You are on page 1of 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM JOHOR BAHRU


CATATAN NOTA INTERAKSI GERKO

KOKURIKULUM

OLAHRAGA

TARIKH

7-3-2015 (SABTU)

MASA

8.00-10.00 PAGI

TEMPAT

DEWAN SRI TEMENGGONG IPGKTI

PENSYARAH

EN. TAMILARASU A/L SUBRAMANIAM

TAJUK / KEMAHIRAN

KURSUS KEJURULATIHAN DAN


KEPEGAWAIAN KOM

Kursus Kejurulatihan dan Kepegawaian


Kursus bermula pada 8.00 pagi. Penceramah yang memberi info ialah
Encik Ho Kee Wee dari SK Tengku Mahmood Iskandar 1, Pontain Johor. Encik
Ho menjelaskan peraturan olahraga bagi acara balapan dan juga peranan bagi
pegawai-pegawai olahraga.
Antara peranan pegawai yang dibincangkan ialah pengarah pertandingan,
pengurus kejohanan, pengurus teknikal, referi-referi, hakim-hakim, pengadilpengadil, penjaga masa dan hakim penamat foto, pelepas, penolong pelepas,
pencatat pusingan, setiausaha pertandingan, pengawas, juruhebah, juruukur
rasmi , penjaga alat penyukat angin dan hakim-hakim bilik panggilan. Dengan
adanya penjelasan daripada Encik Ho, kami memahami peranan setiap pegawai
olahraga dan mengetahui tugas pegawai masing-masing.
Untuk peraturan acara balapan, peraturan-peraturan seperti ukuran
balapan, blok mula, permulaan, perlumbaan, penamat, catatan masa dan foto
penamat, kedudukan seri, lari berpagar, lari berhalangan dan lari berganti-ganti

diterangkan oleh Encik Ho. Kandungan yang disampaikan ialah ukuran standard
balapan larian hendaklah 400 meter. Garisan putih untuk balapan ialah 5sm.
Lebar lorong ialah 1.22 meter. Pengukuran dibuat dengan menggunakan pita
atau tolok pengukur keluli tentukur yang disahkan.
Blok mula perlu digunakan dalam semua permulaan sehingga dan
termasuk 400m. Pemasangan blok mula mempunyai syarat tertentu iaitu kukuh,
dipasang guna pin dan pepaku dan lain-lain. Arahan bagi acara sehingga dan
termasuk 400m dan arahan yang bermula dari acara 800m adalah berbeza. Cara
pengiraan rasmi mempunyai cara tertentu iaitu direkodkan dalam kiraan 0.1 saat
yang lebih tinggi.
Kesimpulannya, kami telah diberi pendedahan tentang peraturan acara
balapan dan tugas peranan pegawai olahraga dalam kursus ini.

You might also like