You are on page 1of 11

Jurnal Pendidikan 2003,Universiti Malaya

PENGETAHUAN GURU BIMBINGAN SEKOLAH RENDAH TENTANG


GANGGUAN HIPERAKTIVITI DAN KURANG DAYA TUMPUAN (ADHD)

Chong Siew Hiong


Rusnani Abdul Kadir

ABSTRACT

This study explores the knowledge level of guidance teachers on Attention


Deficit/Hyperactivity Disorder (ADHD) by using Knowledge of Attention Deficit
Disorders Scale - Revised (KADDS-R) as the instrument of the study. The Scale contains
four subscales: (i) DSM IV Diagnosis, (ii) Treatment, (iii) Associated Features, and (iv)
Negative Indicators. Ninety-nine guidance teachers in one of the districts in Selangor
completed the questionnaires. Based on the KADDS-R total score, the results showed that
the knowledge level ofrespondents onADHD was very low (M= 9.11, SD = 4.35). Of the
four subscales, the knowledge level on DSM IV Diagnosis subscale was highest.

PENGENALAN

Semasa kita bersekolah dahulu, ramai daripada kita mempunyai memori tentang kanak-kanak "jahat" yang
tidak mendengar cakap guru, yang sering mengganggu kelas, kerap meninggalkan tempat duduk, membuat
kacau dalam kelas, kerap tidak menyiapkan kerja sekolah, atau bergaduh dengan pelajar lain.
Kecenderungan kita biasanya mensabitkan kelakuan kanak-kanak yang demikian kepada kekurangan
disiplin atau kekurangan asuhan keluarga seperti kanak-kanak itu didera, terlalu dimanja, atau kanak-kanak
itu hanya mahukan perhatian semata-mata. Bagaimana pun, label sebegini boleh tersilap kerana sebahagian
daripada kanak-kanak berkenaan mungkin mengalami Gangguan Hiperaktiviti Dan Kurang Daya Tumpuan
(ADHD).

Takrif ADHD

ADHD merupakan salah satu kecelaruan psikiatri yang paling umum di kalangan kanak-kanak (Barkley,
1990). Mengikut Buku Panduan Diagnosis dan Statistik tentang Kecelaruan Mental edisi ke-IV (DSM-IV)
keluaran Persatuan Psikiatri Amerika, kecelaruan ini dipamerkan dalam salah satu atau kesemua tiga aspek,
iaitu kesukaran dalam memfokus tumpuan, kelakuan impulsif dan hiperaktiviti. Dan simptom berkenaan
diperlihatkan dalam situasi akademik, pekerjaan, atau sosial.
DSM-IV (APA, 1994) menjelaskan simptom kesukaran memfokus umumnya merujuk kepada
kesukaran mengekal tumpuan dalam tugasan atau aktiviti permainan, tidak dapat memberi tumpuan yang
teliti kepada butir terperinci, cuai semasa membuat kerja sekolah atau aktiviti lain, gagal menghabiskan
kerja sekolah dan kerja rumah, dan selalu kehilangan barang yang perlu untuk tugasan atau aktiviti
(misalnya

alat

permainan,

tugasan

sekolah,

pensil,

atau

peralatan).

Jurnal Pendidikan 2003, Universiti Malaya


Keadaan hiperaktiviti pula mungkin diperlihatkan dengan kerap menggerak tangan atau kaki atau

