You are on page 1of 7

SEKOLAH WAWASAN

FAIZ
HAKIM
INTAN
MAKSUD

Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan


belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa
mengira kaum atau agama. Di bawah konsep ini, dua atau tiga
buah sekolah rendah berlainan aliran akan ditempatkan dalam
kawasan yang sama. Setiap sekolah akan mempunyai bangunan
sendiri yang boleh disambung antara satu sama lain dengan
menggunakan jambatan penghubung (link-way).
Sekolah wawasan adalah gabungan ketiga-tiga sekolah rendah
iaitu SRK, SRJKC dan SRJKT dalam satu kawasan. Di dalam
kawasan ini, sekolah tersebut akan menggunakan segala
kemudahan yang ada contohnya padang, kantin dan sebagainya
secara bersama atau dikongsi bersama.
KONSEP SEKOLAH WAWASAN

Konsep Sekolah Wawasan ialah usaha melahirkan anak bangsa


Malaysia yang lebih bersifat cintakan negara dengan
menyatukan sekolah dalam satu sistem pendidikan yang
seragam yang dahulunya terasing antara satu sama lain untuk
mewujudkan satu pertembungan etnik dalam satu ruang yang
sama.
CIRI-CIRI SEKOLAH WAWASAN
Pelaksanaan aktiviti secara bersama.
contoh: aktiviti yang dilakukan seperti perhimpunan
mingguan,kegiatan kokurikulum,Temasya Sukan Tahunan,Hari
Penyampaian Hadiah,Hari Kantin dan sebagainya.
Bahasa rasmi bagi Sekolah Wawasan di luar bilik darjah ialah
Bahasa Melayu.
Setiap aliran diketuai oleh Guru Besar dengan salah seorang
daripada mereka bertindak sebagai penyelaras di antara aliran-
aliran tersebut.
contohnya: terdapat penyelaras bagi pelajar sains tulen dan
terdapat juga penyelaras bagi pelajar aliran sastera.
TUJUAN DAN MATLAMAT SEKOLAH WAWASAN
 Untuk mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid yang pelbagai
bangsa dan latar belakang.
 Untuk memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran.
 Untuk melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan
persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu
padu.
 Untuk menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga
sekolah melalui perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan
aktiviti-aktiviti lain di sekolah.
Kompleks Sekolah Wawasan

5 buah Kompleks Sekolah Wawasan yang telah beroperasi


dengan jayanya iaitu

Kompleks Sekolah Wawasan Pekan Baru, Parit Buntar, Perak

Kompleks Sekolah Wawasan Taman Aman, Alor Setar, Kedah

Kompleks Sekolah Wawasan Tasik Permai, Pulau Pinang


Kompleks Sekolah Wawasan USJ 15, Subang Jaya, Selangor

You might also like