You are on page 1of 41

Kerjaya Di Bidang Perubatan

Bidang perubatan adalah suatu kerjaya yang sangat luas dan


mempunyai

pelbagai

cabang

kerjaya.

Antaranya

ialah

doktor

perubatan, doktor pergigian, doktor haiwan, doktOr sakit puan dan


ahli farmasi.

1.

Doktor perubatan

Doktor Perubatan menentukan jenis penyakit dan merawat pesakit


dengan menggunakan perubatan sistem saintifik. Mereka memeriksa
pesakit dengan menggunakan stethoskop, alat pengukur tekanan
darah dan lain-lain alat perkakas perubatan bergantung kepada
tanda-tanda yang ditunjukkan oleh pesakit dan mengadakan ujian
klinikal x-ray dan ujian histo-pathologikal untuk menentukan jenis
penyakit dengan betul.
Mereka

menjalankan

rawatan

dan

pembedahan

kecil

dan

menasihatkan pesakit tentang cara-cara rawatan serta memberikan


dadah dan ubat bius jika perlu. Mereka menyimpan rekod pesakitpesakit yang dirawatnya, jenis penyakit dan rawatan yang diberikan
kepada pesakit.

Keterangan tugas
1

Memeriksa pesakit untuk menentukan keadaan penyakit

Menjalankan pemeriksaan perubatan dan membuat diagnosis

Menentukan ubat dan rawatan bagi penyakit, gangguan atau


kecederaan yang telah didiagnosis

Memberi rawatan perubatan atau pembedahan khas bagi jenisjenis penyakit, gangguan atau kecederaan yang tertentu

Memberi nasihat mengenai penyakit dan menggunakan kaedah


dan rawatan ubat pencegahan

Mengambil bahagian dalam pembangunan dan pelaksanaan


undang-undang dan peraturan kesihatan awam bagi melindungi
dan mempertingkatkan kesihatan umum

Mengajar penuntut perubatan dan penuntut sains kesihatan


yang lain, pakar perubatan dan profesional kesihatan yang lain

Menyediakan dokumen dan laporan saintifik

Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan

10

Menyelia pekerja lain.

Pekerjaan Yang Dikelaskan Dibidang Ini Diantaranya :

Doktor Perubatan

Pakar Bedah

Pakar Psikiatri

Ahli Farmasi

Doktor Haiwan

Doktor Pergigian

Pakar Neurologi

Ciri-Ciri Peribadi
1

Perihatin terhadap manusia tentang masalah mereka, keperluan


serta kesusahan mereka

Mempunyai sifat balas kasihan, berakal, bertenaga, sabar dan


tabah

Mempunyai pegangan kukuh akan prinsip-prinsip sains dan


penggunaan mereka dalam masalah perubatan

Mempunyai kemahiran pemerhatian dan analisis

Mempunyai emosi yang stabil dan berkebolehan untuk


membuat keputusan dalam waktu kecemasan

Sihat tubuh badan, kebolehan mental dan stamina fizikal

Boleh menghadapi perubahan mengejut dari rutin kepada krisis


dan sebaliknya

Berkemahiran berkomunikasi

Sentiasa ingin tahu tentang bagaimana ubat-ubatan boleh


memperbaiki hidup dan Kemahiran dalam kebolehan
pengurusan

Kelulusan
Ijazah dalam ilmu perubatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya

oleh

Kerajaan

serta

telah

berdaftar

dengan

Majlis

Perubatan Malaysia.

Prospek Kerjaya
1

Di sektor awam pekerjaan ini terdapat di hospital-hospital dan


klinik di seluruh negara.

Di sektor swasta pekerjaan ini terdapat di hospital-hospital


swasta dan klinik-klinik dan bagi mereka yang telah disahkan
oleh panel perubatan bolehlah membuka kliniknya sendiri.

Syarat-Syarat Kemasukan
SPM atau setaraf termasuk sekurang-kurang 5 kepujian dalam mata
pelajaran Bahasa Malaysia, Biology, Physics, Chemistry, Matematik
sekurang-kurangnya 2 Prinsipal B dalam Biology, Chemistry dan
Physics dalam STPM atau setaraf.

ii)

Doktor pergigian

Doktor Pergigian menggunakan pengetahuan sains perubatan untuk


mengesan, mencegah dan merawat penyakit-penyakit pergigian,
kecederaan dan kecacatan bentuk pada gigi, gusi dan struktur mulut
yang berkaitan serta memprekripsikan ubat dan melakukan tindakan
pencegahan.

Keterangan Tugas
1

Memeriksa gigi, gusi, rahang dan tisu mulut yang lain dengan
menggunakan peralatan pergigian dan x-ray

Membuat diagnosis, memberi nasihat mengenai pergigian dan


memberi rawatan pergigian yang diperlukan

Membersih, menampal lubang dan mencabut gigi yang rosak


atau cacat

Membuat inai dan korona buatan untuk menggantikan gigi

Merekabentuk, membuat dan memasang gigi palsu penuh dan


sebahagian, ortodontik dan alat pergigian lain serta
menjalankan kerja pemasangan titian gigi

Memberi rawatan pembedahan, perubatan dan rawatan lain


bagi penyakit dan gangguan pergigian atau mulut tertentu

Menganjurkan program umum bagi mengekalkan atau


mempertingkatkan piawaian kesihatan mulut dan penjagaan
kesihatan pergigian

Menyelia pekerja lain.

Pekerjaan Yang Dikelas Di Bidang Ini Di Antaranya

Doktor Pergigian

Pakar Pedodontik

Pakar Prostodontik

Pakar Periodontik

Pakar Ortodontik

Pembedahan Mulut

Ciri-Ciri Peribadi

Doktor pergigian memerlukan gabungan pengetahuan


perubatan, kemahiran klinikal, kekuatan manual dan minat
untuk bekerja dengan orang pelbagai usia dan latar belakang.

