You are on page 1of 17

Laporan Aktiviti

REWANG RAYA 14
KOLEJ TUANKU CANSELOR 2013
Tarikh :
9 OKTOBER 2014 10 OKTOBER 2014

Tempat :
Sekitar Kawasan Kolej Tuanku Canselor,
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor

Anjuran :
Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tuanku Canselor,
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor

1. MATLAMAT PROGRAM
Mengeratkan

hubungan

silaturrahim

dan memupuk

semangat

kekitaan antara warga Kolej Tuanku Canselor tanpa mengira bangsa


dan agama. Selain itu, program ini bertujuan untuk menyerlahkan
lagi bakat memasak yang terdapat dalam kalangan mahasiswa.
Disamping itu, suasana harmoni dan aman dapat diwujudkan di
kolej ini.

2.

OBJEKTIF PROGRAM
i.

Memupuk semangat kekeluargaan dan merapatkan jurang

ii.

antara warga kolej Tuanku Canselor.


Menerapkan semangat kerjasama antara mahasiswa baru dan

iii.

lama dalam Kolej Tuanku Canselor.


Mencungkil bakat memasak yang terpendam dalam kalangan

iv.

warga kolej.
Mewujudkan suasana harmoni dalam kalangan warga kolej
tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.

PEJABAT HAL EHWAL MAHASISWA


UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
SKUDAI, JOHOR

LAPORAN AKTIVITI
REWANG RAYA 14 KOLEJ TUANKU CANSELOR 2013

9 OKTOBER 2014 (KHAMIS)


Rewang Raya 2014 ini diadakan bersempena meraikan Hari Raya
Aidiladha atau dikenali juga sebagai Hari Raya Qurban. Program ini
menjemput semua warga Kolej Tuanku Canselor bagi memeriahkan majlis.
Terdapat pelbagai hidangan yang disediakan bertemakan hidangan hari
raya seperti nasi himpit, kuah kacang, rendang ayam, soto, bubur ayam,
bubur kacang dan juga bihun sup. Untuk makluman, makanan ini semua
dimasak secara gotong- royong oleh para ahli jawatankuasa Program
Rewang Raya 14 bagi mengeratkan lagi talian silaturahim sesama pelajar
dan juga pensyarah. Kebanyakan ahli jawatankuasa yang dipilih dalam
program ini terdiri daripada pelajar Tahun1. Hal ini kerana, memberikan
pengalaman baru kepada pelajar Tahun1 bagi mengendalikan program
secara ringkasnya dan secara tak langsung dapat memantau serta
mencungkil kebolehan yang terdapat pada diri mereka.
Pada waktu petang, para peserta mula berkumpul di perkarangan
S01,KTC bagi memulakan aktiviti sesi pertama iaitu aktiviti rewang.
Kesemua peralatan telah di sediakan secukupnya untuk digunakan pada
hari tersebut dan keesokannya. Para peserta telah dibahagikan tugas
mengikut menu yang diberikan. Aktiviti mengupas bahan-bahan kering
seperti bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit dan cili
kering telah diadakan beramai-ramai. Selain itu, untuk penyediaan kuah
kacang, kacang tanah digoreng tanpa minyak terlebih dahulu bagi
memudahkan proses pada keesokannya. Nasi impit juga direbus pada
petang tersebut. Aktiviti rewang pada petang tersebut berakhir kira-kira
sebelum masuknya waktu maghrib.

Pada sebelah malamnya, para peserta Program Rewang Raya 14


telah dijemput menghadiri program agama yang dianjurkan oleh Majlis
Generasi Rabbani (MGR), KTC. Program ini berlangsungnya dengan solat
maghrib dan isyak berjemaah dan mendengar ceramah yang disediakan
oleh penganjur tersebut.
10 OKTOBER 2014 (JUMAAT)
Bermula seawal 8.00 pagi, para peserta telah hadir bagi meneruskan lagi
aktiviti rewang sesi kedua pula. Menu pertama yang di masak adalah
bubur kacang yang dikendalikan seramai 4 orang. Walaupun sesetengah
peserta tidak biasa masak untuk bilangan orang yang ramai , akan tetapi
dengan

