You are on page 1of 7

CIRI KEBUDAYAAN

MELAYU
DISEDIAKAN OLEH:GVITHAMALAR SUBRAMANIAM
THANAPAKIAM
VASANTHI MARIMUTHU

Setiap masyarakat mempunyai kebudayaan


masing masing.Kebudayaan ini berbeza- beza
mengikut masyarakat yang mengamalkannya.
Masyarakat merupakan pendukung bagi
sesuatu kebudayaan.
Ciri ciri kebudayaan Melayu meliputi
sebahagian besar daripada kebudayaan negara
Malaysia. Ciri- ciri kebudayaan dianggap
sebagai ciri ciri kebudayaan Melayu itu
sendiri, yang antara lain adalah seperti berikut:


Bersifat

Dinamik

Kebudayaan bersifat dinamik bermaksud kebudayaan yang


mengalami perubahan yang pesat selaras dengan perkembangan
masyarakat. Kebudayaan yang bersifat statik, iaitu kebudayaan yang
tidak mengalami sebarang perubahan.Kebudayaan Melayu dikatakan
bersifat dinamik kerana masyarakat tersebut dapat menerima perubahan.
Sebagai contoh, semasa kedatangan Islam dahulu, orang Melayu
menerimanya dengan senang hati tanpa ada sikap penolakan.
Lama kelamaan, budaya Hindu dan Buddha terpinggir dan semakin
dilupakan. Kemudian, datang Inggeris dengan budayanya yang amat
berbeza daripada penduduk Tanah Melayu. Ada sebahagian masyarakat
yang menerima budaya pendatang ini, tetapi sebahagian besarnya masih
mengekalkan budaya yang sedia yang ada.

Menerima

dan Menolak Unsur Tertentu

Sesuatu kebudayaan yang bersifat dinamik atau statik


sekalipun tidak lari daripada faktor menerima dan menolak.
Gerak kuasa pertama ialah gerak kuasa menolak dan
menentang perubahan. Keadaan ini dianggap sebagai salah
satu unsur konservatisme dalam kebudayaan, iaitu terdapat
segolongan yang mahu mempertahankan dan mengekalkan
nilai nilai dan carahidup lama.
Gerak kuasa kedua ialah gerak kuasa yang menarik
kemasukan ideaidea yang baharu dalam kebudayaan. Anggota
masyarakat yang bersikap liberal terhadap perubahan dan dapat
menyesuaikan diri dengan cabaran zaman. Perubahan ini
selalunya dicaci pada peringkat awal, tetapi akhirnya diterima
setelah perubahan tersebut mendatangkan kebaikan.

Kebudayaan

Diwarisi

Ciri ini bermaksud bahawa kebudayaan itu diwarisi


daripada satu generasi kepada satu generasi.Perubahan
itu berlaku setelah melalui fasa menerima dan menolak.
Kebudayaan itu merupakan persefahaman yang dikongsi
bersama. Apabila kebudayaan itu dikongsi bersama
bermakna kebudayaan itu akan diwarisi. Kita dapat
mengenali sesuatu masyarakat itu kerana mereka
dilingkungi oleh kebudayaan yang sama yang diturunkan
kepada anak. Sebagai contoh, adat perkhawinan
masyarakat Melayu yang diwarisi daripada nenek
moyang dahulu masih dikekalkan.

Proses

Kesinambungan

Setiap kebudayaan mengalami perubahan dan proses


kesinambungan, sama ada dalam bentuk seni bina,
peralatan dan budaya. Sebagai contoh, budaya seni
bina rumah dahulunya dalam bentuk sederhana.
Setelah mengalami proses kesinambungan yang
berterusan, maka muncullah rumah yang ada berbagai
bagai bentuk seni bina.

TERIMA KASIH

You might also like