menggeliang-geliut di tempat duduk, selalu meninggalkan tempat duduk ketika di kelas atau situasi lain
yang menghendaki duduk diam, kerap menghadapi masalah untuk bermain atau melakukan aktiviti riadah
secara senyap, selalu berlari ke sana ke mari atau memanjat secara melampau dalam situasi yang tidak
sesuai, sering bergerak cergas atau kerap bertindak seolah-olah "digerakkan oleh motor."
Sementara kelakuan impulsif individu yang mengalami ADHD diperlihatkan melalui
ketidaksabaran dan kesukaran menangguhkan reaksi, selalu memberi jawapan sebelum soalan lengkap
diajukan, sering menghadapi masalah ketika menunggu giliran, sering mengganggu atau mencelah
perbualan atau aktiviti orang lain, gagal mendengar arahan, mencekau barang daripada orang lain,
menyentuh benda yang tidak seharusnya disentuh, dan sering membuat lawakjenaka. Mereka yang
mengalamiADHD juga dihantui kemalangan akibat daripada ke1akuan impulsif, dan mudah melibatkan diri
dengan aktiviti merbahaya tanpa mempertimbangkan akibatnya.
Kebanyakan individu yang mengalami ADHD mempunyai kedua-dua simptom kesukaran
memfokus perhatian dan hiperaktiviti-impulsif, namun juga terdapat individu yang lebih ketara pada
simptom tertentu.
Mengikut DSM-IV (APA, 1994), untuk melayakkan seseorang individu didiagnos sebagai ADHD,
simptom terse but mesti wujud sebelum umur tujuh tahun dan diperlihatkan dalam sekurang-kurangnya dua
seting (misalnya di rumah, sekolah dan sebagainya). Namun menurut Sciutto, Terjesen dan Frank (2000),
diagnosis ADHD yang tepat kerapkali menjadi rumit kerana: (1) banyak masalah yang berkaitan dengan
ADHD juga merupakan ciri kecelaruan kelakuan kanak-kanak yang lain; (2) ADHD selalunya diiringi
dengan pelbagai kecelaruan perkembangan dan psikiatri yang lain, dan (3) kanak-kanak yang mengalami
ADHD terdiri daripada populasi pelbagai yang simptomnya berbeza antara seting, pengasuh, dan kerumitan
tugasan.
Setakat ini, punca ADHD tidak diketahui dengan pasti, tetapi semakin banyak dapatan kajian
mengesyorkan bahawa ADHD tidak berpunca dari persekitaran rumah seperti faktor psikososial dan kaedah
pengasuhan, tetapi sebaliknya dicetuskan oleh punca biologi seperti masalah neurologi dan genetik (Bower,
2003; National Institute of Mental Health, 2003; The National Resource Center onAD/HD, 2003). Walau
bagaimana pun, faktor persekitaran mempengaruhi tahap keseriusan kecelaruan yang dihadapi.

Bantuan untuk Kanak-kanak ADHD

Seperti kanak-kanak kurang kemampuan yang lain, kanak-kanak yang mengalami ADHD boleh membesar
dan mencapai kehidupan yang produktif jika mereka dibantu secukupnya dengan penuh kefahaman,
perhatian, dan mendapat perkhidmatan kesihatan mental yang wajar. Dalam hal ini, Rosien (2003)
mengatakan bahawa seseorang guru tidak akan memberi ujian di atas sehelai kertas yang bercetak kepada
seorang kanakkanak yang tidak mampu melihat; seorang kanak-kanak yang tidak mampu mendengar tidak
akan dijangka menguasai sesuatu bahasa baru dengan mendengar pita rakaman. Begitu juga dengan seorang
kanak-kanak yang mengalami ADHD, dia sudah tentu tidak boleh dijangka berjaya tanpa diberi peralatan
dan bantuan persekitaran yang sesuai.

Jurnal Pendidikan 2003, Universiti Malaya

Rawatan untuk ADHD bertujuan memperbaiki fungsi individu da1am semua seting,
mengurangkan simptomnya, mencegah kesan negatif, dan meningkatkan pendidikan dan kemahiran. Kerap
ka1i rawatan yang berkesan untuk ADHD me lib atkan pendekatan multi disip1in yang menggabungkan
bidang perubatan, pendidikan dan psikososia1 (Pledge, 2002). Para ibu bapa dan guru merupakan peserta
yang aktif dalam usaha rawatan yang berjaya. Jika ibu bapa dan guru memahami kesukaran yang dia1ami
dan keperluan khas kanak-kanak ADHD, mereka akan meni1ai semula cara mereka mentafsir kesukaran
perkembangan kanak-kanak ini. Mereka akan berhenti meletakkan perkataan yang kurang wajar seperti
"malas", "bodoh" dan "naka1" atas kanak-kanak ADHD, dan juga akan menukar sikap mereka terhadap
kanak-kanak yang menga1ami "kesukaran terse1indung" ini.
Tanpa intervensi yang sesuai, kanak-kanak dan remaja ADHD menghadapi risiko tinggi untuk
mengembangkan kecelaruan lain yang bo1eh membawa kepada kegagalan akademik, penya1ahgunaan
dadah, kecelaruan emosi, dan kemurungan (Teeter, 1991).

