You are on page 1of 1

Definisi Headcount Proses mengenal pasti, merasionalkan, dan menjustifikasikan penentuan ciri-ciri keupayaan pembelajaran bagi setiap pelajar

supaya guru dapat menyenaraikan dan menetapkan unjuran pencapaian subjek bagi pelajar tersebut di dalam kelas yang diajarnya. ------------------------------------Apakah itu TOV, ETR dan OTI? Terdapat 3 terma yang penting dalam penyediaan headcount. TOV (take-off value) : Nilai letak kerja kepada seseorang pelajar berdasarkan potensi sedia ada seperti pencapaian akademik ETR (expected targeted result) : Sasaran hasil pembelajaran yang diharapkan merujuk kepada penilaian / berdasarkan keputusan peperiksaan terakhir / peperiksaan awam OTI (operational targeted increment) : Peningkatan hasil pembelajaran yang diharapkan dengan merujuk beberapa penilaian sebelum mencapai ETR --------------------------------------------Bagaimanakah proses kerja headcount? Ini adalah cara TOV, ETR dan OTI pelajar ditentukan di sekolah (contoh). 1) Pengetua, PK1 dan S/U Peperiksaan PMR dan S/U Peperiksaan SPM dari semua sekolah menengah di daerah Kuala Penyu dijemput hadir ke mesyuarat headcount di PPD Kuala Penyu; 2) Dalam perbincangan, ETR daerah dibentangkan oleh pihak PPD; 3) Setiap sekolah cuba meneliti ETR PPD dan mengadakan perbincangan jika ingin menuntut perubahan ETR; 4) Setelah mencapai persetujuan sebulat suara, PPD akan mengedarkan ETR yang rasmi ke setiap sekolah menengah; 5) Pihak sekolah perlu mengadakan taklimat dalaman untuk memaklumkan kepada guru-guru yang terlibat untuk tindakan lanjutan; 6) Guru-guru berbincang dalam mesyuarat panitia untuk menentukan TOV dan ETR pelajar; 7) Hasil perbincangan panitia perlu dibentangkan dalam mesyuarat kurikulum sekolah akan datang; 8) Guru memantau dan merekod OTI1, OTI2, OTI3 dan OTI4. 9) Guru mengisi AR (actual result) apabila keputusan peperiksaan diperoleh *Headcount perlu didedahkan dan dibincangkan bersama pelajar ------------------------------------Bagaimanakah TOV, ETR dan OTI pelajar ditentukan? TOV diambil daripada keputusan peperiksaan terakhir pelajar. Contohnya: keputusan pepeirksaan akhir tahun 2011 akan dijadikan TOV untuk tahun depan. ETR ditentukan melalui perbincangan guru mata pelajaran berdasarkan potensi dan kemampuan pelajar. OTI adalah markah ujian 1, peperiksaan pertengahan tahun, ujian 2 dan peperiksaan akhir tahun. Ada 4 kali OTI dalam setahun.

You might also like