You are on page 1of 35

1.

0 PENDAHULUAN

Saya ialah seorang guru pelatih di sebuah Institut Pendidikan Guru di Kuala Lumpur yang
telah menjalani latihan praktikum dua kali pada tahun 2011. Saya menjalani kedua-dua
praktikum ini di sebuah sekolah rendah di Kajang. Sepanjang saya menjalani latihan
praktikum, saya telah melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran di mana saya
menerangkan pengetahuan Sains kepada murid-murid. Apabila saya lihat kembali sesi
pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan, saya mendapati saya menghadapi kesukaran
untuk menyampaikan pengajaran saya dengan berkesan. Bagi saya, penyampaian pengajaran
yang berkesan ialah kemampuan saya memberikan penerangan kepada murid dengan jelas
dan mudah difahami semasa melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran.
Biasanya, saya memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran setelah saya memastikan murid
bersedia untuk belajar dengan keadaan duduk yang tegak dan meja dirapatkan serta tiada
buku di atas meja masing-masing. Apabila saya mengajar, saya mendapati murid sering kali
saling bertanya antara satu sama lain terhadap perkara yang saya perkatakan.
Selain itu, saya juga perhatikan murid memahami perkara yang saya sampaikan dan
menjawab Ya tetapi apabila saya bertanyakan Adakah kamu faham?, mereka tidak dapat
menjawab soalan yang dikemukakan. Saya andaikan melihat murid memahami perkara yang
saya sampaikan kepada mereka tetapi murid sebenarnya tidak memberikan tumpuan mereka
kepada pengajaran.
Saya juga sukar membuat murid memberi maklum balas kepada soalan pengajaran saya.
Biasanya saya memberikan arahan kepada murid untuk mengangkat tangan dan berdiri
sekiranya ingin menjawab soalan. Ketika soalan diajukan, terdapat murid yang memberikan
jawapan sambil duduk serta tidak gemar mengangkat tangan. Situasi ini menunjukkan murid
tidak menghormati saya sebagai guru. Pada hemat saya, nilai menghormati antara satu sama
1

lain adalah amat penting. Keadaan ini berkemungkinan berlaku kerana arahan yang saya
berikan mungkin tidak menggunakan intonasi suara yang tegas.
Sewaktu melakukan aktiviti berkumpulan, saya mendapati murid-murid berebut untuk
menjadi ketua kumpulan bagi kumpulan masing-masing. Mereka kurang mengamalkan nilai
bekerjasama serta saling menghormati antara satu sama lain. Sebagai seorang guru, saya amat
menekankan nilai kerjasama dalam kalangan murid. Murid-murid pula kerap bertanyakan
kepada saya perkara yang perlu dilakukan ketika melaksanakan aktiviti berkumpulan biarpun
saya telah menerangkan satu persatu perkara yang perlu dilakukan. Kesannya, proses
pengajaran dan pembelajaran saya menjadi terganggu. Mungkin saya tidak menggunakan
bahan bantu mengajar ini sebaik mungkin ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Saya
mendapati murid hanya menggunakan bahan bantu mengajar ketika melakukan aktiviti dalam
kumpulan.
Berdasarkan reflesksi pengalaman pengajaran dan pembelajaran saya yang lalu, saya
merasakan adalah wajar bagi saya untuk meningkatkan cara penyampaian pengajaran Sains
dengan berkesan.

2.O FOKUS KAJIAN/ISU KEPRIHATINAN


Fokus kajian saya ialah meningkatkan cara saya memberikan penerangan di dalam bilik
darjah supaya proses pengajaran dan pembelajaran berkesan mengenai tajuk elektrik dengan
menggunakan kit sains.
Semasa menjalani latihan praktikum, saya telah meminta guru pembimbing untuk melakukan
cerapan terhadap pengajaran dan pembelajaran saya. Beliau duduk di belakang bilik darjah
bagi memudahkan pemantauan. Berdasarkan catatan refleksi guru pembimbing, saya
mendapati saya perlu membaiki cara saya memberikan penerangan dalam menerangkan
konsep elektrik kepada murid. Guru pembimbing mengatakan penerangan yang saya berikan
tidak jelas. Menurut guru pembimbing,
Suara guru jelas tetapi kelihatan tidak yakin untuk
menerangkan tajuk ini. Guru perlu menerangkan satu persatu
supaya murid lebih faham.
Hal ini menunjukkan saya perlu meningkatkan kefahaman saya terhadap penguasaan tajuk
elektrik sebelum saya menyampaikan pengajaran. Penguasaan tajuk yang baik akan
membantu saya memberikan penerangan satu persatu kepada murid. Hasil cerapan turut
menunjukkan saya sering kemukakan soalan yang agak panjang kepada murid. Amalan ini
jelas dapat dilihat apabila murid meminta saya mengulangi soalan tersebut sebanyak dua
hingga tiga kali. Keseluruhannya, berdasarkan cerapan tersebut, saya masih boleh
mempertingkatkan kemahiran saya.
Seterusnya, saya telah melaksanakan kaji selidik ketika pengajaran berpasangan
dilaksanakan. Soalan dan hasil kaji selidik adalah seperti di dalam Jadual 1.

Jadual 1 : Hasil Soal Selidik Awal


Soalan
Guru menyatakan tajuk yang akan diajar.
Guru memberikan penerangan yang mudah
difahami.
Guru memberikan penerangan yang jelas.
Guru memberikan penerangan secara teratur.
Pengajaran
guru
menarik
minat
dan
menyeronokkan.
Soalan guru mudah untuk difahami.
Arahan guru jelas dan mudah difahami.

Ya
/

Tidak
/
/
/
/
/
/

Berdasarkan Jadual 1, rakan saya bersetuju bahawa penerangan, soalan dan arahan saya
adalah kurang berkesan ketika melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Menurut rakan,
penerangan saya terlalu panjang. Manakala ketika memberi arahan pula, saya tidak
menggunakan nada yang tegas. Ketika membuat pengulangan arahan, saya tidak mengikut
susunan seperti arahan pertama. Maka, kesannya, murid berasa keliru apabila ingin
memastikan arahan yang diterima pada kali pertama adalah betul atau tidak. Berdasarkan
dapatan data ini, dapat diringkaskan bahawa penerangan saya ketika melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran adalah kurang memuaskan dan perlu ditingkatkan.
Dalam usaha untuk menjadi seorang guru berdedikasi dan beriltizam, kelemahan ini perlu
saya perbaiki. Saya perlu pertingkatkan cara saya berikan penerangan semasa mengajar
konsep elektrik. Meningkatkan kemahiran memberikan penerangan perlukan saya
meningkatkan kemahiran berkomunikasi. Menurut Mansor, Ramli dan Shawaluddin (1984)
dalam kajian Shafrin, Fadzilah dan Rahimi (2009), komunikasi ialah merupakan satu proses
sesuatu idea, nilai, sikap dan sebagainya disalur dan dipindahkan serta dikongsikan oleh
seseorang individu dengan orang lain. Guru merupakan agen yang memainkan peranan dalam
menyampaikan ilmu serta menerapkan nilai murni kepada murid. Bagi seorang guru yang
ingin menyampaikan ilmu kepada muridnya melalui penerangan, beliau mestilah menguasai
kemahiran komuniasi lisan dan komunikasi bukan lisan.
4

