You are on page 1of 2

TOV, ETR & OTI

Apakah TOV ( take-off value )?

Boleh didefinasikan sebagai nilai letak kerja kepada seseorang murid berdasarkan
potensi sedia ada seperti pencapaian akademik . Pencapaian ini merujuk kepada
pencapaian dalam setiap mata pelajaran.

Bagaimana mengenal pasti TOV?

TOV ditentukan berasaskan keputusan peperiksaan akhir tahun tahun 1, 2, 3, 4 dan 5


bagi calon UPSR. Akhir tahun tingkatan 1 dan 2 bagi calon PMR dan tingkatan 4 bagi
calon SPM. Cadangan bagi murid tahun 1, tingkatan 1 dan tingkatan 4 boleh digunakan
ujian pertengahan tahun.

Bagi ePantau, TOV ditentukan berasaskan keputusan :


1. Ujian Pertengahan Tahun lepas
2. Ujian Akhir Tahun lepas
3. Ujian Ramalan 1
4. Ujian Ramalan 2
5. Judgement Guru

Apakah ETR ( expected targeted result )?

ETR boleh didefinasikan sebagai Sasaran hasil pembelajaran yang diharapkan merujuk
kepada penilaian / berdasarkan keputusan peperiksaan terakhir atau peperiksaan
awam.

Bagaimana menentukan ETR?

ETR ditentukan dengan merujuk kepada keputusan terbaik peperiksaan awam sekolah.

Apakah OTI ( operational targeted increment ) ?

OTI boleh didefinasikan sebagai peningkatan hasil pembelajaran yang diharapkan


dengan merujuk beberapa penilaian sebelum mencapai ETR.

Bagaimana menentukan OTI ?

OTI boleh dilakukan dengan merujuk kepada ETR serta menetapkan sama ada jangkaan
pemeringkatan dua atau tiga kali penilaian.
Istilah Dan Asas Headcount

TOV
(Take Off Value) bermaksud nilai letak kerja seseorang murid berdasarkanpotensi sedia ada seperti
hasil pembelajaran (pencapaian akademik) dalamsetiap mata pelajaran.

ETR
(Expected Targeted Result) bermaksud sasaran hasil pembelajaran yangdiharapkan dengan merujuk
kepada sesuatu penilaian atau berdasarkankeputusan peperiksaan terakhir.

OTR
(Operational Targeted Result) bermaksud hasil pembelajaran yang disasar berasaskan TOV dan ETR
yang ditetapkan.Contoh: OTR1 dan OTR2.

OTI
(Operational Targeted Increment) bermaksud peningkatan hasil pembelajaran yang disasarkan.

Contoh:
OTI1 = OTR1 – TOV, OTI2 = OTR2 – OTR1 AR (Acquired Result) bermaksud hasil pembelajaran yang
sebenar diperoleh pada beberapa peringkat peperiksaan.

Contoh:
BiasanyaAR1 merupakan keputusan Peperiksaan Pertengahan dan AR2 merupakan keputusan
Peperiksaan Akhir Tahun atau Peperiksaan Percubaan. AR merupakan peperiksaan
UPSR/PMR/SPM/STPM TOV bagi Tahun 2,3,4,5 dan 6, Tingkatan 2 dan 3, tingkatan 5 dan tingkatan 6
Atas ialah markah peperiksaan akhir tahun tahun sebelum. TOV bagi Tahun 1, Tingkatan 1, Tingkatan
4 dan tingkatan enam bawahbiasanya ialah markah peperiksaan Pertengahan Tahun tahun semasa.

ETR
adalah merujuk kepada keputusan peperiksaan yang sebenar iaitu UPSR,PMR, SPM atau STPM.

Pengiraan OTI
Jika setahun mempunyai dua peperiksaan yang utama, maka terdapat 2 OTI iaituOTI1 dan OTI2;
OTI1= Markah TOV + 1/3 (ETR-TOV)
OTI2= Markah TOV + 2/3 (ETR-TOV)

Contoh:
TOV=50 Markah
ETR=59
Markah OTI1= 50+ 1/3(59-50)=50+3=53
Markah OTI2= 50+ 2/3(59-50)=50+6=56 markah

You might also like