You are on page 1of 1

PPK Kangkong yakin dapat beli, proses

11,000 tan padi


PASIR MAS 23 Ogos - Kilang Padi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kangkong, di sini yakin dapat
membeli dan memproses 11,000 tan metrik padi bernilai RM6.1 juta sepanjang tahun ini.
Pengerusi PPK Kangkong, Mohd. Yaman Muhamad berkata, dalam tempoh enam bulan pertama
tahun ini kilang tersebut telah membeli sebanyak 7,100 tan metrik padi bernilai RM3.9 juta.
Menurutnya, kilang itu memperoleh padi daripada projek- projek tanaman padi berkelompok ahliahli serta Pertubuhan Peladang Pembekal padi di seluruh negeri,'' katanya.
``Kira-kira 3,000 peladang telah mendapat faedah secara langsung daripada projek kilang padi PPK
Kangkong setiap tahun,'' katanya ketika berucap pada majlis perasmian kilang itu, di sini semalam.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra. Hadir sama Raja
Perempuan, Tengku Anis Abdul Hamid dan Timbalan Menteri Pertanian, Datuk Seri Shariff Omar.
Mohd. Yaman berkata, sejajar dengan matlamat meningkatkan keupayaan pembelian padi, kerjakerja pembesaran setor penyimpanan padi kering, penambahan peralatan pengering padi akan
dilaksnakan sedikit masa lagi dengan melibatkan kos tambahan sebanyak RM400,000.
``Keupayaan pembelian padi bukan disebabkan oleh kemudahan kilang tetapi perlaksanaan Sistem
Aplikasi Berkomputer yang diamalkan dan petani juga dibayar terus selepas menjual padi mereka,''
katanya.
PPK Kangkong juga menjalankan beberapa aktiviti ekonomi untuk faedah ahli-ahli peladang iaitu
pembekalan input pertanian, pembekalan barang-barang pengguna melalui kedai peladang,
khidmat pengangkutan dan khidmat pengedaran Skim Baja Subsidi Padi Kerajaan Persekutuan.
Ia termasuk membeli, mengilang padi dan memasarkan beras dan pengawetan tembakau.
Kos pembinaan kilang itu sebanyak RM4.6 juta dengan RM3.4 juta daripada geran khas Lembaga
Pertubuhan Peladang dan RM1.2 juta lagi dibiayai oleh PPK Kangkong sendiri.
Kilang padi ini mampu mengisar enam tan metrik padi sejam dengan keupayaan pengeluaran
beras bergred sebanyak lima tan metrik sejam atau 1,000 kampit beras seberat 50 kilogram
sehari.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?


y=2001&dt=0824&pub=Utusan_Malaysia&sec=Korporat&pg=ko_07.htm#ixzz3VqvAj3he
Utusan Melayu (M) Bhd

You might also like