Guru Bimbingan

Ramai pengkaji (Lavin, 1991; Lucker & Molloy, 1995; Miranda, Presentaci6n, & Soriano, 2002; Pledge,
2002; Teeter, 1991) serta Persatuan Kaunselor Seko1ah Amerika atau American School Counselor
Association (ASCA) telah menghuraikan pelbagai fungsi dan peranan kaunselor di sekolah da1am usaha
membantu pelajar yang mengalami ADHD. Kaunselor di sekolah dikatakan berfungsi sebagai sumber
mak1umat tentang ADHD, memainkan peranan untuk membantu pelajar yang menga1ami ADHD, dan juga
membantu guru dan ibu bapa yang berinteraksi dengan kanak-kanak ADHD me1alui proses perundingan.
Lockhart dan Keys (1998) bagaimanapun mengatakan bahawa secara tradisi kaunse1ing kesihatan
mental tidak dianggap sebagai sebahagian daripada identiti kaunselor di sekolah. Oleh itu, banyak bidang
pengetahuan dan kemahiran da1am kaunseling kesihatan mental tidak diberi keutamaan dalam program
persediaan kaunselor seko1ah.
Da1am konteks tempatan, Kementerian Pendidikan Malaysia mula melantik guru bimbingan
sebagai persone1 utama untuk menyediakan perkhidmatan bimbingan dan kaunse1ing di peringkat sekolah
rendah sejak tahun 2002. Guru bimbingan inilah yang seharusnya menjadi persone1 terpenting untuk
membantu kanak-kanak yang mengalami ADHD. Demi menjaga nasib dan kebajikan pelajar ADHD, bukan
sahaja pelajar tersebut memerlukan bantuan tetapi individu yang berinteraksi dengan pelajar tersebut seperti
ibu bapa dan guru juga perlu dibantu dengan pengetahuan dan kemahiran. Da1am hal ini, guru bimbingan
di seko1ah tentunya ada1ah personel yang paling sesuai untuk mencapai hasrat membantu terse but.
Namun, seperti yang dikatakan oleh Lockhart dan Keys (1998) serta Hall dan Gushee (2000),
kaunselor (atau guru bimbingan dalam konteks tempatan) di sekolah tidak di1atih secukupnya da1am
bidang kaunseling kesihatan mental.

Jurnal Pendidikan 2003, Universiti Malaya

TUJUAN KAJIAN

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap pengetahuan guru bimbingan sekolah rendah tentang
ADHD. Tahap pengetahuan merupakan faktor utama untuk membolehkan seseorang guru bimbingan
memainkan peranan yang berkesan untuk membantu pelajar yang mengalami ADHD. Pelajar ADHD akan
menunjukkan simptom kesukaran menumpu perhatian dan/atau hiperaktiviti-impulsif sehingga memberi
kesan kepada emosi, kehidupan sosial, pencapaian akademik dan kehidupannya dalam keluarga.
Seandainya guru bimbingan mempunyai pengetahuan tentang ADHD, mereka boleh mengadakan intervensi
multi disiplin untuk membantu pelajar ADHD. Mereka boleh merujuk secara tepat pelajar berkenaan
kepada pakar psikiatri untuk rawatan perubatan yang sewajarnya. Guru bimbingan juga mampu memainkan
peranan sebagai perunding kepada ibu bapa dan guru untuk mendidik mereka supaya menjalankan
intervensi modifikasi tingkah laku di rumah dan di dalam bilik darjah. Di samping itu, mereka juga boleh
memberi bimbingan dan perkhidmatan kaunseling secara langsung kepada pelajar ADHD.
Sebaliknya, jika guru bimbingan tidak mempunyai pengetahuan tentang kanakkanak ADHD,
mereka tidak dapat memainkan peranan mereka yang sewajarnya untuk membantu pelajar berkenaan. Besar
kemungkinan mereka hanya cuba secara tradisi untuk mengadakan sesi kaunseling bagi menangani masalah
tingkah laku dengan pelajar ADHD tanpa memahami asas organik di sebalik kelakuan pelajar tersebut.
Sehubungan dengan itu, mereka mungkin akan menaruh perasaan marah atau kecewa terhadap pelajar
ADHD yang dianggap "degil" untuk berubah.
Intervensi untuk pelajar ADHD amat berbeza mengikut tahap pengetahuan guru bimbingan
tentangADHD. Pelajar ADHD yang dibantu dengan multi disiplin akan merasai mereka difahami dan
dihargai oleh orang signifikan, simptom mereka akan berkurangan dengan bantuan perubatan dan
modifikasi tingkah laku, mereka dapat menyesuaikan diri dengan lebih baik dan ini membantu mereka
membentuk penghargaan swadiri yang tinggi.
Para pelajar ADHD yang tidak menerima rawatan sewajarnya akan merasai mereka tidak difahami
dan dihargai atau diabaikan. Perasaan tidak difahami dan dihargai atau terabai ini akan mendedahkan
mereka kepada risiko yang tinggi untuk mengalami pelbagai kecelaruan yang lain (Teeter, 1991; Young,
2000).

