You are on page 1of 14

WAJ 3105 LITERASI NOMBOR

TAJUK 4

KESEDARAN RUANG

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir tajuk ini, anda dijangka akan dapat:

1. Mengenal pasti bentuk dua matra seperti poligon, segitiga, dan sisi
empat; dalam satah geometri.
2. Mengenal pasti pepejal tiga matra seperti kubus, kuboid, silinder,
kon, piramid, dan prisma.
3. Menggunakan bahasa dan perbendaharaan kata yang ada kaitan
dengan geometri.
4. Menggunakan bahan manipulatif untuk menyiasat ciri-ciri pepejal
tiga matra.
5. Membina objek dua matra dan tiga matra menggunakan bahanbahan mudah atau alat konvensional.
6. Menggunakan konsep geometri dalam kehidupan seharian.

WAJ 3105 LITERASI NOMBOR

TAJUK 4
4.0

KESEDARAN RUANG

PENGENALAN

Kesedaran ruang adalah intuisi individu terhadap


bentuk, dan perkaitan yang ujud antara pelbagai
jenis bentuk. Individu yang mempunyai kesedaran
ruang tahu tentang aspek geometri yang ada, dan
pelbagai

bentuk

yang

terhasil

daripada

objek-objek

yang

terdapat

di

persekitarannya.

Selain itu individu yang mempunyai kesedaran ruang mempunyai keupayaan


untuk membuat gambaran mental tentang hubungan antara sesuatu objek, dan
ruang yang berkaitan. Mereka selesa apabila memberi penerangan tentang
konsep geometri sesuatu objek, dan menghargai bentuk geometri yang terdapat
dalam lukisan, senibina, atau alam semulajadi.

Sebagai guru matematik, kita perlu menerapkan kesedaran tentang ruang dalam
kalangan murid. Contoh bentuk geometri yang ada di persekitaran kita perlu
dikaitkan apabila menjelaskan tentang konsep geometri.

WAJ 3105 LITERASI NOMBOR

UNIT 4.1

Pepejal Tiga Matra dan Bentuk Dua Matra

Rajah 1

Rajah 2

Rajah 3

Aktiviti 4.1
Perhatikan kesemua grafik di atas. Rajah 1 menunjukkan sebuah khemah.
Rajah 2 ialah Menara Kuala Lumpur, dan Rajah 3 ialah Louvre, di
Perancis.
Berdasarkan pemerhatian anda, senaraikan semua bentuk geometri yang
dapat anda perhatikan.

4.1.1 PENGENALAN
Bentuk geometri yang telah anda kenalpasti daripada Aktiviti 4.1 dapat
dikelompokkan kepada dua kumpulan utama, iaitu objek dua matra dan
tiga matra. Objek dua matra disebut juga sebagai 2-D, dan tiga matra
sebagai 3-D. Antara bentuk geometri yang dapat dikelompokkan adalah
seperti berikut.

Rajah 4

WAJ 3105 LITERASI NOMBOR

Rajah 5
Apakah ciri-ciri yang ada pada objek dalam Rajah 4 dan Rajah 5?

4.1.3 Bentuk Dua Matra


Objek seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4 dikenali sebagai bentuk
dua matra atau 2-D. Ia hanya mempunyai dua dimensi, iaitu panjang dan
lebar. Kesemua objek ini berada dalam satu satah, dan tidak mempunyai
ketebalan.
Beberapa lagi contoh bagi bentuk dua matra ditunjukkan dalam Rajah 6.

bulatan
segiempat tepat

segiempat sama

segitiga tak sama kaki

segitiga sama sisi

trapezium

segiempat selari

segitiga kaki sama

rombus

lelayang

Rajah 6
4

WAJ 3105 LITERASI NOMBOR

Setiap poligon segitiga yang terdapat dalam Rajah 6 mempunyai ciricirinya yang tertentu. Berpandukan bahan manipulatif yang sesuai,
perihalkan setiap segitiga berdasarkan ciri-ciri yang telah disenaraikan
dalam Jadual 1.
Jadual 1
Jenis Segitiga

Bilangan sisi sama


panjang

Bilangan garis
simetri

Saiz sudut

Segitiga sama sisi


Segitiga kaki sama
Segitiga tak sama kaki

Segiempat tepat, segiempat sama, segiempat selari, trapezium, rombus,


lelayang adalah contoh bagi bentuk sisi empat. Apakah perbezaan antara
setiap bentuk ini? Lakukan Aktiviti 4.2 untuk mengenali pelbagai bentuk
sisi empat dengan lebih dekat.

