You are on page 1of 21

Topik

Pengenalan
kepada
Lukisan
Terbantu
Komputer
(CAD)

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1.

Mentakrif Lukisan Terbantu Komputer (CAD);

2.

Mengenal pasti perisian dan perkakasan yang perlu dalam Lukisan


Terbantu Komputer;

3.

Mengenal pasti konsep asas dalam Lukisan Terbantu Komputer;

4.

Mengenal pasti sistem koordinat perisian AutoCAD; dan

5.

Menggunakan perisian AutoCAD untuk menghasilkan lukisan yang


mudah.

X PENGENALAN
Lukisan Terbantu Komputer atau Computer Aided Drafting (CAD) merupakan
satu perisian komputer yang digunakan bagi membantu menyelesaikan masalah
kejuruteraan yang berkaitan dengan aspek seperti lukisan mekanikal, lukisan
elektrikal, lukisan kejuruteraan awam dan seni bina. Namun demikian,

114
"

TOPIK 6

" "

PENGENALAN KEPADA LUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD)

"

"

"

penggunaannya tidaklah terhad kepada bidang yang tersebut sahaja, ia juga


digunakan dengan meluas dalam bidang-bidang lain seperti reka bentuk fesyen,
topografi, reka bentuk industri dan lain-lain. Sistem ini mampu menghasilkan
lukisan yang berkualiti, tepat dan menjimatkan kos. Dalam topik ini, anda akan
diperkenalkan dengan konsep asas perisian AutoCAD dan juga perintah asas
dalam perisian AutoCAD. Perkembangan sistem CAD menyumbang kepada
pembangunan pesat dalam bidang kejuruteraan dan reka bentuk.

6.1

KELENGKAPAN DALAM SISTEM CAD

Kelengkapan dalam sistem CAD mengandungi dua komponen iaitu perkakasan


dan perisian. Perkakasan merujuk kepada satu set komputer peribadi yang
lengkap, manakala perisian adalah jenis program yang digunakan dalam CAD.

6.1.1

Perkakasan dalam CAD

Perkakasan dalam sistem CAD mengandungi tiga komponen iaitu peranti


masukan, peranti paparan, peranti keluaran dan peranti pemprosesan. Rajah 6.1
menunjukkan satu unit perkakasan yang lengkap untuk kerja CAD.

Rajah 6.1: Unit perkakasan CAD

Peranti masukan terdiri daripada papan kekunci dan tetikus. Peranti paparan
pula ialah monitor, manakala peranti keluaran pula terdiri daripada pencetak
atau pemplot. Peranti pemprosesan ialah bahagian atau sistem yang memproses
segala kemasukan maklumat atau data. Komponen ini biasa dikenali sebagai

TOPIK 6

PENGENALAN KEPADA LUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD)

115

Unit Pemprosesan Pusat atau CPU. Keperluan minimum yang diperlukan untuk
menggunakan perisian dalam CAD ialah komputer berasaskan pemprosesan
berkelajuan tinggi, kad grafik dan pendigit.

6.1.2

Perisian dalam CAD

Dalam pasaran, terdapat pelbagai jenis perisian CAD seperti Autodesk


AutoCAD, Solid Work, Sketchpad dan lain-lain. Di dalam Autodesk juga
terdapat pelbagai perisian seperti Autodesk AutoCAD Mechanical, Autodesk
AutoCAD Architecture, Autodesk AutoCAD Electrical dan sebagainya. Setiap
perisian mempunyai fungsi dan tugas kerja yang berlainan. Autodesk AutoCAD
merupakan satu perisian yang paling lazim digunakan dalam bidang teknikal.
Sejarah perkembangan AutoCAD bermula pada Disember 1982 iaitu AutoCAD
Versi 1 sehingga pada tahun April 1987, dimana ia dikenali sebagai AutoCAD
Versi 2.6. Bermula pada Disember 1987, AutoCAD Release 9 diperkenalkan.
Sistem berasaskan DOS berakhir pada tahun 1994 apabila Autodesk
memperkenalkan AutoCAD Release 13 yang mana sistemnya boleh beroperasi
sama ada dalam DOS atau Windows. Pada tahun 1999, Autodesk membuka era
baru dengan beberapa penambahbaikkan dengan mengeluarkan AutoCAD 2000
diikuti dengan beberapa versi lain yang dikeluarkan hampir setiap tahun
sehingga yang terkini iaitu AutoCAD 2012 yang dilancarkan pada Ogos 2011.
Dalam modul ini anda akan diberikan asas penggunaan perisian AutoCAD 2011.