Sihat tubuh badan

Mempunyai ketangkasan manual dan visual

Pintar

Berkemahiran dalam menjalinkan hubungan perseorangan

Sikap yang menyenangkan dan mententeramkan

Minat dalam bidang fizik, kimia dan biologi

Suka bergaul dengan orang.

Kelulusan
Ijazah dalam ilmu pergigian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf

dengannya oleh Kerajaan serta diterima berdaftar dengan Majlis


Pergigian Malaysia

Prospek Kerjaya
1

Di sektor awam pekerjaan ini terdapat di hospital-hospital dan


pusat-pusat kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan dan kor
perubatan dan pergigian Angkatan Tentera dan universitiuniversiti.

Di sektor swasta pekerjaan ini terdapat di hospital-hospital dan


klinik-klinik swasta. Doktor Pergigian juga boleh membuka klinik
pergigian persendirian.

Syarat-syarat Kemasukan
SPM atau setaraf dengan 5 kepujian termasuk Bahasa Malaysia,
Biologi, Fizik, Kimia, Bahasa Inggeris. STPM atau setaraf dengan
sekurang-kurangnya Gred E dalam kertas am dan lulus penuh dalam
Biologi, Kimia dan Fizik dan lulus penuh dalam salah satu daripada
Ekonomi, Pengajian Perniaggan, Perakaunan, Matematik dan
Komputer.

iii)

Doktor haiwan

Doktor Haiwan terlatih dan berkelayakan secara perubatan. Mereka


akan membuat diagnosis dan mempreskripsikan rawatan perubatan
atau pembedahan bagi penyakit dan kecederaan haiwan. Mereka
memberi nasihat kepada tuan punya haiwan, menghapuskan haiwan
yang sakit atau tidak diperlukan, memberi imunisasi melawan virus

am dan penyakit bakteria serta menjalankan pemeriksaan bedah


siasat.

Keterangan Tugas
1

Menjalankan pemeriksaan dan membuat diagnosis terhadap


penyakit atau kecederaan haiwan

Melakukan rawatan pembedahan atau perubatan veterina

Memberikan perkhidmatan obstetrik kepada haiwan

Memeriksa ternakan tenusu dan ternakan lain serta


menginokulasi haiwan untuk mencegah penyakit

Memberi nasihat berkaitan kebersihan, makanan, pembiakan


dan penjagaan haiwan

Memeriksa kualiti, kebersihan dan keselamatan makanan yang


dibuat seluruhnya atau sebahagiannya daripada bahan mentah
berpunca daripada haiwan untuk dijadikan makanan manusia

Membantu dalam epidemiologi, radiology dan pengawasan lain


berkaitan kesihatan haiwan

Menjalankan bedah siasat untuk menentukan punca kematian

Menyediakan dokumen dan laporan saintifik

10

Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan

11

Menyelia pekerja lain.

Pekerjaan Yang Dikelas Di Bidang Ini Di Antaranya

Pakar Veterinar

Pakar Bedah, Veterinar

Pakar Veterinar, Kesihatan Awam

Ciri-Ciri Peribadi

Minat pada binatang tanpa perasaan sentimental, geli atau


takut

Perwatakan yang menenangkan dan bertanggungjawab

Kemahiran dalam perniagaan dan asas akaun

Kesihatan fizikal, kekuatan dan stamina

Bergantung pada diri sendiri dan bersedia bekerja pada bila-bila


masa

Tidak alah pada binatang atau burung

Kecenderungan dalam bidang sains

Kemahiran berkomunikasi dan berhubung dengan orang awam

Daya pemerhatian dan pertimbangan yang kuat

10

Mengambil-tahu tentang perkembangan dalam perubatan


kedoktoran haiwan masa kini

11

Mengambil tahu tentang perkembangan dalam perubatan


veterinar masa kini.

Kelulusan
Ijazah Doktor Perubatan Veterinar atau Ijazah dalam ilmu Perubatan

Veterinar atau dalam bidang Sains Veterinar yang diiktiraf setaraf


dengannya dan berdaftar di bawah Akta Doktor Veterinar 1974.

Prospek Kerjaya
1

Di sektor awam pemegang ijazah Doktor Perubatan Veterinar


boleh memasuki perkhidmatan veterinary yang terlibat dalam
kesihatan umum veterinary dan pengeluaran ternakan. Peluang
pekerjaan sebagai pegawai penyelidik terdapat di pertubuhanpertubuhan penyelidikan perubatan, universiti, MARDI dan
beberapa projek usahasama di bidang ternakan antara
perbadanan kemajuan negeri dengan pertubuhan-pertubuhan
swasta seperti Johor Tenggara, DARA Beef, Pahang Beef.

Di sektor swasta pula terdapat peluang pekerjaan sebagai


pegawai haiwan, pegawai analisa projek, pengurus, pegawai
penyelidik dan yang berkelayakan boleh menjalankan
perusahaan atau perniagaan veterinar sendiri.