Aktiviti 4.2
Berpandukan bahan manipulatif yang sesuai, senaraikan ciri-ciri setiap
bentuk sisi empat yang dinyatakan berdasarkan aspek berikut; sisi,
sudut, pepenjuru, dan simetri.

Rajah 7
5

WAJ 3105 LITERASI NOMBOR

Poligon boleh mempunyai lebih daripada empat sisi. Perhatikan bentuk


dalam Rajah 7, dan tentukan bilangan sisi bagi setiap satunya. Poligon
dinamakan berdasarkan bilangan sisinya. Buat rujukan dan lengkapkan
Jadual 2 di bawah.
Jadual 2
Jenis Poligon

Bilangan sisi poligon

Pentagon

5
6
7

Octagon

8
9
10
11

Dodecagon

12

4.1.2 Pepejal Tiga Matra


Objek seperti yang terdapat dalam Rajah 5 di kenali sebagai pepejal tiga
matra atau 3-D. Kesemua objek ini mempunyai tiga dimensi iaitu panjang
(atau ketinggian), lebar, dan ketebalan (atau kedalaman).
Rajah 8 berikut menunjukkan beberapa lagi contoh pepejal tiga matra.

Rajah 8
Aktiviti 4.3
Buat rujukan dan kumpulkan grafik
pepejal tiga matra yang terdapat
dalam kehidupan seharian. Kongsi
dengan rakan kelas anda dan simpan
dalam folio. Kenal pasti kategori
pepejal tersebut. Beberapa contoh
ditunjukkan di sebelah.
6

WAJ 3105 LITERASI NOMBOR

4.1.4 Ciri Pepejal Tiga Matra

sfera

kubus

prisma segitiga

kon

silinder
kuboid

prisma heksagon

piramid

Rajah 9
Rajah 9 menunjukkan pelbagai jenis pepejal tiga matra iaitu kubus, sfera,
prisma, kon dan lain-lain. Setiap pepejal ini mempunyai ciri-cirinya yang
tertentu seperti berpermukaan mendatar atau berpermukaan melengkung,
atau gabungan kedua-duanya. Ada pepejal mempunyai tapak berbentuk
segiempat sama, segiempat tepat, bulatan, heksagon dan lain-lain.
Bilangan tepi dan bucu juga berbeza mengikut objek.

tepi

bucu
Permukaan
mendatar
berbentuk
segiempat
tepat

Permukaan mendatar
berbentuk segitiga

Rajah 10

Prisma bertapak segitiga dalam Rajah 10 mempunyai enam bucu dan


sembilan tepi. Pepejal ini juga mempunyai tiga permukaan berbentuk
segiempat tepat dan dua permukaan berbentuk segitga.

WAJ 3105 LITERASI NOMBOR

Aktiviti 4.4
Bagi setiap objek dalam Rajah 9, tentukan ciri-ciri yang ada pada
setiap objek tersebut.
Jelaskan pemerhatian anda dalam bentuk jadual, bagi menyatakan
bilangan tepi, bilangan bucu, jenis permukaan, bilangan permukaan
mendatar, dan bentuk permukaan yang dipunyai setiap objek.
Gunakan bahan manipulatif bagi membantu anda untuk mendapatkan
gambaran sebenar setiap objek.

UNIT 4.2

Membina Bentuk Dua Matra dan Pepejal Tiga Matra

Rajah 11
Pelbagai bentuk dua matra boleh dibina dengan menggunakan geobod
(Rajah 11). Bina beberapa bentuk lagi bagi mengukuhkan pemahaman
anda tentang ciri-ciri bentuk dua matra.
Seterusnya bina bentuk dua matra seperti yang terdapat dalam Rajah 6,
dengan menggunakan alat geometri seperti jangka lukis, sesiku dan
pembaris.
8

WAJ 3105 LITERASI NOMBOR

Aktiviti 4.5
Bentuk dua matra boleh dibina dengan menggunakan bahan-bahan
yang mudah.
i.