METODOLOGI

Populasi dan Sampel Kajian

Populasi kajian ini ialah guru bimbingan sekolah rendah yang terletak di bawah pentadbiran Pejabat
Pendidikan Daerah Petaling, Selangor. Sebanyak 128 set soal selidik telah dikirim kepada semua sekolah
rendah yang terdapat dalam Daerah Petaling. Daripada 128 set soal selidik terse but, sebanyak 102 buah
sekolah mengirim balik soal selidik berkenaan. Antara 102 set soal selidik yang diterima, terdapat tiga set
soal selidik yang tidak terjawab. Setelah dihubungi, maklumat yang diberi ialah sekolah berkenaan belum
lagi melantik guru bimbingan.

Jurnal Pendidikan 2003, Universiti Malaya

Kajian ini me lib atkan 99 orang guru (29 lelaki, 70 perempuan; berusia antara 22 - 50 tahun
dengan min umur 34.93 tahun). Dari segi latihan dalam bidang bimbingan dan kaunseling pula, seramai 87
orang (87.9%) menyatakan mereka mendapat latihan dalam bidang bimbingan dan kaunseling melalui
kursus 14 minggu. Terdapat empat orang responden kaum wanita menyatakan mereka mengikuti latihan
bimbingan dan kaunseling pada peringkat ijazah pertama, sementara lapan orang tidak memaklumkan
latihan bimbingan dan kaunseling yang mereka ikuti.
Dari segi bilangan tahun dilantik sebagai guru bimbingan, didapati seramai 63 orang responden
baru setahun dilantik sebagai guru bimbingan, 32 orang responden telah dua tahun dilantik, tiga orang
melaporkan mereka telah dilantik selama tiga tahun, sementara seorang responden tidak memberi maklumat
ini.

Alat Kajian

Data untuk kajian ini diperolehi melalui satu set soal selidik yang mengandungi dua bahagian. Bahagian
pertama mengumpul maklumat demografi responden; maklumat tentang pendedahan responden berkaitan
dengan ADHD semasa mengikuti latihan dalam bidang bimbingan dan kaunseling, dan setelah dilantik
sebagai guru bimbingan; keyakinan responden untuk menangani kanak kanak ADHD secara berkesan;
pengetahuan responden tentang tanda kanak-kanak yang mengalami ADHD; pendapat responden tentang
keperluan untuk menyertai kursus/latihan khas yang berkaitan dengan ADHD; pengalaman responden
memohon penilaian ke atas seorang kanak-kanak yang disyaki mengalami ADHD; serta pengalaman
responden menerima rujukan kanak-kanak yang telah didiagnos mengalami ADHD.
Bahagian kedua pula adalah Skala Pengetahuan Kekurangan Perhatian versi R atau Knowledge of
Attention Deficit Scale-Revised (KADDS-R) yang digunakan untuk mengukur tahap pengetahuan guru
bimbingan tentang ADHD (Sciutto, Terjesen, & Frank, 2000). Alat kajian ini mengandungi 29 item.
KADDS-R mengukur pengetahuan dan persepsi responden tentang ADHD dalam empat subskala:
Ciri Berkaitan (Associated Features), Diagnos DSM-IV (DSM-IV Diagnosis), Petunjuk Negatif (Negative
Indicators), dan Rawatan (Treatment). Tiga belas item dalam subskala Ciri Berkaitan merupakan maklumat
umum tentang haluan, ramalan, dan variasi situasi simptom yang berkaitan dengan ADHD.
Subskala Diagnosis DSM-IV pula mempunyai enam item untuk mengukur pengetahuan tentang
kriteria DSM-IVuntuk melayakkan diagnosis bagiADHD. Subskala Petunjuk Negatif yang mengandungi
empat item merupakan pengetahuan tentang apa "bukan" ADHD. Kandungan item bawah subskala ini
adalah berhubung dengan ciri kecelaruan lain yang bukan merupakan simptom ADHD. Subskala Rawatan
pula merujuk kepada pengetahuan berkaitan dengan hasil dan pilihan rawatan untuk ADHD. Subskala ini
mempunyai enam item.
Untuk tujuan kajian ini, pengkaji telah mengubah suai item 16 yang menyatakan "Hanya dengan
proses diagnosis boleh melayakkan seseorang kanak-kanak ditempatkan di kelas pendidikan khas" dari item
negatifkepada item positif dengan kebenaran pencipta