Sekiranya penerangan yang disampaikan berlangsung dengan baik, prestasi pengajaran guru
pasti meningkat. Jika saya dapat meningkatkan cara memberikan penerangan dalam tajuk
elektrik, murid pasti dapat memahami konsep Sains seperti konsep elektrik. Apabila murid
dapat menguasai konsep tersebut,murid dapat melakukan aktiviti yang diberikan dengan
betul. Minat murid terhadap pembelajaran akan meningkat. Prestasi pembelajaran murid
semakin baik hasil daripada pengajaran guru yang berkesan.
Penilaian terhadap beberapa kriteria yang ditetapkan perlu saya pertimbangkan dalam usaha
saya untuk meningkatkan cara saya memberikan penerangan dalam konsep elektrik. Kriteria
kebolehtadbiran dipatuhi dalam kajian saya apabila saya boleh melaksanakan kajian ini di
sekolah. Sebagai seorang guru, memberikan penerangan kepada murid merupakan antara
tugas saya untuk mengajar dan mendidik murid. Dari segi pemerolehan data, saya boleh
melakukan pemerhatian dan pemantauan ke atas murid semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran berlangsung. Melakukan kutipan data melalui temubual guru Sains juga
berlangsung kerana kerelevenan dengan topik yang diajar oleh guru tersebut.
Fokus kajian yang dilaksanakan ini memberi kepentingan kepada banyak pihak dalam
institusi sekolah. Kajian ini memberikan peluang kepada saya khasnya untuk meningkatkan
cara saya memberikan penerangan kepada murid mengenai satu konsep Sains yang menarik.
Namun, konsep ini agak sukar untuk dikuasai tanpa penerangan yang jelas, ringkas dan
mudah difahami diberikan. Kepentingan kajian ini dapat meningkatkan kemahiran saya
dalam memberikan penerangan mengenai konsep elektrik. Selain itu, murid dapat
mempelajari tajuk ini dalam suasana yang lebih menyeronokkan dan seterusnya dapat
meningkatkan motivasi mereka untuk mempelajari Sains. Fokus kajian ini juga dapat
mengubah persepsi sesetengah murid yang beranggapan bahawa subjek Sains adalah satu
subjek yang susah dan tidak ada manfaat untuk dipelajari. Selaras dengan kajian yang
dilakukan oleh Ismail dan Suhaidy (2011), iaitu guru perlu meningkatkan mutu dan kaedah
5

pengajarannya agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat menarik minat pelajar
terhadap pembelajaran Sains dan Matematik yang selama ini dianggap sukar. Guru-guru
Sains terutamanya dapat peroleh kebaikan apabila mereka dapat mengaplikasikan hasil kajian
ini dalam pengajaran mereka. Kajian ini juga dapat dimanfaatkan oleh guru Kemahiran
Hidup dalam sesi pengajaran dan pembelajaran mengenai litar elektrik. Dapat dilihat dengan
jelas fokus kajian ini memberikan banyak kesan positif kepada banyak pihak.
Selain itu, kajian ini juga menepati kriteria kebolehgunaan kerana saya dapat menggunakan
hasil kajian ini dalam semua hasil pembelajaran bagi bab elektrik dalam kurikulum Sains
Tahun 3 . Hasil pembelajaran tersebut termasuklah That some materials conduct electricity
dan juga That a switch is used to complete or break a circuit. Hasil pembelajaran akan
tercapai jika saya dapat meningkatkan cara saya memberikan penerangan yang berkesan
kepada murid manakala prestasi murid akan meningkat jika mereka memahami apa yang
disampaikan oleh saya.
Fokus kajian ini berada dalam kawalan saya. Hal ini bermaksud segala aspek yang terlibat
termasuk subjek yang diajar, penglibatan murid, pemantauan dan pemerhatian, kutipan data
dan analisis data dapat saya lakukan. Saya telah menetapkan untuk melakukan pengajaran
subjek Sains dan juga kaedah kutipan data. Dari segi penglibatan murid, saya boleh
mengawal aspek ini dari segi disiplin murid dan keberkesanan kajian. Kawalan terhadap
perancangan kajian ini akan saya lakukan dari segi pemantauan dan pemerhatian.
Bagi melaksanakan kajian ini, saya telah meminta pendapat daripada pensyarah pembimbing
dan guru pembimbing. Mereka telah memberikan sokongan kepada saya untuk meneruskan
kajian ini. Saya telah meminta kebenaran daripada pihak sekolah agar membolehkan saya
melakukan kajian terhadap murid serta guru secara am terhadap cara saya meningkatkan
penerangan saya mengenai bab elektrik. Rakan sejawat saya turut membantu dalam

memberikan pandangan dan juga menolong dalam pengutipan data. Kajian ini boleh diguna
pakai oleh banyak pihak di sekolah yang terlibat agar dapat memperbaiki atau menambah
baik pengajaran dan pembelajaran guru di sekolah. Sememangnya kajian ini dapat membina
satu hubungan baik antara saya sebagai pengkaji dengan ramai individu yang melibatkan
sistem pendidikan murid-murid.
Saya melihat fokus kajian ini adalah releven kepada pihak sekolah. Kajian ini dilakukan
setelah meneliti dan melihat kepentingannya dari aspek akademik. Secara khususnya, hasil
dapatan kajian ini adalah untuk membantu murid dalam memahami pengajaran yang diajar
oleh guru. Peningkatan prestasi kurikulum akan dapat dicapai apabila murid bermotivasi dan
seronok dengan pembelajaran mereka. Kecemerlangan akademik ini akan memberikan
manfaat kepada pihak sekolah dalam peratus pencapaian prestasi.
Kesimpulannya, setelah meneliti beberapa kriteria yang telah ditetapkan, saya mendapati
bahawa adalah penting bagi saya untuk melakukan kajian ini bagi mempertingkatkan cara
saya memberi penerangan kepada murid sewaktu mengajar tajuk elektrik.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN/SOALAN KAJIAN


Objektif kajian ini adalah untuk meningkatkan cara saya menerangkan konsep elektrik
kepada murid dengan menggunakan kit sains sebagai bahan bantu mengajar supaya dapat
menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran Sains saya.
Soalan kajian
1. Bagaimanakah penggunaan kit sains dapat membantu saya dalam meningkatkan cara
saya memberikan penerangan kepada murid?
2. Bagaimanakah peningkatan penerangan saya menggunakan kit sains dapat
meningkatkan pengajaran dan pembelajaran Sains?

