Jilid 2 Bil 1 Jun 2010 - Hubungan Antara Personaliti & Penghargaan Kendiri Pelajar Ce

You might also like

You are on page 1of 33

HUBUNGAN ANTARA PERSONALITI DAN PENGHARGAAN

KENDIRI PELAJAR CEMERLANG AKADEMIK

Asrul Azmin bin Masiron


MRSM Pontian

Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti aspek personaliti,
penghargaan kendiri dan hubungan antara kedua-dua pemboleh
ubah tersebut dalam kalangan pelajar cemerlang akademik.
Seramai 141 orang responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar
tingkatan empat lelaki dan perempuan di salah sebuah Maktab
Rendah Sains MARA di negeri Johor telah dipilih dalam kajian ini.
Faktor demografi yang terlibat dalam kajian ini ialah faktor jantina.
Personaliti diukur dengan menggunakan soal selidik Big Five
Inventori (BFI) yang mengandungi 44 item soal selidik. Manakala
bagi penghargaan kendiri pula diukur dengan menggunakan soal
selidik Rosenberg Self-Esteem Scale (RSES) yang mengandungi 10
item soal selidik. Kebolehpercayaan bagi kedua-dua pemboleh ubah
tersebut melebihi 0.8. Datadata kajian telah dianalisis dengan
menggunakan kaedah kekerapan, peratusan dan min untuk
mendapatkan keputusan deskriptif. Hipotesis-hipotesis kajian diuji
dengan menggunakan Ujian-t bagi mengenal pasti perbezaan dalam
kedua-dua pemboleh ubah tersebut berdasarkan faktor demografi.
Ujian Korelasi Pearson digunakan untuk mengenal pasti hubungan
antara kedua-dua pemboleh ubah tersebut pada aras 0.05.
Penganalisisan data dibuat dengan menggunakan bantuan perisian
Statistical Packages for Social Sciences for Windows Version 15.0
(SPSS). Dapatan secara deskriptif menunjukkan pelajar cemerlang
akademik mempunyai personaliti yang tinggi pada trait Extraversion,
Conscientiousness, Openness, dan Agreeableness. Manakala bagi
trait Neuroticism mereka berada pada tahap sederhana. Dapatan
dalam penghargaan kendiri menunjukkan pelajar cemerlang ini
berpenghargaan kendiri tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan
tiada perbezaan yang signifikan terhadap kedua-dua pemboleh ubah
tersebut berdasarkan jantina. Ujian Korelasi Pearson juga
mendapati tiada hubungan yang signifikan antara kedua-dua
pemboleh ubah tersebut. Cadangan-cadangan daripada hasil kajian
dikemukakan pada akhir laporan ini.

65

PENGENALAN
Kajian ini telah dijalankan terhadap pelajar Maktab Rendah Sains
MARA (MRSM). Pelajar MRSM telah dipilih sebagai responden kajian
kerana mereka telah memenuhi sebahagian daripada hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan iaitu keseimbangan dari sudut intelek melalui
pencapaian mereka yang cemerlang dalam akademik. Namun,
keseimbangan sahsiah khususnya dari aspek personaliti dan rohani
serta penghargaan kendiri mereka masih belum terbukti. Ini
menunjukkan bahawa satu kajian perlu dilaksanakan bagi melihat
keseimbangan potensi pelajar cemerlang daripada kedua-dua aspek
tersebut.
Oleh itu, salah satu daripada cara untuk memahami sahsiah pelajar
cemerlang akademik ialah dengan membuat suatu kajian terhadap
personaliti mereka sebagaimana menurut McClelland (1961) pelajar
yang cemerlang dalam akademik memiliki personaliti yang berbeza.
Larsen dan Buss (2008), juga berpendapat mengetahui ciri-ciri
personaliti penting untuk tiga sebab. Pertama, membantu untuk
memberi gambaran terhadap seseorang dan perbezaan mereka.
Kedua, membantu untuk mengenali tingkah laku seseorang dan
ketiga, membantu untuk membuat jangkaan terhadap tingkah laku
seseorang. Sahsiah seseorang boleh dinilai melalui personalitinya
kerana sahsiah bermaksud keperibadian yang boleh digambarkan
melalui tingkah laku seseorang (Habibah dan Noran Fauziah, 2002).
Tingkah laku seseorang pula boleh dinilai melalui personalitinya
(Larsen dan Buss, 2008).
SOROTAN PENULISAN
Menurut Robins, Tracy, Trzesniewski, Kali, Potter, dan Gosling (2001)
kebanyakan kajian terhadap personaliti bergantung kepada skala selfreport. Apabila skala tersebut telah dinilai dan disahkan benar maka
self-report akan menjadi self-conceptions dan self-evaluations kerana
pemikiran manusia pada asasnya sama.
Pada kebiasaannya, kajian terhadap personaliti melalui skala selfreport berkaitan dengan Five-Factor Model (FFM) adalah sebagai
66

asas kerangka kerja dalam penilaian terhadap personaliti. Beberapa


dekad yang lepas penggunaan dimensi Big Five dalam FFM dipakai
secara meluas berbanding dengan konstruk personaliti yang lain
(John & Sriastava, 1999). Big Five bermaksud lima faktor utama yang
mewakili trait-trait personaliti. Lima faktor tersebut iaitu Extraversion,
Agreeableness, Conscientiousness, Neuroticism, dan Openness
(John, Naumann, & Soto, 2008). Big Five secara relatifnya adalah
konsisten sepanjang masa (Roberts & DelVecchio, 2000). Secara
umum Big Five merentas pelbagai budaya (McCrae & Costa, 1997)
dan boleh menganggar dengan meluas hasilnya termasuk prestasi
kerja seseorang (Barrick & Mount, 1991), pencapaian akademik
(Robins, John, & Caspi, 1998), delinkuen (John et al., 1994), dan
kecelaruan personaliti (Costa & Widiger, 1994). Maka kajian ini
menggunakan teori Big Five sebagai asas untuk menilai personaliti
pelajar cemerlang akademik.
Satu lagi pemboleh ubah yang perlu dinilai dalam kajian ini selain
personaliti ialah penghargaan kendiri. Menurut Kamus Dewan (2005)
penghargaan kendiri bermaksud penghormatan terhadap diri sendiri
yang mencakupi keseluruhan maksud maruah diri. Rohani pula
bermaksud batin atau sesuatu yang berkaitan dengan jiwa. Mengkaji
penghargaan kendiri pelajar cemerlang akademik meliputi segala
kerohanian mereka kerana penghargaan kendiri merangkumi persepsi
dan perasaan dalaman yang tersembunyi di sebalik tingkah laku
seseorang (Mruk, 1999). Baumeister, Campbell, Krueger, dan Vohs
(2003) pula menyatakan bahawa dengan mengkaji penghargaan
kendiri seseorang, dapat membantu pengkaji mengetahui seberapa
banyak seseorang itu menghargai diri mereka sendiri.
Mengetahui penghargaan diri seseorang akan dapat menduga
pencapaian seseorang terhadap sesuatu perkara. Seperti contoh,
menurut Bee (1981) pelajar yang memiliki penghargaan kendiri tinggi
biasanya mendapat keputusan yang baik di sekolah kerana
merasakan mereka mempunyai penentuan hala tuju pada masa
hadapan, mempunyai ramai kawan, dan bergaul mesra dengan
kedua-dua ibu bapa. Begitu juga dengan Marsh (1993) menyatakan
pelajar yang mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi adalah lebih
berjaya di sekolah berbanding dengan pelajar yang memiliki
penghargaan kendiri rendah.
67