10

Jurnal Pendidikan 2003, Universiti Malaya

a1at kajian. Pengubahsuaian ini ada1ah perlu kerana di Amerika Syarikat, kanak-kanak ADHD dilindungi
dengan tiga statut persekutuan, iaitu The Individuals with Disabilities Education Act, Part B (IDEA);
Section 504 of the Rehabilitation Act of 1973; dan The Americans with Disabilities Act of 1990 (ADA).
Dengan wujudnya akta terse but, seseorang kanak-kanak tidak layak ditempatkan di ke1as pendidikan khas
di Amerika Syarikat hanya dengan proses diagnosis ADHD. Kanak-kanak berkenaan hanya bo1eh
ditempatkan di ke1as pendidikan khas jika dia dikategorikan sebagai: (a) mengalami kerosakan kesihatan
yang lain; (b) mempunyai ketidakupayaan pembe1ajaran yang spesifik; dan (c) mengalami gangguan emosi
yang serius, mengikut takrifan IDEA.
Namun situasi di Malaysia pula berbeza. Hanya dengan proses diagnosis boleh me1ayakkan
seseorang kanak-kanak ditempatkan di ke1as pendidikan khas. Walau bagaimanapun, ibu bapa pelajar
berkenaan boleh memi1ih untuk tidak menempatkan anaknya dalam kelas pendidikan khas.
KADDS-R telah digunakan dalam kajian Sciutto, Nolfi, dan Bluhm (2002) ke atas 200 orang guru
sekolah rendah dari Northeastern Ohio. Pekali alpha Cronbach dalam kajian tersebut ialah .80. Kesahan alat
kajian dibuktikan dengan melihat hubungan antara skor kese1uruhan KADDS-R dengan jumlah artikel
yang berkaitan dengan ADHD yang telah dibaca, r = .398; bilangan kanak-kanak ADHD yang diajar, r =
.305; pengalaman tahun mengajar, r = .089; dan umur guru, r = .114.
Untuk tujuan kajian ini, KADDS-R telah diterjemahkan kepada Bahasa Melayu dan kajian rintis
dilakukan ke atas 30 orang guru bimbingan dan kaunseling dalam Program Sarjana Sains di Universiti Putra
Malaysia.
Pekali alpha Cronbach keseluruhan yang diperolehi dalam kajian rintis tersebut ialah sebanyak .88,
iaitu tahap kebolehpercayaan yang tinggi. Tahap kebolehpercayaan juga telah diuji dalam kajian sebenar,
dan keputusan menunjukkan bahawa KADDS-R juga menghasilkan pekali alpha yang amat tinggi, iaitu .91.
Ini sekali lagi membuktikan KADDS- R mempunyai tahap kebolehpercayaan yang amat tinggi. Validiti
KADDS-R telah diuji dengan melihat korelasi antara skor keseluruhan KADDS-R dengan subskalanya dan
inter kolerasi setiap subskalanya dalam ujian rintis. Hasil ujian ini tertera dalam Jadual 1.
Keputusan yang dipaparkan dalam Jadual 1 menunjukkan bahawa semua subskala berkolerasi
secara positif dengan skor keseluruhan KADDS-R. Keputusan ini adalah tepat dan selaras dengan hasil
kajian Sciutto et al. (2000) di mana semua subskala berkorelasi secara positif dengan KADDS-R. Selain itu,
keputusan dalam Jadual 1 juga menunjukkan semua subskala dalam KADDS-R berkolerasi secara positif
antara satu sarna lain dengan nilai r berada dalam lingkungan .428 hingga .719. Mengikut Sciutto et al.
(2000), hubungan positif yang signifikan ini menunjukkan pengetahuan dalam sesuatu subskala berkait
dengan pengetahuan dalam subskala yang lain.