4.0 KUMPULAN SASARAN


Kajian tindakan ini melibatkan seramai 39 orang iaitu 17 orang murid lelaki dan 22 orang
murid perempuan Tahun 3 yang berumur sembilan tahun. Jadual 2 menunjukkan taburan
mengikut jantina dan kewarganegaraan.
Jadual 2: Taburan murid mengikut kewarganegaraan
Warganegara

Jantina

Peratus

Lelaki
Perempuan
Malaysia
14
22
90%
Indonesia
3
10%
Jadual 2 menunjukkan bahawa 90% murid warganegara Malaysia dan 10% warganegara
Indonesia.
Proses pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Sains berlangsung dengan menggunakan
Bahasa Melayu disebabkan oleh permintaan ibu bapa kerana penguasaan bahasa Inggeris
murid yang lemah.
Pencapaian akademik bagi murid ini adalah seperti berikut.
Jadual 3: Pencapaian Subjek Sains pada Ujian Bulan Mac 2012
Gred/Markah

Bilangan murid

Pencapaian

A(80-100)

34

85%

B(60-79)

15%

C(40-59)

D(20-39)

E(0-19)

Berdasarkan jadual 3, dapat dilihat murid yang terlibat di dalam kajian ini terdiri daripada
murid yang mempunyai tahap kognitif yang tinggi.

5.0 TINDAKAN
5.1 PROSEDUR TINDAKAN
Bagi meningkatkan cara saya menerangkan konsep elektrik kepada murid menggunakan kit
sains, saya merancang dan melaksanakan tindakan seperti berikut.

Langkah 1

Membina kit sains

Langkah 2

Membina kad arahan

Langkah 3

Melakukan pembahagian kumpulan

Langkah 4

Melakukan penyiasatan dengan kit Sains dan


merekod keputusan

Langkah 5

Penerangan guru

Langkah 6

Membuat kesimpulan pembelajaran


Rajah 1: Pelan tindakan

Langkah 1-Membina kit sains


Bahan yang diperlukan bagi membina kit sains ialah kotak kasut, kepingan aluminium,
wayar, klip buaya empat bateri 1.5V, dua buah mentol dan pemegang mentol, kepingan
plastik, kepingan kain, kepingan kayu dan belon. Pada bahagian penutup kotak, kotak ditebuk
kepada dua bentuk bulat berdiameter 1cm. Satu bentuk segitiga ditebuk pada bahagian bawah
bentuk bulat. Satu segi empat tepat dibahagikan kepada empat bahagian ditebuk dibawah
bentuk segi tiga. Mentol dan pemegang mentol diletakkan pada bentuk bulat yang telah
ditebuk dan kelihatan seperti mata. Kedua-dua mentol disambungkan menggunakan wayar.
Kepingan plastik, kepingan kayu, kepingan kain serta belon ditampal pada bahagian segi
empat tepat. Kepingan aluminium ditampal pada bahagian penutup kotak dan menutupi
bentuk segitiga dan segi empat yang telah ditebuk. Klip buaya disambungkan pada terminal
positif dan terminal negatif bateri. Namun,terdapat satu klip buaya yang tidak bersambung
10

pada mana-mana wayar. Kegunaannya adalah untuk menjadi pencucuh. Rasionalnya


pembinaan kit Sains membantu dalam memberikan penerangan mengenai konsep elektrik.
Memandangkan konsep elektrik bersifat abstrak, maka penggunaan bahan bantu mengajar
amat membantu. Selaras dengan kajian oleh Choi dan Chang (2004, muka surat 1341);
Abstract concepts like the electric current, voltage, and
resistence need appropriate use of both verbal analogies and
physical models that will help students to visualise and
comprehend the concept.
Rajah 2 menunjukkan kit sains yang digunakan dalam kajian.

Bahagian luar kit sains

Bahagian dalam kit sains

Rajah 2: Kit sains

Langkah 2-Membina kad arahan


Terdapat kaedah penggunaan kit serta kaedah penyimpanan semula kit di dalam kad arahan.
Kaedah penggunaan kit membantu murid memasang komponen elektrik yang disediakan.
Kaedah penyimpanan semula kit membantu murid menyimpan semula komponen elektrik
yang telah dipasang.

Melalui penggunaan kad arahan ini, rasionalnya, murid dapat

menggunakan kit dengan baik serta dapat mengemas semula selepas menggunakannya.

11

Langkah 3-Melakukan pembahagian kumpulan


Saya membahagikan murid kepada 5 kumpulan. Setiap kumpulan mengandungi 8 orang
murid. Murid menggunakan kit yang disediakan di dalam kumpulan masing-masing. Rasional
pembelajaran secara berkumpulan ini menggalakkan kerjasama murid antara satu sama lain
serta membina kemahiran komunikasi yang baik. Murid berkomunikasi dalam kalangan ahli
kumpulan untuk membuat ujikaji dan memenuhi rasa ingin tahu terhadap kit sains yang
diberi.
Langkah 4-Melakukan penyiasatan dengan kit sains dan merekod keputusan
Murid menjalankan penyiasatan dengan kit sains dan merekodkan hasil penyiasatan mereka
di dalam kertas yang disediakan. Rasional penyiasatan dilakukan pada peringkat ini supaya
murid dapat membentuk semula pengetahuan baru yang diperoleh. Tambahan itu, murid juga
dapat mengaplikasikan beberapa kemahiran proses Sains semasa menjalankan penyiasatan.
Antara kemahiran proses Sains itu ialah membuat pemerhatian, membuat inferens dan juga
membuat kesimpulan.
Langkah 5-Perbincangan bersama guru
Murid memaklumkan kepada saya dapatan penyiasatan kumpulan masing-masing. Murid
membincangkan hasil penyiasatan yang dilakukan. Saya berperanan untuk menerangkan
kepada murid mengenai dapatan murid. Selain itu, pada peringkat ini komunikasi dua hala
akan berlaku apabila murid bertanyakan soalan dan juga menyatakan jawapan pada persoalan
guru. Manakala, saya pula memberi maklum balas yang bersesuaian kepada murid. Rasional
pada peringkat ini ialah saya dapat mengetahui tahap kefahaman murid serta murid dapat
mengetahui respon saya.

12

Langkah 6-Membuat kesimpulan pembelajaran


Murid membuat kesimpulan keseluruhan pembelajaran. Rasional murid membuat kesimpulan
pembelajaran ialah murid membuat rumusan terhadap perkara yang telah dipelajari oleh
mereka.
Prosedur tindakan ini dilakukan sebanyak tiga kali proses pengajaran dan pembelajaran. Pada
proses pengajaran dan pembelajaran yang pertama, saya memperkenalkan komponen
elektrik. Rasional pengajaran ini dilakukan adalah untuk menunjukkan kepada murid kit sains
yang digunakan.
Pada proses pengajaran dan pembelajaran yang kedua, saya mengendalikan pengajaran dan
pembelajaran mengenai konduktor dan penebat elektrik. Rasional pengajaran kali kedua ini
dilaksanakan adalah sebagai latihan kepada saya dalam memberikan penerangan kepada
murid sebelum data soal selidik diambil.
Ketika proses pengajaran dan pembelajaran yang ketiga, saya melaksanakan pengajaran
mengenai fungsi suis. Selepas murid tamat membuat kesimpulan pembelajaran, saya
mengedarkan borang soal selidik kepada murid. Rasional pengajaran dan pembelajaran yang
ketiga ini dilaksanakan ialah untuk mengambil data soal selidik daripada murid.
Tujuan pengajaran dan pembelajaran dilakukan sebanyak tiga kali adalah untuk membina
kefahaman murid dari aras rendah kepada aras tinggi.