Sikap seseorang juga dapat dinilai dengan mengetahui penghargaan


kendirinya. Seperti contoh, Martin (1981) menyatakan bahawa
penghargaan kendiri yang rendah adalah salah satu punca
berlakunya masalah sosial. Mereka tidak dapat menerima diri sendiri
yang seterusnya akan mengalami tekanan hidup dan mencetuskan
masalah dalam kehidupan disebabkan ingin melepaskan perasaan
tidak puas hati. Pelajar yang mempunyai penghargaan kendiri yang
rendah akan mempunyai konsep kendiri yang negatif dan ini boleh
mempengaruhi tahap pencapaian akademik mereka. Kajian oleh
Baum (1970) pula mendapati bahawa murid lelaki yang mempunyai
konsep kendiri yang negatif terdiri daripada mereka yang tidak berjaya
dalam pelajaran.
Walau bagaimanapun, terdapat dapatan atau kenyataan yang
bercanggah dengan kebanyakan dapatan yang lain berkenaan
dengan penghargaan kendiri. Seperti contoh, Baumeister et al. (2003)
berpendapat hubungan antara penghargaan kendiri dengan
keputusan akademik tidak signifikan terhadap penghargaan kendiri
tinggi menyumbang kepada keputusan akademik yang cemerlang.
Perkara ini bermaksud penghargaan kendiri tinggi bukanlah syarat
utama tetapi hanyalah sebagai pelengkap untuk mencapai
kecemerlangan akademik.
Menurut Robins et al. (2001) dengan membuat kajian terhadap
penghargaan kendiri akan dapat menghasilkan suatu kesimpulan
terhadap nilai penghargaan kendiri mereka. Daripada kesimpulan
tersebut apabila dihubungkan dengan personaliti akan menghasilkan
suatu dapatan yang lain. Seperti contoh, Penghargaan kendiri yang
tinggi menunjukkan emosi yang stabil, Extraverted, dan Conscientious
dan sebilangan yang Agreeable dan Open to Experience. Mereka
yang tinggi penghargaan kendiri cenderung kepada trait-trait suka
bersosial. Kecenderungan ini sebahagiannya menjadi perantara
hubungan antara personaliti dan penghargaan kendiri.
Memahami hubungan antara penghargaan kendiri dan personaliti
sangat penting disebabkan oleh beberapa perkara. Pertama, dengan
menghubungkan penghargaan kendiri bersama kerangka kerja Big
Five akan menghasilkan suatu konstruk psikologi yang lain. FFM
mengandungi suatu jaringan yang dapat membantu mencari
68

persamaan atau perbezaan di antara pemboleh ubah. Dimensidimensi Big Five yang terdiri daripada Extraversion, Agreeableness,
Conscientiousness, Neuroticism, dan Openness to Experience telah
didapati berhubung kait dengan kebanyakan terma trait yang lain
(Goldberg, 1993b).
Kedua, penghargaan kendiri dan personaliti masing-masing berkongsi
pada satu punca. Kajian korelasi antara personaliti dan penghargaan
kendiri yang merentas kehidupan seseorang mungkin akan memberi
gambaran keaslian penghargaan kendiri seseorang dan asas-asas
pertumbuhannya. Seperti personaliti, penghargaan kendiri juga secara
kebiasaannya diwarisi dan hanya 30% sahaja daripada pemboleh
ubah yang mempunyai perbezaan dari segi genetik (Kendler,
Gardner, & Prescott, 1998). Oleh itu, asas bagi sesuatu emosi
berpunca sebahagian besarnya daripada perbezaan genetik dan
tingkah laku manusia dipengaruhi oleh sejauh mana kesan terhadap
perasaan mereka menafsir diri mereka sendiri. Sebagai contoh,
seseorang yang rendah emosinya pernah berpengalaman negatif dan
cenderung ke arah bertanggapan negatif terhadap diri sendiri (Watson
& Clark, 1984). Kebiasaannya, emosi yang positif akan terangkum
pada dasar Extraversion dan penghargaan kendiri (DeNeve & Cooper,
1998). Oleh itu, hal ini seolah-olah penghargaan kendiri mempunyai
hubungan yang kuat terhadap dua trait Big Five iaitu dari segi
positifnya ialah trait Extraversion dan dari segi negatifnya ialah trait
Neuroticism.
Ketiga, penghargaan kendiri dan personaliti secara langsung memberi
kesan antara satu sama lain. Seperti contoh, pelajar yang konsisten
gaya tingkah lakunya akan memberi kesan bagaimana mereka
membuat tanggapan dan menilai diri mereka sendiri. Penghargaan
kendiri memainkan peranan yang penting dalam pembentukan proses
personaliti seseorang (Robins et al. 2001). Kepercayaan seseorang
terhadap diri mereka akan memberi kesan terhadap perkara yang
mereka akan lakukan, matlamat yang mereka usahakan dalam hidup,
bagaimana mereka menghayati kehidupan mereka, dan bagaimana
mereka memilih jalan untuk menyesuaikan diri terhadap persekitaran.
Seperti contoh, seseorang yang rendah penghargaan kendirinya
berkemungkinan akan berasa kurang keyakinan ketika berhadapan
dengan tingkah laku masyarakat dan akibatnya akan menjadi seorang
69

yang pemalu dan rendah diri.


Kebanyakan bidang yang paling penting dalam kajian terhadap
personaliti dan memainkan peranan sebagai penghargaan kendiri
ialah seperti sifat malu dan memalukan (cth., Tangney & Fischer,
1995), narcissism (cth., Robins & John, 1997), sifat kasih sayang
(cth., Shaver, Collins, & Clark, 1996), self-defining memories (cth.,
Singer & Salovey, 1993), bermatlamat dan bermotivasi (cth., Carver &
Scheier, 1998), dan tekanan perasaan (Seligm, Abramson, Semmel,
& Von Baeyer, 1979).
Personaliti dan penghargaan kendiri dilihat mempunyai kaitan antara
satu sama lain. Individu yang berpenghargaan kendiri tinggi melihat
diri mereka memiliki secara meluas trait personaliti yang berkehendak
kepada kehidupan bersosial. Oleh itu, hasil daripada penilaian
terhadap personaliti, penghargaan kendiri secara konsepnya
mempunyai kaitan dengan keinginan bersosial. Hubungan antara
keinginan bersosial, penghargaan kendiri, dan personaliti
membangkitkan persoalan sama ada daripada mana-mana hubungan
antara penghargaan kendiri dan dimensi-dimensi Big Five boleh
didapati daripada perbezaan individu dalam keinginan bersosial.
Menurut Robins et al. (2001) lagi, menghubungkan penghargaan
kendiri dengan Big Five akan merangkumi suatu asas untuk membuat
suatu andaian berkenaan bagaimana penghargaan kendiri berkait
dengan sesuatu dapatan atau mungkin akan memberi sesuatu alamat
sebagai mekanisme untuk dikaitkan dengan Big Five terhadap
dapatan yang tertentu. Pada masa yang sama banyak kajian juga
dijalankan terhadap penghargaan kendiri yang telah menguji dari
aspek korelasi, punca dan akibat terhadap pencapaian yang tinggi
dan yang rendah terhadap penghargaan kendiri, tetapi kedua-dua
kaedah yang penting tersebut untuk tujuan kajian terhadap perbezaan
individu jarang sekali dihubung kait antara kedua-duanya.
Oleh sebab itu, dengan tujuan dan matlamat sebagaimana yang telah
dijelaskan, satu kajian perlu dibuat ke atas pelajar MRSM untuk
mengenal pasti sahsiah mereka melalui personaliti dan penghargaan
kendiri mereka.
70

METODOLOGI
Kajian ini melibatkan 141 orang pelajar dari salah sebuah MRSM.
Instrumen kajian ini merupakan satu set soal selidik yang
mengandungi tiga bahagian, iaitu bahagian maklumat demografi,
bahagian personaliti, dan bahagian penghargaan kendiri. Instrumen
yang digunakan untuk mengukur personaliti ialah The Big Five
Inventory (BFI) yang diperkenalkan oleh John, Donahue dan Kentle
(1991). Soal selidik ini mengandungi 44 item yang mengukur lima
dimensi
personaliti,
iaitu
Extraversion,
Agreeableness,
Conscientiousess,
Neuroticism
dan
Openness.
Bahagian
penghargaan kendiri pula diuji dengan menggunakan Soal selidik
Rosenberg Self-Esteem Scale (RSES) yang diperkenalkan oleh
Morris Rosenberg (1965) yang mengandungi sepuluh item yang
mengukur tahap rendah atau tinggi penghargaan kendiri responden.
Semua alat ukur ini menggunakan pemeringkatan skala Likert Empat
Mata. Nilai kebolehpercayaan dalaman berdasarkan Cronbach Alfa
yang diuji di dalam kajian ini adalah melebihi 0.8 terhadap kedua-dua
instrumen tersebut.
KEPUTUSAN
Data kajian telah dianalisis berdasarkan tujuan dan hipotesis kajian
dengan menggunakan perisian komputer SPSS. Skor min digunakan
untuk menentukan tahap kepuasan kerja, stres kerja serta jenis trait
personaliti guru. Nilai ini kemudiannya dibandingkan dengan jadual
aras bagi memudahkan interpretasi dapatan. Jadual aras ini telah
ditentukan dengan membahagikan julat min (1 hingga 4) kepada tiga
tahap, iaitu rendah, sederhana dan tinggi (Jadual 1). Jadual ini
digunakan dalam membuat interpretasi tentang semua pemboleh
ubah.
Jadual 1: Julat skor min dan aras pemboleh ubah

Julat bagi setiap kategori


2.67 hingga 4.00
1.34 hingga 2.66
1.00 hingga 1.33

Aras
Rendah
Sederhana
Tinggi
71

Berdasarkan Jadual 1, aras bagi nilai min soal selidik BFI dan RSES
1.00 hingga 1.33 adalah pada tahap rendah, manakala 1.34 hingga
2.66 nilai min berada pada tahap sederhana, manakala nilai 2.67
hingga 4.00 menunjukkan nilai min bagi kedua-dua pemboleh ubah
tersebut pada tahap tinggi.
Ujian-t digunakan untuk mencari perbezaan antara trait-trait
personaliti dan tahap penghargaan kendiri pelajar cemerlang
akademik berdasarkan jantina. Manakala Ujian Korelasi Pearson
digunakan untuk menguji hubungan antara personaliti dan
penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar tersebut.