Syarat-Syarat Kemasukan

SPM atau setaraf dan kepujian dalam Kimia, lulus STPM dengan
sekurang-kurangnnya Gred E dalam Biologi.

iv)

Ahli farmasi

Ahli Farmasi terlibat dalam pembancuhan dan pembekalan ubatubatan mengikut priskripsi doktor atau formula yang tertentu. Mereka
menggunakan konsep dan teori farmaseutikal dalam penyediaan serta

pendispensan ubat-ubatan dan dadah serta menjalankan penyelidikan


mengenai pengeluaran, penyimpanan, kawalan kualiti dan
pengedaran dadah dan bekalan yang berkaitan

Keterangan Tugas
1

Menyediakan atau mencegah penyediaan ubat-ubatan mengikut


preskripsi pengamal perubatan, pergigian dan veterinar atau
formula yang ditentukan

Menyemak preskripsi untuk menentukan dos yang dicadangkan


tidak melebihi hadnya dan arahan difahami oleh pesakit serta
memberi nasihat mengenai kemungkinan ketidaksesuaian dan
kontraindikasi dadah

Mendispens ubat-ubatan dan dadah di hospital atau menjualnya


di farmasi

Menyimpan fail preskripsi dan merekod keluaran narkotik, racun


dan dadah yang membentuk tabiat

Menasihati pesakit mengenai padanan generik dan kos terendah


bagi dadah

Mengadakan piawaian bagi dadah yang digunakan dalam


farmaseutikal

Menguji dadah untuk menentukan identity, ketulenan, kekuatan


dan keselamatannya

Menjalankan penyelidikan untuk membangunkan atau


mempertingkatkan produk farmaseutikal, kosmetik dan kimia
yang berkaitan

Menentukan pembungkusan yang paling sesuai bagi bahan


perubatan untuk mengelak daripada kerosakan serta
memudahkan penyimpanan dan pengedaran

10

Menjual dadah yang tidak dipreskripsi, bekalan bilik pesakit,


kelengkapan dandanan diri, kosmetik dan barangan komersial
yang lain

Pekerjaan Yang Dikelaskan Dibidang Ini Di antaranya:


1

Ahli Farmasi

Ahli Farmasi, Perindustrian

Ahli Farmasi, Runcit

Ahli Farmasi, Hospital

Ciri-Ciri Peribadi
1

Minat berkhidmat kepada orang ramai

Keupayaan bekerja dalam satu pasukan

Daya mengenalpasti maklumat

Darjah integriti yang tinggi

Peka dalam menjalankan tugas

Berdikari

Kemahiran dalam membuat keputusan

Standard etika yang tinggi

Kelulusan
Ijazah dalam bidang farmasi atau kelayakan dalam bidang berkaitan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan telah berdaftar
dengan Lembaga Farmasi Malaysia.

Prospek kerjaya
1

Di sektor awam ahli farmasi terdapat di jabatan-jabatan


kerajaan di bawah Kementerian Kesihatan seperti di hospitalhospital dan dispensari. Pekerjaan ini juga terdapat di institut
pengajian

tinggi

seperti

universiti-universiti

dan

hospital

pengajian.
2

Di sektor swasta pekerjaan ini terdapat di industri-industri


farmasi yang terlibat dalam pengeluaran dan pengedaran atau
penjualan ubat-ubatan di hospital swasta.

Syarat-Syarat Kemasukan
SPM atau setaraf dengan kepujian dalam Bahasa Malaysia dan STPM
atau setaraf sekurang-kurangnya Gred E dalam kertas am dan 2
subjek lain, atau Gred E dan Gred R dalam 2 subject lain (lulus dalam
Biologi dan Kimia pada peringkat STPM).

v)

Doktor sakit puan

Keterangan Tugas
1

Menentukan jenis penyakit dan merawat kesakitan pada


bahagian anggota kelamin perempuan.

Memeriksa badan dan menentukan jenis penyakit yang dihidapi.

Melakukan ujian rawatan kecil dengan pemeriksaan


histopathologikal.

Memberi rawatan penyakit atau melakukan pembedahan.

Kelulusan Yang Diperlukan


Ijazah doktor perubatan (MBBS) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan serta telah berdaftar dengan Majlis
Perubatan Malaysia.

Ciri-Ciri Peribadi
1

Prihatin terhadap manusia, tentang masalah mereka, keperluan


serta kesusahan mereka.

Mempunyai sifat belas kasihan, berakal, bertenaga, sabah dan


tabah

Mempunyai kemahiran pemerhatian dan analisis.

Mempunyai emosi yang stabil, dan berkebolehan untuk


membuat keputusan dalam waktu kecemasan.

Berkemahiran berkomunikasi.

Boleh menghadapi perubahan mengejut dari rutin kepada krisis


dan sebaliknya.

Prospek Kerjaya
1

Peluang pekerjaan dan prospek kerjaya adalah baik sama ada di


sektor awam ataupun swasta. Mereka boleh membuka klinik
sendiri setelah berkhidmat dengan kerajaan atau hospital
swasta.

Di sektor awam mereka boleh meningkat ke peringkat JUSA


(Jawatan Utama Sektor Awam). Mereka juga boleh menjadi
pakar perunding

Syarat-Syarat Kemasukan
SPM atau yang setaraf dan sekurang-kurangnya mendapat 5 kepujian
dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Biologi, Fizik, Kimia,
Matematik atau
Sekurang-kurangnya mendapat 2 prinsipal B dlm mata pelajaran
biologi, kimia fizik dalam STPM atau yang setaraf.

Kerjaya Di Bidang Kejuruteraan


Kejuruteraan adalah satu bidang professional yang popular dan
sedang berkembang pesat dalam pelbagai sektor di negara ini.
Permintaan

yang

amat

ketara

terhadap

profesion

ini.

Bidang

kejuruteraan mempunyai pengkhususan tertentu seperti kejuruteraan


awam, elektrik, elektronik dan sistem, kimia, proses, sumber asli,
mekanikal, bahan, komputer, kajiterbang, pembuatan, telekomunikasi
dan pertanian. Lulusan kejuruteraan perlu menjadi ahli Institute of
Engineers Malaysia (IEM) sebelum boleh mendaftar dengan Board of
Engineers Malaysia (BEM). Memerlukan tiga tahun pengalaman
pekerjaan yang diiktiraf didalam bidang-bidang berkaitan sebelum
layak ditemuduga bagi mendapatkan tauliah jurutera professional.
Calon perlu lulus peperiksaan SPM/SPMV, dan mendapat kepujian bagi
mata pelajaran matematik moden, matematik tambahan, fizik, kimia,
biologi, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Bagi peperiksaan Sijil

Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pula, para pelajar perlu lulus


matematik

tulen,

matematik

gunaan,

fizik,

kimia,

biologi

dan

pengajian am.
Terdapat beberapa cara yang membolehkan pelajar berjaya mendapat
ijazah pertama kejuruteraan sama ada universiti di dalam atau di luar
negara. Tempoh pengajian antara empat hingga enam tahun.

