You are on page 1of 2

NAMA

: NOR YUHANIS BINTI MOHD SALAM

NO MATRIK : D 20111049002
KURSUS

: SISTEM UNDANG-UNDANG MALAYSIA (HNU 3023)

KUMPULAN : C
Ringkasan Kes :
Muhamad Fadzli bin Ramli v Public Prosecutor
Kes bermula dua orang detektif SP4 dan SP5 dan seorang pemberi maklumat telah pergi ke
Petaling Jaya dan diperkenalkan dengan tertuduh (OKT). Setelah berunding, tertuduh
bersutuju untuk menjual 500 gulung canabis kepada detektif tersebut. Pada keesokan
harinya, detektif tersebut telah pergi ke tempat yang dipersetujui. Tertuduh tiba di tempat
berkenaan dengan membawa sebuah beg plastik berwarna kuning. Tertuduh menghampiri
SP5 dan memberitahu SP5 bahawa dia telah membawa barangan tersebut. SP5 telah
mengarahkan tertuduh untuk mengira barang tersebut di bahagian belakang kereta. SP4
memberi isyarat kepada ahli kumpulan pemerangkap yang lain. Tertuduh cuba melarikan diri
tetapi berjaya ditahan dan diberkas manakala rakan tertuduh berjaya melarikan diri. Pegawai
tangkapan telah memeriksa beg plastik tersebut dan mendapati ianya mengandungi 487
gulung canabis. Canabis tersebut telah dihantar kepada ahli kimia untuk dianalisa. Ahli kimia
telah mengesahkan bahawa 487 gulung tersebut mengandungi 99.6g canabis seperti
ditakrifkan dalam Akta Dadah Bebahaya 1952. Tertuduh telah didakwa mengedar dadah di
bawah s 39B(1)(c). Hakim perbicaraan telah memutuskan pendakwaan telah berjaya
mewujudkan prima facie terhadap tertuduh yang membolehkan disabitkan kesalahan.
Tertuduh telah diminta untuk membela diri namun tertuduh memilih untuk berdiam diri. Maka,
tertuduh telah disabit kesalahan dan dijatuhkan hukuman mati mandatori. Tertuduh membuat
rayuan dan pihak peguam berhujah bahawa ahli kimia telah mengambil sepuluh sampel
secara rawak untuk dianalisa. Beliau telah mengambil lebih kurang satu gram bahan
tumbuhan untuk ujian pertamanya dan dari satu gram ini beliau telah mengambil sepuluh
sampel secara rawak. Berat keseluruhan bahan tumbuhan yang digunakan bagi ujian
tersebut adalah tidak jelas. Peguam bagi pihak tertuduh mendakwa bahawa berar yang
digunakan sebagai sampel oleh ahli kimia bagi ujian tidak memadai jika dibandingkan
dengan kes Leong Bon Huat v Public Prosecutor.

Peguam tertuduh juga mendakwa

terdapat kekeliruan sama ada `canabis` di sini adalah `canabis` seperti yang dimaksudkan di
bawah s 2 atau seperti yang terkandung dalam Bahagian III Jadual Pertama Akta tersebut.
Ahli kimia didapati tidak dapat membuat keputusan mengenainya. Ketika penutupan kes
pendakwaan, hakim perbicaraan telah memutuskan bahawa ia berpuas hati, dan setelah

penilaian maksima dibuat terhadap kes pendakwaan, wujud suatu kes prima facie terhadap
tertuduh telah dibuktikan yang jika tidak disangkal akan membawa sabitan keatasnya.
Peguam tertuduh mendakwa hakim perbicaraan telah menggunakan piawai pembuktian
yang salah dan gagal membuat penilaian semula keterangan yang diberikan setelah
tertuduh memilih untuk berdiam diri. Mahkamah telah memutuskan untuk menolak rayuan
dan mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap tertuduh. Oleh itu, tertuduh telah didakwa
mengedar dadah di bawah s 39B(1)(c) di bawah Akta tersebut. Hakim perbicaraan tela
memutuskan terdapat bukti yang kukuh bahawa tertuduh yang telah berunding dengan SP4
dan SP5 bagi penjualan canabis dan tertuduh juga telah membawa beg berwarna kuning
yang mengandungi canabis semasa beliau ditahan. Tertuduh telah disabitkan kesalahan dan
dijatuhkan hukuman mati mandatori.

You might also like