangan dgn hidup yg bergemerlapan,
bergelumang kuasa, kekayaan, hartabenda, intan permata dan keduniaan...
Manakala hamba-rakyat yg terpinggir akan terus terpinggir dlm kemiskinan. Kais
pagi makan pagi, kasi petang makan petang...kelaparan tanah, keperluan asasi dan
lain-lain.
Dalam pada itu ada yg memutuskan utk menjadi "jin miskin" atau penyamun
sebagai cara mereka menyara hidup. Kemiskinan menghimpit mereka utk bertindak
dgn lebih agresif demi survival. Soal kehidupan adalah soal survival. Terkadang
orang menjadi terlalu taksub hingga menjadikan teori "the survival of the fittest"
sebagai teori dan falsafah hidup mereka. Namun hari ini falsafah ini telah menjadi
konsep asas dlm manusia berpolitik. Hanya mereka yg paling kuat dan gagah
sahaja akan "survive" atau terselamat....manakala yg lemah akan kecundang
ditengah jalan dan hancur dilanda gelombang ganas perebutan kuasa..!
Pada zaman ini jumlah "jin lapar" dan "jin miskin" kian meningkat dari masa ke
masa. Dalam ketidaksedaran kita, "jin merempat" dan "jin melarat" semakin

berkembang-biak terutamanya di wilayah bandaran. Mereka hidup dalam


kongkongan kemelaratan yg terlalu bangsat utk dibincangkan... Mereka bernafas
dalam lanskap sosioekonomi yg dicengkam oleh tangan-tangan syaitan berbentuk
manusia. Riba' dan rasuah berkembangbiak bagai ulat-ulat yg berkembang didalam
kolam najis. Hari ini "jin-jin" serta "pari-pari" yg wujud bukan seindah filem Nujum
Pak Belalang atau Sumpah Orang Minyak... "Jin-jin" yg lahir pada zaman ini perlu
berperang dgn kehidupan itu sendiri utk terus hidup dan bernafas....!

P.RAMLEE: GURU BAHASA MELAYU YG HEBAT


Walaupun tidak pernah belajar hingga ke menara gading, tapi penguasaan dan
penggayaan bahasa yg digunakan oleh oleh beliau dalam filem mahupun senikata
lagu bukan kepalang hebatnya. Belum ada sarjana Bahasa Melayu yg berani
menyanggah hakikat ini. Hingga ke hari ini pengaruh bahasa bawaan P.Ramlee
terus meluas dan diperluaskan tanpa disedari oleh masyarakat terkini. Apakah
rahsia beliau....?
BAHASA yang digunakan oleh P.Ramlee dalam filem-filemnya adalah bahasa Melayu
yang mudah tetapi cukup hebat untuk kekal jadi ikutan masyarakat kontemporari.
Selain dari bahasa Melayu "standard", beliau juga rajin meneroka bahasa-bahasa
sub etnik dan digunapakai secara optimum disana-sini dalam filemnya. Sebagai
contoh, filem "Masam-Masam Manis" telah mengetengahkan bahasa Kedah dan
Penang melalui watak Norkiah dan ibunya. Dalam filem "Nasib Do Re Me", bahasa
loghat Perak telah digunakan oleh watak Pak Lebai di sebuah warung kopi.
Dalam filem "Kancan Tirana", P.Ramlee telah melakukan eksperimentasi bahasa
dengan memperbanyakkan penggunaan perkataan "anda" dan lain-lain perkataan
yang dianggap baru pada ketika itu. Meskipun agak kaku, mesej filem masih
dicapai. Tetapi eksperimentasi dalam filem "Ahmad Albab" yang cuba menggunakan
loghat Arab mungkin dianggap agak berlebihan lantaran filem tersebut ialah sebuah
filem drama, bukan komedi seperti filem "Ali Baba Bujang Lapuk". Filem "Ali Baba
Bujang Lapuk" dianggap cukup berjaya kerana eksprementasi kepelbagaian bahasa
yang amat mengesankan. Malahan filem ini juga telah mengkritik cara kita
bercakap melalui dialog berikut: "....lain kali kalau cakap biar terang...!"

Dalam filem "Seniman Bujang Lapuk", P.Ramlee telah membidas tatacara watak
"Sudin" yang berbahasa kasar melalui dialognya yang berikut: "....bahasa
menunjukkan bangsa...!" Ia merupakan sindiran tajam utk penganut-penganut
bahasa kasar dan biadab....
Mungkin P.Ramlee tidak pernah ke kolej bahasa, tetapi pengamatan beliau terhadap
kepentingan bahasa telah diserlahkan melalui filem dan lagu-lagu beliau. Bahasa