Jenis-jenis kerjaya dalam bidang kejuruteraan:


1

Kejuruteraan awam

Pembantu kejuruteraan awam

Juruteknik awam

Kejuruteraan mekanikal

Juruteknik mekanikal

Mekanik jentera am

Kejuruteraan elektrik

Juruteknik elektrik

Penjaga elektrik

10

Kejuruteraan kimia

11

Pembantu kejuruteraan kimia

12

Juruteknik kejuruteraan kimia

13

Kejuruteraan elektronik

14

Jurutera kawalan kualiti

Kejuruteraan awam
Jurutera awam merancang, mengurus, mereka bentuk, menyelia
pembinaan dan penyelenggaraan pelbagai perkhidmatan
umum, komersil, binaan serta kemudahan perusahaan.

Berkemahiran menyelesaikan masalah seperti pengetahuan


tentang kerja-kerja pembinaan. Melibatkan lawatan ke tapak
binaan menjalankan tinjauan, memperolehi contoh batu-batan
dan tanih untuk dianalisa bagi memastikan sesuatu projek
selamat serta mengambil kira penganggaran kos dan menolong
menentukan supaya projek tersebut selesai dalam jangkamasa
yang ditetapkan.

Keterangan Tugas
1

Menjalankan penyelidikan serta membangunkan teori dan


kaedah yang baru

Memberi nasihat dan mereka bentuk struktur seperti jambatan,


empangan, jalanraya, lapanganterbang, landasan keretapi,
saluran paip gas/air, sistem pembuangan sampah, bangunan
industri

Menentukan dan menetapkan kaedah, bahan dan kualiti


piawaian binaan serta mengarahkan kerja pembinaan

Mewujudkan sistem kawalan untuk memastikan kecekapan


fungsi struktur serta keselamatan dan perlindungan alam
sekitar

Mengurus penghantaran bahan binaan, loji, peralatan dan buruh


yang diperlukan bagi projek pembinaan

Mengenalpasti dan mentadbir kontrak serta mengesahkan kerja


disiapkan mengikut jasfikasi yang ditetapkan

Mewujudkan hubungan teknik dan perundingan dengan pakarpakar yang berkaitan

Menyelia pengujian dan pertauliahan kerja yang telah disiapkan.

Pekerjaan Yang Dikelas Di Bidang Ini Di Antaranya:


1

jurutera awam

jurutera awam pembinaan bangunan

jurutera awam lebuh raya dan jalan raya

jurutera awam geoteknik

jurutera awam pembinaan jambatan

jurutrra awam pengairan

jurutera awam hidraulik

jurutera awam kumbahan dan sanitari

Ciri-Ciri Peribadi
1

Mempunyai kebolehan akademik

Pendekatan yang berimaginasi dan boleh menyelesaikan


masalah

Kemampuan untuk berfikir dalam istilah matematik dan abstrak

Minat dalam keusahawanan

Ketepatan dalam kerja

Kecenderungan kepada bidang mekanik

Minat dalam proses-proses mekanik

Tidak mudah putus asa, berazam kuat dan mempunyai


dorongan

Kemahiran berkomunikasi dan menjalinkan hubungan


perseorangan yang baik

10

Kebolehan bekerja berpasukan

11

Minda yang kreatif dan analitik

12

Kemampuan dalam perincian.

Kelulusan
Ijazah dalam kejuruteraan awam

Prospek Kerjaya
1

Disektor awam mereka boleh meningkat ke gred tingkatan


tertinggi dan ke Jawatan Utama Sektor Awam.

Disektor swasta pula mereka boleh jadi Ketua Bahagian, Pakar


Perunding dan membuka Firma perundingan kejuruteraan.

Kejuruteraan kimia

Jurutera Kimia menjalankan penyelidikan dan penyeliaan operasi lojiloji kimia dan kelengkapan untuk perlarutan, penurasan, kesejatan,
kekontangan, penurunan, kepekatan, kombinasi, penghabluran dan
lain-lain operasi untuk membuat kimia berat atau kimia halus
mengikut spesifikasi. Mengkaji proses-proses yang sedia ada atau alat
kelengkapan yang digunakan, kecekapan dan tahap pengeluarannya.
Menjalankan kajian mengenai prinsip-prinsip kimia, fizik, dan kaji
dayagerak haba untuk mencipta proses-proses baru. Memperbaiki
rekabentuk alat kelengkapan bagi meningkatkan kecekapan
pengeluaran. Menyelia pemasangan alat kelengkapan untuk
pengeluaran berasaskan skel yang besar bagi tujuan komersial.
Mengkaji sifat-sifat kimia yang berbagai atau barang-barang kimia
seperti asid, rayon, pencelup-pencelup yang dicipta di makmal dan
mencipta proses-proses dan alat kelengkapan untuk membuatnya.
Menyelia dan meyelaras aktiviti-aktiviti pekerja yang menjalankan
mesin-mesin pencanai, penyembur, pencelup, reaktor dan lain-lain
alat kelengkapan untuk mempastikan bahan-bahan mentah
diperlukan dengan cekap melalui proses-proses kimia, mekanik dan
proses-proses lain.

