Professional Documents
Culture Documents
Pengajaran Dan Pembelajaran Melalui Kaedah Bermain
Pengajaran Dan Pembelajaran Melalui Kaedah Bermain
PENGENALAN
Belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan kepada kanak-kanak. Melalui teknik ini juga akan mendatangkan
keseronokkan dan kepuasan kepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang
hendak disampaikan. Dengan bermain juga kanak-kanak akan dapat menguasai
perkembangan dan kemahiran fizikal dan penguasaan bahasa dari segi
perbendaharaan dan peraturan tatabahasa.
Menurut Mak Soon Sang, dalam bukunya Pendekatan dan Strategi Pengajaran,
main merupakan satu teknik mengajar yang memberi peluang kepada murid-murid
melakukan sesuatu aktiviti secara berpura-pura di dalam keadaan terkawal.
Pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah berlandaskan prinsip belajar sambil
bermain. Aktiviti bermain adalah kerja kanak kanak.
Menurut Buku Panduan Guru (Pusat Perkembangan Kurikulum), belajar melalui
bermain adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi
peluang kepada murid belajar dalam suasana yang bebas dan selamat,
mengembirakan dan bermakna.
Permainan merupakan saluran yang boleh mengembangkan perkembangan kanakkanak ke tahap optima. Oleh kerana permainan merupakan sesuatu kekuatan dan
pengalaman yang penting menjadi asas model dalam pendidikan awal kanak-kanak.
DEFINISI MAIN
Main atau bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang aktiviti yang
memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan
apakah hasil aktiviti itu
penentuan
jenis
aktiviti/permainan,peraturan
permainan/masa permainan.
2. PERMULAAN Penerangan tujuan / peraturan / cara / masa permainan.
3. PERMAINAN Murid murid bermain / guru mengawasi , memerhati dan
membimbing.
4. PENILAIAN Guru menilai hasil permainan.
5. PERBINCANGAN Guru membimbing murid murid membuat rumusan.
6. PENUTUPAN Murid murid mencatat rumusan/kutip dan simpan alat
permainan.
KEPENTINGAN
1. Bermain untuk perkembangan fizikal.
Permainan biasanya melibatkan aktiviti fizikal yang berhubung rapat dengan
perkembangan kanak-kanak dari aspek motor kasar dan motor halus serta
kesedaran tentang badan mereka. Kanak-kanak berasa seronok dan gembira
sewaktu aktif menggunakan bahagian-bahagian anggota badan mereka untuk
bersenam. Ini membolehkan kanak-kanak meningkatkan kemahiran yang
membolehkan mereka berasa lebih selamat, lebih yakin, dan boleh berdikari.
Dalam masyarakat di mana kanak-kanak menghadapi tekanan, keyakinan
dan sikap bersaing untuk berjaya dalam segala bidang amat diperlukan (Berk,
1. Seronok
2. Murid belajar tanpa mereka
menyedari mereka belajar.
3. Tiada tekanan
4. Berusaha untuk menang.
5. Menghafal
secara
tidak
langsung.
1.
2.
3.
4.
CONTOH PERMAINAN
AKTIVITI : BISIKAN MAKMUR
MASA : 30 minit
ALATAN : Wisel, skrip mesej
SKRIP MESEJ: Ahmad budak petah. Ibunya bernama Bedah.
Ahmad penagih dadah. Bedah selalu marah.
Ahmad buat tak endah. Akhirnya terima padah.
OBJEKTIF :
1. Peserta dapat mengalami pengalaman bagaimana sesuatu mesej itu berubah
maksud apabila ia disampaikan oleh ramai penyampai.
PROSEDUR :
1. Peserta berada dalam satu barisan.
2. Peserta di belakang sekali diberi skrip mesej.
3. Selepas 1 minit skrip mesej diambil semula.
4. Peserta tadi membisikkan mesej kepada peserta di hadapan setiap kali wisel
dibunyikan Peserta-peserta lain tidak boleh menolah ke belakang.
5. Peserta yang menerima mesej tidak boleh bertanya.
6. Setelah selesai, guru :
a. Bertanya peserta di hadapan sekali apakah mesej yang diterima.
b. Bertanya kepada peserta-peserta lain tentang mesej yang diterima.
c. Meminta peserta pertama membaca skrip mesej yang diberikan.
KESIMPULAN
Teknik mengajar secara bermain antara teknik jarang jarang digunakan oleh
kebanyakan guru ketika proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Ini
adalah disebabkan kebanyakan guru lebih suka mengunakan kaedah berpusatkan
guru kerana kawalan kelas lebih mudah dilaksanakan. Namun tidak memikirkan
kesan kepada murid murid yang mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran
ketika itu. Hal ini telah menyumbangkan masalah kepada murid sekaligus mengangu
proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlangsung antaranya murid
mengantuk, hilang tumpuan dan mengangu rakan di sebelah.
Teknik bermain antara teknik yang sesuai dan perlu selalu dipraktikkan oleh guru di
dalam bilik darjah kerana murid murid yang sedang mengalami proses
perkembangan dari segi perkembangan fizikal ,kognitif dan afektif. Selain itu,
kebanyakan murid murid ini melalui pembelajaran dalam kehidupan seharian
dengan bermain. Oleh itu , keprihatian guru dalam memilih teknik mengajar akan
memberi kesan yang besar kepada murid yang mengikuti proses pembelajaran yang
dilakukan.