Professional Documents
Culture Documents
Nota - Konsep Pragmatik
Nota - Konsep Pragmatik
PENGGAL
3
Pragmatik:
KONSEP PRAGMATIK
1. KONSEP PRAGMATIK
1.1
Definisi Pragmatik
Pragmatik ialah satu daripada cabang ilmu linguistik yang mengkaji
makna sesuatu ujaran.
Pragmatik mengkaji hal-hal yang meliputi struktur bahasa
sebagai alat perhubungan sama ada antara penutur dengan
pendengar atau penulis dengan pembaca.
Pragmatik mengkaji penggunaan bahasa dalam konteks budaya
sesuatu masyarakat, ataupun penggunaan bahasa dalam hubungan
yang sebenar.1 (Raminah Haji Sabran et al, 2013:79).
Secara umumnya, pragmatik ialah bidang ilmu linguistik yang
menjalankan kajian tentang makna ungkapan yang ingin disampaikan
oleh ahli sesuatu masyarakat dalam aktiviti perhubungan mereka.
Raminah Haji Sabran et al. 2013. Bahasa Melayu Topikal Penggal 3 STPM. Rawang: Persatuan Pendidikan
Bahasa Melayu Malaysia, hlm. 79