Keterangan Tugas
1

Menjalankan penyelidikan dan memberi nasihat serta


membangunkan reka bentuk proses dan peralatan kimia secara
komersil untuk menapis minyak mentah, cecair atau gas yang
lain

Mengeluarkan bahan dan benda seperti bahan terbitan


petroleum, letupan, produk makanan, minuman, ubat atau
bahan sintetik;

Menentukan aspek yang berkaitan dengan pembinaan loji


perkilangan kimia

Menentukan kaedah, bahan dan piawaian kualiti pengeluaran


serta memastikannya selaras dengan spesifikasi

Menyediakan piawaian kawalan dan prosedur kawalan bagi


memastikan keselamatan, perlindungan alam sekitar dan
kecekapan dalam operasi dan proses pembuatan

Mengesan dan membaiki kerosakan

Mengatur dan memberi nasihat berhubung dengan


penyelenggaraan dan pembaikan peralatan yang sedia ada

Mengkaji dan memberi nasihat berkenaan aspek teknologi


bahan, produk serta proses-proses berkaitan

Mengekalkan hubungan teknik dan perundingan dengan pakar


lain yang berkaitan

10

Menyediakan laporan analisis dan lain-lain tugas yang berkaitan

Pekerjaan Yang Dikelas Di Bidang Ini Antaranya:


1

Jurutera Kimia Petroleum Dan Gas

Jentera Kimia Cat Dan Varnis

Jurutera Kimia Baja

Jurutera Kimia Produk Farmaseutikal

Jurutera Kimia Makanan

Ahli Teknologi Plastik

Ahli Teknologi Getah

Ciri-Ciri Peribadi
1

Kebolehan akademik

Berkecenderungan dan berminat dalam bidang sains dan


kaedah saintifik

Berfikir secara lojik, tepat dalam kerja dan membuat keputusan

Berminat membuat uji kaji di makmal

Pendekatan yang berimaginasi dan boleh menyelesaikan


masalah

Kemahiran berkomunikasi dan menjalinkan hubungan


perseorangan yang baik

Kebolehan bekerja berpasukan

Minda yang kreatif dan analitik

Kemampuan dalam perincian

Kelulusan
Ijazah Kejuruteraan Kimia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.

Prospek kerjaya
1

Disektor awam pekerjaan ini terdapat di Jabatan Kimia, Jabatan


Kerja Raya, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ,
Jabatan Alam Sekitar

Disektor swasta peluang pekerjaan dan prospek kerjaya untuk


jawatan ini adalah baik. Terdapat di syarikat minyak, kimia,
perlombongan, seramik, elektronik dan gentian.

Kerjaya Di Bidang Senibina

Senibina adalah satu bidang yang menyatukan bidang seni dan


bidang sains. Pekerja di bidang ini yang dikenali sebagai arkitek
bertanggungjawab di dalam mereka bentuk bangunan, susunan
kawasan Bandar dan luar Bandar, merancang kemudahan asas dan
menganggar kos projek.

Keterangan Tugas
1

Mengenalpasti

keperluan-keperluan

pelanggan

seperti

peruntukan projek, kegunaan bangunan dan bila bangunan


hendak digunakan
2

Menyedia pelan atur dan menentukan cirri-ciri senibina luar,


memilih bahan-bahan dan menyediakan pelan hiasan

Menyelaras rekabentuk struktur, mekanik dan elektrik

Menyedia pelan-pelan dan spesifikasi untuk kontraktor dan


memastikan
Berkuasa

bahawa

Tempatan

rekabentuk
(PBT)

serta

mematuhi

undang

mendapatkan

Pihak

kelulusan

rekabentuk dan pembinaan dari PBT


5

Memastikan

bangunan

yang

dibina

mengikut

spesifikasi,

kemajuan kerja mengikut jadual dan perbelanjaan projek tidak


melebihi peruntukan
6

Memastikan bangunan yang dibina mendapat kemudahan asas


seperti bekalan air, elektrik, telefon dan sebagainya

Pekerjaan Yang Dikelas Di Bidang Ini Di Antaranya:


1

arkitek perancang Bandar

arkitek landskap

arkitek jurukur bahan

arkitek kapal

arkitek marin

arkitek bangunan

Ciri-Ciri Peribadi
1

Kemampuan dalam analisa logik pengurusan dan pengaturan

Kefahaman dalam matematik, sains, fizik, sejarah dan kesenian

Kebolehan menyelesaikan masalah

Kreatif dan imaginative

Boleh menganalisa secara logic

Mempunyai daya pemerhatian yang tajam.

Kelulusan
Ijazah Sarjana Muda Senibina
Prospek kerjaya
1

Di sektor awam seperti di Jabatan Kerja Raya, Perbadanan


Pembangunan Bandar (UDA), Bandaraya, Perbadanan Kemajuan
Negeri dan Institusi-institusi Pengajian Tinggi.

Di sektor swasta kebanyakan peluang pekerjaan terdapat di


firma-firma arkitek

Syarat-Syarat Kemasukan
SPM atau setaraf sekurang-kurang 3 atau 5 kepujian dalam mata
pelajaran Bahasa Malaysia atau STPM sekurang-kurangnya gred E
dalam Kertas Am, Matematik, Fizik atau berkaitan.

Kerjaya Sebagai Juruterbang


Kerjaya sebagai juruterbang penuh cabaran serta berisiko. Ramai anak
muda menyimpan azam dan cita-cita untuk bergelar juruterbang. Kerjaya
ini menuntut seseorang itu berdepan dengan cabaran dan tidak gentar
memandu pesawat di awan biru. Memandu kapal terbang bukan seperti
memandu kereta atau kenderaan lain kerana cara pengendalian amat
berbeza.
Untuk memahirkan diri, seseorang itu perlu menjalani latihan khas di pusatpusat atau sekolah-sekolah latihan penerbangan sama ada di dalam atau
luar

negara.