Analisis Deskriptif Latar Belakang Responden


Bahagian ini menerangkan keputusan analisis latar belakang
responden iaitu jantina, bangsa, dan taraf pendidikan keluarga.
Kaedah kekerapan dan peratusan telah digunakan untuk
menganalisis data dalam bahagian ini.
Jadual 2: Analisis Responden Mengikut Jantina Bilangan Peratusan (%)
Jantina
Perempuan
Lelaki
Jumlah

Bilangan
87
54
141

Peratusan (%)
61.7
38.8
100

Berdasarkan Jadual 2, daripada 141 orang responden (n=141),


didapati bahawa 87 orang (61.7%) terdiri daripada pelajar perempuan
manakala 54 orang lagi (38.3%) terdiri daripada pelajar lelaki.
Jadual 3: Analisis Kekerapan dan Peratusan Mengikut Bangsa
Bangsa
Melayu
Cina
India
Lain-lain
Jumlah

Bilangan

Peratusan (%)

116
17
6
2
141

82.3
12.1
4.3
1.4
100

72

Berdasarkan Jadual 3, daripada 141 orang responden (n=141),


didapati bahawa 116 orang (82.3%) terdiri daripada pelajar yang
berbangsa Melayu, 17 orang berbangsa Cina (12.1%), 6 orang
berbangsa India, dan 2 orang (1.4%) berbangsa selain daripada 3
bangsa utama (Melayu, Cina dan India) di Malaysia.
Jadual 4: Analisis Kekerapan dan Peratusan Taraf Pendidikan Ibu

Taraf Pendidikan
Taraf Pendidikan
Sekolah Rendah
Sekolah Menengah
Sijil atau Diploma
Ijazah Pertama
Ijazah Sarjana
PhD
Jumlah

Bilangan
7
80
33
11
8
2
141

Peratusan (%)
5
56.7
24.4
7.8
5.7
1.4
100

Berdasarkan Jadual 4 taraf pendidikan ibu kepada responden kajian


ini menunjukkan tujuh orang (5%) yang hanya bersekolah rendah, 80
orang (56%) yang bersekolah menengah, 33 orang (24.4%)
memperoleh Sijil atau Diploma, 11 orang (7.8%) memiliki Ijazah
Pertama, lapan orang (5.7%) memperoleh Ijazah Sarjana, dan dua
orang (1.4%) memiliki PhD.
Jadual 5: Analisis Kekerapan dan Peratusan Taraf Pendidikan Bapa
Taraf Pendidikan

Bilangan

Peratusan (%)

Sekolah Rendah
Sekolah Menengah
Sijil atau Diploma
Ijazah Pertama
Ijazah Sarjana
PhD

5
68
33
17
13
5

3.5
48.2
23.4
12.1
9.2
3.5

Jumlah

141

100

Berdasarkan Jadual lima taraf pendidikan bapa kepada responden


kajian ini menunjukkan 5 orang (3.5%) yang hanya bersekolah
rendah, 68 orang (48.2%) yang bersekolah menengah, 33 orang
73

(23.4%) memperoleh Sijil atau Diploma, 17 orang (12.1%) memiliki


Ijazah Pertama, 13 orang (9.2%) memperoleh Ijazah Sarjana, dan
lima orang (3.5%) memiliki PhD.
Rumusan Analisis Item Trait-trait Personaliti Big Five dalam
Kalangan Pelajar Cemerlang Akademik
Jadual 6: Analisis Min Keseluruhan Bagi Trait-Trait Personaliti Big Five
dalam Kalangan Pelajar Cemerlang Akademik (SP)*
Bil Trait-Trait Personaliti Big Five dalam
Kalangan Pelajar Cemerlang Akademik

Min
(SP)*

Tahap

1.

Trait Personaliti Personaliti Extraversion

3.25
(.42)

Tinggi

2.

Trait Personaliti Personaliti Agreeableness

3.28
(.28)

Tinggi

3.

Trait Personaliti Personaliti Conscientiousness

3.10
(.30)

Tinggi

4.

Trait Personaliti Personaliti Neuroticism

2.27
(.49)

Sederhana

5.

Trait Personaliti Openess

3.20
(.33)

Tinggi

*SP = Sisihan Piawai.

Jadual 6 menunjukkan rumusan min responden pelajar cemerlang


akademik terhadap trait-trait personaliti Big Five melalui maklumat
soal selidik dalam Bahagian B. Nilai min keseluruhan bagi trait
personaliti Extraversion yang diperoleh ialah 3.25 (SP = .42)
menunjukkan bahawa pelajar cemerlang akademik berpersonaliti
tinggi terhadap trait personaliti Extraversion.
Begitu juga nilai min keseluruhan bagi trait personaliti Agreeableness
yang diperoleh ialah 3.28 (SP = .28) menunjukkan bahawa pelajar
cemerlang akademik berpersonaliti tinggi terhadap trait personaliti
Agreeableness.
Nilai min keseluruhan bagi trait personaliti Conscientiousness yang
74

diperoleh ialah 3.10 (SP = .30) menunjukkan bahawa pelajar


cemerlang akademik berpersonaliti tinggi terhadap trait personaliti
Conscientiousness.
Walau bagaimanapun, pelajar cemerlang akademik berpersonaliti
sederhana terhadap trait personaliti Neuroticism kerana nilai min
keseluruhan yang mereka peroleh ialah 2.27 (SP = .49). Ini
menunjukkan pelajar cemerlang akademik berpersonaliti sederhana
dalam trait personaliti Neuroticism.
Nilai min keseluruhan bagi trait personaliti Openness yang diperoleh
ialah 3.20 (SP = .33) menunjukkan bahawa pelajar cemerlang
akademik berpersonaliti tinggi terhadap trait personaliti Openness.
Akhir sekali, menurut trait-trait personaliti Big Five pelajar cemerlang
akademik berpersonaliti tinggi kerana secara keseluruhannya mereka
bersetuju menerima trait-trait personaliti Big Five yang bersifat positif
seperti Extraversion, Agreeableness, Conscientiousness, dan
Openness. Mereka pula menolak trait personaliti Big Five Neuroticism
yang bersifat negatif.

Analisis Item-item Tahap Penghargaan Kendiri


Kalangan Pelajar Cemerlang Akademik

Dalam

Bahagian ini menerangkan tahap penghargaan kendiri dalam


kalangan pelajar cemerlang akademik untuk menjawab persoalan
kajian yang ketiga. Terdapat 10 item yang telah dibina bagi mengukur
tahap penghargaan kendiri pelajar cemerlang akademik. Jadual 7
menunjukkan bilangan, peratusan, min, dan sisihan piawai dalam
tahap penghargaan kendiri pelajar cemerlang akademik. Hasil
dapatan kajian adalah seperti berikut:

75

1.

Jadual 7: Analisis Kekerapan, Peratusan, Min, dan Sisihan


Piawai Tahap Penghargaan Kendiri Pelajar Cemerlang
Akademik
Sangat
Setuju
Tidak
Sangat
Min
Setuju
(S)
Setuju
Tidak
(SS)
(TS)
Setuju
(STS)
Bil%
Bil%
Bil%
Bil%
Saya berpendapat
80
52
5 (3.5%)
4
3.48
diri saya sebagai
(56.7% (36.9%)
(2.8%)
(.70)
seorang yang
sangat berharga,
sekurangkurangnya sama
seperti orang lain.
(I feel that I am a
person of worth, at
least an equal
plane with others).

2.

Saya mempunyai
beberapa kualiti
yang baik dalam
diri. (I feel that I
have a number of
good qualities).

62
(44%)

72
(51.1%)

5
(3.5%)

2
(1.4%)

3.38
(.63)

3R

Secara
keseluruhannya
saya menolak
perasaan bahawa
saya seorang yang
gagal. (All in all, I
am inclined to feel
that I am a failure).

0
(0%)

8
(5.7%)

60
(42.6%)

73
(51.8%)

3.46
(.60)

4.

Saya mampu
melaksanakan
tugas sebaik orang
lain. (I am able to
do things as well
as most other
people).

