You are on page 1of 1

REFLEKSI AJK KEBERSIHAN PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL

Bersyukur kepada Tuhan, kami telah dapat menyempurnakan tugasan bagi


kursus PJM3123E iaitu melaksanakan Pertandingan Permainan Tradisional pada masa
yang ditetapkan. Setinggi tinggi penghargaan kami rakamkan kepada pensyarahpensyarah kursus PJM3123E dan guru pelatih 5 PISMP Sains, Sejarah dan Pengajian
Cina kerana telah memberi kerjasama dan tunjuk ajar sepanjang melaksanakan
pertandingan ini.
Selaku AJK Kebersihan, kami bertugas untuk membeli beg plastik hitam dan
mengutip sampah di sekitar kawasan pertandingan permainan tradisional selepas ia
berlangsung. Terlebih dahulu, kami telah membeli beg plastik hitam di koperasi IPG.
Pada hari pertandingan permainan tradisional, kami telah menyediakan beberapa
tempat membuang sampah di sekitar kawasan pertandingan. Selepas pertandingan
berlangsung, kami juga mengutip sampah yang terdapat di sekeliling kawasan
pertandingan.
Sepanjang penjalanan tugas sebagai AJK Kebersihan, kami tidak menghadapi
masalah besar di mana guru guru pelatih telah membuang sampah ke dalam tong
sampah yang telah kami sediakan. Cadangan penambahbaikan ialah kami perlu
sentiasa menukar beg plastik yang telah dipenuhi sampah sarap supaya tidak
mengotori kawasan pertandingan.
Akhir sekali, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pensyarah
dan guru pelatih yang memberi bantuan kepada kami dalam menjalankan tugas
sebagai AJK Kebersihan ini.

You might also like