AKTIVITI 6.1
Bandingkan kelebihan dan kekurangan jika menggunakan sistem CAD
untuk kerja lukisan dan reka bentuk.

6.2

PENGENALAN KEPADA AUTOCAD

Anda boleh mula membuka perisian AutoCAD dengan dua cara sama ada
melalui Start Menu Programs atau pada ikon AutoCAD

di paparan

Desktop. Sebelum memulakan kerja, anda seharusnya memilih pada kotak


dialog Startup bentuk kerja pilihan anda. Rajah 6.2 menunjukkan paparan kotak
dialog Start From Scratch.

116
"

TOPIK 6

" "

PENGENALAN KEPADA LUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD)

"

"

"

Rajah 6.2: Kotak dialog Start From Scratch

Nota:
AutoCAD tidak menyediakan
Bagi pengguna versi sebelum
melalui Option X Dialog Box
membuka program AutoCAD
berikut:

secara otomatik paparan kotak dialog Startup.


AutoCAD 2011, paparan ini boleh dikeluarkan
X System. Untuk AutoCAD 2011, setelah anda
anda perlu menaip pada baris perintah seperti

Command: startup
Enter new value for STARTUP <0>: 1
Command: filedia
Enter new value for FILEDIA <0>: 1
Setelah itu, anda telah bersedia untuk membuka fail baharu dengan klik QNew
pada Standard Toolbar atau klik pada
Apabila kotak dialog Startup dipaparkan, anda boleh memilih sama ada untuk
memulakan AutoCAD dengan membuka fail sedia ada
, membuka fail
baharu
, memilih templet tertentu
atau menggunakan wizard yang
disediakan
. Setelah itu, anda perlu menetapkan saiz kerja lukisan, sama ada
menggunakan sistem imperial (kaki dan inci) atau dalam metric (mm).
Penetapan ini adalah sangat penting kerana pada dasarnya AutoCAD
menyediakan saiz kerja lukisan dalam bentuk Imperial.

TOPIK 6

PENGENALAN KEPADA LUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD)

117

Sistem AutoCAD 2011 menyediakan paparan kerja asal dalam bentuk 2D


Drafting & Annotation (Rajah 6.3).

Rajah 6.3: Alat bar 2D Drafting & Annotation

Namun, untuk memudahkan kefahaman anda agar tidak terlalu jauh berbanding
AutoCAD Release yang terdahulu, paparan kerja ditukar dalam bentuk
AutoCAD Classic. Penukaran ini boleh dibuat pada Workspace Switching
seperti yang dapat dilihat dalam Rajah 6.4 dengan memilih AutoCAD Classic
seperti yang dapat dilihat dalam Rajah 6.5.

Rajah 6.4: Menu tarik turun Workspace Switching

118
"

TOPIK 6

" "

PENGENALAN KEPADA LUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD)

"

"

"

Rajah 6.5: Paparan tetingkap AutoCAD Classic

Tetingkap program AutoCAD terbahagi kepada lima bahagian:


(a)

Menu Tarik Turun (Pull Down Menu)


Menu tarik turun terdapat pada bar menu. Di dalam menu ini terdapat
perintah-perintah dan fungsi yang merupakan nadi kepada AutoCAD.
Rajah 6.6 menunjukkan menu tarik turun untuk perintah melukis.
Jika anda memilih menu Draw X Circle, contohnya, terdapat enam kaedah
melukis bulatan yang disediakan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6.6.
Berbeza apabila memilih dari bar alat atau toolbar
yang hanya memberi
lima pilihan aplikasi tidak termasuk Draw X Circle X Tan, Tan, Tan.
Perbezaannya juga sangat ketara apabila memilih aplikasi Draw X Arc
yang memberikan 10 pilihan kaedah melukis lengkung, berbanding dengan
iaitu Arc 3 points.
hanya satu aplikasi sahaja daripada bar alat