5R. Saya merasakan


diri saya tidak
mempunyai
banyak perkara
yang boleh

67
(47.5%)

65
(46.1%)

7
(5%)

2
(1.4%)

3.40
(.65)

2
(1.4%)

25
(17.7%)

62
(44%)

52
(36.9%)

3.16
(.76)

76

dibanggakan. (I
feel I do not have
much to be proud
of).
6.

Saya mengambil
sikap positif
terhadap diri saya.
(I take a positive
attitude toward
myself).

79
(56%)

53
(37.6%)

8
(5.7%)

1
(0.7%)

3.49
(.64)

7.

Secara
keseluruhannya
saya berpuas hati
dengan diri
saya.(On the
whole, I am
satisfied with
myself).

63
(44.7%)

58
41.1%)

16
(11.3%)

4
(2.8%)

3.28
(.78)

8R. Saya berharap


saya lebih
menghormati
diri saya. (I wish I
could have more
respect for myself).

0
(0%)

0
(0%)

48
(34%)

93
(66%)

3.66
(.48)

9R. Kadang-kadang
saya memang
berasa diri
saya tidak
berguna. (I
certainly feel
useless at times).

0
(0%)

7
(5%)

71
(50.4%)

63
(44.7%)

3.40
(.58)

30
(21.3%)

99
(70.2%)

3.62
(.64)

10R Kadang-kadang
0
12
saya berfikir
(0%)
(8.5%)
bahawa diri saya
memang tidak
berguna
langsung.
(At times I think I
am no good at all)
Min dan SP Keseluruahan

3.43
(.41)

Note. R (Reverse-scored items). *SP = Sisihan Piawai.

Berdasarkan Jadual 7, dapatan daripada item-item soal selidik bagi


77

mengukur tahap penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar


cemerlang akademik menunjukkan item 1 seramai 80 orang (56.7%)
sangat bersetuju, 52 orang (36.9%) bersetuju, lima orang (3.5%) tidak
bersetuju, dan empat orang (2.8%) sangat tidak bersetuju
menyatakan mereka suka bercakap. Nilai min 3.48 (SP = .70)
menunjukkan pelajar cemerlang akademik bersetuju menyatakan
mereka berpendapat diri mereka sebagai insan yang sangat berharga,
sekurang-kurangnya sama seperti orang lain.
Dapatan daripada item 2 menunjukkan seramai 62 orang (44%)
sangat bersetuju, 72 orang (51.1%) bersetuju, lima orang (3.5%) tidak
bersetuju, dan dua orang (1.4%) sangat tidak bersetuju menyatakan
mereka mempunyai beberapa kualiti yang baik dalam diri mereka.
Nilai min 3.38 (SP = .63) menunjukkan pelajar cemerlang akademik
bersetuju menyatakan mereka mempunyai beberapa kualiti yang baik
dalam diri mereka.
Item 3 pula menunjukkan dapatan, tiada seorang yang sangat
bersetuju, manakala seramai lapan orang (5.7%) bersetuju, 60 orang
(42.6%) tidak bersetuju, dan 73 orang (51.8%) yang sangat tidak
bersetuju menyatakan mereka secara keseluruhannya menolak
perasaan bahawa mereka insan yang gagal. Nilai min 3.46 (SP = .60)
menunjukkan pelajar cemerlang akademik tidak bersetuju
menyatakan mereka secara keseluruhannya menolak perasaan
bahawa mereka insan yang gagal.
Manakala dapatan daripada item 4 menunjukkan seramai 67 orang
(47.5%) sangat bersetuju, 65 orang (46.1%) bersetuju, tujuh orang
(5%) tidak bersetuju, dan dua orang (1.4%) yang sangat tidak
bersetuju menyatakan mereka mampu melaksanakan tugas sebaik
orang lain. Nilai min 3.40 (SP = .65) menunjukkan pelajar cemerlang
akademik setuju menyatakan mereka mampu melaksanakan tugas
sebaik orang lain.
Berbeza pula dengan dapatan daripada item 5 yang menunjukkan
seramai dua orang (1.4%) yang sangat bersetuju, 25 orang (17.7%)
bersetuju, 62 orang (44%) tidak bersetuju, dan 52 orang (36.9%)
sangat tidak bersetuju menyatakan mereka merasakan diri mereka
78

tidak mempunyai banyak perkara yang boleh dibanggakan. Nilai min


3.16 (SP = .76) menunjukkan pelajar cemerlang akademik tidak
bersetuju menyatakan mereka merasakan diri mereka tidak
mempunyai banyak perkara yang boleh dibanggakan.
Dapatan daripada item 6 menunjukkan seramai 79 orang (56%)
sangat bersetuju, 53 orang (37.6%) bersetuju, lapan orang (5.7%)
tidak bersetuju, dan seorang (0.7%) sangat tidak bersetuju
menyatakan mereka mengambil sikap positif terhadap diri mereka.
Nilai min 3.49 (SP = .64) menunjukkan pelajar cemerlang akademik
bersetuju menyatakan mereka mengambil sikap positif terhadap diri
mereka.
Seramai 63 orang (44.7%) daripada dapatan item 7 yang
menunjukkan sangat bersetuju, 58 orang (41.1%) bersetuju, 16 orang
(11.3%) tidak bersetuju, dan empat orang (2.8%) sangat tidak
bersetuju menyatakan mereka secara keseluruhannya berpuas hati
dengan diri mereka sendiri. Nilai min 3.28 (SP = .78) menunjukkan
pelajar cemerlang akademik bersetuju menyatakan mereka secara
keseluruhannya berpuas hati dengan diri mereka sendiri.
Item 8 menunjukkan tiada seorang pun yang sangat bersetuju dan
bersetuju pada dapatannya, manakala seramai 48 orang (34%) tidak
bersetuju, dan 93 orang (66%) sangat tidak bersetuju menyatakan
mereka berharap mereka lebih menghormati diri mereka sendiri. Nilai
min 3.66 (SP = .48) menunjukkan pelajar cemerlang akademik tidak
bersetuju menyatakan mereka berharap mereka lebih menghormati
diri mereka sendiri.
Manakala, dapatan daripada item 9 menunjukkan tiada seorang pun
yang sangat bersetuju, manakala seramai tujuh orang (5%) bersetuju,
71 orang (50.4%) tidak bersetuju, dan 63 orang (44.7%) sangat tidak
bersetuju menyatakan mereka kadang-kadang memang berasa diri
mereka tidak berguna. Nilai min 3.40 (SP = .58) menunjukkan pelajar
cemerlang akademik tidak bersetuju menyatakan mereka kadangkadang memang berasa diri mereka tidak berguna.
Begitu juga dapatan daripada item 10 menunjukkan tiada seorang pun
79

yang sangat bersetuju, manakala seramai 12 orang (8.5%) bersetuju,


30 orang (21.3%) tidak bersetuju, dan 99 orang (70.2%) sangat tidak
bersetuju menyatakan mereka kadang-kadang berfikir bahawa diri
mereka memang tidak berguna langsung. Nilai min 3.62 (SP = .64)
menunjukkan pelajar cemerlang akademik tidak bersetuju
menyatakan mereka kadang-kadang berfikir bahawa diri mereka
memang tidak berguna langsung.
Sebagai kesimpulan, daripada dapatan-dapatan dalam item-item soal
selidik terhadap tahap penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar
cemerlang akademik menunjukkan pelajar cemerlang akademik
berpenghargaan kendiri tinggi apabila min keseluruhan bagi item-item
tersebut ialah 3.43 (SP = .41).
Analisis Ujian-t Terhadap Perbezaan Antara Trait-trait Personaliti
Dalam Kalangan Pelajar Cemerlang Akademik Berdasarkan
Jantina
Jadual 8: Perbezaan Antara Trait Personaliti Pelajar Cemerlang Akademik
berdasarkan Perbandingan Nilai Min Berdasarkan Jantina
Trait Personaliti Big Five

Min Lelaki (SP*)

Min Perempuan
Cemerlang (SP*)

Extraversion

26.09
(3.19)

25.94
(3.49)

Agreeableness

29.80
(2.53)

29.61
(2.54)

Conscientiousness

28.06
(2.90)

28.00
(2.57)

Neuroticism

17.94
(4.19)
32.65
(3.56)

18.26
(3.75)
31.62
(3.26)