Jurnal Pendidikan 2003, Universiti Malaya

11

KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN

Pengalaman Guru Bimbingan dan ADHD

Seramai 55 orang (55.6%) responden mengatakan mereka tidak pernah belajar tentang ADHD semasa
mengikuti latihan dalam bidang bimbingan dan kaunseling, sementara 73 orang (73.7%) responden
menyatakan mereka tidak pernah menghadiri apa-apa kursus / latihan berkaitan dengan ADHD setelah
dilantik sebagai guru bimbingan.
Maka tidaklah menghairankan jika kajian mendapati pada skala 1 (tidak sama sekali) hingga tujuh
(mengetahui sepenuhnya), responden hanya memperolehi skor min 3.09 bagi item "Mengetahui tanda
kanak-kanak yang mengalamai ADHD". Begitulah juga dengan keyakinan untuk menangani kanak-kanak
ADHD secara berkesan, di mana skor min untuk skala 1 (tidak yakin sama sekali) hingga tujuh (amat
berkeyakinan), adalah 2.52. Sehubungan itu, 51 (57.5%) responden merasakan mereka amat memerlukan
latihan khas berkaitan ADHD.
Berhubung dengan pengalaman responden berhadapan dengan kanak-kanakADHD pula, terdapat
hanya 22 orang responden pernah meminta penilaian ke atas seseorang pelajar yang disyaki mengalami
ADHD dan seramai 30 orang responden pernah menerima rujukan sekurang-kurangnya seorang kanakkanak yang telah didiagnos mengalami ADHD sepanjang kerjaya mereka. Sebaliknya, seramai 77 orang
responden tidak pernah meminta penilaian ADHD ke atas pelajar dan seramai 69 orang responden
mengatakan mereka tidak pernah menerima rujukan kanak-kanak yang telah didiagnos mengalami ADHD
sepanjang kerjaya mereka. Hasil kajian ini mirip hasil kajian Goldstein (2002) yang mendapati lebih
daripada separuh respondennya mengatakan mereka menerima sedikit atau tidak menerima sebarang latihan
tentang ADHD; serta kajian Piccolo- Torsky dan Waishwell (1998), yang mendapati 83% respondennya
mengatakan mereka tidak menerima latihan formal berkenaan ADHD di universiti.

12

Jurnal Pendidikan 2003, Universiti Malaya

Apabila tahap pengetahuan rendah, maka tentunya tahap keyakinan juga rendah.
Ini disokong oleh kajian Barbaresi dan Olsen (1998) yang menunjukkan guru yang lebih berpengetahuan
lebih mudah serta kurang mengalami tekanan untuk menangani pelajar ADHD.
Lebih daripada separuh responden menyatakan mereka amat memerlukan kursus khas berkaitan
dengan ADHD. Maklum balas ini menunjukkan guru bimbingan amat mengharapkan peluang untuk
memahami dan menangani kanak-kanak ADHD secara lebih berkesan. Trend yang sarna dapat dilihat pada
kajian Piccolo- Torsky dan Waishwell (1998) yang mana 90% respondenjuga menyatakan mereka
mengharapkan lebih banyak latihan berkaitan dengan kecelaruan terse but.
Kebanyakan responden tidak pernah meminta penilaian ADHD ke atas seseorang pelajar dan
mengatakan mereka tidak pernah menerima rujukan kanak-kanak yang telah didiagnos mengalami ADHD
sepanjang kerjaya mereka. Data ini juga berkait rapat dengan tahap pengetahuan umum tentang ADHD.
Jika tahap pengetahuan umum tentang ADHD adalah rendah, maka kefahaman tentangADHD juga rendah,
dan walaupun kanak-kanak itu mempamerkan simptom ADHD, guru lebih cenderung memberi penjelasan
lain. Ekoran daripada itu, besar kemungkinan kanak-kanak berkenaan tidak dirujuk untuk proses diagnosis.
Kajian Frank (dalam Rabiner, 2000) mendapati guru jarang menghubungkaitkan kelakuan pelajar
dengan ADHD, sedangkan pelajar berkenaan telah didiagnos mengalami ADHD pada akhir kajian.
Sehubungan dengan itu, Rabiner (2000) menyatakan bahawa mungkin terdapat ramai kanak-kanak yang
mengalami masalah kekurangan perhatian gagal memperolehi bantuan yang diperlukan.