adanya

semangat

kekitaan

dalam

diri

mereka

dapat

menghasilkan dengan jayanya. Seterusnya, penyediaan kuah kacang mula


dilakukan dan mengambil masa selama sejam. Bagi mencepatkan urusan,
soto juga dimasak pada masa yang sama. Tepat jam 12 tengah hari, para
peserta diberikan rehat sehingga selesainya solat Jumaat. Sementara itu,
hidangan makanan tengah hari juga disediakan untuk semua peserta
yang telah bertungkus lumus merewang pada pagi tersebut.
Pada pukul 2 petang, acara rewang diteruskan lagi dengan
menyediakan masakan rendang ayam dan diikuti pula dengan bubur
ayam. Kesemua aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut telah di pantau
oleh felo dan pembantu felo Kolej Tuanku Canselor. Alhamdulillah setiap
hidangan yang dimasak berjalan dengan lancar sekali tanpa sebarang
kemalangan yang tidak diingini berlaku. Kira-kira pada pukul 4 petang,
setiap masakan mula dihidangkan di meja hidangan dan juga meja vip.
Bagi memeriahkan majlis Rewang Raya 14 pada malam tersebut,
kedatangan anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Raudhatul Maryam,
Taman Pulai Utama, 81310 Skudai, Johor telah di sambut meriah oleh
wakil Jawatankuasa Kolej Mahasiswa, Kolej Tuanku Canselor dengan
pelbagai

aktiviti

seperti

memberi

motivasi

dalam

bentuk

lukisan,

bernasyid dan sebagainya. Anak-anak yatim tersebut dalam jumlah 15


orang datang pada pukul 5.30 petang. Seterusnya, ketibaan para VIP iaitu
Pengetua Kolej Tuanku Canselor, Dr. Hafis Izran bin Ishak dan felo serta
pembantu felo Kolej Tuanku Canselor seterusnya diikuti dengan sepatah

dua kata dari pengetua dan pengarah Program Rewang Raya 14, Fatin
Marlia Binti Mohd Maulana. Setelah masuknya waktu maghrib, para
pelajar Kolej Tuanku Canselor telah solat berjemaah di Dewan Astana yang
diimami oleh Ustaz Ilyas bin Ismail dan diikuti pula ceramah ringkas yang
bertajuk Korban dan Pengorbanan bersempena dengan Hari raya
Qurban dan seterusnya solat Isyak berjemaah. pemberian cenderamata
diberikan kepada Ustaz Ilyas atas kesudian beliau dalam mengikuti
program ini.
Acara yang dinanti-nantikan ialah jamuan Hari Raya Aidiladha.
Para jemputan dan pelajar dijemput menikmati pelbagai juadah yang
disediakan. Sambil menikmati hidangan, mereka ditayangkan montaj
daripada pihak program serta persembahan sajak dari pelajar Kolej
Tuanku Canselor, saudara Ali Anwaruddin bin Ali Taha. Kira-kira pukul 10
malam, para pelajar mula bersurai. Aktiviti gotong-royong mula dijalankan
membersihkan peralatan-peralatan dan kebersihan sekitar perkarangan
Dewan Astana. Walaupun penat bertungkus-lumus menjayakan program
ini, tetapi berasa seronok dan puas kerana semua juadah yang disediakan
dapat dihabiskan oleh hadirin yang hadir pada malam tersebut.
Secara keseluruhannya, program ini ternyata sangat bertepatan
dengan hasrat universiti untuk melahirkan mahasiswa yang holistik, yang
tidak hanya berpandukan aktiviti akademik semata-mata, malahan
mampu juga membina sahsiah dan budi pekerti mahasiswa. Hal ini dapat
dilihat melalui maklum balas positif yang telah diterima dari pihak
jemputan luar dan mahasiswa yang mengharapkan agar aktiviti sebegini
dapat diteruskan lagi dengan jayanya pada masa hadapan.
Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa
pelaksana Rewang Raya 14 ini yang telah bertungkus lumus untuk
menjayakannya walaupun menghadapi pelbagai kekangan pada awal
program mahupun setelah tamat program. Selain itu, adalah sangat
diharapkan agar program sebegini dapat membantu para mahasiswa,
khususnya mahasiswa Tahun 1 untuk belajar mengendalikan bebanan
tugas dan menyelesaikannya dengan cemerlang.

