You are on page 1of 10

PENGAJIAN

PERNIAGAAN
DISEDIAKAN OLEH:
P.CARELINE
S. GVITHAMALAR

PROSES PENGORGANISASIAN
PENENTUAN OBJEKTIF

AUTORITI DAN
TANGGUNGJAWAB

PENGENALPASTIAN
AKTIVITI

PENGAGIHAN TUGAS

PENGELASAN AKTIVITI

PENGELOMPOKAN
AKTIVITI

PENENTUAN OBJEKTIF
Pada peringkat ini, pengurus dikehandaki
mengenal pasti matlamat organisasi dan objektif
setiap unit atau bahagian dalam organisasi.
Matlamat dan objektif ditetapkan berdasarkan
kemampuan dan kebolehan organisasi untuk
mencapai matlamat dan objektif berkenaan.
Pengurus juga harus mengenal pasti sumber
yang perlu ada dan tugas yang perlu
dilaksanakan untuk mencapai matlamat atau
objektif berkenaan.

PENGENALPASTIAN AKTIVITI
Pengurus akan mengenal pasti secara khusus
aktiviti- aktiviti yang dalam usaha mencapai
matlamat yang ditetapkan. Ini termasuk
menyenaraikan dan membahagikan aktiviti
kepada aktiviti utama dan sampingan.

PENGELASAN AKTIVITI
Pengelasan aktiviti merujuk kepada kerja
menyusun aktiviti mengikut kemahiran dan
kecekapan pekerja atau kriteria tertentu. Dalam
organisasi, banyak aktiviti perlu dijalankan untuk
mencapai objektif tertentu.
Misalnya, untuk melaksanakan aktiviti
menghantar barang kedai runcit memerlukan
pekerja yang mempunyai lesen memandu yang
sesuai serta pekerja yang mempunyai
pengetahuan dalam bidang perakaunan.

PENGELOMPOKAN AKTIVITI
Pengelompokan aktiviti merujuk kepada
proses mengumpulkan aktiviti yang
berkaitan dalam kategori atau kumpulan
tertentu. Misalnya aktiviti yang sepadan
dari segi fungsi akan dikelompokkan untuk
membentuk suatu kumpulan kerja formal.

PENGAGIHAN TUGAS
Pada peringkat ini, pengurusan atasan akan
mengagihkan tugas kepada ketua jabatan dan
memberikan penerangan tentang sasaran yang
perlu dicapai oleh setiap jabatan.
Ketua jabatan pula akan mengagihkan tugas
kepada pekerja mereka mengikut kemahiran
yang dimiliki setiap pekerja.

AUTORITI DAN TANGGUNGJAWAB


Autoriti merupakan hak atau kebenaran yang
diberikan kepada seseorang pengurus untuk
mengambil keputusan dan tindakan tertentu.
Autoriti melibatkan bidang kuasa yang telah
diperuntukkan dan membolehkan pengurus
memberikan arahan kepada pekerja bawahannya.

Tanggungjawab merujuk kepada


kewajipan seseorang individu untuk
menjalankan tugasnya dengan baik dan
berkesan.

Tanggungjawab selalunya akan diberi


bersama sama autoriti. Penurunan
autoriti melibatkan pemindahan
tanggungjawab kepada pekerja bawahan.

SEKIAN
TERIMA KASIH

You might also like