beliau mungkin cuma bahasa harian yang mudah dan ringkas. Tetapi hakikatnya ia
cukup maju secara perbandingan waktu. Dalam ertikata lain, beliau cukup prihatan,
matang dan "terpelajar" dalam aspek bahasa seawal tahun 50an lagi dan
"keterpelajaran" itu telah diperjuangkan melalui lagu dan filem-filem beliau di
sepanjang hayat. Belum ada profesor mahupun sarjana bahasa yg benar-benar
menyerlah dan berupaya mengatasi beliau. Ini jelas merupakan "bakat" yg telah
dibekalkan Allah Taala kpd makhluk yg bernama Teuku Zakaria Teuku Nyak Putih.
Ringkasnya, walaupun bukan seorang guru profesional atau pensyarah bahasa,
beliau memiliki cara tersendiri untuk dilihat sebagai "GURU BAHASA MELAYU".
Meskipun adakalanya perkataan-perkataan yg digunapakai terlalu kasar bunyinya
(.....misalnya: "...dah buang tebiat? ....nak mampus...?"; "...cilaka punya
penyamun....!") dan adakalanya diselang-seli dgn perkataan Inggeris (....misalnya:
"....awas,
belacan
ini
ana smuggled dari
Malaya
daaa....!";
".....patik
kena kidnappedyaa Tuanku...!"; "....anak datuk memang tip-top.....ada classed....! ..
..Anak Bapak laa katakan...!"), namun keupayaan beliau memang cukup cemerlang
berbanding dgn pengarah-pengarah seangkatannya mahupun yg terkini.
Maka, memang layak beliau dinobatkan sebagai "GURU BAHASA MELAYU" tanpa
keraguan lagi...!

PERKONGSIAN PINTAR ALA P.RAMLEE


P.RAMLEE antara lain paling gemar membentangkan kisah hidup golongan kelas
bawahan (atau lebih tepat disebut sebagai kelas ploretariat atau marhaen). Tetapi
gaya penceritaan akan dibezakan dari satu filem ke filem yg lain walaupun konsep
atau falsafahnya masih kekal. Kali ini mari kita fokuskan perbincangan kpd
kehidupan di bilik sewaan.
Dalam filem "Masam-Masam Manis" P.Ramlee telah mengisahkan suatu peristiwa
pertengkaran antara penghuni-penghuni di "Lodging Mak Minah" di Kuala Lumpur.
Yg menarik disini, gambaran yg membabitkan kehidupan di bilik sewaan seperti
rumah kongsi yg mengandungi kompartmen bilik-bilik kediaman tersendiri adalah
suatu perkara yg menarik dan sukar utk ditemui pada hari ini. Idea sebuah
apartmen yg mengandungi bilik-bilik yg disewapakai oleh manusia atau famili yg
berbeza tetapi berkongsi dapur dan bilik air adalah suatu idea tradisional yg
semakin lesap pada hari ini. Konsep "perkongsian pintar" seperti ini sudah tidak
dapat diterimapakai oleh masyarakat kontemporari yg terlalu taksub kpd
individualistik dan materialistik...
Sebelum itu, dalam filem "Bujang Lapuk", tiga rakan baik yg terdiri dari Aziz, Sudin
dan Ramlee digambarkan hidup berkongsi menyewa bilik di sebuah rumah besar
milik janda yg bernama Normah. Didalam filem "Seniman Bujang Lapuk", setting

rumah yg digunakan adalah seperti dalam filem "Bujang Lapuk". Ketiga-tiga rakan
itu masih menyewa sebilik.

Seperti dalam dua filem yg lain, ragam hidup para penghuni yg berbeza bilik akan
akan pasti memberi kesan sampingan kpd yg lain. Contohnya, jika ada suami-isteri
yg berkelahi, maka seluruh "penduduk" di rumah sewa berkenaan akan terganggu.
Jika ada yg membuat bising, pasti ada yg terancam dgn kebisingan itu. Jika ada yg
mengamuk di tengah malam atau menghidupkan motosikal kuasa tinggi, semua
jiran di sebelah akan turut "berjaga malam" lantaran tidak dapat tidur dek bunyi yg
memekakkan telinga.
Hidup menyewa dalam keadaan sebegini sememangnya tidak aman dan perlukan
kesabaran tinggi. Jika tidak, perang besar pasti terjadi sepanjang hari. Lantas, ia
memerlukan "orang tengah" utk meleraikan sebarang pertengkaran dikalangan
mereka.
Demikianlah kehidupan golongan marhaen yg terpaksa menyewa di bilik-bilik
sempit dlm sebuah rumah atau "lodge" kos rendah. Tetapi intipati dari coretan ini
ialah, kita perlu menghargai hidup ini dan belajarlah utk memberi ruang serta
peluang hidup kpd golongan terhimpit dan tertindas. Jangan sampai kita jadi lupa
daratan dan turut menjiwai sebahagian dari kekejaman makhluk yg kejam dan zalim
di mukabumi ini.
Sayangilah golongan miskin, anak-anak yatim dan mereka yg tertindas!

You might also like