13

5.2 CARA MENGUMPUL DATA


Dalam usaha untuk melaksanakan kajian ini, saya telah mengumpul data melalui tiga cara
iaitu soal selidik, temubual separa berstruktur serta nota pemerhatian. Pengumpulan data
dengan pelbagai cara dapat menentukan kesahan dan kebolehpercayaan kajian melalui
triangulasi data. Menurut Weirsma (1991) dalam Noraini (2010) triangulasi merupakan
teknik kesahan silang kualitatif yang digunakan untuk menilai atau mentaksir sama ada data
yang diperoleh mencukupi melalui pemusatan (convergence) maklumat ke arah dapatan
umum yang dipersetujui bersama.
Soal selidik
Soal selidik antara alat ukur yang digunakan di dalam penyelidikan telah menjadi
penyambung di antara penyelidik dengan responden. Alat ukur ini efektif kerana dapat
mengukur banyak perkara dalam satu masa serta dapat diagihkan kepada murid dengan cepat
selepas sesi pengajaran dan pembelajaran tamat. Di dalam borang soal selidik yang
disediakan, terdapat dua bahagian yang dikaji. Bahagian A merupakan pengumpulan
maklumat yang berkaitan dengan latar belakang murid dan bahagian B merupakan soalan
yang berkaitan dengan penerangan guru serta penggunaan kit sains. Sebanyak 5 soalan dibina
untuk mendapatkan maklum balas murid mengenai penerangan guru manakala soalan
selebihnya adalah maklum balas mengenai kit sains (Lampiran 1). Murid perlu menanda ( / )
pada ruang yang disediakan berdasarkan pengalaman pembelajaran mereka. Masa yang
diambil untuk menyempurnakan soal selidik ini hanya 10 minit. Soal selidik diedarkan
kepada murid ketika kali ketiga proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan bagi
melihat peningkatan yang telah dilakukan.

14

Temubual
Cara pengumpulan data yang seterusnya ialah melalui temubual. Temubual yang
dilaksanakan ialah secara separa berstruktur. Di dalam temu bual separa berstruktur, urutan
soalan, cara soalan diaju dan bentuk soalan boleh berubah-ubah, bergantung kepada reaksi
dan tindak balas yang diberi oleh peserta penyelidikan (Noraini, 2010). Saya menemubual
guru Sains dengan menggunakan soalan bagi mendapatkan maklum balas terhadap kajian
yang dilakukan (Lampiran 2). Guru menyatakan pandangan dan komen beliau tentang kajian
yang dilaksanakan. Semasa temubual berlangsung, saya membuat rakaman audio. Hal ini
bagi memudahkan saya mengekod dan melakukan transkrip ketika menganalisis dan
menginterpretasi data. Tambahan itu, saya juga melakukan pengulangan banyak kali apabila
mendengar rakaman temubual tersebut.
Nota pemerhatian
Seterusnya, pengumpulan data dilakukan melalui nota pemerhatian. Melalui catatan nota
pemerhatian, saya dapat merekodkan pengalaman dan pemerhatian saya serta pemikiran yang
timbul sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku. Saya juga mencatatkan tarikh,
masa dan tempat kajian berlangsung (Lampiran 3). Saya juga boleh menfokuskan pada isu
tertentu semasa mengambil nota pemerhatian ini.
Melalui ketiga-tiga cara kaedah pengumpulan data ini, saya dapat memperoleh data yang
diperlukan bagi saya meneliti cara saya memberikan penerangan mengenai konsep elektrik
menggunakan kit sains.

15

6.0 ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA


Dalam kajian ini, saya telah menggunakan tiga kaedah untuk mengumpul data iaitu soal
selidik, temubual dan nota lapangan. Data dikumpulkan, dianalisis dan diinterpretasikan
untuk memahami secara mendalam tentang cara saya memberikan penerangan kepada murid
mengenai konsep elektrik menggunakan kit sains.
6.1 Soal selidik
Soal selidik diedarkan kepada 39 orang murid daripada kelas yang sama.
Jadual 1 di bawah menunjukkan respon murid terhadap item yang telah dikemukakan.
Jadual 4: Data Soal Selidik
Bil.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Item
Guru memberikan penerangan yang mudah
difahami.
Guru memberikan penerangan yang jelas.
Guru memberikan penerangan secara teratur.
Guru memberikan maklum balas apabila
ditanya.
Saya berpeluang menggunakan kit yang diberi.
Saya seronok menggunakan kit yang diberi.
Saya menyimpan semula kit yang diberi setelah
menggunakannya.
Saya memahami tajuk elektrik yang diajar oleh
guru.

Ya
97.4% (38)

Tidak
2.6% (1)

100% (39)
100% (39)
100% (39)

0% (0)
0% (0)
0% (0)

94.9% (37)
94.9% (37)
89.7% (35)

5.1% (2)
5.1% (2)
10.3% (4)

100% (39)

0% (0)

Berdasarkan Jadual 4 di atas, dapat dilihat sebanyak 97.4% iaitu seramai 38 orang murid
bersetuju mengatakan penerangan yang saya berikan menggunakan kit sains mudah difahami
oleh mereka. Ketika saya mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran, saya telah
memastikan murid belajar terhadap topik yang saya ajar. Bagi memastikan murid memahami
pengajaran berikut, saya telah mengemukakan beberapa soalan secara verbal sebagai latihan
pengukuhan kepada mereka. Teknik penyoalan yang betul memainkan peranan penting bagi

16

melihat kefahaman murid. Hal ini kerana menurut kajian Zamri dan Razah (2011), melalui
soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat
mendedahkan murid menggunakan pengetahuan sedia ada dan membandingkan maklumat
tak diperoleh dan kemudian digunakan untuk selesaikan masalah. Maka, apabila saya
bertanyakan soalan kepada murid, saya dapat mengenalpasti keupayaan murid untuk
memahami pengajaran saya.
Selain itu, keseluruhan murid dilihat memberikan respon positif 100% iaitu bersetuju bahawa
penerangan yang saya berikan adalah

jelas dan teratur. Di samping itu, murid juga

memberikan respon yang sama terhadap maklum balas yang saya berikan apabila ditanya
oleh murid. Penyampaian pengajaran guru yang jelas dan mudah difahami amat membantu
murid dalam proses pembelajaran. Malangnya, jika penyampaian pengajaran yang dilakukan
guru tidak teratur, terlalu cepat mahupun terlalu lambat akan menyebabkan tumpuan murid
semakin berkurangan dan minat mereka terhadap pembelajaran akan pudar. Apabila saya
memberikan respon kepada murid, kesannya, secara tak langsung turut menyumbang kepada
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung. Murid akan
bersemangat untuk memberikan sepenuh perhatian terhadap pembelajaran mereka dan
seterusnya melibatkan diri dengan semua aktiviti yang dilakukan oleh guru. Selaras dengan
kajian yang dilaksanakan Jeffridin (2012) iaitu penglibatan pelajar secara aktif dalam
pembelajaran adalah berpunca daripada maklum balas guru yang mampu memotivasi dan
merangsang penglibatan pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Dari aspek penggunaan kit, respon yang diterima mencatatkan bacaan yang sama sebanyak
94.9% iaitu melibatkan seramai 37 orang murid. Murid menyatakan mereka berpeluang
menggunakan kit yang diberi dan juga seronok menggunakannya. Penggunaan kit sains
merupakan satu alat bantu mengajar yang berkesan untuk digunakan. Alat bantu mengajar
merupakan sokongan kepada pengajaran guru di dalam bilik darjah kerana ia dapat
17