Bina bulatan dengan menggunakan tali dan paku tekan.

ii.

Bina elips dengan menggunakan tali dan dua paku tekan.

Rajah 12

ICT boleh dimanfaatkan untuk membina bentuk dua matra. Rajah 12


menunjukkan

beberapa

contoh

bentuk

yang

dibina

dengan

menggunakan Geometers Sketchpad (GSP).

Aktiviti 4.6
Bersama rakan anda bina beberapa bentuk dua matra dengan
menggunakan perisian seperti GSP, Smart Draw, MSWord, dan lain-lain.
Cetak hasil kerja dan simpan dalam folio anda.

WAJ 3105 LITERASI NOMBOR

Rajah 13
Rangka pepejal tiga matra boleh dibina dengan menggunakan lidi dan
plastisin. Rajah 13 menunjukkan contoh bagi kuboid dan prisma.
Bina rangka bagi pepejal yang lain bersama rakan dalam kumpulan anda.

Rajah 14

Rajah 14 menunjukkan bentangan bagi kubus. Bina bentangan bagi


beberapa bentuk tiga matra seperti silinder, piramid, kuboid, kon
mengikut kumpulan. Seterusnya cantumkan tepi yang bersesuaian bagi
membentuk model pepejal dalam tiga matra.

10

WAJ 3105 LITERASI NOMBOR

UNIT 4.3
4.3.1

Konsep Ruang dan Hubungannya dengan Aktiviti

Pengenalan
Tidak semua orang berfikir tentang konsep dan idea ruang dalam cara
yang sama. Kajian yang telah dijalankan oleh dua orang penyelidik,
Pierre van Hiele dan Dina van Hiele-Geldof pada tahun 1959 telah
memberi maklumat kepada kita tentang perbezaan pemikiran geometri
dalam kalangan individu.

4.3.2

Peringkat Pemikiran Geometri Model van Hiele


Model van Hiele menjelaskan bahawa terdapat lima peringkat berhirarki
bagaimana individu memahami konsep atau idea ruang. Lima peringkat
tersebut ialah penggambaran (visualization), analisis, deduksi tak formal,
deduksi, dan rapi (rigor) Setiap lima peringkat menjelaskan proses
bagaimana seseorang itu berfikir, dan apakah jenis idea geometri yang
dimiliki.
Peringkat 0: Penggambaran (Visualization)
Idea pemikiran pada peringkat 0 ialah tentang bentuk dan bagaimana
rupa sesuatu bentuk.
Pada peringkat ini, seseorang dapat mengenali dan menamakan bentuk
berdasarkan pandangan dan ciri-cirinya yang umum.
Hasil daripada pemikiran peringkat 0 ialah seseorang dapat kelompokkan
bentuk yang dilihatnya sebagai serupa.
Peringkat 1: Analisis
Idea pemikiran pada peringkat 1 ialah kemampuan melihat bentuk secara
berkelompok dan bukannya secara berasingan.
Pada peringkat analisis, seseorang berupaya untuk memikirkan semua
bentuk dalam kategori yang sama, dan tidak terhad kepada satu bentuk
sahaja. Sebagai contoh, dia bukan sahaja dapat memberi tumpuan
kepada hanya satu bentuk segiempat tepat, tetapi beberapa jenis
segiempat tepat yang berlainan saiz dan posisi. Justeru dia dapat
membuat perbandingan mengapa sesuatu bentuk itu dikatakan segiempat
tepat dengan melihat kepada bilangan sisi, sisi bertentangan yang selari
dan sama panjang, mempunyai empat sudut tegak, dan lain-lain.
11

WAJ 3105 LITERASI NOMBOR

Hasil daripada pemikiran peringkat


memperihalkan ciri-ciri sesuatu bentuk.