Juruterbang

yang

berkemahiran

dan

terlatih

mampu

menerbangkan pesawat penumpang dan kargo tanpa mengira sama ada


perjalanan itu jauh atau dekat. Tugas para juru terbang bermula selewatlewatnya satu jam sebelum penerbangan. Mereka akan melaporkan diri dan
menerima taklimat serta maklumat tentang setiap penerbangan yang bakal
dilakukan.
Sebelum itu, juruterbang akan menyemak pelan penerbangan berdasarkan
keadaan cuaca, suhu, kelajuan angin dan berat pesawat semasa berlepas
serta keperluan bahan api di samping memeriksa kelengkapan dan
peralatan elektronik.

Semasa dalam penerbangan pula, juruterbang akan membuat pemeriksaan


rutin terhadap semua sistem yang beroperasi dan menerima serta
melaksanakan arahan daripada pengawal lalu lintas udara dari mula hingga
akhir penerbangan.
Keadaan yang paling mencabar ketika bertugas ialah semasa berlepas,
pendakian, penurunan dan pendaratan yang mana memerlukan penumpuan
penuh setiap juruterbang agar tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak
diingini.
Selepas mendapat lesen, juruterbang berpeluang memandu pelbagai jenis
pesawat seperti Fokker, Airbus, DC-10 dan Boeing. Kerjaya ini sekarang
terbuka luas berikutan perkembangan pesat industri penerbangan dalam
dan luar negara.
Terdapat banyak syarikat penerbangan samada di dalam mahupun luar
negara yang menyediakan peluang pekerjaan ini. Daripada segi pendapatan,
kerjaya ini menjanjikan gaji yang cukup lumayan serta ditambah dengan
pelbagai insentif lain selaras dengan tugasnya yang cukup mencabar dan
berisiko.

Ciri-ciri peribadi yang diperlukan


1

Mempunyai minat mendalam terhadap kerjaya

Mempunyai keyakinan diri dan komitmen yang tinggi serta berani

Boleh berkomunikasi dengan baik

Menguasai bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik

Menguasai mata pelajaran sains, matematik dan fizik

Berumur di antara 18 hingga 24 tahun

Mempunyai rekod kesihatan yang baik dari segi fizikal dan mental

Mempunyai pendengaran dan penglihatan yang baik (penglihatan 6/6


tanpa bantuan optik dan tidak buta warna)

Ketinggian minimum tidak kurang daripada 160 cm (5 kaki 4 inci)

10

Sanggup bekerja di luar stesen dalam tempoh masa singkat atau


lama

Syarat mengikuti latihan


Anda perlu lulus latihan penerbangan dari institut atau sekolah penerbangan
yang diiktiraf dalam dan luar negara.
Tempat mengikuti latihan
Di antara sekolah latihan penerbangan tempatan termasuklah MAS,
Malaysian Flying Academy dan Mofaz Air Flying Academy manakala di luar
negara seperti di Amerika Syarikat, Australian, Filipina dan United Kingdom.

Syarat mengikuti latihan


Pelajar berminat perlu lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat
kepujian bahasa Melayu dan sekurang-kurangnya C4 dalam matematik, fizik
dan bahasa Inggeris.
Kelayakan yang baik dalam mata pelajaran sains akan diberi keutamaan.
Pemegang ijazah yang tergolong dalam kumpulan umur di atas dan
memenuhi kelayakan yang diperlukan boleh memohon.

Syarat mengikuti latihan


1

Pelajar berminat perlu lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan


mendapat kepujian bahasa Melayu dan sekurang-kurangnya C4 dalam
matematik, fizik dan bahasa Inggeris.

Kelayakan yang baik dalam mata pelajaran sains akan diberi


keutamaan. Pemegang ijazah yang tergolong dalam kumpulan umur
di atas dan memenuhi kelayakan yang diperlukan boleh memohon.

Kerjaya di Bidang Sains Nuklear


Sains nuklear merupakan bahagian ilmu pengetahuan tentang kajian
untuk memanfaatkan sinaran yang terbit dan nukleus radioaktif dan
juga sinaran lain seperti sinar-x dan alun elektron. Sains dan teknologi
nuklear merupakan bidang baru mempunyai yang peranan penting
dalam industri. Bidang ini merangkumi pengetahuan yang luas dan
mempunyai percantuman dengan bidang-bidang kejuruteraan dan
sains gunaan.
Pendidikan sains nuklear memberi tumpuan aspek-aspek teknologi
dan gunaan di samping memperkukuhkan ilmu sains tulen. Ini
bertujuan melengkapkan pelajar dengan ilmu yang berkaitan dengan
penggunaan teknik-teknik nuklear dalam bidang-bidang perubatan,
industri, teknologi, alam sekitar dan sains asas.
Bagi membolehkan pelajar mempraktikkan ilmu yang dipelajari,
program latihan industri diatur untuk setiap pelajar semasa cuti
semester di sektor industri yang berkaitan, institusi penyelidikan dan

hospital.
Pembelajaran dan penyelidikan juga merangkumi cara pengesanan
dan perlindungan sinaran serta bidang perubatan nuklear seperti
terapi dan diagnosis.

Prospek kerjaya
1

lulusan

di

bidang

ini

tidak

menghadapi

masalah

untuk

mendapatkan pekerjaan kerana tenaga dan kepakaran mereka


diperlukan sama ada di sektor awam atau swasta. Di antara
jawatan yang boleh disandang termasuk jurutera kawalan mutu,
penyelidik, pegawai di bidang Ian sains pengawalan alam
sekitar,
Malaysia

perunding,
(MINT)

pegawai
serta

di

Institut

pegawai

di

Teknologi

Nuklear

syarikat-syarikat

perindustrian.

Mereka juga boleh berkhidmat di bidang industri rawatan sisa


radioakif, radiografi, perubatan serta institusi pengajian tinggi
yang masih memerlukan tenaga mahir di bidang yang berkaitan
teknologi sinaran.