Pengetahuan Responden Mengenai ADHD

Min skor keseluruhan KADDS-R menunjukkan responden yang terlibat dalam kajian ini mempunyai tahap
pengetahuan ADHD yang amat rendah (M = 9.11, SP = 4.35) (Jadual 2). Dapatan ini sangat berbeza dengan
skor keseluruhan responden kajian Sciutto et al. (2002) yang menunjukkan nilai min skor responden
sebanyak 19.37 (SP = 5.94).

Jurnal Pendidikan 2003, Universiti Malaya

13

Kekurangan pengetahuan tentang ADHD telah dikenal pasti oleh Shapiro dan DuPaul (1993)
sebagai salah satu halangan utama untuk melayan keperluan kanak-kanak ADHD. Kaunselor sekolah mesti
sekurang-kurangnya mempunyai pengetahuan menangani simptom tipikal serta reaksi atas tuntutan
persekitaran yang diperlukan agar dia mampu untuk menjadi sumber yang efektifkepada guru dan ibu bapa.
Bagi tujuan membandingkan min skor item mengikut subskala yang terdapat dalam KADDS-R,
min skor bagi setiap subskala telah dibahagi dengan bilangan item subskala berkenaan dan ditukarkan
dalam bentuk peratus untuk mendapatkan nilai peratus min skor item responden mengikut subskala dalam
KADDS-R (Jadual J).

Adalah didapati item dalam subskala Diagnosis DSM-IV memperolehi nilai peratus min skor yang
paling tinggi, diikuti dengan item subskala Rawatan, subskala Ciri Berkaitan, dan subskala Petunjuk
Negatif.
Dapatan ini menepati hasil kajian lepas yang mengukur tahap pengetahuan para pendidik (Sciutto
et al., 2000, 2002) yang mendapati responden lebih berpengetahuan dalam diagnosis DSM - IV .

IMPLlKASI

Hasil kajian menunjukkan tahap pengetahuan guru bimbingan tentang ADHD amat rendah. Ini bermakna
guru bimbingan tidak dapat memenuhi keperluan kanak-kanak ADHD. Guru bimbingan juga gagal
berfungsi sebagai pakar rujuk kepada ibu bapa dan guru lain di sekolahnya.
Oleh itu, kurikulum pendidikan guru bimbingan dan kaunseling harus memberi penekanan kepada
pelbagai kecelaruan yang dialami oleh kanak-kanak dan remaja dalam latihan sebelum perkhidmatan, dan
kursus dalam perkhidmatan.
Guru bimbingan pula mesti mengamalkan sikap pembelajaran seumur hidup. Mereka hendaklah
sentiasa berusaha mengemaskini dan meningkatkan ilmu mereka tentang pelbagai aspek perkembangan
kanak-kanak dan remaja agar mereka dapat membantu kanak-kanak yang menghadapi masalah
perkembangan.
Maklumat kajian ini juga mempunyai implikasi yang signifikan kepada Kementerian Kesihatan
Malaysia yang telah memulakan Kempen Cara Hidup Sihat sejak tahun 1991.

14

Jurnal Pendidikan 2003, Universiti Malaya

Kempen tersebut merupakan pendekatan baru oleh kerajaan ke arah meningkatkan taraf kesihatan rakyat
yang akan meningkatkan produktiviti dan kualiti kehidupan.
Guru bimbingan, yang merupakan persone1 utama untuk menjaga kesihatan mental kanak-kanak
di sekolah, mesti diberi tumpuan oleh Kementerian tersebut dalam merancang strategi tertentu untuk
meningkatkan kualiti kehidupan rakyat. Guru bimbingan mesti diperlengkapkan dengan ilmu dalam bidang
kesihatan fizikal dan mental.
Kajian ini memberi fokus kepada institusi sekolah, namun hakikatnya gejala ADHD bermula
sebelum kanak-kanak memasuki alam persekolahan. Dengan itu kajian juga harus dilakukan ke atas
institusi keluarga, seperti menguji tahap pengetahuan ibu bapa tentang ADHD.
Ibu bapa merupakan individu yang paling rapat dan signifikan kepada kanak-kanak dan
pembabitan ibu bapa berperanan mempengaruhi pencapaian kanak-kanak di sekolah (Carter, 2003).
Tahap ilmu pengetahuan ibu bapa tentang ADHD akan memberi kesan yang lebih mendalam
kepada kualiti kehidupan seseorang kanak-kanak yang mengalami ADHD. Maklumat mengenai ADHD
perlu disebarkan oleh berbagai institusi yang berkaitan supaya ibu bapa peka akan manifestasi kecelaruan
itu. Jikalau ibu bapa diberi kesedaran akan ciri-ciri ADHD besar kemungkinan mereka akan mengambil
tindakan awal untuk mendapatkan rawatan untuk anak mereka yang mempamerkan ciri-ciri tersebut.