membantu dalam mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru
dan murid (Azlan & Nurdalina 2010).
Jadual 4 juga menunjukkan hanya 35 orang murid sahaja, sebanyak 89.7% yang berpeluang
menyimpan semula kit yang diberi setelah menggunakannya. Bilangan murid yang
menggunakan kit Sains tidak selari dengan bilangan murid yang berpeluang untuk
menyimpan semula kit yang telah digunakan. Situasi ini berlaku kerana murid tersebut
memberi peluang kepada rakan yang lain dalam kumpulan masing-masing untuk menyimpan
dan menyusun semula kit yang telah digunakan memandangkan mereka telah pun berpeluang
mengambil kit Sains tersebut daripada saya semasa awal proses pengajaran dan
pembelajaran.
Hasil soal selidik mendapati semua murid bersetuju bahawa mereka memahami tajuk elektrik
yang diajar oleh saya apabila respon yang diterima adalah sebanyak 100%. Murid memahami
tajuk elektrik yang saya ajari kepada mereka kerana penggunaan kit sains. Semasa saya
memberikan penerangan, saya menggunakan kit sains dalam menerangkan konsep yang ingin
diketengahkan. Pada masa yang sama, murid turut berpeluang menggunakan kit sains
tersebut memandangkan setiap kumpulan mempunyai satu kit sains yang digunakan bersamasama dengan ahli dalam kumpulan. Pembelajaran topik elektrik menggunakan kit Sains dapat
memudahkan murid mendapat satu gambaran yang jelas kerana berlangsungnya
pembelajaran secara hands-on. Kenyataan ini disokong oleh kajian yang dilakukan oleh
Aydeniz (2010, muka surat 22) iaitu:
In order for students to develop scientifically acceptable
mental models about the concept of electricity and simple
electric circuits, students need to test their ideas or ideas that
are presented to them through hands-on learning activities.

18

Kit sains yang direka telah membantu saya dalam menyampaikan pengajaran mengenai topik
elektrik dan memberi kemudahan kepada murid untuk memahami topik tersebut.
Berdasarkan dapatan data, dapat dilihat penerangan guru mudah difahami, jelas, teratur ketika
guru menyampaikan pengajaran menggunakan bahan bantu mengajar kit sains. Guru juga
memberikan maklum balas kepada murid.
6.2 Nota pemerhatian
Catatan nota pemerhatian diambil sebanyak tiga kali dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
yang berbeza. Catatan yang pertama ialah pada 6 Julai 2012. Catatan yang kedua berlaku
pada 13 Julai 2012 manakala catatan yang ketiga ialah pada 16 Julai 2012. Ketiga-tiga
catatan nota lapangan di ambil pada waktu yang sama iaitu 9.10 pagi hingga 10.10 pagi.
Selain itu, data turut dikumpul daripada catatan nota pemerhatian guru pembimbing ketika
saya melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran yang ketiga.
Berdasarkan pemerhatian guru pembimbing ketika mencatat nota pemerhatian di dalam
proses pengajaran dan pembelajaran, beliau mendapati huraian yang saya berikan kepada
murid adalah ringkas dan tepat. Bagi memberikan huraian yang ringkas dan tepat, saya telah
memperkatakan sesuatu perkara dengan satu persatu dan berpandukan kepada fakta yang
betul.
Menurut catatan nota pemerhatian guru pembimbing, iaitu

Wujud komunikasi dua hala antara guru dengan murid. Guru


bertanyakan soalan, murid menjawab. Murid bertanyakan
soalan, guru memberikan jawapan dengan jelas.
NL4P9
Komunikasi dua hala wujud ketika saya mengajar di dalam kelas. Saya memberikan
penerangan dengan memberitahu sebab dan membuat huraian terhadap sesuatu fenomena
19

yang berlaku kepada murid. Contohnya, ketika menerangkan konsep konduktor elektrik,
guru menerangkan kepada murid, mentol menyala apabila klip disentuh pada objek. Jika
mentol didapati tidak menyala, maka objek tersebut adalah penebat elektrik.
Tambahan itu, penerangan yang saya berikan mudah difahami serta mengikut aras kefahaman
murid menurut catatan guru pembimbing. Apabila penerangan yang saya berikan bermula
dengan perkara yang mudah kepada perkara yang abstrak, ini memberi kemudahan kepada
murid untuk mendapatkan kefahaman terhadap perkara yang saya sampaikan. Misalnya,
Nyatakan komponen elektrik yang terdapat pada mata kit
Sains.
6/7/2012 NL1P2
Apakah yang dapat kamu perhatikan setelah klip buaya dicucuh

pada hidung dan gigi kit Sains?

13/7/2012 NL2P5

Jika kit ini tidak mempunyai suis, bagaimanakah kamu boleh


menyalakan mentol?

16/7/2012 NL3P3
Bagi membantu saya membuat penerangan kepada murid, kit Sains merupakan satu alat
bantu mengajar yang digunakan. Penerangan mengenai konsep yang abstrak perlu dilakukan
bersama dengan model untuk membantu dalam pemahaman murid. Kit Sains yang dicipta
dilihat menepati konsep yang diajar. Hal ini terbukti apabila catatan nota lapangan guru
pembimbing menyatakan;
Kit sains yang digunakan adalah tepat bersesuaian dengan
tajuk.
NL4P4

20

Ketika murid menggunakan kit Sains ini, saya melihat murid berasa seronok serta dapat
menjawab segera soalan yang saya kemukakan kepada mereka. Reaksi seronok itu dapat
dilihat melalui ekspresi muka serta tingkah laku memberangsangkan yang ditunjukkan.
Malah, murid dapat menerangkan jawapan mereka. Saya turut menyaksikan reaksi murid
ketika menggunakan kit yang diberikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung, di mana terdapat sebilangan kecil murid yang enggan berkongsi kit tersebut
dengan rakan-rakannya yang lain. Sungguhpun berlaku perkara sedemikian, namun situasi
tersebut bukanlah suatu yang serius yang boleh menyebabkan kepada kehilangan kawalan
kelas. Sebaliknya, apabila saya menasihati murid tersebut untuk berkongsi kit Sains, masalah
dapat diselesaikan. Oleh itu penggunaan kit Sains ini tidak membawa kepada sebarang
permasalahan disiplin dan kajian ini selaras dengan dapatan kajian Houstan et. al (2008)
teacher using the science kit reported fewer students discipline problems and off task
behaviours, whereas teachers at the textbook school reported the greatest frequency of
misbehaviour among students. Saya juga melihat kerutan dahi pada seorang murid ketika
saya memberikan penerangan. Apabila melihat reaksi tersebut, saya terus bertanyakan kepada
beliau permasalahan yang dihadapinya. Berikut adalah catatan nota pemerhatian tersebut:
Setelah penerangan diberikan guru bertanyakan kepada murid.
Mengapa kamu mengerutkan dahi? Murid tersebut
menjawab beliau tidak dapat mengikuti penerangan yang
diberikan oleh guru kerana kit yang guru tunjukkan di depan
kelas adalah kecil manakala beliau tidak dapat menggunakan
kit yang diberikan oleh guru dalam kumpulannya kerana rakanrakan lain tidak berkongsi untuk menggunakannya.
NL3P9
Kesimpulannya, penerangan yang diberikan oleh saya adalah ringkas dan tepat. Saya
memberikan huraian dan menyatakan sebab di dalam penyampaian pengajaran saya dengan
menerangkan konsep elektrik dari aras rendah kepada aras tinggi disamping pembelajaran
menggunakan kit Sains dapat membantu murid memahami konsep yang ingin disampaikan.