Ciri-ciri peribadi yang diperlukan


1

Meminati profesion ini

Mempunyai pengetahuan di bidang sains dan matematik

Suka kepada kerja-kerja penyelidikan

Sanggup bertugas di makmal

Dapat bekerja secara berkumpulan

Syarat untuk menceburi bidang ini


Pelajar yang berminat menceburi bidang ini sebagai kerjaya pilihan
perlu lulus Ijazah Sarjana Muda Sains (sains nuklear) dan UKM atau
dan universiti-universiti luar negara yang diiktiraf kerajaan.

Syarat melanjutkan pengajian


Terdapat beberapa cara untuk melanjutkan pengajian di bidang ini.
Antaranya ialah:
1 lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) aliran sains dengan
mendapat

kepujian

bahasa

Melayu

serta

mata

pelajaran

matematik dan sains yang lain. Pelajar akan ditawarkan


mengikuti program matrikulasi sains selama satu setengah
tahun sebelum ditawarkan mengikuti program sains nuklear di
Fakulti Sains Fizik dan Gunaan, UKM.
2

lulus peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)


dengan mendapat pninsipal mata pelajaran pengajian am serta
lulus prinsipal sekurang-kurangnya dua mata pelajanan sains.
Pelajar juga perlu lulus kepujian bahasa Melayu di peringkat SPM

3 Calon-calon yang mempunyai diploma/sijil dalam bidang sains dan


institusi-institusi pengajian yang diiktiraf juga boleh memohon
melanjutkan pengajian di bidang ini di UKM.
4 Calon-calon yang mempunyai pengalaman bekerja di bidang yang
berkaitan juga boleh memohon mengikuti bidang ini di UKM.

BIOTEKNOLOGI
Bioteknologi adalah bidang berkaitan dengan kegunaan mikrob, sel haiwan
atau

tumbuh-tumbuhan

atau

enzim

untuk

memecah

atau

mentransformasikan bahan. Hal ini memerlukan integrasi biokimia, biologi,


mikrobiologi, kejuruteraan kimia dan kejuruteraan proses.
Bioteknologi dianggap sebagai julat teknologi serba boleh yang dapat
diterapkan dalam pelbagai sektor industri. Antara disiplin semula jadi dalam
alah genetik, biokimia, kimia, sains pemakanan, kejuruteraan teknologi
makanan, kejuruteraan makanan, kejuruteraan kimia, kejuruteraan biokimia,
elektronik dan mikrobiologi.

Syarat Melanjutkan Pengajian


Cara

pertama:

matrikulasi/asasi

sains

ditawarkan

oleh

Kementerian

Pendidikan. Syarat yang diperlukan ialah perlu mendapat kepujian dalam


empat mata pelajaran termasuk sekurang-kurangnya matapelajaran sains.
Cara

kedua:

rancangan

Persediaan

Khas

(Jepun)

tajaan

Jabatan

Perkhidmatan Awam (JPA) ini dijalankan di Universiti Malaya dan mengambil


masa setahun. Syaratnya ialah anda perlu lulus serta mendapat tidak
kurang

empat

kepujian

dalam

mata

pelajaran

sains/teknik.

Selepas

menamatkan program ini, anda akan melanjutkan pengajian di beberapa


universiti terkemuka di Jepun di bidang bioteknologi selama empat tahun.
Cara ketiga: Universiti-universiti tempatan juga mengambil calon daripada
lepasan STPM aliran sains/setaraf. Calon yang ditawarkan akan terus ke
peringkat sarjana muda.

Cara keempat: bagi calon yang berkelulusan diploma di bidang berkaitan


juga boleh melanjutkan pengajian di peringkat sarjana muda di universiti
tempatan. Diploma yang dimaksudkan ialah Diploma Sains, Diploma
Mikrobiologi dan Diploma Teknologi Makanan.

Prospek kerjaya
1

Terdapat banyak peluang kerjaya dalam bidang bioteknologi


iaitu dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), pendidikan
di universiti dan pengurusan kerajaan.

sektor swasta pula, peluang kerjaya terbuka luas di syarikatsyarikat tempatan dan multi nasional, pertubuhan
antarabangsa, pengurusan hartanah intelektual dan
menubuhkan syarikat sendiri.

22 Mac 2011

Berita Sains
INGIN tahu perkembangan terkini dunia sains yang boleh
membantu meningkatkan kualiti kehidupan anda? Ikuti Berita
Sains yang Kosmo! bawakan pada minggu ini.
Bahaya plastik disahkan

MENGUNCI kereta menggunakan telefon adalah teori yang sudah lama disebut-sebut.MANUSIA perlu
mengehadkan pergantungan kepada sumber plastik untuk kepentingan jangka masa panjang.

BAHAN kimia yang terkandung dalam bekas plastik dikaitkan dengan


penyakit jantung, demikian saintis melaporkan baru-baru ini. Ia sekali
gus mengesahkan penemuan terdahulu dan meningkatkan tekanan
kempen agar bekas plastik diharamkan daripada digunakan sebagai
botol dan bungkusan makanan.
Pengkaji-pengkaji dari Amerika Syarikat (AS) dan Britain telah
mengkaji kesan kimia bisphenol A berasaskan satu tinjauan nutrisi
kebangsaan pada tahun 2006. Mereka mendapati bahawa paras
bisphenol A yang tinggi pada sampel-sampel urin dikaitkan dengan
penyakit jantung.
Bisphenol A dikenali sebagai BPA digunakan secara meluas pada
plastik dan perhatian saintis di banyak negara seperti Britain, Kanada
dan AS semakin meningkat berhubung isu ini.
David Melzer, profesor epidemiologi dan kesihatan awam di Peninsula
Medical School di Exeter, Britain yang mengetuai kajian tersebut
berkata, ia mengesahkan penemuan terdahulu tentang hubungan
antara BPA dan masalah jantung.
Analisis itu juga mengesahkan bahawa BPA memainkan peranan
dalam penyakit diabetes dan beberapa bentuk penyakit hati, kata
kumpulan Melzer. Mereka mengkaji data melibatkan 1,493 orang yang
berusia 18 hingga 74 tahun.
"Analisis terbaru kami sangat mengesahkan analisis pertama,"
katanya dalam satu kenyataan.
BPA yang digunakan untuk mengeraskan botol plastik berasal
daripada

satu

kelas

pengganggu endokrin.