RUJUKAN

American Psychiatric Association. (1994). Diagnostic and statistical manual of mental disorders (4th ed.).
Washington, DC: APA.
Barbaresi, W. J., & Olsen, R. D. (1998).AnADHD educational intervention for elementary schoolteachers:
A pilot study. Developmental and Behavioral Pediatrics, 19(2), 94-100.
Barkley, R. A. (1990). Attention Deficit Hyperactivity Disorder: A handbook for diagnosis and treatment.
New York: Guilford.
Bower, B. (2003, November 29). ADHD's brain trail: Cerebral clues emerge for attention disorder. Science
News, 164, 339.
Carter, S. (2003). The Impact of parent/family involvement on student outcomes: An annotated bibliography
of

research

from

the

past

decade.

Dimuat

turun

Jun

12,

2003,

daripada

http://www.ftnys.org/resources#diagnosis/
Goldstein, L. F. (2002). Special education. Education Week, 22(3), 6.
Hall, A. S., & Gushee, A. G. (2000). Diagnosis and treatment with attention deficit hyperactive youth:
Mental health consultation with school counselors. Journal of Mental Health Counseling, 22(4),295305.
Lavin, P. (1991). The counselor as consultant-coordinator for children with attention deficit hyperactivity
disorder. School Guidance & Counseling, 26(2), 115-120.
Lockhart, E. J., & Keys, S. G. (1998). The mental health counseling role of school counselors. Professional
School Counseling, 1(4), 3-6.

Jurnal Pendidikan 2003, Universiti Malaya

15

Lucker, J. R., & Molloy, A. T. (1995). Resources for working with children with attentiondeficit/hyperactivity
disorder (ADHD). Elementary School Guidance & Counseling, 29(4),.260-278.
Miranda, A., Presentacion, M. J., & Soriano, M. (2002). Effectiveness of a school-based multicomponent
program for the treatment of children with ADHD. Journal of Learning Disabilities, 35(6),547-563.
National Institute of Mental Health. (2003). Autism Spectrum Disorders (Pervasive Developmental Disorders.)
Dimuat turun Jun 12,2003, daripada http://www.nimh.nih. gov/healthinformation/autismmenu.cfm
Piccolo-Torsky, J., & Waishwell, L. (1998). Teachers' knowledge and attitudes regarding
attention deficit disorder. ERS Spectrum, 16(1),36-40.
Pledge, D. S. (2002). ADD and ADHD: An overview for school counselors. ERIC Digest.
(ERIC Document Reproduction Service No. ED 470600)
Rabiner, D. (2000). Teacher knowledge of ADHD. Attention Research Update, 36.
Rosien, J. (2003). What is the school's responsibility? ADD Series. Preteenagers Today.
Sciutto, M. J., Nolfi, C. J., & Bluhm, C. A. (2002). Effects of gender and symptom type on
ADHD referrals. Manuscript under review (also accepted for presentation at the 2002 APA Conference).
Sciutto, M. J., Terjesen, M. D., & Frank, A. S. B. (2000). Teachers' knowledge and misperceptions of AttentionDeficitlHyperactivity Disorder. Psychology in the Schools, 37(2), 115-122.
Teeter, P. A. (1991). Attention deficit hyperactivity disorder: A psychoeducational paradigm. School
Psychology Review, 20(2), 266-280.
The National Resource Center on AD/HD. (2003). The Science of AD/HD. Dimuat turun Jun 12,2003, daripada
http://www.help4adhd.org/en/about/science
Young, S. (2000). ADHD children grown up: An empirical review. Counseling Psychology Quarterly, 13(2),
191-200.

You might also like