21

6.3 Temubual
Pada 16 Julai 2012, saya menemubual Ketua Panitia Sains tentang kajian saya. Guru Sains
menyatakan proses pengajaran dan pembelajaran yang saya laksanakan telah berlangsung
mengikut perancangan yang telah dirancang. Tambahan itu, guru Sains turut menyatakan
perkembangan proses pengajaran dan pembelajaran adalah sistematik serta membina
pengetahuan murid dari aras rendah ke aras tinggi apabila set induksi digunakan.
Penerangan yang saya berikan kepada murid adalah menggunakan suara yang jelas dan
lantang sehinggakan dapat didengari oleh murid yang berada di belakang bilik Sains. Dari
segi bahasa, saya telah menggunakan bahasa yang mudah difahami, senang dan bersesuaian
dengan murid Tahun 3. Guru merupakan individu yang paling banyak bercakap ketika di
dalam bilik darjah termasuklah ketika menyampaikan pengajaran, mengemukakan soalan,
memberi arahan dan memberi maklum balas kepada murid. Maka, sebagai guru, saya perlu
melakukan interaksi dua hala antara murid. Interaksi yang wujud akan membawa kepada
komunikasi yang berkesan. Seterusnya komunikasi yang berkesan akan membawa kepada
penerangan guru yang jelas dan pemahaman murid terhadap apa yang diterangkan oleh guru
ketika di dalam bilik darjah. Kenyataan ini disokong oleh Safiee et al (2008) iaitu komunikasi
yang berkesan berlaku apabila murid memahami apa yang ingin disampaikan oleh guru-guru
mereka.
Dari aspek penggunaan kit Sains, guru Sains telah memberikan pendapat beliau seperti
berikut.
Pengajaran menggunakan kit sains ini dapat menarik minat murid
untuk mengikuti setiap kandungan yang telah disampaikan.
Apabila kita menggunakan benda yang maujud , dia dapat
menyokong kepada aktiviti hands-on dan minds-on yang akan kita
laksanakan. Murid lebih faham dan lebih jelas terhadap aktiviti
yang ditunjukkan dengan tajuk yang kita nak sampaikan.
Ig(3)

22

Di samping itu, beliau turut menyatakan kit sains yang dicipta ini adalah jelas
memandangkan kit ini berkaitan dengan tajuk yang terdapat dalam silibus pelajaran. Kit sains
ini dapat mencapai objektif pelajaran sukatan pelajaran Kementerian Pelajaran Malaysia.
Objektif pelajaran tersebut ialah 2.2 that some materials conduct electricity dan 2.3 that
switch is used to complete or break a circuit.
Tambah guru Sains itu lagi, kit sains yang dibina ini secara keseluruhannya dapat membantu
guru. Murid menjadi lebih faham dan lebih jelas kerana dapat mengikuti proses pengajaran
dan pembelajaran yang lebih berkesan.
Kit sains merupakan satu alat bahan bantu mengajar. Alat bantu mengajar merupakan satu
elemen penting dalam

memastikan kelangsungan pembelajaran yang berkesan selain

daripada kaedah pengajaran guru semata-mata. Perkara ini disokong dengan kajian yang
dilakukan oleh Azlan & Nurdalina (2010) iaitu bahan bantu mengajar lebih membantu
merangsangkan dunia pelajar untuk belajar.
Ketika temubual berlangsung, saya turut menerima beberapa penambahbaikan yang perlu
dilakukan terhadap kit sains tersebut. Berikut adalah beberapa perkara yang dicadangkan oleh
guru Sains untuk saya lakukan semasa menambah baik kit sains.
pelbagaikan bentuk kit Sains seperti robot
pelbagaikan warna supaya lebih menarik
penambahbaikan susunan wiring
Ig(8)
Aspek ini perlu saya pertimbangkan memandangkan kit sains ini merupakan satu bahan bantu
mengajar yang penting bagi kegunaan saya untuk menerangkan tajuk elektrik kepada murid.
Secara rumusannya, pengajaran guru dilihat berlaku peningkatan, apabila penerangan yang
diberikan berlangsung mengikut perancangan dengan menggunakan suara yang jelas dan

23

lantang. Penggunaan kit sains dilihat dapat menimbulkan elemen keseronokan ketika belajar
walaupun terdapat beberapa penambahbaikan perlu dilakukan.

24

7.0 DAPATAN KAJIAN


Secara khususnya, kajian tindakan ini saya laksanakan adalah untuk meningkatkan cara saya
memberikan penerangan mengenai tajuk elektrik menggunakan kit Sains. Hasil pengumpulan
data melalui tiga kaedah berbeza iaitu soal selidik, temubual dan nota pemerhatian dapat
dilihat sama ada penerangan dapat ditambah baik ketika saya mengajar. Terdapat dua isu
dalam dapatan kajian saya berdasarkan hasil daripada analisis dan interpretasi data iaitu
teknik penerangan dan kit Sains sebagai alat bantu mengajar.
Teknik Penerangan
Pengajaran guru dilihat telah bertambah baik apabila penerangan yang disampaikan
menggunakan kit sains mudah difahami dan teratur, lontaran suara yang jelas serta guru
memberikan maklum balas yang bersesuaian kepada murid.
Berdasarkan data soal selidik yang telah dikumpulkan, penerangan yang saya berikan kepada
murid mudah difahami. Kenyataan ini disokong oleh dapatan data yang dikumpulkan melalui
temubual Ketua Panitia Sains iaitu:
bahasa mudah difahami
Ig4
Tambahan itu, lontaran suara yang saya gunakan ketika mengajar adalah jelas dan lantang
berdasarkan data daripada kaedah soal selidik. Hasil soal selidik ini disokong oleh dapatan
daripada temubual separa berstruktur yang telah dijalankan. Berdasarkan dapatan data ini,
lontaran suara yang jelas membantu murid dalam memahami pengajaran saya. Apabila murid
memahami ilmu pengetahuan yang ingin saya sampaikan, ini bermaksud pengajaran yang
berlangsung mempunyai kualiti. Kualiti pengajaran bermaksud keupayaan guru untuk