Openess
*Sisihan Piawai

Berdasarkan Jadual 8, bagi trait personaliti Extraversion min lelaki


ialah 26.09 (SP= 3.19) dan perempuan ialah 25.94 (SP = 3.49). Ini
menunjukkan min lelaki lebih tinggi daripada perempuan. Bagi trait
personaliti Agreeableness min lelaki ialah 29.80 (SP= 2.53) dan
80

perempuan ialah 29.61 (SP = 2.54). Ini menunjukkan min lelaki lebih
tinggi daripada perempuan.
Begitu juga dengan trait personaliti Conscientiousness min lelaki ialah
28.06 (SP= 2.90) dan perempuan ialah 28.00 (SP = 2.57). Ini
menunjukkan min lelaki lebih tinggi daripada perempuan. Bagi trait
personaliti Neuroticism min lelaki ialah 17.94 (SP= 4.19) dan
perempuan ialah 18.26 (SP = 3.75). Ini menunjukkan min perempuan
lebih tinggi daripada lelaki.Trait personaliti Openness pula, min lelaki
ialah 32.6481 (SP= 3.56) dan perempuan ialah 31.62 (SP = 3.26). Ini
menunjukkan min lelaki lebih tinggi daripada perempuan.
Jadual 9: Analisis Ujian-t Terhadap Perbezaan Antara Trait-Trait Personaliti
Pelajar Cemerlang Akademik Berdasarkan Jantina
Trait Personaliti
Big Five
Extraversion

df

Signifikan

-2.56

139

0.80

Agreeableness

-.426

139

0.67

Conscientiousness

-.119

139

0.91

Neuroticism

.471

139

0.64

-1.756

139

0.08

Openness

Berdasarkan Jadual 9, dapatan kajian bagi menguji Hipotesis nol 1


seperti berikut:
H0 1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara trait personaliti
dalam kalangan pelajar yang cemerlang akademik berdasarkan
jantina.
Dapatan kajian ini menunjukkan tidak wujud perbezaan yang
signifikan pada trait personaliti Extraversion dalam kalangan pelajar
yang cemerlang akademik berdasarkan jantina [t(139) = -.256, p =
0.80] pada aras kesignifikanan 5% yang telah ditetapkan. Ini
menjelaskan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada
trait personaliti Extraversion dalam kalangan pelajar yang cemerlang
akademik berdasarkan jantina. Maka H0 diterima.
81

Begitu juga analisis terhadap trait Agreeableness menunjukkan tidak


wujud perbezaan yang signifikan pada trait personaliti Agreeableness
dalam kalangan pelajar yang cemerlang akademik berdasarkan
jantina [t(139) = -.426, p = 0.67] pada aras kesignifikanan 5% yang
telah ditetapkan. Ini menjelaskan bahawa tidak terdapat perbezaan
yang signifikan pada trait personaliti Agreeableness dalam kalangan
pelajar yang cemerlang akademik berdasarkan jantina. Maka H0
diterima.
Kajian terhadap trait personaliti Conscientiousness juga menunjukkan
tidak wujud perbezaan yang signifikan dalam kalangan pelajar yang
cemerlang akademik berdasarkan jantina [t(139) = -.119, p = 0.91]
pada aras kesignifikanan 5% yang telah ditetapkan. Ini menjelaskan
bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada trait personaliti
Conscientiousness dalam kalangan pelajar yang cemerlang akademik
berdasarkan jantina. Maka H0 diterima.
Bagi trait personaliti Neuroticism juga menunjukkan tidak wujud
perbezaan yang signifikan dalam kalangan pelajar yang cemerlang
akademik berdasarkan jantina [t(139) = .471, p = 0.64] pada aras
kesignifikanan 5% yang telah ditetapkan. Ini menjelaskan bahawa
tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada trait personaliti
Neuroticism dalam kalangan pelajar yang cemerlang akademik
berdasarkan jantina. Maka H0 diterima.
Analisis terhadap trait personaliti Openness juga menunjukkan tidak
wujud perbezaan yang signifikan dalam kalangan pelajar yang
cemerlang akademik berdasarkan jantina [t(139) = -1.756, p = 0.08]
pada aras kesignifikanan 5% yang telah ditetapkan. Ini menjelaskan
bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada trait personaliti
Openness dalam kalangan pelajar yang cemerlang akademik
berdasarkan jantina. Maka H0 diterima.

82

Analisis Ujian-t Bagi Perbezaan terhadap Penghargaan Kendiri


Pelajar Cemerlang Akademik Berdasarkan Jantina
Jadual 10:
Perbezaan Jantina dalam Penghargaan Kendiri Pelajar
Cemerlang Akademik Berdasarkan Perbandingan Nilai Min
Min Lelaki

Min Perempuan

34.13

34.43

SP* (Lelaki)
4.19

SP*(Perempuan)
4.13

*Sisihan Piawai
Berdasarkan Jadual 10, perbandingan nilai min dalam penghargaan
kendiri dalam kalangan pelajar cemerlang akademik ialah min bagi
lelaki bersamaan dengan 34.13 (SP= 4.19) dan perempuan ialah
34.43 (SP = 4.13). Ini menunjukkan min perempuan lebih tinggi
daripada lelaki.
Jadual 11: Analisis Ujian-t Terhadap Perbezaan Jantina dalam Penghargaan
Kendiri Pelajar Cemerlang Akademik

T
-.411
Signifikan pada aras p < .05

df
139

Signifikan
0.68

Berdasarkan Jadual 11, dapatan kajian bagi menguji Hipotesis nol 2


seperti berikut:
H0 2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada tahap
penghargaan kendiri pelajar cemerlang akademik berdasarkan
jantina.
Jadual 11 menunjukkan tidak wujud perbezaan yang signifikan dalam
penghargaan kendiri pelajar cemerlang akademik berdasarkan jantina
[t(139) = -.411, p = 0.68] pada aras kesignifikanan 5% yang telah
ditetapkan. Ini menjelaskan bahawa tidak terdapat perbezaan yang
signifikan dalam Penghargaan Kendiri Pelajar Cemerlang Akademik
berdasarkan jantina. Maka H0 diterima.
Analisis Ujian Korelasi Pearson Bagi Hubungan Antara Trait
83

Personaliti dan Penghargaan Kendiri Dalam Kalangan Pelajar


Cemerlang Akademik.
Jadual 12: Hubungan Antara Trait Personaliti dan Penghargaan Kendiri
Dalam Kalangan Pelajar Cemerlang Akademik

Penghargaan Kendiri
r

Signifikan

Extraversion
Agreeableness

0.009
0.062

0.91
0.47

Conscientiousness

0.075

0.38

Neuroticism

0.057

0.50

Openness

0.015

0.86

Signifikan pada aras p 0.05

Berdasarkan Jadual 12 menunjukkan dapatan kajian bagi menguji


Hipotesis nol 3 seperti berikut:
H0 3: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara trait
personaliti dan penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar
cemerlang akademik berdasarkan jantina.
Dapatan kajian menunjukkan tidak wujud hubungan korelasi antara
trait personaliti Extraversion dan penghargaan kendiri pada nilai (r =
0.009). Ini menunjukkan tiada hubungan yang signifikan antara trait
personaliti Extraversion dan penghargaan kendiri. Maka H0 diterima.
Hasil daripada analisis tersebut juga mendapati tidak wujud hubungan
korelasi antara trait personaliti Agreeableness dan penghargaan
kendiri pada nilai (r = 0.062). Ini menunjukkan tiada hubungan yang
signifikan antara trait personaliti Agreeableness dan penghargaan
kendiri. Maka H0 diterima.
Kajian ke atas trait personaliti Conscientiousness juga menunjukkan
tidak wujud hubungan korelasi antara trait tersebut dan penghargaan
kendiri pada nilai (r = 0.075). Ini menunjukkan tiada hubungan yang
signifikan antara trait personaliti Conscientiousness dan penghargaan
kendiri. Maka H0 diterima.
84

