You are on page 1of 15

JENIS-JENIS

SEKOLAH DI
MALAYSIA

SEKOLAH HARIAN (SMK)


Sekolah menengah harian biasa
yang menumpukan kepada aspek
menyediakan hak pendidikan
yang sama rata kepada rakyat di
seluruh pelusuk Malaysia

SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN AGAMA
(SMKA)
Sekolah menengah harian atau pun

berasrama yang memfokuskan kepada


pembelajaran pendidikan yang
berteraskan kepada ajaran Islam dan
dalam masa yang sama juga
menumpukan kepada kecemerlangan
duniawi dan ukhrawi

SEKOLAH AGAMA BANTUAN


KERAJAAN (SABK)
Sekolah pondok, madrasah dan sekolah
agama Islam lain merupakan sekolah
yang berfungsi dengan menggunakan
dana dan sumbangan daripada orang
ramai atau badan-badan yang sudi.
Namun kini sekolah berkenaan juga
mendapat dana dan peruntukan daripada
kerajaan dalam membaikpulih
infrastruktur dan kemudahan di sekolah
berkenaan.

SEKOLAH MENENGAH
MUBALIGH
Sekolah yang pada asalnya didirikan
oleh mubaligh Kristian bagi
memberi pendidikan kepada
penduduk setempat serta
menyediakan ruang untuk
pembelajaran agama Kristian
kepada yang beragama Kristian.

MAKTAB RENDAH SAINS


MARA (MRSM)
penuh yang
Sekolah berasrama
dibina oleh Majlis Amanah Rakyat
(MARA) sebagai satu usaha untuk
mencapai matlamat MARA dalam
bidang latihan dan pendidikan di
kalangan Bumiputera.

SEKOLAH BERASRAMA
PENUH (SBP)
Sekolah menengah perdana yang
dikhaskan untuk memberi peluang
kepada pelajar bumiputera di luar
bandar yang memperolehi
keputusan cemerlang di dalam
UPSR dan PMR. Namun kini,
semua sekolah berasrama penuh
adalah sama dan terbuka kepada
semua warganegara Malaysia.

SEKOLAH KLUSTER
Sekolah kluster satu jenama yang
diberi kepada sekolah yang dikenal
pasti cemerlang dalam klusternya
daripada aspek pengurusan sekolah
dan kemenjadian murid dan
sekaligus boleh dicontohi oleh
sekolah dalam kluster yang sama
dan sekolah lain di luar klusternya.

SEKOLAH BERPRESTASI
TINGGI (SBT)

Sekolah Berprestasi tinggi ditakrifkan


sebagai sekolah yang mempunyai etos,
watak, identiti yang tersendiri dan unik
serta menyerlah dalam semua aspek
pendidikan. Bertindak sebagai
penanda aras dalam soal
kecemerlangan pendidikan, supaya
menjadi contoh dan teladan kepada
semua sekolah di negara ini.

KOLEJ VOKASIONAL /
SEKOLAH MENENGAH
TEKNIK / VOKASIONAL

Sekolah
Menengah
Teknik
dan
vokasional memberi peluang kepada
murid yang mempunyai kecenderungan
dalam pendidikan sains dan teknologi
untuk memenuhi tenaga kerja separa
professional dan professional dalam
bidang teknikal dan kejuruteraan.

SEKOLAH SENI

Sebuah institusi pendidikan formal


satu sesi yang menyediakan
kemudahan menggilap dan
menggarap potensi dan bakat diri
generasi murid untuk menceburi
aktiviti kesenian dan kebudayaan
tanah air secara aktif dan kreatif.

SEKOLAH SUKAN

Sekolah Sukan Malaysia ialah sekolah


untuk mengumpul atlet murid yang
berpotensi supaya bakat cemerlang
sukan dan akademik mereka dapat
dipupuk serta dipertingkatkan di
bawah bimbingan jurulatih yang
berdedikasi serta guru-guru akademik
yang terpilih.

SEKOLAH WAWASAN
Beberapa
sekolah
awam
berkongsi
kemudahan
yang
sama di dalam sebuah sekolah
yang dikenali sebagai Sekolah
Wawasan. Penubuhan Sekolah
Wawasan
adalah
untuk
menggalakkan interaksi yang
lebih rapat antara kaum.

SEKOLAH AMANAH

SEKOLAH
'separa
korporat'
akan
menjadi
kenyataan apabila pihak korporat dibenarkan
terlibat secara langsung mengangkat status quo
sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan - sama
ada menengah atau rendah - di bawah inisiatif
Sekolah Amanah mulai tahun depan.

SEKOLAH BESTARI

Sekolah bestari merupakan satu


konsep sekolah yang menggunakan
ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran di sekolah di samping
memastikan semua pelajar tanpa
mengira latar belakang mencapai
potensi sepenuhnya dalam cara yang
paling sesuai mengikut kadar dan
gaya pembelajaran yang berlainan.

You might also like