ialah

seseorang

dapat

Peringkat 2: Deduksi Tak Formal


Idea pemikiran pada peringkat 2 ialah ciri-ciri bentuk.
Setelah dapat berfikir tentang ciri-ciri objek geometri, seseorang akan
dapat mengembangkan pemikirannya berkaitan dengan hubungan antara
ciri-ciri bentuk, dan juga dalam kalangan ciri-ciri bentuk.
Dia berupaya untuk membuat penaakulan jika ... maka. Sebagai
contoh, Jika semua sudut bagi suatu bentuk adalah bersudut tegak,
maka bentuk itu mestilah segiempat tepat. Jika suatu bentuk adalah
segiempat sama, maka bentuk itu juga adalah segiempat tepat.
Hasil daripada pemikiran peringkat 2 ialah seseorang
memperihalkan hubungan antara ciri-ciri geometri sesuatu bentuk.

dapat

Peringkat 3: Deduksi
Idea pemikiran pada peringkat 3 ialah kemampuan memperihalkan
hubungan antara ciri-ciri geometri sesuatu bentuk.
Pada peringkat deduksi, seseorang dapat meneroka lebih daripada ciri-ciri
geometri sesuatu bentuk. Individu mula berfikir tentang struktur sistem
yang terdiri daripada aksiom, definisi, teorem, dan postulat. Pemikiran
begini akan beransur matang menggantikan pemikiran sebelumnya yang
hanya konjektur tentang hubungan antara ciri-ciri geometri. Pada
peringkat deduksi, individu boleh menggunakan pernyataan yang abstrak
tentang ciri-ciri geometri yang berasaskan logik, bukan lagi sekadar intuisi.
Sebagai contoh, ia boleh melihat dengan mudah bahawa pepenjurupepenjuru segiempat tepat, membahagi dua sama antaranya, dan dalam
masa yang sama menghargai pembuktiaannya melalui hujah-hujah
deduksian.
Hasil daripada pemikiran peringkat 3 ialah sistem deduksian aksiom
tentang geometri.
Peringkat 4: Rapi (Rigor)
Idea pemikiran pada peringkat 4 ialah sistem deduksian aksiom tentang
geometri.

12

WAJ 3105 LITERASI NOMBOR

Pada peringkat paling tinggi dalam hirarki van Hiele, tumpuan adalah
tentang sistem aksiom. Individu boleh membanding dan melihat hubungan
antara sistem aksiom yang berbeza.
Sebagai contoh, geometri sfera adalah berasaskan garisan yang dibina
atas sfera, berbeza dengan geometri satah.
Hasil daripada pemikiran peringkat 4 ialah membanding dan membezakan
sistem aksiom yang berbeza tentang geometri.
Berdasarkan teori van Hiele, pemikiran geometri pelajar sekolah rendah
perlu dibangunkan sekurang-kurangnya hingga ke peringkat 2. Sebagai
guru, pelajar perlu dibantu dengan memberi pengalaman dan aktiviti yang
bersesuaian supaya mereka mempunyai kesediaan yang baik apabila
belajar tentang geometri di peringkat kolej atau universiti.
Aktiviti 4.7
Bersama rakan anda rancang aktiviti pengajaran yang bersesuaian
untuk membantu murid supaya pemikiran dan kemahiran geometri bagi
setiap peringkat berikut dapat dibangunkan dalam kalangan mereka.
i.
Peringkat 0: Penggambaran
ii.
Peringkat 1: Analisis
iii.
Peringkat 2: Deduksi tak formal

4.3.3

Konsep Geometri dan Kehidupan Seharian

Rajah 15
Kemahiran dalam geometri dapat menghasilkan corak yang menarik.
Kefahaman tentang ciri-ciri yang ada bagi sesuatu bentuk, seperti simetri
dan transformasi bentuk dapat dimanfaatkan seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 15.

13

WAJ 3105 LITERASI NOMBOR

Rajah 16

Kemahiran dalam geometri juga diperlukan dalam mereka bentuk


bangunan, dan membina corak yang terdapat pada bangunan. Bentuk
dan corak dapat menghasilkan suatu yang menarik seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 16.

Rajah 17
Perhatikan alam semula jadi di sekeliling kita. Aspek geometri dapat
diperhatikan sebagaimana contoh yang ditunjukkan dalam Rajah 17.
Aktiviti 4.8
Bina corak yang menarik berasaskan konsep dan ciri-ciri bentuk
geometri bagi menghasilkan satu kraftangan yang menarik.

Rujukan
Van de Walle, J.A. (2007). Elementary and middle schools mathematics:
teaching developmentally (6th Ed.). Boston: Pearson Education, Inc.

14

You might also like