Bagi trait personaliti Neuroticism juga menunjukkan tidak wujud


hubungan korelasi antara trait tersebut dan penghargaan kendiri pada
nilai (r = 0.057). Ini menunjukkan tiada hubungan yang signifikan
antara trait personaliti Neuroticism dan penghargaan kendiri. Maka H0
diterima.
Begitu juga kajian menunjukkan tidak wujud hubungan korelasi antara
trait personaliti Openness dan penghargaan kendiri pada nilai (r =
0.015). Ini menunjukkan tiada hubungan yang signifikan antara trait
personaliti Openness dan penghargaan kendiri. Maka H0 diterima.
PERBINCANGAN
Trait-trait Personaliti Pelajar Cemerlang Akademik
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pelajar cemerlang akademik
mempunyai trait-trait personaliti yang tinggi pada trait Extraversion,
Conscientiousness, Openness, dan Agreeableness, manakala bagi
trait Neuroticism mereka mendapat tahap sederhana. Ini menunjukkan
pelajar cemerlang akademik mempunyai ciri-ciri personaliti yang baik.
Ini menunjukkan pelajar cemerlang akademik memiliki ciri-ciri trait
personaliti seperti suka bergaul dan bersosial, penuh bertenaga atau
aktif, tidak suka pergaduhan, bertimbang rasa, suka bekerjasama
dengan orang lain, mudah menghulurkan bantuan, buat sesuatu
dengan bersungguh-sungguh, rajin, buat kerja dengan cekap dan
teliti, tidak mudah tertekan, memiliki emosi yang stabil, kreatif, berjiwa
seni, bijak berfikir, dan berbakat dalam hal-hal kesenian atau
kesusasteraan.
Ciri-ciri trait personaliti yang dinyatakan oleh pelajar cemerlang
akademik ini bertepatan dengan rumusan yang telah digariskan oleh
Holaday et al. (2000) terhadap trait-trait personaliti Big Five. Seperti
contoh, bagi trait personaliti Extraversion, ciri-ciri yang terdapat di
dalamnya menunjukkan sifat seseorang yang gembira dan periang,
bagi ciri-ciri trait personaliti Conscientiousness menunjukkan
seseorang itu adalah pelajar cemerlang, bagi ciri-ciri trait personaliti
85

Agreeableness menunjukkan seseorang itu mudah dan baik, bagi ciriciri trait personaliti Openness pula menunjukkan seseorang itu intelek
atau bijak, dan bagi trait personaliti Neuroticism menunjukkan
seseorang itu tidak gembira.
Oleh itu, sebagaimana ciri-ciri trait personaliti Big Five yang telah
dinyatakan oleh pelajar cemerlang akademik tersebut amatlah
bertepatan dengan pandangan McClelland (1961) yang menyatakan
bahawa pelajar cemerlang akademik ini memiliki personaliti yang
berbeza. Ini kerana mereka berada dalam satu kelompok yang
berpesonaliti dan berpenghargaan kendiri tinggi. Menurutnya lagi
seseorang yang cemerlang adalah mereka yang berkehendak kepada
kecemerlangan itu sendiri. Hal tersebut boleh dibuktikan daripada
kenyataan-kenyataan yang telah diberikan oleh pelajar cemerlang
tersebut. Seperti contoh, dalam trait personaliti Openness, mereka
telah memilih sifat atau perasaan ingin tahu yang tinggi. Ini
membuktikan bahawa mereka sentiasa bertanya dan mencari
jawapan terhadap sesuatu. Sikap inilah yang dilihat sebagai bukan
sekadar mencari jawapan tetapi mereka sebenarnya mencari
kecemerlangan. Namun begitu, kajian ini tidak membuat
perbandingan antara dua pemboleh ubah tersebut terhadap pelajar
yang cemerlang akademik dengan pelajar yang berpencapaian
sederhana dalam akademik.
Perbezaan Trait-trait Personaliti Pelajar Cemerlang Akademik
Berdasarkan Jantina
Ujian-t yang dijalankan ke atas pelajar cemerlang akademik bagi
mencari perbezaan yang signifikan berdasarkan jantina menunjukkan
tiada perbezaan yang signifikan antara trait personaliti pelajar
cemerlang akademik berdasarkan jantina dengan jumlah bilangan
pelajar lelaki seramai 54 orang dan pelajar perempuan seramai 87
orang.
Walau bagaimanapun, jika dilihat perbezaan tersebut dari sudut min
(rujuk Jadual 8) terdapat perbezaan yang tidak ketara, menunjukkan
pelajar lelaki mendahului jumlah pelajar perempuan hampir semua
trait personaliti kecuali satu trait sahaja yang didahului jumlahnya oleh
pelajar perempuan iaitu trait personaliti Neuroticism. Senario tersebut
86

sependapat dengan Lippa (1995) pada trait personaliti Extraversion


dan Openness, Brooke (2003) pada trait Conscientiousness,
Frederick (2005) pada trait Openness, Bem (1981) pada trait
Extraversion dan Neuroticism, dan Farnill & Ball (1985) pada trait
personaliti Extraversion, Agreeableness, dan Neuroticism. Jika dilihat
dari sudut signifikannya kajian ini bertepatan dengan Goldberg (1998)
pada semua trait personaliti Big Five kecuali pada trait
Agreeableness, Brooke (2003) pada trait Neuroticism, dan Bem
(1981) pada trait Conscientiousness.
Dapatan terhadap perbezaan dalam trait-trait personaliti berdasarkan
jantina ini, menunjukkan bahawa tiada diskriminasi dalam trait-trait
personaliti Big Five berdasarkan jantina. Oleh itu, pelajar cemerlang
akademik mempunyai personaliti yang serupa berdasarkan jantina
dan mereka tidak dibezakan oleh mana-mana trait secara
signifikannya. Namun begitu, dari sudut min masih terdapat satu
senario yang mana hanya trait Neuroticism sahaja yang didahului dari
sudut bilangannya oleh pelajar perempuan. Walau bagaimanapun
perkara ini tidak perlu dibuat andaian kerana dapatan tersebut tidak
signifikan.
Tahap Penghargaan Kendiri Pelajar Cemerlang Akademik
Hasil daripada analisis deskriptif bagi mencari tahap penghargaan
kendiri pelajar cemerlang akademik mendapati pelajar cemerlang
akademik memiliki penghargaan kendiri yang tinggi dengan nilai min
3.43 (SP = .41). Setiap daripada item-item soal selidik mendapat
tahap yang tinggi (rujuk Jadual 6). Ini menunjukkan pelajar cemerlang
akademik terdiri daripada mereka yang berkeyakinan diri dan
berfikiran positif terhadap diri mereka sendiri.
Dapatan ini bertepatan dengan pandangan Bee (1981) yang
menyatakan mereka yang mempunyai penghargaan kendiri yang
tinggi selalunya dikaitkan dengan mereka yang bersikap positif.
Pelajar yang memiliki penghargaan kendiri tinggi biasanya mendapat
keputusan yang baik di sekolah kerana merasakan mereka
mempunyai penentuan hala tuju pada masa hadapan, mempunyai
ramai kawan dan bergaul mesra dengan kedua-dua ibu bapa.
87

Begitu juga dengan pandangan Marsh (1993) yang selari dengan


dapatan kajian ini terhadap pelajar cemerlang akademik. Beliau
menyatakan pelajar yang mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi
adalah lebih berjaya di sekolah berbanding dengan pelajar yang
memiliki penghargaan kendiri rendah.
Walau bagaimanpun, Baumeister et al. (2003) memberikan pendapat
yang berbeza daripada dapatan kajian ini. Dia menyatakan hubungan
antara penghargaan kendiri dengan keputusan akademik tidak
signifikan terhadap penghargaan kendiri tinggi menyumbang kepada
keputusan akademik yang cemerlang. Ini memberi maksud
penghargaan kendiri tinggi bukanlah syarat kepada keputusan
akademik yang cemerlang tetapi hanyalah sebagai pelengkap kepada
kecemerlangan akademik. Hal ini mungkin disebabkan objektif kajian
yang berbeza walaupun pada dasarnya sama iaitu menyelidik tahap
penghargaan kendiri pelajar cemerlang akademik. Baumeister dan
rakan-rakannya membuat kajian terhadap hubungan antara
penghargaan kendiri dan pencapaian akademik manakala dalam
kajian ini penyelidik hanya membuat analisis deskriptif bagi mencari
min penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar cemerlang
akademik.
Perbezaan Tahap Penghargaan Kendiri Pelajar
Akademik Berdasarkan Jantina