25

menyampaikan pengajaran atau konsep atau kemahiran yang mudah difahami oleh pelajar,
mudah diingat dan menyeronokkan pelajar (Shahril,2005).
Penerangan yang saya berikan ketika mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas adalah teratur. Penyataan ini turut disokong oleh dapatan data dari kaedah
temubual iaitu penerangan yang diberikan membina pengetahuan murid dari aras rendah
kepada aras tinggi. Di samping itu, huraian guru yang ringkas dan tepat berdasarkan catatan
nota lapangan guru pembimbing turut mengukuhkan lagi penyataan tersebut. Memberikan
penerangan merupakan satu komunikasi lisan. Komunikasi lisan merupakan media bagi guru
menyampaikan pengajaran. Menurut Safiee et al. (2008), komunikasi yang berkesan dapat
menyampaikan maklumat dan perutusan, idea atau pengetahuan kepada penerima dengan
baik, tepat dan sama makna atau maksudnya tanpa menimbulkan kekeliruan atau salah
faham. Oleh itu, dengan memiliki kemahiran komunikasi yang baik, penerangan yang
disampaikan kepada murid secara satu persatu akan memberikan kelebihan kepada murid
dalam memahami perkara yang disampaikan.
Semasa penyampaian pengajaran berlangsung, saya telah memberikan maklum balas apabila
ditanya oleh murid. Maklum balas yang diberikan berdasarkan catatan nota lapangan
termasuklah memberikan sebab, menghuraikan pemerhatian murid serta memberikan
penerangan. Apabila guru memberikan maklum balas terhadap ransangan yang diberikan
murid seperti bertanyakan soalan, murid dapat mengetahui perkara yang ingin mereka tahu
dan seterusnya dapat memenuhi naluri ingin tahu murid.
Dapatan kajian dilihat selari dan konsisten apabila penerangan konsep elektrik saya
bertambah baik dengan menggunakan kit sains.

26

Kit Sains sebagai alat bantu mengajar


Pembelajaran menggunakan kit sains menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran
yang mempunyai elemen keseronokan.
Dapatan data daripada dua kaedah yang berbeza iaitu soal selidik dan nota lapangan
menunjukkan kit Sains mempunyai elemen keseronokan . Hal ini kerana, menurut respon soal
selidik, hampir keseluruhan murid berpeluang menggunakan kit sains yang diberikan. Maka,
pembelajaran menggunakan kit sains menimbulkan unsur keseronokan untuk mempelajari
Sains. Kajian yang dilakukan oleh Aziz & Norakmal (2011), pembelajaran Sains bukan
semata-mata menghafal fakta dan maklumat tetapi perlu memberi penekanan terhadap amali
Sains. Oleh itu, melalui penggunaan kit sains, kesannya, murid menjadi lebih faham serta
lebih jelas hasil daripada temubual yang telah dilakukan. Kenyataan ini turut disokong
dengan catatan nota lapangan yang diambil iaitu jawapan yang diberikan adalah lebih baik
serta murid segera dalam memberikan jawapan. Respon yang ditunjukkan ialah hasil
penggunaan kit sains, sebagai bahan bantu mengajar amat membantu guru dalam
memberikan penerangan.
Di samping itu, penggunaan kit sains menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran
menjadi lebih berkesan dan praktikal. Pembelajaran murid menjadi efektif kerana bahan
bantu mengajar yang digunakan bersifat maujud, maka kit sains dapat menyokong aktiviti
hands-on dan minds-on murid. Menurut Rahim et al. (2007) pembelajaran ialah satu proses
cergas yang perlu dirangsang dan dibimbing ke arah matlamat yang ingin diperolehi. Oleh
itu, penggunaan kit sains merupakan satu alat yang digunakan guru dalam memberikan
rangsangan terhadap pembelajaran tajuk elektrik.

Murid juga dapat memaksimumkan

penggunaan kit sains tersebut dalam memahami konsep elektrik berbanding pembelajaran

27

yang hanya menggunakan buku teks semata. Dalam kajian Sherman dan McDonald (2008)
muka surat 96;
Without the kit, many teachers admitted they had their
students read science textbooks rather than engage in science
inquiry.

Justeru itu, dapat dilihat akan kepentingan bahan bantu mengajar yang baik dalam
menghasilkan proses pembelajaran yang bermakna.
Secara rumusannya, pengajaran guru menggunakan kit sains sebagai alat bantu mengajar
telah meningkat. Justeru itu, dengan peningkatan penerangan guru menggunakan kit sains,
murid menjadi lebih seronok untuk belajar dan juga memahami dengan baik apa yang telah
dipelajari. Secara tidak langsung, dapatan kajian ini dapat menjawab soalan kajian iaitu
penggunaan kit sains sebagai alat bantu mengajar dalam menerangkan konsep elektrik dapat
meningkatkan pengajaran dan pembelajaran Sains.

28

8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA


Saya dapat meningkatkan cara saya memberikan penerangan kepada murid untuk memahami
konsep elektrik dengan menggunakan kit Sains sebagai alat bantu mengajar.
Peningkatan ini dapat dilihat apabila saya dapat memberikan penerangan dengan jelas dan
mudah, teratur, lontaran suara yang jelas dan dapat memberi maklum balas kepada murid
berdasarkan dapatan data yang dikumpul menggunakan kaedah temubual, soal selidik dan
catatan nota lapangan yang telah dianalisis, diinterpretasi dan ditriangulasi. Pada masa
hadapan, pastinya saya akan meningkatkan teknik penerangan saya mengenai tajuk elektrik
dengan menggunakan kit sains.
Semasa menggunakan kit Sains ketika memberikan penerangan, saya mendapati saya dapat
menimbulkan elemen keseronokan kepada murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung. Selain itu, saya juga dapat menggalakkan kemahiran komunikasi di antara guru
dengan murid. Kesannya, saya semakin bermotivasi untuk melaksanakan satu proses
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada murid terutama dalam menerangkan
konsep elektrik.
Kajian ini merupakan kajian tindakan pertama saya. Pada masa akan datang, sekiranya saya
berkesempatan, saya akan melaksanakan kajian yang sama dengan menggunakan kitaran
kedua. Di dalam kajian tersebut, saya akan melakukan penambahbaikan terhadap kit Sains
saya. Contohnya, dengan mengemaskinikan susunan wayar serta memperlbagaikan bentuk kit
Sains. Penambahbaikan ini pastinya akan menjadikan kit sains lebih efisyen untuk
meningkatkan penerangan saya dalam pengajaran konsep elektrik.
Secara keseluruhannya, saya dapat meningkatkan penerangan saya dalam menerangkan
konsep elektrik dengan menggunakan kit Sains sebagai alat bantu mengajar.

