You are on page 1of 2

Kebaikan Dan Keburukan Internet

Internet merupakan sistem komunikasi yang


menyampaikan maklumat dari seluruh dunia. sistem
ini boleh diperoleh melalui komputer atau
televisyen. Kini internet boleh dilayari menerusi
telefon bimbit.
Melalui internet,kita akan menerima maklumat
dengan cepat. Minda kita akan sentiasa terbuka dan
terkini. Dalam keadaan tertentu, kita boleh bersedia
jika kita menghadapi sesuatu masalah.
Kita boleh mendapatkan maklumat hanya menekan
jari. Sebelum ini, jika kita ingin mengetahui tentang
ubat-ubatan,kita terpaksa pergi ke hospital.
Menerusi teknologi ini, kita dapat menjimatkan
masa dan wang.
Namun begitu, keburukannya tetap ada terutama
bagi mereka yang berfikiran negatif, mereka akan
melihat laman web yang tidak baik. Hal ini boleh
mengganggu perasaan kita sebagai seorang pelajar.
Akibatnya, kita akan terpengaruh dengan budaya
kuning yang kita lihat itu.
Bagi pelajar-pelajar yang malas mereka akan terus
menetap halaman internet secara berterusan.
Fenomena ini akan menyebabkan kita malas
mengulangkaji pelajaran. Kesannya kita boleh gagal
dalam pelajaran.
Walaupun terdapat kebaikan dan keburukan,
internet memang penting kepada kita. Teknologi

moden ini perlu dipelajari oleh setiap murid. Jadi,


marilah kita berusaha mempelajari cara
meggunakan komputer terlebih dahulu.

You might also like