Cemerlang

Ujian-t yang dijalankan ke atas pelajar cemerlang akademik bagi


mencari perbezaan yang signifikan berdasarkan jantina menunjukkan
tiada perbezaan yang signifikan pada penghargaan kendiri dalam
kalangan pelajar cemerlang akademik berdasarkan jantina. Analisis
deskriptif yang telah dijalankan bagi mencari min tahap penghargaan
kendiri dalam kalangan pelajar cemerlang akademik mendapati
bahawa pelajar cemerlang akademik berpenghargaan kendiri tinggi.
Ini menunjukkan pelajar perempuan juga berpenghargaan kendiri
tinggi seperti pelajar lelaki.
Dapatan ini berbeza daripada kajian yang telah dibuat oleh KearneyCooke (1999) menyatakan bahawa pelajar perempuan lebih
88

cenderung kepada berpenghargaan kendiri rendah dan terhadap


ujian-ujian lain seperti ujian ke atas ciri-ciri fizikal dan keupayaan
intelektual berbanding pelajar lelaki. Beliau juga berpendapat masalah
seperti cubaan membunuh diri, kemurungan, dan kecelaruan makan,
sebahagian besarnya lebih tinggi dalam kalangan pelajar perempuan
berbanding pelajar lelaki.
Walau bagaimanapun, penyelidik berpendapat bahawa perbezaan
dapatan oleh kajian ini dan kajian yang dijalankan oleh KearneyCooke (1999) mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti faktor
perbezaan pencapaian akademik. Penyelidik menjalankan kajian ke
atas pelajar cemerlang akademik berbanding kajian oleh KearneyCooke (1999) adalah terhadap pelajar secara umum sahaja. Hal ini
menunjukkan bahawa pelajar perempuan yang cemerlang akademik
berbeza dengan pelajar perempuan yang bukan dalam kategori
pelajar cemerlang akademik.
Hubungan Antara Trait Personaliti Dan Penghargaan Kendiri
Dalam Kalangan Pelajar Cemerlang Akademik
Dapatan daripada Ujian Korelasi Pearson untuk mencari hubungan
antara trait-trait personaliti dan penghargaan kendiri dalam kalangan
pelajar cemerlang akademik mendapati bahawa tidak wujud
hubungan yang signifikan antara trait personaliti dan penghargaan
kendiri dalam kalangan pelajar cemerlang akademik. Hal ini
menunjukkan tiada kaitan antara penghargaan kendiri tinggi atau
rendah terhadap trait-trait personaliti Big Five sama ada tinggi atau
rendah. Hubungan antara personaliti dan penghargaan kendiri yang
tidak signifikan ini berkemungkinan disebabkan oleh peranan trait-trait
personaliti yang dihubungkan dengan penghargaan kendiri tidak
secara gabungan antara trait tersebut.
Namun begitu, kajian yang telah dijalankan oleh Robins et al. (2001)
terhadap hubungan antara penghargaan kendiri dan trait-trait
personaliti Big Five didapati ada sebahagian trait yang mempunyai
hubungan yang signifikan dengan penghargaan kendiri. Seperti
contoh, mereka yang tinggi penghargaan kendiri cenderung kepada
menganggap trait-trait mahu bersosial terhadap diri mereka (trait
personaliti Extraversion). Kecenderungan ini sebahagiannya menjadi
89

perantara hubungan antara personaliti dan penghargaan kendiri.


Walau bagaimanpun, jika dilihat secara deskriptifnya pelajar yang
cemerlang akademik dalam kajian ini adalah terdiri daripada mereka
yang berpenghargaan kendiri tinggi dan berpesonaliti tinggi pada traittrait personaliti Extraversion, Conscientiousness, Agreeableness dan
Openness, manakala bagi trait personaliti Neuroticism mereka
mencapai tahap yang sederhana.
CADANGAN KAJIAN
Berdasarkan perbincangan daripada dapatan kajian yang telah dibuat,
berikut dikemukakan beberapa cadangan dan saranan untuk dijadikan
panduan oleh para ibu bapa, guru, pelajar, individu dan organisasi
pendidikan bagi membantu membentuk pelajar cemerlang akademik
dan sahsiah:
1. Pelajar cemerlang akademik memiliki trait-trait personaliti
Extraversion, Conscientiousness, Agreeableness, dan
Openness yang tinggi yang boleh dicontohi oleh pelajarpelajar yang lain kerana mereka memiliki sikap ramah dan
mesra, selesa bergaul dalam masyarakat, aktif dan
bertenaga dalam menjalankan aktiviti-aktiviti sekolah, bijak
membahagikan masa, mempunyai matlamat dan cita-cita,
membuat
perancangan
dan
melaksanakannya,
bersungguh-sungguh untuk berjaya, suka bekerjasama,
suka membantu, tidak suka membuli, hormatmenghormati, menghindari pertengkaran, mudah didekati,
ingin tahu yang tinggi, mempelajari sesuatu dengan
mendalam dan penuh minat, mempunyai pemikiran yang
kreatif dan banyak idea serta berupaya melahirkan ideaidea yang bernas. Mereka juga memiliki trait personaliti
Neuroticism yang sederhana. Ini bermakna mereka tidak
mudah terganggu atau dipengaruhi oleh gejala-gejala
sosial yang merugikan mereka. Mereka juga menghadapi
tekanan
seperti
tekanan
untuk
mengekalkan
kecemerlangan akademik dan tekanan untuk menjadi yang
terbaik dalam kalangan mereka tetapi mereka
menguruskan tekanan tersebut dengan baik.
90

2. Pelajar cemerlang akademik ini juga wajar dicontohi


penghargaan kendiri mereka oleh pelajar-pelajar yang lain
kerana mereka memiliki tahap penghargaan kendiri yang
tinggi. Mereka mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap
diri sendiri. Mereka menghargai diri mereka dan sentiasa
berusaha untuk memperbaik kelemahan diri mereka
sendiri.
3. Sekolah-sekolah atau institusi-institusi pendidikan yang
secara khususnya terlibat dalam melatih dan mendidik
pelajar-pelajar cemerlang akademik ini seperti , MRSM dan
SBP perlulah memenuhi dan melayani kehendak psikologi
pelajar cemerlang ini agar selari dengan tuntutan
personaliti
mereka.
Contohnya,
trait
personaliti
Extraversion terhadap golongan ini yang tinggi, maka
perlulah di sekolah-sekolah tersebut dilengkapkan dengan
pelbagai aktiviti luar kelas seperti gimnasium luar bilik,
tempat untuk sukan permainan lasak, kelab-kelab atau
persatuan-persatuan untuk kegiatan kokurikulum yang aktif
di luar kelas dan sebagainya.
4. Pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah, perlulah
menyediakan suasana yang kondusif bagi melayan
tuntutan perasaan ingin tahu mereka yang tinggi sebagai
tuntutan terhadap trait personaliti Openness pelajar
cemerlang akademik yang tinggi ini dengan menyediakan
prasarana-prasarana yang bersesuaian. Seperti contoh,
perpustakaan yang lengkap, pengajaran dan pembelajaran
yang menggunakan teknologi maklumat sepenuhnya,
kemudahan internet yang terkini dan guru-guru yang
berpengetahuan serta berpengalaman luas.
Cadangan Kajian Lanjutan
Hasil daripada penyelidikan berkenaan trait-trait personaliti dan
penghargaan kendiri terhadap pelajar cemerlang akademik ini
penyelidik mendapati masih ada ruang lagi untuk dibangkitkan
91

pelbagai persoalan yang perlu dirungkai melalui kajian-kajian lain.


Dalam bahagian ini penyelidik telah menyenaraikan beberapa
cadangan sebagai panduan untuk kajian masa depan. Cadangan
tersebut adalah seperti berikut:
1. Kajian ini hanya dijalankan di salah sebuah MRSM di
negeri Johor. Oleh itu, dicadangkan agar kajian seumpama
ini diperluas kepada bilangan sampel yang lebih besar
supaya dapat digeneralisasikan kepada keseluruhan
populasi pelajar cemerlang akademik di seluruh Malaysia.
2. Kajian ini hanya ditumpukan untuk mengkaji dua pemboleh
ubah sahaja iaitu trait-trait personaliti dan penghargaan
kendiri pelajar cemerlang akademik. Oleh itu, penyelidik
menyarankan agar kajian lanjutan dijalankan untuk
mengenal pasti hubungan dengan pemboleh ubah yang
lain seperti tahap penghayatan keagamaan dan
sebagainya.
3. Kajian ini juga hanya melibatkan satu sahaja faktor
demografi iaitu jantina. Penyelidik mencadangkan agar
melibatkan faktor-faktor lain seperti sosioekonomi dan
bangsa.
4. Kajian ini dijalankan ke atas pelajar cemerlang akademik di
sebuah MRSM sahaja. Oleh itu dicadangkan agar kajian
yang sama dapat dijalankan di MRSM yang lain dan perlu
disebarluaskan ke SBP.
5. Kajian ini dijalankan ke atas pelajar-pelajar yang
cemerlang akademik sahaja. Oleh itu, dicadangkan agar
kajian seumpama ini dapat diperluas meliputi pelajarpelajar di sekolah-sekolah harian biasa umumnya dan
khususnya terhadap pelajar yang lemah akademik.
6. Kajian ini membuat ujian Korelasi Pearson terhadap traittrait personaliti tidak secara gabungan antara trait tersebut.
Oleh itu dicadangkan agar ujian seumpama ini dijalankan
92

terhadap trait-trait personaliti secara gabungan antara trait


personaliti tersebut.
KESIMPULAN
Dapatan daripada kajian ini diharap dapat memberikan gambaran
jelas tentang trait-trait personaliti dan penghargaan kendiri dalam
kalangan pelajar cemerlang akademik serta hubungan antara keduadua pemboleh ubah tersebut terhadap golongan pelajar berkenaan.
Hasil kajian diharap dapat memberikan sumbangan kepada institusi
pendidikan terutama terhadap mereka yang terlibat secara langsung
dalam memberikan perhatian, pendidikan, pelajaran dan pengajaran
terhadap pelajar yang cemerlang dalam akademik ini bagi memenuhi
tuntutan matlamat Wawasan 2020 dan mencapai hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan generasi cemerlang
yang seimbang dalam akademik dan sahsiah.