3. LAMPIRAN
i) Senarai nama jawatankuasa pelaksana Rewang Raya 14
JAWATAN
PENGARAH
TP PENGARAH 1
TP PENGARAH 2
SETIAUSAHA
BENDAHARI
K/U JEMPUTAN
AJK JEMPUTAN
K/U MAKANAN
AJK MAKANAN

K/U TEKNIKAL & PERALATAN


AJK TEKNIKAL&PERALATAN

K/U MEDIA & PUBLISISTI


AJK MEDIA & PUBLISITI

K/U HADIAH & CENDERAMATA


AJK HADIAH & CENDERAMATA

K/U AKTIVITI
AJK AKTIVITI

K/U PROTOKOL
AJK PROTOKOL

K/U TTK
AJK TTK

NAMA
FATIN MARLIA BINTI MOHD MAULANA
AABU MUAZ BIN MOHD ADID
NURUL NADIAH BINTI ZULKIFLI
ANIS SYAHIDAH BINTI MOHD RAHIM
NURUL ASYIKIN BINTI ABDUL JALIL
NUR ATIQAH ADLINA BINTI RAZALI
SYED MOHD FIKRI BIN SYED MOHD FUZI
MUHAMMAD SYAHMI HAKIM BIN ABDUL RAHMAN
NOR ZAHIRAH BINTI ZAINOL
FARAH ATHIRAH BINTI ABU KASIM
NUR HAFIZA BINTI MOHAMAD SOM
NURSAIFUL HADI BIN SULAIMAN
MUHAMMAD RIDHZUAN BIN AB RAHMAN
GAJENDRAN RAO A/L MUROGAN
ABU HASSAN AL-BASRI BIN ABDUL MALIK
MOHAMAD SAFFIQ BIN MOHAMAD ASERI
HAZREEN ELLINA BINTI NUR ALI ZA
SIQIT WAHYUDI BIN ABDUL MANAF
MOHD SHAZRIL BIN MUHADZAR ZUHDI
LIYANA NASUHA BINTI SARIB
AMEERA WAHIDA BINTI SOLIKHUDDIN
SYAZA NADHIRAH BINTI SOBRI
NURMARHAINI BINTI MOHD KHAIRRI
KHAIRUL BARIYYAH BINTI ASMI
AIFAA NADIRAH BINTI JEFRI
MUHAMMAD IQBAL HAKIM BIN ALI
RIDHWAN FAHMI BIN MAT RADZI
MUHAMMAD AFIQ BIN MOHD AZAM
NUR FATIN ASFARINA BINTI MOHD AZMI
IZZAT SAFWAN BIN INDRA
MUHAMMAD AZRI BIN SULAIMAN
NUR AIMY AMANINA BINTI MAZLAN
ANG MINSHAN
MOHAMAD SYAHMI ANUAR BIN MOHD JANI
SRIWARANAIL SUFFIAH
NABILAH BINTI AHMAD

ii) Gambar program

Gambar 1 : Majlis
Makan Malam Mesra
Ar-Rayyan

Gambar 2 :
Forum Aidil
Adha dan
Persembaha
n KTC with
R4BIA

Gambar
3 : KTC
Star
Night

Gambar 4 : Gerai Jualan

Gambar 5 :
Multimedia
Games

Gambar 6 :
Birdieball
Games

Gambar 7 :
Carwash

Gambar
8:
Breakfast
Competiti
on

Gambar 9 : Konvoi SYOK13

Gambar 10 : Autoshow
SYOK13

Gambar 11 :
Permainan
Tradisional

Gambar 12 :
Tarian Perang
Kor Suksis

Gambar
13 : 3x3
Street
Soccer

Gambar 14 : Flashmob
R4BIA

Gambar 15 : Majlis
Perasmian Penutup dan
Penyampaian Hadiah

You might also like