You are on page 1of 1

Apakah itu Headcount?

Headcount merupakan satu perancangan dan target pencapaian akademik bagi suatu
mata pelajaran yang mengandungi TOV, ETR dan OTI pelajar secara individu.

Apakah itu TOV, ETR dan OTI?


Terdapat 3 terma yang penting dalam penyediaan headcount.
TOV (take-off value) : Nilai letak kerja kepada seseorang pelajar berdasarkan potensi
sedia ada seperti pencapaian akademik
ETR (expected targeted result) : Sasaran hasil pembelajaran yang diharapkan merujuk
kepada penilaian / berdasarkan keputusan peperiksaan terakhir / peperiksaan awam
OTI (operational targeted increment) : Peningkatan hasil pembelajaran yang diharapkan
dengan merujuk beberapa penilaian sebelum mencapai ETR

Bagaimanakah proses kerja headcount?

Ini adalah cara TOV, ETR dan OTI pelajar ditentukan di sekolah saya sekarang.
1) Pengetua, PK1 dan S/U Peperiksaan PMR dan S/U Peperiksaan SPM dari semua sekolah
menengah di daerah Kuala Penyu dijemput hadir ke mesyuarat headcount di PPD Kuala
Penyu;
2) Dalam perbincangan, ETR daerah dibentangkan oleh pihak PPD;
3) Setiap sekolah cuba meneliti ETR PPD dan mengadakan perbincangan jika ingin
menuntut perubahan ETR;
4) Setelah mencapai persetujuan sebulat suara, PPD akan mengedarkan ETR yang rasmi
ke setiap sekolah menengah;
5) Pihak sekolah perlu mengadakan taklimat dalaman untuk memaklumkan kepada guruguru yang terlibat untuk tindakan lanjutan;
6) Guru-guru berbincang dalam mesyuarat panitia untuk menentukan TOV dan ETR
pelajar;
7) Hasil perbincangan panitia perlu dibentangkan dalam mesyuarat kurikulum sekolah
akan datang;
8) Guru memantau dan merekod OTI1, OTI2, OTI3 dan OTI4.
9) Guru mengisi AR (actual result) apabila keputusan peperiksaan diperoleh
*Headcount perlu didedahkan dan dibincangkan bersama pelajar

Bagaimanakah TOV, ETR dan OTI pelajar ditentukan?


TOV diambil daripada keputusan peperiksaan terakhir pelajar. Contohnya: keputusan
pepeirksaan akhir tahun 2011 akan dijadikan TOV untuk tahun depan.
ETR ditentukan melalui perbincangan guru mata pelajaran berdasarkan potensi dan
kemampuan pelajar.
OTI adalah markah ujian 1, peperiksaan pertengahan tahun, ujian 2 dan peperiksaan
akhir tahun. Ada 4 kali OTI dalam setahun.

You might also like