TOPIK 6

PENGENALAN KEPADA LUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD)

119

Rajah 6.6: Menu tarik turun Draw

(b)

Bar Alat (Toolbar)


Terdapat 38 jenis kumpulan bar alat yang disediakan dalam AutoCAD
2011, setiap jenis dibahagikan kepada fungsi yang berbeza. Bar alat dalam
AutoCAD mengandungi beberapa ikon yang boleh memulakan suatu
perintah. Jika anda menggerakkan alat penunjuk (pointing device) ke suatu
bar alat, ia akan memaparkan nama ikon itu pada penghujung alat
penunjuk, dan jika diklik pada kanan tetikus ia akan memaparkan jenisjenis bar alat  sama ada yang telah dipaparkan pada tetingkap AutoCAD
atau belum. Anda boleh memilih sama ada untuk mengeluar atau
memasukkan setiap jenis bar alat tersebut bergantung pada keselesaan
kerja anda. Rajah 6.7 menunjukkan jenis-jenis kumpulan bar alat.

120
"

TOPIK 6

" "

PENGENALAN KEPADA LUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD)

"

"

"

Rajah 6.7: Jenis-jenis kumpulan bar alat

Terdapat beberapa bar alat yang akan dipaparkan semasa memulakan


AutoCAD seperti berikut:
(i)

Bar alat standard (standard toolbar) (Rajah 6.8);

(ii)

Bar alat gaya (styles toolbar) (Rajah 6.9);

(iii) Bar alat ciri-ciri objek (properties toolbar) (Rajah 6.10);


(iv) Bar alat lapisan (layers toolbar) (Rajah 6.11); dan
(v)

Bar alat lukis (draw toolbar) dan bar alat ubah suai (modify toolbar)
(Rajah 6.12).

Rajah 6.8: Bar alat standard (standard toolbar)

Rajah 6.9: Bar alat gaya (styles toolbar)

TOPIK 6

PENGENALAN KEPADA LUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD)

Rajah 6.10: Bar alat ciri-ciri objek (properties toolbar)

Rajah 6.11: Bar alat lapisan (layers toolbar)

121

122
"

TOPIK 6

" "

PENGENALAN KEPADA LUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD)

"

"

"

Rajah 6.12: Bar alat untuk melukis dan mengubah suai

(c)

Ruangan Melukis (Drawing Area)


Ruangan melukis ialah ruang kerja yang disediakan untuk anda melukis
tanpa ada had keluasan yang ditetapkan. Semua objek yang dilukis akan
terpapar di dalam kawasan ini. Biasanya kawasan melukis akan ditentukan
oleh anda sebagai seorang pengguna/pelukis.

(d)

Baris Perintah (Command Prompt/Command Line)


Ia merupakan ruang untuk memasukkan arahan kerja jika anda tidak
menggunakan bar alat atau menu tarik turun. Selain daripada itu, anda
boleh menggunakan baris perintah untuk memasukkan nilai/data yang
dikehendaki oleh suatu perintah. Baris perintah perlu sentiasa diambil
perhatian kerana ia akan menunjukkan aliran kerja yang bakal dijalankan.

(e)

Bar Status (Status Bar)


Bar status seperti yang dapat dilihat dalam Rajah 6.13 terletak di baris
bawah tetingkap. Ia menunjukkan paparan koordinat untuk pergerakan
kursor dalam paksi X dan Y jika paparan lukisan adalah dua dimensi.
Selain daripada itu, ia juga menunjukkan butang untuk snap, grid, ortho,

TOPIK 6

PENGENALAN KEPADA LUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD)

123

polar tracking, osnap, osnaptracking, Dynamic UCS, Dynamic input, line


weight dan quick properties.

Rajah 6.13: Bar status

SEMAK KENDIRI 6.1


1.

Namakan tiga kaedah untuk memberikan perintah dalam


AutoCAD.

2.

Apakah kegunaan baris perintah dalam AutoCAD?