kompaun

yang

kadangkala

dinamakan

Jun lalu, Persatuan Endokrin AS menggesa agar kajian yang lebih


terperinci dilakukan tentang BPA. Mereka membentangkan kajian
yang menunjukkan bahan kimia itu boleh memberi kesan kepada
jantung wanita dan merosakkan DNA tikus secara tetap.
"Risiko yang mengaitkannya dengan pendedahan BPA mungkin kecil,
tetap ia relevan bagi sejumlah besar manusia. Informasi ini amat
penting," kata Tamara Galloway yang terlibat dalam kajian itu.
Hasil penyelidikan itu disiarkan dalam jurnal sains dalam talian Public
Library of Science, PLoS One.

BICARA AGAMA
ARKIB : 01/03/2011

Ahli sains Islam tersohor


Abd. Ar-Rahman Al-Sufi, salah seorang ahli sains Islam tersohor. AlSufi adalah ahli astronomi Parsi (kini Iran) yang juga dikenali sebagai
Abd. Al-Rahman Abu Al-Hussain atau lebih dikenali di barat sebagai
Azophi.
Beliau lahir pada 7 Disember 903 dan meninggal dunia pada 25 Mei
986. Tinggal di kawasan Emir adud ad-Daula di Isfahan, beliau
melakukan tugas menterjemah dan mengembangkan kerja-kerja ahli
astronomi Greek, terutama Ptolemy.

Sebagai seorang ahli astronomi terkenal pada zaman pertengahan, alSufi melakukan beberapa sumbangan dengan membetulkan senarai
bintang Ptolemy dan melakukan anggaran magnitud dan kejelasan
yang menyimpang daripada kerja Ptolemy.
Beliau mengenal pasti Awan Besar Magellanic yang kelihatan di
Yaman dan bukan di Isfahan yang tidak dapat dilihat atau ditemui oleh
bangsa Eropah sehingga pengembaraan Ferdinand Magellan pada
abad ke-16.
Al-Sufi merupakan penterjemah utama ke Bahasa Arab mengenai
Astronomi

Hellenistic

yang

berpusat

di

Iskandariah.

Beliau

memerhatikan dan dapat mengira tempoh panjang tahun tropika dan


menerangkan mengenai bintang, posisi, magnitud dan warna, dan
menghasilkan keputusan mengenai buruj demi buruj.
Bagi setiap buruj, beliau menghasilkan dua lukisan, satu daripada
luaran cakerawala dan satu lagi dari sebelah dalam yang dilihat dari
Bumi.
Al-Sufi juga menulis mengenai astrolab dan mencari beberapa
kegunaan mengenainya. Beliau menerbitkan bukunya yang terkenal
Book of Fixed Stars pada 964 Masihi, memaparkan mengenai
kerjayanya dalam bentuk teks dan gambar.
Dalam

keterangan

dan

gambar

mengenai

Andromeda,

beliau

memasukkan A Little Cloud yang sebenarnya adalah Andromeda


Galaxy M31. Beliau menggambarkannya berada dalam mulut ikan
yang besar, yang merupakan buruh Arab dan 'awan' berkenaan telah
dikenali oleh ahli astronomi di Isfahan sebelum 905 Masihi.
Dalam

bukunya,

beliau

juga

menerangkan

mengenai

gugusan

Omicron Velorun IC 2391 sebagai 'bintang nebulous ' di Vulpecula,

satu gugusan atau asteris yang kini dikenali sebagai Al-Sufi atau
Gugusan Brocchi atau Collinder 399.
Beliau juga menggambarkan Awan Magellan sebagai Al-Bakr, lembu
jantan putih di selatan Arab yang mana ia tidak kelihatan dari utara
Arab kerana latitudnya.
Al-Sufi menyediakan carta langit daripada pemerhatiannya dan
mengubah mengubah magnitudnya dengan cermat.
Bukunya Kitab al-Kawatib al-Thabit al-Musawwar merupakan hasil
karya yang unggul dalam astronomi stellar.
Bukunya boleh didapati dalam Bahasa Arab dan diterjemah ke dalam
Bahasa Perancis oleh Schjellerup dan ia dikatakan penting sehingga
kini bagi kajian pergerakan dan kepelbagaian. Kerja-kerja Al-Sufi tidak
diketahui di Eropah.
Pada masa penciptaan teleskop, Andromeda Nebula telah ditemui
oleh Simon Marius pada 1612 menggunakan teleskop. Al-Sufi juga
menjelaskan mengenai warna Sims (satu bintang) tidak berubah yang
kemudian disahkan melalui pemerhatian.
Seneca melaporkan melihat Sirms berwarna merah di Rom, Ptolemy
pula melihat warna kemerahan di Iskandariah dan Schmidt pada 1841
nampak

warna

putih

selepas

warna

kuning

beberapa

hari

sebelumnya.
Warna yang berlainan dianggap hasil daripada perubahan cuaca dari
satu tempat ke tempat lain.
Oleh sebab sumbangannya yang besar dalam bidang astronomi,
sebuah kawah di bulan dinamakan Kawah Azophi yang mempunyai

diameter 47.0 kilometer dalam sembilan bahagian peta bulan dan


terletak 22.1 Selatan 12.7 timur.
Bear dan Madler dalam tugasannya terkenal Der Mond pada 1837
menyebut kawasan permukaan bulan sempena nama al-Sufi (Azophi).

You might also like