You are on page 1of 2

Penjaminan kualiti

Kebolehpercayaan kepada pentaksiran yang dijalankan oleh guru ditingkatkan


melalui penjaminan kualiti. Semua hasil kerja murid dijadikan evidens yang perlu
difailkan sebagai bukti yang menunjukkan murid telah menguasai kemahiran
yang diajar.

Penjaminan kualiti bagi pelaksanaan PBS dapat dicapai melalui:


a.

Pementoran

b.

Penyelarasan

c.

Pemantauan

d.

Pengesanan

Pementoran adalah proses membantu, memudah cara dan membimbing guru


untuk melaksanakan PBS mengikut prosedur dan peraturan yang telah
ditetapkan dan boleh dilaksanakan secara formal dan tidak formal.

Penyelarasan adalah proses penyeragaman skor dengan merujuk kepada


Standard Prestasi yang disediakan bagi memastikan skor yang diberikan oleh
guru adalah sah dan boleh dipercayai.

Pemantauan pula ialah proses memastikan pelaksanaan PBS mengikut prosedur


dan garis panduan yang ditetapkan bagi memastikan arahan pelaksanaan PBS
dipatuhi dan mengelakkan penyelewengan dan ketidakakuran. Pemantau
Dalaman yang dilantik di peringkat sekolah dan Pemantau Luaran yang terdiri
daripada pegawai PPD, JPN dan KPM terlibat dalam proses ini.

Pengesanan pula adalah proses memastikan kekuatan dan keberkesanan


instrumen pentaksiran yang digunakan bagi meningkatkan kesahan,
kebolehpercayaan dan kebolehtadbiran instrumen pentaksiran. Pengesanan turut
melibatkan guru dan pegawai KPM.

Penjaminan Kualiti oleh guru mata pelajaran, Guru Cemerlang, Ketua Panitia,
Ketua Bidang, Guru Besar, pegawai Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran
Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia memastikan PBS dilaksanakan
dengan baik seperti dirancang. Setiap individu yang terlibat dalam
pembangunan atau pelaksanaan sistem pentaksiran pendidikan adalah

bertanggungjawab menjamin kualiti dan mutu pentaksiran yang dikendalikan.


Kualiti hendaklah menjadi tumpuan utama dalam semua aspek dan peringkat
pentaksiran.

You might also like