6.2.1

Penyediaan Kawasan Lukisan

Sebelum anda memulakan lukisan yang baharu, adalah penting bagi anda
menentukan kawasan lukisan mengikut saiz kertas yang akan digunakan untuk
bercetak. Perintah limits akan membenarkan anda mengubah kawasan melukis
dalam AutoCAD. Perintah limits boleh diperolehi dari menu tarik turun Format
o Drawing Limits. Untuk mengaktifkan perintah ini, anda juga boleh
menaipkan perintah ini pada baris perintah. Berikut adalah langkah kerja untuk
perintah limits jika anda menggunakan baris perintah. Kawasan lukisan yang
baharu ialah 297, 210 (mengikut kertas saiz A4).
Command : limits (tekan enter)
Specify lower left corner or [ON/OFF]<0.0000, 0.0000>:
Upper right corner<420.0000, 297.0000>: 297, 210
Dengan langkah ini, anda akan memperoleh kawasan lukisan yang titik penjuru
atas pada koordinat 297, 210.

124
"

6.2.2

TOPIK 6

" "

PENGENALAN KEPADA LUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD)

"

"

"

Sistem Koordinat

Asas utama dalam melukis adalah mengikut titik-titik koordinat dan paksi XYZ.
Dalam lukisan 2D, paksi utama yang digunakan ialah paksi X dan paksi Y;
manakala lukisan 3D atau solid akan menggunakan ketiga-tiga paksi X, Y dan Z.
Paparan AutoCAD dalam Rajah 6.14 akan menunjukkan arah paksi-paksi
tersebut.

Rajah 6.14: Orientasi 2D dan 3D

Melukis dalam AutoCAD adalah berasaskan kepada sistem koordinat yang


dikenali sebagai Sistem Koordinat Cartesian. Adalah sangat jelas dalam
AutoCAD, setiap arahan lukisan yang diberikan mestilah berpandukan kepada
arah paksi-paksi tersebut. Sepertimana dalam Sistem Koordinat Cartesian
Matematik, bermula dengan titik origin/asalan (0,0,0), maka arahan ke kanan
paksi X adalah positif, manakala arahan ke kiri paksi X pula negatif. Begitu juga
bagi paksi Y dan paksi Z. Ini dapat dilihat dalam Rajah 6.15 di bawah.

Rajah 6.15: Sistem koordinat

TOPIK 6

PENGENALAN KEPADA LUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD)

125

Walau bagaimanapun, terdapat tiga jenis sistem koordinat dalam AutoCAD


seperti berikut:
(a)

Koordinat Mutlak (Absolute Coordinate)


Koordinat ini mewakili nilai sebenar dalam perintah Drawing
Limits/Limits. Dengan menggunakan sistem koordinat mutlak, anda boleh
menentukan titik koordinat yang mana akan digunakan. Anda boleh
mengikut langkah berikut menggunakan sistem ini. Sistem koordinat
mutlak (Rajah 6.16) akan merujuk kepada titik asalan (0,0). Semua arahan
jarak dimasukkan secara paksi (X,Y).

Rajah 6.16: Sistem koordinat mutlak

(b)

Koordinat Bandingan (Relative Coordinate)


Koordinat ini mewakili kedudukan bandingan koordinat X dan Y pada titik
yang baru kepada titik sebelumnya. Penggunaan tanda @ menunjukkan
titik baharu berkedudukan pada jarak tertentu dari titik yang diberi. Anda
boleh mengikut langkah berikut untuk menggunakan sistem ini dengan
merujuk kepada Rajah 6.17 berikut.

Rajah 6.17: Sistem koordinat bandingan

126
"
(c)

TOPIK 6

" "

PENGENALAN KEPADA LUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD)

"

"

"

Koordinat Kutub Bandingan (Relative Polar Coordinate)


Sistem ini menggunakan jarak dan sudut untuk menentukan kedudukan
titik baharu dari titik yang lama. Anda boleh menentukan satu titik yang
baharu dengan memasukkan nilai jarak dan nilai sudut dari titik terakhir.
Tanda  akan digunakan untuk memisahkan di antara data jarak dan
sudut. (Format arahan: @jarak<sudut). Rajah 6.18 menunjukkan sistem
koordinat kutub bandingan.