29

RUJUKAN
Abdul Rahim Hamdan, Mohamad Najib Abdul Ghaffar, Ahmad Johari Sihes &
Jamaluddin Ramli. (2007). Taksonomi Gaya Pembelajaran dan Tingkat Motivasi
Pelajar Dewasa (PKPGB) Di Institut Pengajian Tinggi Awam Malaysia. Jurnal Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia,12,1-14.
Aziz Nordin & Md. Norakmal.(2011).Amalan Pengajaran Guru Pelatih UTM dalam
Pendidikan Sains. Journal of Information Technology Education, 2,331-348.
Choi , K. & Chang , H.(2004). The Effects of Using Electric Circuit Model in Science Education to
Facilitate Learning Electricity-Related Concepts. Journal of Korean Physical Society,
44,1341-1348.
Curriculum specification Science Year 3. Integrated Curriculum for Primary Schools. (2003)
Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur:
DBP.
Dickerson, D., Clark, M., Dawkins, K., Horne, C. (2006). Using Science Kit to Construct Content
Understandings in Elementary Schools, Journal of Elementary Science Education,18,42-56.
Houstan, L.,S., Fraser, B., J. & Ledbetter, C., E. (2008). An Evaluation of Elementary
School Science Kits in Terms of Classroom Environment and Student Attitudes.
Journal of Elementary Science Teacher, 20,29-47.
Ismail Khailani & Mohd Suhaidy.(2011).Kesan Penggunaan Kit Pengajaran Bermodul
(KPB) Bagi Matapelajaran Matematik (Sudut Dongak dan Sudut Tunduk)
Tingkatan 4 di Dua Buah Sekolah Menengah Kebangsaan Di Daerah Pontian,
Johor,Unspecified.pp 1-10 (unpublished).
Jefridin Bin Pilus. (2012). Kesan Maklum Balas Guru Semasa Pengajaran bahasa Arab di Dalam
Bilik Darjah Terhadap Tingkah Laku Pelajar. Persidangan Kebangsaan Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Arab 2012 (PKEBAR12), 101-115.
Jones, M.,T. & Eick, C., J.(2007). Implementing Inquiry Kit Curriculum:Obstacles,
Adaptations, and Practical Knowledge Development in Two Middle School Science
Teachers. Wiley Interscience, 91, 492-513.
Lilia Halim, Mohamad Idris, T. Subahan, M. Meerah & Kamisah Osman. (2006). Analisis
Keperluan Guru-guru Sains Sekolah Rendah dalam Aspek Pengajaran Sains di Daerah
Kota Sedar, Kedah. Jurnal Teknologi, 44(E), 13-30.
Mehmet Aydeniz.(2010). Measuring the Impact of Electric Circuit Kitbook on Elementary
School Childrens Understanding of Simple Electric Circuits. Electronic Journal of
Science Education, 14, 1-29.
Mohd Safiee, Hj. Ashari Sikor, Siti Zahara, Mohd Zaid, Ahmad Rizal dan Latifah.(2008).
Komunikasi Interpersonal Dalam Pengajaran di Kalangan Guru-guru Teknikal Sekolah
Menengah Teknik di Negeri Melaka. Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat
Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia. Unpublished thesis, Universiti Tun
Hussein Onn, Malaysia.

30

Muhammad Abd Hadi Bunyamin & Seth Sulaiman.(2011).Tahap Pengetahuan


Pedagogi Kandungan Pelajar Pendidikan Fizik UTM dan Hubungannya dengan
Pencapaian dalam Latihan Mengajar. Journal of Edupress,1,315-322.
Noor Azlan & Nurdalina. (2010). Penggunaan Bahan Bantu Mengajar di Kalangan Guru Pelatih
UTM yang Mengajar Matapelajaran Matematik. UTM Institutional Respository, 1-6.
Noraini Idris. (2010). Penyelidikan dalam Pendidikan:Ciri-ciri penyelidikan kualitatif.
Malaysia:Mc Graw Hill Education.
Nor Shafrin, Fadzilah Amzah & Rahimi Che Aman. (2009). Kemahiran Komunikasi Guru
Pelatih Universiti Sains Malaysia. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jil.24, 125-142.
Shahril.(2005). Amalan Pengajaran Guru yang Berkesan: Kajian di beberapa Sekolah
di Malaysia. Elemetary School Journal, 97, 301-341.

Menengah

Sherman, A. & MacDonald, L.(2008). The Use of Science Kits in the Profesional
Development of Rural Elementary School Teachers. Science Education Review, 7(3), 91-105.
Zamri Mahamod, Nor Razah Lim.(2011). Kepelbagaian Kaedah Penyoalan Lisan Dalam
Pengajaran Guru Bahasa Melayu:Kaedah Pemerhatian. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, 1(1),51-65.

31

LAMPIRAN 1
Borang Soal Selidik
Assalamualaikum/Salam sejahtera,
Borang soal selidik ini dibentuk dan diedar bagi mendapatkan maklum balas dari muridmurid untuk guru menambah baik amalan pengajaran Subjek Sains. Semua maklum balas
yang diberikan akan dirahsiakan. Diharapkan anda dapat menjawab semua soalan yang
dikemukakan dengan baik.
Terima kasih di atas kerjasama anda membantu melengkapkan soal selidik ini serta kesudian
memberikan maklum balas.
Tajuk Kajian: Meningkatkan Cara Memberikan Penerangan Mengenai Tajuk Elektrik
dengan Menggunakan Kit Sains
Arahan: Sila jawab semua soalan berdasarkan apa yang telah anda lalui ketika pembelajaran
subjek Sains sebentar tadi. Tandakan (/) di dalam kotak atau mengisi tempat kosong pada
ruang yang disediakan.
Bahagian A: Maklumat Murid
1. Jantina : ( ) Lelaki ( ) Perempuan
2. Umur :_______________ tahun
3. Kelas:_____________

32

Bahagian B
Arahan: Baca penyataan di bawah serta tandakan (/) bagi setiap penyataan dengan
menggunakan skala seperti berikut:

Bil
1

Penyataan

Ya

Tidak

Guru memberikan penerangan yang mudah


difahami

Guru memberikan penerangan yang jelas

Guru memberikan penerangan secara teratur

Guru memberikan maklum balas apabila ditanya

Saya berpeluang menggunakan kit yang diberi

Saya seronok menggunakan kit yang diberi

Saya menyimpan semula kit yang diberi setelah


menggunakannya

Saya memahami tajuk elektrik yang diajar oleh


guru

33

LAMPIRAN 2
Soalan Temubual Penyelidik Dengan Guru Sains
Nama: ___________________________________________

Soalan:
Apakah pendapat puan/encik terhadap proses pengajaran dan pembelajaran hari ini?

Apakah pendapat puan/encik mengenai pengajaran guru mengenai tajuk Elektrik?


___________________________________________________________________
Apakah pandangan puan/encik terhadap penerangan yang diberikan guru?
___________________________________________________________________
Apakah pendapat puan/encik mengenai penggunaan kit Sains untuk membantu murid
memahami konsep elektrik?
___________________________________________________________________
Adakah penggunaan kit Sains dapat membantu murid dalam proses pembelajaran?
___________________________________________________________________

34

LAMPIRAN 3
Borang Nota Pemerhatian
Tarikh

Masa

Tajuk

Bilangan murid hadir

Tempat

Situasi

Catatan:
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
________________________________________________________________
Refleksi:
________________________________________________________________________

35

You might also like