RUJUKAN
Baum (1970). Self-Concept: Validation of Construct Interpretation.
Review of Educational Research, 46, 407-441.
Baumeister, R. F., Campbell, J. D., Krueger, J. I., & Vohs, K. D.
(2003). Does High Self-Esteem Cause Better Performance,
Interpersonal Success, Happiness, or Healthier Lifestyle?
Psychological Science in the Public Interest, 1, 1-44
Bee, H. (1981). The Devoloping Child. New York: Harper and Row.
Bem, S. L. (1981). Gender Schema Theory: A Cognitive Account of
Sex Typing. Psychological Review, 88: 354-364.
Brooke, S. (2001). Gender and Working Class Identity in Britain during
The 1950s. Journal of Social History, 34, 773-795
Burger, J. M. (2004). Personality: Theory and Research (6
Belmont, California: Wadsworth/Thompson Learning.

th

ed.).

Carver, C. S., & Scheier, M. F. (1998). On The Self-Regulation of


Behavior. New York: Cambridge Univ. Press.
93

Costa, P. T., & McCrae, R. R. (1992). Four Ways Five Factors Are
Basic. Personality and Individual Differences, 13, 653-665.
Costa, P. T., & Widiger, T. A. (Eds.). (1994). Personality Disorders and
The Five-Factor Model of Personality. Washington, DC:
American Psychological Association.
Cote, S., & Moskowitz, D. S. (1998). On The Dynamic Covariation
Between Interpersonal Behavior and Affect: Prediction from
Neuroticism, Extraversion, and Agreeableness. Journal of
Personality and Social Psychology, 75, 10321046.

DeNeve, K. M., & Cooper, H. (1998). The Happy Personality: A MetaAnalysis of 137 Personality Traits and Subjective Well-Being.
Psychological Bulletin, 124, 197 229.
Farnill, D. & Ball, I.L. (1985). Male and Female Factor Structures of
The Australian Sex-Role Scale (Form A). Australian
Psychologist, 20, 205213.
Frederick, L. O., Schmitt, L., Kim, B. H., Ramsay, L. J., Gillespie, M. A.
(2005). Developing a Biodata Measure and Situational
Judgment
Inventory as Predictors of College Student
Performance. East
Lansing, MI: Michigan State University.
Goldberg, L. R. (1992). The Development of Markers for The Big-Five
Factor Structure. Psychology Assessment, 4, 26-42.
Goldberg, L. R. (1993a). The Structure of Phenotypic Personality
Traits. American Psychologist, 48, 26-34.
Goldberg, L. R. (1993b). The Structure of Personality Traits: Vertical
and Horizontal Aspects. In Funder, D. C., RD Parke, R. D.,
Tomlinson-Keasey, C.& Widaman, K. (Eds.), Studying Lives
Through Time: Personality and Development (pp. 169-88).
Washington, D.C.: American Psychological Association.
Goldberg, L. R., Sweeney, D., Merenda, P. F., & Hughes, J. E. Jr.
(1998). Demographic Variables and Personality: The Effects of
94

Gender, Age, Education, and Ethnic/Racial Status on SelfDescriptions of Personality Attributes. Personality and
Individual Differences, 24,
393-403.
Habibah Elias dan Noran Fauziah Yaakub (2002). Psikologi
Personaliti. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Holaday, M., Smith, D., A., Sherry, A. (2000). Sentence Completion
Tests: A Review of The Literature and Results of A Survey of
Members of The Society for Personality Assessment. Journal
of Personality Assessment, 74, 371-383.
John, D., and Catherine, T. MacArthur (2008). Research Network on
Socioeconomic Status and Health. San Francisco: University of
California.
John, O. P., & Srivastava, S. (1999). The Big Five Trait Taxonomy:
History, Measurement, and Theoretical Perspectives. In Pervin,
L. A. & John, O. P. (Eds.), Handbook of Personality: Theory
and research (2nd ed., pp. 102138). New York: Guilford.
John, O. P., Caspi, A., Robins, R. W., Moffitt, T. E., & StouthamerLoeber, M. (1994). The Little Five: Exploring The Nomological
Network of The Five-Factor Model of Personality in Adolescent
Boys. Child Development, 65, 160178.
John, O. P., Donahue, E. M., & Kentle, R. L. (1991). The Big Five
Inventory Versions 4a and 54. Berkeley: University of
California, Berkeley, Institute of Personality and Social
Research.
John, O. P., Naumann, L. P., & Soto, C. J. (2008). Paradigm Shift to
the Integrative Big-Five Trait Taxonomy: History, Measurement,
and
Conceptual Issues. In O. P. John, R. W. Robins, & L. A.
Pervin (Eds.), Handbook of personality: Theory and research
(pp. 114-158). New York, NY: Guilford Press.
Kamus Dewan. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kearney-Cooke A. (1999). Gender Differences and Self-Esteem.
Psychological Bulletin. 2(3): 46-52.
Kendler, K. S., Gardner, C. O., & Prescott, C. A. (1998). A PopulationBased Twin Study of Self-Esteem and Gender. Psychological
95

Medicine, 28, 14031409.


Lippa, R. A. (1991). Some Psychometric Characteristics of Gender
Diagnosticity Measures: Reliability, Validity, and Consistency
Across Donains and Relationship to The Big Five. Journal of
Personality and Social Psychology, 61, 000-1011.
Marsh (1993). Social Factor in Academic Achievement. New York: The
Free Press.
Martin, J. M. (1981). The Develop of Self-Concept in Adolescence. In
Lynch, M. D., Norem Hebisen, A. A. & Gerger, K. J. (Eds). SelfConcept Advance in Theory and Research. Cambridge:
Ballinger Publication.
McClelland, D. C. (1967). The Achieving Society. New York: The Free
Press.
Murk, C., J. (1999). Self-Esteem: Research, Theory, and Practice, 2
edition. New York: Spriger Publishing Company.

nd

Roberts, B. W., & DelVecchio, W. F. (2000). The Rank-Order


Consistency of Personality Traits from Childhood to Old Age: A
Quantitative Review of Longitudinal Studies. Psychological
Bulletin, 126, 325.
Robins, R. W., & John, O. P. (1997). Effects of Visual Perspective and
Narcissism on Self-Perception: Is Seeing Believing?
Psychological Science, 8, 3742.
Robins, R. W., John, O. P., & Caspi, A. (1998). The Typological
Approach to Studying Personality Development. In Cairns, R.
B., Bergman, L. & Kagan, J. (Eds.), Method and Models for
Studying The Individual (pp. 135160). Thousand Oaks, CA:
Sage.
Robins, R. W., Tracy, J. L., Trzesniewski, Kali, Potter, J., dan Gosling,
S. D. (2001). Personality Correlates of Self-Esteem. Journal of
Research in Personality, 35, 463-482.
Robins, R. W., Trzesniewski, K. H., Tracy, J. L., Gosling, S. D., &
Potter, J. (2002). Global Self-Esteem Across The Lifespan.
Psychology and Aging, 17, 423-434.
96

Rosenberg, M. (1965). Society and The Adolescent Self-Image.


Princeton, NJ: Princeton University Press.
Seligman, M. E. P., Abramson, L. Y., Semmel, A., & Von Baeyer, C.
(1979). Depressive Attributional Style. Journal of Abnormal
Psychology, 88, 242247.
Shaver, P. R., Collins, N., & Clark, C. L. (1996). Attachment Styles and
Internal Working Models of Self and Relationship Partners. In
Fletcher, G. J. O. & Fitness, J. (Eds.), Knowledge Structures in
Close Relationships: A social Psychological Approach (pp. 2561). Mahwah, NJ: Erlbaum.
Singer, J. A., & Salovey, P. (1993). The Remembered Self: Emotion
and Memory in Personality. New York: Free Press.
Tangney, J. P., & Fischer, K. W. (Eds.). (1995). Self-conscious
emotions: The psychology of shame, guilt, embarrassment, and
pride. New York: Guilford.
Thurstone, L. L. (1934). The Vectors of The Mind. Psychological
Review, 41, 1-32.
Watson, D., & Clark, L. A. (1984). Negative Affectivity: The Disposition
to Experience Aversive Emotional States. Psychological
Bulletin, 96, 465490.

97

You might also like