Rajah 6.18: Sistem koordinat kutub bandingan

(d)

Penggunaan Polar (Polar Tracking)


Penggunaan Polar
merupakan suatu aplikasi yang baru diperkenalkan
dalam AutoCAD bagi kemudahan pengguna membuat lukisan ringkas
dengan cepat. Polar akan sentiasa dapat menunjukkan laluan (track) secara
otomatik dan pengguna hanya perlu memasukkan jaraknya sahaja. Polar
juga menyediakan setting pengguna bagi menentukan gandaan sudut yang
dikehendaki (increment angle).

Polar Tracking setting:

Dari menu arahan tools X Drafting Settings


Akan keluar satu kotak dialog untuk mengedit apa yang diperlukan
pengguna seperti yang dapat dilihat dalam Rajah 6.19.

TOPIK 6

PENGENALAN KEPADA LUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD)

127

Rajah 6.19: Kotak dialog Drafting Settings

Anda boleh menambah sudut-sudut pilihan untuk dijadikan laluan bagi setiap
kerja:
Klik New X masukan nilai-nilai sudut yang dikehendaki dan klik OK.
Rajah 6.20 menunjukkan polar laluan kursor pada sudut 300. Anda cuma perlu
menaip jumlah jarak yang dikehendaki.

Rajah 6.20: Aplikasi Polar Tracking

Anda juga boleh menggunakan aplikasi OSnap Tracking bersama polar tracking
bagi membina garisan yang selari dan tepat pada setiap hujung garisan yang
dirujuk. Contoh kaedah binaan adalah seperti dalam Rajah 6.21.

128
"

TOPIK 6

" "

PENGENALAN KEPADA LUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD)

"

"

"

Aktifkan Polar Tracking, Object Snap dan OSnap Tracking

Rajah 6.21: Aplikasi Object Snap Tracking

Mari kita cuba untuk melukis rajah mudah seperti lukisan dalam Rajah 6.22.

Rajah 6.22: Latihan rajah mudah

Anda boleh mengikuti kaedah melukis seperti berikut yang merujuk kepada
aliran kerja pada Rajah 6.23(a), (b) dan (c).

TOPIK 6

PENGENALAN KEPADA LUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD)

129

Command: _line Specify first point: klik A


Specify next point or [Undo]: 50

(Drag cursor pada laluan polar dan


masukkan nilai 50)

(a)

Specify next point or [Undo]: 30

(Guna polar setting 300, drag dan


masukkan nilai 30)
Specify next point or [Close/Undo]:
@20<135

(Guna sistem relative polar untuk jarak


dan sudut)
Specify next point or [Close/Undo]:
(Bawa kursor ke tengah garisan AB dan
dapatkan Osnap tracking silang)

(b)

Specify next point or [Close/Undo]:

Klik, bawa ke garisan tengan AB dan klik


Specify next point or [Close/Undo]:
(c)
Rajah 6.23: Kaedah melukis rajah mudah

AKTIVITI 6.2
Bandingkan perbezaan antara keempat-empat sistem koordinat yang
digunakan dalam AutoCAD.

6.3

PERINTAH ASAS DALAM AUTOCAD

Dalam AutoCAD, terdapat beberapa arahan asas yang anda akan digunakan
untuk menghasilkan kerja lukisan berkomputer anda. Arahan-arahan yang akan
digunakan termasuk perintah melukis (draw commands), perintah pengeditan
(modify commands) dan perintah osnap (object snap/osnap commands). Anda
boleh juga mengaktifkan perintah dalam AutoCAD melalui tiga cara iaitu ikon
dalam bar alat, menu tarik turun dan baris perintah.

130
"

TOPIK 6

" "

6.3.1

PENGENALAN KEPADA LUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD)

"

"

"

Perintah Object Snap (Osnap)

Dalam lukisan teknik menu, anda perlu menghasilkan satu lukisan yang tepat,
kemas dan jitu. Untuk Lukisan Terbantu Komputer, amalan ini juga diperlukan.
Untuk melaksanakan amalan ini, perintah osnap
telah disediakan dalam
AutoCAD untuk membantu anda. Penggunaan perintah-perintah yang terdapat
dalam osnap boleh menjadikan lukisan anda lebih tepat dan kemas berbanding
dengan lukisan tradisional. Jadual 6.1 menunjukkan ikon untuk perintah osnap
dan fungsinya.
Jadual 6.1: Ikon untuk Perintah Osnap dan Fungsinya
Mod

Ikon

Penerangan

Snap From

Untuk mewujudkan titik rujukan sementara sebagai


asas untuk menentukan titik-titik berikut.

Endpoint

Mencari titik hujung semua objek kecuali bulatan.

Midpoint

Mencari titik tengah objek seperti garisan, lengkuk


atau polyline.

Intersection

Menentukan titik persilangan objek pada satah yang


sama.

Apparent
Intersect

Mencari satu titik yang mewakili persilangan yang


jelas antara dua objek, seperti dua garisan yang bukan
selari dalam ruang 3 dimensi.

Center

Mencari titik tengah untuk bulatan atau lengkuk.

Quadrant

Mencari puncak 0o, 90o, 180o dan 270o untuk sebuah


bulatan atau lengkuk.

Tangent

Memilih titik tangen suatu bulatan/lengkuk yang


akan bertangen dengan bulatan/lengkuk yang lain.

Perpendicular

Untuk memilih titik persilangan yang bersudut tepat


pada objek yang lain.

Nearest

Memilih titik suatu objek yang terdekat dengan titik


yang dipilih.

TOPIK 6

PENGENALAN KEPADA LUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD)

131

Fungsi ikon-ikon Osnap boleh dipilih untuk diaktifkan pada Drafting Settings.
Dari menu arahan Tools X Drafting Settings.
Dari Dialog Box, anda boleh mengaktifkan mana-mana fungsi yang sesuai untuk
digunakan dalam lukisan semasa. Pastikan anda memilih yang sesuai sahaja
kerana jika terlalu banyak yang diaktifkan, maka akan berlaku penindanan
semasa aktiviti melukis. Rajah 6.24 menunjukkan kotak dialog Drafting Settings
untuk fungsi Osnap.

Rajah 6.24: Kotak dialog Drafting Settings untuk fungsi Osnap

SEMAK KENDIRI 6.2


1.

Terangkan kegunaan perintah Osnap dalam AutoCAD.

2.

Jelaskan fungsi utama perintah endpoint dan intersection.

132
"

TOPIK 6

" "

PENGENALAN KEPADA LUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD)

"

"

"

Lukisan Terbantu Komputer atau Computer Aided Drafting (CAD) adalah


satu cara untuk menghasilkan lukisan yang tepat dan kemas.

Terdapat dua kelengkapan dalam sistem CAD, iaitu perkakasan dan perisian.

Perkakasan dalam sistem CAD mengandungi tiga komponen utama, iaitu


peranti masukan, peranti keluaran dan peranti pemprosesan.

Perisian CAD yang paling banyak digunakan ialah AutoCAD yang telah
banyak berubah dari program berasaskan DOS kepada tetingkap (Windows).

Tetingkap program AutoCAD terbahagi kepada lima bahagian, iaitu menu


tarik turun, bar alat, kawasan melukis, baris perintah dan bar status.

Arahan-arahan asas yang selalu digunakan dalam AutoCAD ialah perintah


melukis (draw commands), perintah pengeditan (modify commands) dan
perintah osnap (object snap/osnap).

Perintah osnap adalah perintah untuk membantu menghasilkan lukisan yang


kemas dan jitu.

Bar alat ciri-ciri objek

Kotak Dialog

Bar Status

Perintah osnap

Chamfer

Polar Tracking

Koordinat bandingan

Object Snap Tracking

Koordinat Kutub Bandingan

Rectangular Array

Koordinat mutlak

Tetingkap AutoCAD

TOPIK 6

PENGENALAN KEPADA LUKISAN TERBANTU KOMPUTER (CAD)

133

Autodesk Official Training Courseware. AutoCAD intermediate 2009. UTMATC.


Finkelstein, E. (2005). AutoCAD 2006 and AutoCAD LT 2006. Wiley Publishing,
Inc.
Iskandar dan Zaitun. (2002). AutoCAD 2002 step by step. Venton Publishing (M).
Seon, F. et al. (1994). Inside AutoCAD R13 for Windows and Window NT.
Indiana: New Rider Publishing.

You might also like